Pengaruh Islam Keatas Melayu Moden

PENGARUH TAMADUN ISLAM DALAM KEHIDUPAN MELAYU MODEN.

Istilah-istilah dan definisi tamadun Islam.
Dengan tersebarnya wahyu Ilahi yang dibawa oleh RasulAllah s.a.w secara langsung Islam membawa satu kuasa besar terhadap ketamadunan manusia sejagat, meliputi seluruh aspek hidup dan kehidupan manusia.
Dalam perjalanan sejarah kelahiran Islam yang memakan masa lebih kurang 1400 tahun yang lalu adalah merupakan kematangan umat Islam di dunia ini. Dengan itu masyarakat Islam telah banyak memberi sumbangan kepada dunia terutama berupa karya-karya saintifik, falsafah dan teknologi.
Dengan demikian apakah yang dimaksudkan perkataan “tamadun”itu sendiri?
Dalam hal ini, banyak istilah-istilah tamadun yang dapat diketahui dan diambil daripada pendapat para sarjana di timir dan di barat. Untuk memudahkan pembicaraan, penulis akan mengemukakan istilah-istilah tersebut dalam tiga bahasa antara lain:-
Pertama :dalam bahasa Arab;
1) “Istilah umran”1 menurut Ibnu Khaldun yang membayangkan sekumpulan orang
yang tinggaldi suatu tempatdalam keadaan subur dan makmur.
2) istilah Hadarah2 menurut Ibnu Khaldun menyatakan bahawa Hadharah adalah
menggambarkan suatu wilayah yang di didiami oleh sekumpulan manusia itu dalam suasana aman dan makmur. Juga memiliki ciri-ciri kehidupan yang ketara dalam bidang ilmu pengetahuan, sistem pemerintahan dan kepercayaan kepada agama. Istilah Hadharah juga mengandungi 2 pengertian:3
a. Pengertian yang objektif :suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang

Kesusasteraan, teknik,keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari
Satu generasi dalam suatu masyarakat.
b. Pengertian yang subjektif …suatu peringkat perkembangan kehidupan
Manusia yang tinggi yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas.
3) Istilah madaniyah4 adalah seerti dengan perkataan tamadun. maksud madaniyah ; suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyrakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan,perancangan dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrastuktur. Justeru itu tingkatan tamadun sesuatu bangsa itu bergantung kepada kemampuan sumber-sumber ekonomi dan kekayaan hasil buminya.
4) Istilah ‘tamadun’5yang lain mengatakan bahawa pengertian istilah tamadun ialah sekumpulan bibit dari masyarakat yang dicirikan oleh kehidupan kota dan senibina yang berupa tugu-tugu peringatan dan suatu sistem rekod-rekod tampak(visual records) yang berdasarkan nota bertulis. daripada istilah-istilah yang tersebut di atas,Dr Lutfi Ibrahim cuba menganalisis dan mengatakan6 iaitu:
a) Al hadharah merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran
sebagainya yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Ini merupakan
hubungan manusia dengan manusia yang berasakan wahyu.
b) Tamadun merangkumi kedua-dua aspek yang tersebut di atas.
Kedua :Dalam bahasa Inggeris.
Kebanyakan para sarjana meletakkan istilah culture dan civilization sebagai 2 perkataan dalam satu pegertian sebagaimana diungkapkan oleh seorang ahli sosiologi Inggeris7. Dinyatakan juga bahawa culture8 itu bermakna civilization yang secara langsung memberi gambarankepada fikiran kita mengenai perkara-perkara berikut iaitu agama, senibina, seni lukis, akhlak dan adat istiadat. Perkataan civilization dati kata civitas yang membawa erti bandar.
Ketiga:dalam bahasa Melayu.
a)Istilah kebudayaan yang bermakna tamadun. Dinyatakan bahawa perkataan tamadun9 itu lahir seiring sejalan dengan perkembangan hidup kehidupan masyarakat setempat dari semasa dalam bentuk pemikiran kebendaan.
b)Istilah peradaban10 pula, dinyatakan bahawa peradaban pencapaian semua aspek pemikiran,moral,sosial dan kebendaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat.
PENGENALAN ALAM MELAYU
Alam melayumerupakan kawasan yang turut dikenali sebagai ‘Nusantara’. Ia merujuk kepada negara-negara di Asia Tenggara iaitu Kepulauan-kepulauan Indonesia,Malaysia dan Filipina. Konsep alam melayu yang dipakai oleh UNESCO mengambil kira seluruh rumpun Melayu-polinesia dari Pulau Magasi di sebelah barat dan Pulau Paskah di Timur, Pulau Farmosa,Hawaii di utara serta kepulauan Indonesia dan New Zealand sebelah selatan.
Alam melayu terkenal sebagai “mutiara timur “. Muka buminya subur dengan pelbagai flora dan fauna serta menyimpan pelbagai khazanah sumber ekonomi di perut bumi dan di dasar lautnya. Di persadanya pelbagai kelompok etnik manusia hidup bersama. Ini menjadikan alam melayu sebagai “Taman Kusuma Wicitra” atau “Taman Aneka Bunga” yang melahirkan falsafah kepelbagaian budaya dalam satu rumpun Melayu yang besar.
Dari perspektif Sejarah, tamadun Melayu telah berusia lebih 5000 tahun dengan mengambil kira tamadun Melayu Deutro yang wujud sekitar 3000 tahun sebelum masihi. Alam Melayu juga telah lama membina kebudayaanya yang tersendiri seiring dengan tamadun dunia yang lain. Dalam proses perkembangannya yang tersendiri seiring dengan tamadun dunia yang lain. Dalam proses perkembanganya ia melalui tiga peringkat utama iaitu:
a) Tamadun Purba atau pra-Sejarah(sehingga abad ke 3 masihi)
b) Tamadun Hindu iaitu mulai kedatangan pengaruh Hindu(abad ke 3 M dan Arab jahiliah,hingga tahun 1200 M)
c) Tamadun moden iaitu selepas kedatangan Islam(1200 Masihi hingga kini)
PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU MODEN
Dr Muhammad Zaki Badawi di dalam bukunya Latar Belakang Kebudayaan Penduduk –penduduk di Tanah Melayu,mengatakan bahawa Islam telah pu sampai ke asia Tenggar amnya dan di alam Melayu khasnya membuka satu lembaran sejarah baharu iaitu zaman bertamadun dan berkemajuan11
Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Al attas menyatakan bahawa Islam mempunyai pengaruh yang amat besar,mendalam dan meluas di alam melayu sehingga berjaya mencabut akar umbi pengaryh Hindu dan Budha. Kedatangan islam menandakan bermulanya satu zaman bahru dan berakhirnya satu zaman lama di rantau ini. Ini beerti bahawa perubahan yang dibawa oleh Islam terhadap tamadun alam Melayu bukan saja dari segi rupa malah meresap masuk ke jiwa 12.
Haji Dusuki bin Hj Ahmad di dalam bukunya Ikhtisar perkembangan Islam telah menggariskan pengaruh islam di alam Melayu seperti berikut:
Kepercayaan(akidah)
Tiada siapa yang dapat menafikan tentang pengaruh tamadun Islam di alam Melayu di dalam akidah yang bertanggungjawab mengubah masyarakat alam Melayu dari beragama Hindu atau Budha kepada mentauhidkan Allah s.w.t. Mereka tidak lagi berada di lembah kesesatan dalam animisme, Hinduisme dan Budhisme. Sebaliknya mereka menyembah Allah s.w.t yang besifat Esa mempunyai segala sifat kesempurnaan dan maha suci dari segala sifat kekurangan. 13
Pandangan mereka terhadap kehidupan juga menjadi benar iaitu semata-mata untuk beribadat kepada Allah s.w.t bukan untuk tujuan-tujuan lain selain dari itu. Inilah pandangan hidup yang benar, tepat, sejagat dan rasional. Akidah Islamiyah disebarkan ke alam melayu ini melalui ajaran metafizik ahli sufi. “menerusi ilmu tasawuf roh keagamaan yang bersifat intelektual dan akhliah menjalar ke dalam fikiran orang ramai secara terbuka, menyebabkan timbulnya rasionalisme dan intelektualisme yang tidak pernah terlibat dalam zaman sebelum kedatangan Islam14.
Politik dan Pentadbiran.
Abdullah Al Qari bin Haji Salleh di dalam bukunya Sejarah Melayu menjelaskan bahawa kesan segera daripada pengislaman alam Melayu ialah kelahiran kerajaan-kerajaan Islam yang berc. ambah seperti cendawan tumbuh yng bermula dengan kerajaan Demak yang didirikan oleh Raden Patah yang meninggal dunia pada tahun 1518. Kerajaan Pajang, kerajaan Mataram yang didirikan oleh Sanopati, kerajaan Banten yang didirikan oleh Hasanuddin dalam tahun 1552 dan sebagainya15.
Islam dikatakan bertanggungjawab memperkenalkan sistem pemerintahan bersultan. Hj Dasuki Hj Ahmad menjelaskan bahawa memang tidak banyak bezanya antara sistem kerajaan Hindu dengan sistem permerintahan bersultan yang diperkenalkan oleh Islam. Tetapi terdapat ciri-ciri yang jelas perbezaanya yang menampakkan keunggulan sistem pemerintahan yang diperenalkan oleh Islam. Diantaranya ialah penasihat kepada sultan dalam segala hal ehwal yang berkaitan dengan Islam iaitu mufti.
Syariah Islamiyah dikatakan begitu luas sekali dilaksanakan di dalam kerajaan-kerajaan Islam di alam Melayu ini. Undang-undang jenayah Islam telah dilaksanakan seperti hukuman mencuri,berzina, bunuh dan sebagainya. Faraid Islam juga dilaksanakan d dalam pembahagian pusaka, muamalah Islam juga diamalkan seperti dalam jual beli, nikah kahwin dan lain-lain16.
Kesedaran penentangan terhadap kuasa-kuasa penjajah barat di alam Melayu iaitu Belanda di Indonesia dan Inggeris di Malaysia dikatakan merupakan cetusan secara langsung dari Islam. Islamlah yang bertanggungjawab melahirkan kesedaran itu tadi dan menyatupadukan mereka untuk berjuang ke arah pencapaian kemerdekaan. Contohnya kesedaran yang dipelopori Syed Sheikh Al Hadi melalui akhbar al Imam di Malaysia adalah berteraskan Islam yang mendapat inspirasi dari gerakan Pan-Islamisme di Timur Tengah khususnya di Mesir yang diasaskan oleh Jamaludin al Afghani dan Muhammad Abduh.
Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan
Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al Attas menjelaskan bahawa samaada mahu diterima atau ditolak, sejarah telah mmbuktikan bahawa Islamlah yang bertanggungjawab menghapuskan buta huruf di kalangan masyarakat alam Melayu. Dalam ertikata lain, masyarakat Nusantara baru menjadi berpendidikan dan intelektual dengan kedatangan Islam.
Islam bertanggungjawab menaikkan bahasa Melayu ke taraf Lingua-Franca apabila ia menjadi bahasa penyebaran dakwah Islamiyah di alam Melayu sejak abad ke-13 hingga hari ini. Ini disebabkan ia bukan sahaja menjadi bahasa perabtaraan yang difahami oleh masyarakat di Kampuchea, Vietnam dan Thailand. Justeru itu,Islam dikatakan berggungjawab mengasaskan sistem pendidikan yang terawal di alam melayu17.
Islam jugalah yang bertanggungjawab menjadikan bahasa Melayu mempunyai daya kekuatan sehingga berkemampuan menjadi bahasa sains, akademik, undang-undang, politik, perdagangan dan sebagainya sepertimana yang dapat kita dapat saksikan pada hari ini, di mana menjelang tahun 1985, semua peringkat pendidikan di Malaysia, dari peringkat rendah sampailah ke peringkat universiti hanya menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar tunggal yang utama.
Islam berperanan sebagai kuasa yang dapat menjadikan bahasa Malaysia daripada bahasa lisan kepada bahasa persuratan, apabila tulisan jawi diperkenalkan kepada bahasa Melayu, melalui pengajaran yang berasaskan kepada alQuran. Al Quran dalam erti kata lain bertanggungjawab mendidik bahasa Malaysia menjadi bahasa persuratan dari sekadar bahasa pertuturan. Secara kebetulan huruf-huruf jawi yang diperkenalkan oleh tulisan Arab amat sesuai sekali dengan cara bahasa Malaysia dituturkan18.
Sehingga terdapat sarjana-sarjana dan pakar-pakar dalam pendidikan, bahasa dan kesusasteraan Melayu yang meragui tentang kewujudan tulisan yang sempurna bagi masyarakat alam melayu. Cuma dikatakan, kemungkinan mereka mempunyai sekadar tulisan yang terpahat pada batu-batu yang merupakan campuran tulisan Pali. Dalam erti kata lain, tulisan Melayu wujud setelah kedatangan Islam.
Islam telah memperkayakan perbendaharaan kata bahasa melayu yang tidak terhingga banyaknya yang bukan saja terikat dengan istilah dan perkataan, yang ada kaitannya dengan akidah, syarak dan bertanggungjawab secara khusus menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa falsafah, sejak abad ke 15 lagi. Ia mampu menghuraikan tentang falsafah ketuhanan yang biasanya sukar difahami. Tetapi melalui ilmu tauhid,bahasa melayu begitu bertenaga untuk menganalisa secara tepat dan jelas tentang konsep ketuhanan Allah s.w.t.
Contohnya di Aceh telah lahir ramai ulamak yang bertanggungjawab menghasilkan banyak buku yang bermutu tinggi dari segi ilmiahnya, seperti Syeikh Abdul Rauf Singkel yang telah menterjemahkan kitab Tafsir al Baidhawi, Syeikh Nurudin al-Raniri yang telah menghasilkan kitab Sirat al Mustaqim, Hamzah Fansuri, Syamsudi al-Sumatrani, Bukhari al-Jauhari, Syeikh Ibrahim Ashshami, Syeikh Abul Khair dan lain-lainnya yang telah menghasilkan banyak kitab sama ada dalam bentuk prosa atau puisi19
Bidang-bidang lain
Boleh dikatakan keseluruhan cara hidup penduduk alam melayu dipengaruhi oleh tamadun Islam. Di dalam bidang ekonomi, institusi zakat yang diperkenalkan oleh Islam merupakan salah satu sumbangan Islam yang terbesar. Islam juga dikatakan memperkenalkan sistem timbang, ukur dan mata wang yang memudahkan lagi kegiatan perdagangan serta menjmin keadilan.
Islam juga memperkenalkan akhlak yang yang tinggi sehingga menjadikan penduduk-penduduk alam Melayu ini amat terkenal sebagai bangsa yang bermaruah, berhemah dan berakhlak tinggi. Islam jugamenjadikan penduduk-penduduk alam Melaya ini hidup rajin. Di mana Allah S.W.T telah menetapkan bahawa setiap manusia itu sama sahaja di sisi Allah S.W.T didalam melakukan searang amalan. Yang lebih kepadanya ialah orang-orang yang bertakwa. Rezeki yang disediakan oleh Allah S.W.T adalah sama sahaja kepada umat manusia,terpulanglah kepada manusia untuk merebut peluang untuk mencari rezeki dan kelebihan yang telah di sediakan. Ini beerti Islam memperkenalkan hidup yang berdisiplin,amanah dan jujur20.
Dengan ini terbukti bahawa Islam bertanggungjawab menjadikan alam Melayu bertamadun di dalam keperayaan, politik,perdagangan,undang-undang, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Kesimpulan.
Asas pembentukan tamadun Islam iaitu wahyu daripada Allah s.w.t. bertanggungjawab menjadikan tamadun Islam itu sebagai paling unggul dan sempurna yang telah dapat memberikan kebahagiaan, kesejahteraan, keamanan,dan kemakmuran kepada manusia sejagat.
Tamadun Islam bertanggungjawab menjadikan kebanyakkan bangsa di dunia ini sebagai bangsa-bangsa yang bertamadun. ia jugalah yang telah mengubah bangsa-bangsa yang satu masa dulu buta huruf mnjadi bangsa-bangsa yang berilmu pengetahuan dan bertamadun seperti di kalangan masyarakat Islam di Nusantara.
Kesan tamadun Islam masih lagi terdapat di seluruh dunia. Di antara kesan yang terpenting ialah bangunan-bangunan yang mengabdikan seni bina Islam yang tidak ada tolok bandingannya di dunia ini yang boleh di dapati di seluruh ceruk rantau dunia ini. Contoh paling dekat ialah bangunanmasjid yang dibina di seluruh negara Islam.
Menjelang abad ke 20 atau abad15 H tanadun Islammenyinar kembali dengan tercetusnya kebangkitan dan kesedaran Islam begitu gigih dan bersungguh-sungguh untuk kembali menghayati Islam di dalam segala bidang kehidupan mereka.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com