Pengaruh Islam Dalam Kesenian

PENGARUH TAMADUN ISLAM DI NUSANTARA DARI SEGI
KESENIAN.

Pendahuluan[1]
Tamadun Islam adalah tamadun yang didirikan oleh masyarakat muslim dari abad ke 7 hinggalah sekarang. Disebabkan ia diasaskan oleh akidah,syariah dan akhlak ini meletakkan tamadun islam sebagai satu tamadun yang berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Tamadun islam adalah satu tamadun yang bersifat multi-demensional. Pengaruhnya yang meluas meliputi seluruh pelusok dunia termasuklah di Nusantara. Ia merangkumi semua segi termasuklah dari segi kesenian. Tidak dapat dinafikan bahawa di nusantara yang kaya dengan kebudayaan menjadikan ia tempat yang sesuai dengan perkembangan seni. Seni dapat ditakrifkan sebagai satu kerja yang di buat bagi mendapat kepuasan. Seni juga adalah unsur bagi budaya.
Tamadun islam sudah terkenal dengan kecermerlanganya dalam pelbagai bidang. Oleh yang demikian tidak hairanlah ia menjadi selalu dijadikan contoh oleh masyrakat luar. Peluang ini datang kepada kita apabila pedagang-pedagang arab datang berdagang di nusantara ini. Ini secara tidak langsung menerapkan unsur-unsur kebudayaan mereka dalam masyarakat di nusantara. Ini ditambah lagi dengan kedatangan pedagang-pedagang asing lain. Kesenian dapat dibahagikan mengikut saluran-saluranya. Terdapat 4 saluran [2]kesenian saluran-saluran tersebut ialah:

1. Visual(pemandangan)
a)Seni Bina
b)Seni Lukis
c)Seni Pakaian
d)Seni Pameran
e)Seni Khat

2. Audio visual(pemandangan dan pendengaran)
a)Seni Drama dan Perfileman
b)Seni Pertahanan Diri
c)Seni Teater

3. Audio(pendengaran)
a)Seni Suara
b)Seni Deklamasi
c)Seni Muzik

4. Verbal(pembacaan)
a)Seni Sastera
Keempat-empat saluran ini ditambah lagi nilai-nilainya dengan kedatangan pengaruh tamadun islam. Ini melahirkan satu unsur kesenian yang pelbagai malah kebanyakkan unsur-unsur kesenian ini telah dicampurkan dengan ajaran islam. Oleh kerana itu bidang kesenian ini dapat di terima masyarakat di nusantara sesuai dengan kefleksibelan agama islam.
Isi
Tamadun islam adalah satu tamadun yang kaya dengan kebudayaanya begitu jugalah dengan sumber-sumber yang lain. Tamadun islam banyak memberikan kesan dan perubahan baru kepada masyarakat di nusantara. Seperti yang diterangkan diatas saluran kesenian terbahagi kepada 4. Dibawah diterangkan dengan lebih lanjut.

1. Visual
a)seni bina[3]
Masjid-masjid awal di nusantara banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur seni bina kuil,candi,kebudayaan setempat dan penjajah Salah satu contoh ialah di Banten yang di pengaruhi seni bina penjajah Belanda. Setiap masjid di nusantara ini melambangkan menifestasi seni bina islam yang berkembang dengan perkembangan kebudayaan tamadun islam. Masjid adalah insitusi utama agama islam. Didalamnya banyak aktiviti dilakukan Sikap dedikasi dan ketekunan dalam membina masjid dan pengaruh seni dekorasi,seni hias kulit,seni khat tamadun islam melakukan sturktur seni bina masjid di nusantara
. Wilayah –wilayah atau bangsa baru yang memeluk islam membawa bersamanya pengalaman serta teknik seni bina daripada tamadun–tamadun sebelum islam. Ciri-ciri khasnya sendiri seperti bentuk kubah atau menara tempat azan dilaungkan. Ilham tentang ayat Al-Quran mengenai taman syurga memberikan idea–idea baru dalam membina taman –taman rekeasi begitu juga dengan seni bina kota. Kota–kota dibina dengan lebih terancang dan dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap. Walaupun nusantara mempunyai banyak kesenian yang tersendiri tetapi pengaruh Islam tetap ada dalam penyerapannya. Sebagai contoh, dapat dilihat pada makam atau batu nisan, masjid dan perhiasan-perhiasannya.
Batu nisan umpamanya, merupakan karya seni Islam yang pertama sekali masuk ke kepulauan masyarakat melayu. Contohnya yang pernah ditemui ialah batu nisan Syeikh Abdul al-Qadir Husain Alam bertarikh 903 masihi yang dijumpai di Linggir Kedah. Pada permukaan makam-makam yang dijumpai ini terdapat tulisan yang dipahat daripada ayat al-Quran serta ajaran Islam yang menekankan tentang hukum dan tasawuf. Misalnya pada prasasti di Pekan, Pahang. Tertulis ayat al-Quran dengan gaya khat thuluth daripada surah Ali Imran ayat 185, Surah Yunus ayat 62 serta nasihat bercorak kesufian.
Dari segi coraknya, batu nisan tersebut di samping menerima pengaruh asing, juga memancarkan daya kreativiti penduduk tempatan. Contohnya, batu nisan Maulana Malik Ibrahim yang dibawa dari Gunung Jeram mempunyai bentuk seperti kepala terbalik yang menunjukkan adanya pengaruh Parsi.
Selain batu nisan, masjid merupakan karya seni Islam yang terpenting di nusantara. Dari segi coraknya, masjid-masjid yang menunjukkan corak dari abad 14 hingga abad 18, masih berbentuk tradisional. Misalnya pengaruh tradisi ini dapat dilihat di negara Indonesia di mana bentuknya yang tersusun sebagai lanjutan daripada seni Bali yang disebut 'Meru'. Terdapat juga pengaruh masyarakat tradisi pada bentuk perhiasannya. Contohnya pola-pola yang menjadi perhiasan yang berasal dari zaman pra-Islam seperti daun-daunan, bunga teratai, bukit-bukit karang, pemandangan dan garis-garis geometri.

Walaupun masih terdapat unsur bercorak haiwan tetapi dibuat dalam bentuk yang samar. Di samping itu, terdapat juga perkembangan kaligrafi atau seni khat Islam. Ini dapat dilihat pada makam, masjid dan sebagainya. Contohnya masjid terdapat ukiran khat pada mihra, mimbar, bingkai atau lengkung tiang dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bahawa seni ini juga dipengaruhi oleh unsur pra-Islam yang telah lama bertapak dalam masyarakat yang kaya dengan ilmu-ilmu kesenian dari turun temurun.

b)Seni Lukis [4]
Seni lukis pula berkait rapat dengan seni ukir. Seni lukis tamadun islam memperlihatkan kehalusan bentuk dan kecemerlangan warna. Objek lukisan yang menghiasi kulit atau halaman Al-quran dan kitab –kitab penting dengan unsur-unsur alam seperti dedaunan dan bungaan dan lain-lain
c)Seni Pakaian [5]
Seni pakaian banyak melahirkan pakaian kebudayaan yang berkonsepkan ajaran islam. Selain menutup aurat pakaian ini juga melambangkan keperibadian sesuatu bangsa. Pakaian ini dijadikan pakaian rasmi mereka seharian. Dengan itu nilai seni suatu bangsa tidakkan hilang ditelan zaman.
d)Seni Pameran
Seni pameran juga tidak boleh dinafikan sebagai salah satu saluran seni,ini kerana terdapat sepotong hadis yang menerangkan bahawa :
“Pada suatu pesta,Rasulullah s.a.w. mengizinkan orang-orang Habshah melakukan pameran dengan tombak dan perisai di masjid “ (Bukhari 8:69)
Di nusantara yang kaya dengan pelbagai budaya menjadikan ia mempunyai banyak peluang untuk menggunakan saluran ini sebagai salah satu jalan perkembangan agama islam.
e)Seni Khat [6]
Masjid –masjid di nusantara banyak dihiasi dengan seni khat yang digabungkan dengan ukiran –ukiran yang berkonsepkan alam mati. Alam mati ialah unsur-unsur alam seperti tumbuhan dan geometrik. Selain itu seni lukis yang digabungkan dengan seni khat digunakankan dalam membesarkan Allah dan menyanjung Rasulullah s.a.w juga berkembang ketika itu. ayat –ayat Al-Quran ditulis dengan seni kaligrafi juga menghiasi istana-istana di nusantara.
Mihrab dan mimbar diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis dengan khat berbagai bentuk. Dari mihrab dan mimbar seni khat ini berkembang meluas ke dinding –dinding bahkan ke kubah di masjid-masjid di nusantara. Selain daripada ayat al-Quran dan Hadis syair dan kata hikmah. Dari masjid seni khat ini menjalar ke istana,gedung,tempat umum,barang perhiasan,perabot,dan lain-lain.

2. Audio Visual
a)Seni Drama dan perfilemman. [7]
Drama dan filem di negara Indonesia dijadikan sebagai satu saluran menyampaikan dakwah. Ia juga di gunakan untuk menerangkan hukum–hukum islam secara tidak langsung
b)Seni Mempertahankan Diri
Di nusantara banyak terdapat seni mempertahankan diri. Kebanyakkanya diwarisi sejak turun-temurun. Antaranya ialah silat gayung,silat ini menegaskan pengamalnya untuk taat kepada suruhan islam. Mereka dilarang mengerjakan maksiat,taat mengerjakan ibadat,didalam amalannya disertakan dengan doa dari ayat-ayat suci Al-Quran. Asasnya ialah daripada kebatinan,batin yang bersih lahir daripada akidah yang bersih ini membawa kepada kecenderungan kepada seni islam.
c)Seni Teater [8]
Seni teater dilakonkan dengan metafora gerak,perjuangan abadi anak Adam terhadap tipu daya iblis dan kejayaan manusia dalam pegangan itu berdasarkan pada wahyu. Seni teater ini mendapat reaksi yang positif dari masyarakat nusantara. Ini kerana mereka mahukan ketulenan sesuatu cerita serta kebenarannya. Seni ini juga dijadikan salah satu cabang dakwah di nusantara.

3. Audio [9]
a)Seni Suara
Membaca Al-Quran dengan berlagu dilakukan di nusantara sebagai musabaqah membaca Al-Quran. Ia merupakan mukjizat Rasululluh s.a.w. Di nusantara musabaqah membaca Al-Quran diadakan setiap tahun secara bergilir-gilir. Ia diadakan untuk menarik minat orang ramai menghayati Al-Quran. begitu juga dengan azan yang dilaungkan untuk memanggil orang mengerjakan ibadat solat. Azan diseru dengan suara yang merdu
Berdakwah dan berpidato juga merupakan salah satu cabang seni suara yang digunakan dalam mengembangkan islam. Syair yang berbentuk keagamaan banyak dihasilkan di nusantara. Zikir beramai-ramai dengan nada irama yang sama dengan isi lagunya kerap diadakan di kenduri-kenduri,majlis-majlis tahlil antara lain membawa maksud pujian-pujian kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Berzanji juga kerap diadakan di majlis-majlis kenduri perkahwinan
b)Seni Deklamasi
Seni ini adalah satu teknik penyampaian dakwah tetapi ia adalah dalam bentuk terjemahan Al-Quran dan sastera agama. Mesej dakwah disampaikan melalui kaedah ini. Pemimpin–pemimpin negara kebanyakkannya mahir dalam seni ini. Pidato pula digunakan sebagai mangkin atau pencetus semangat. Al-Quran menerangkan :
“Serulah mereka kepada jalan Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik dan berbicaralah dengan mereka dengan cara yang lebih baik,sesungguhnya tuhan mu lebih tahu tentang orang yang menyeleweng dari jalan-Nya dan Dia lebih tahu tentang orang-orang yang mendapat petunjuk” (Q. S An-Nah,16:125)
c)Seni Muzik
Seni muzik juga mendapat tempat di nusantara. Pengaruh tamadun islam melahirkan melahirkan nasyid yang menyanyikan lagu-lagu yang menyanjung Allah dan Rasulullah. sa. w dengan diiringi alat –alat muzik. Kebiasaannya alat-alat muzik seperti kompang, rebana dan lain-lain menjadi pilihan. Seni nasyid ini semakin diterima masyarakat nusantara. Ini kerana setiap lagu yang disampaikan mempunyai masejnya yang tersendiri.
Di Indonesia pula Rodat adalah salah satu cabang seni muzik ia dilakukan oleh sejumlah orang,konsepnya menyamai nasyid cuma lagu yang dimainkan adalah dalam bahasa arab. Selain itu syair bercorak agama juga dimainkan dengan alat-alat muzik. Seperti yang diriwayatkan oleh Tarmizi meriwayatkan dari Aisyah,Rasulullah s.a.w bersabda:
“Umumkanlah pernikahan ini,lakukan dalam masjid dan masukkan rebana“
Nasyid-nasyid ini dapat memupuk perasaan halus manusia supaya lebih sensitif terhadap nilai ma’ruf dan mencegah nilai mungkar. Selain itu nasyid juga ialah cara untuk melagukan ketakwaan kepada Allah dengan membaca ayat –ayat tuhan dengan merdu. Ia juga salah satu jalan perkembangan islam di nusantara ini,disebabkan kebudayaan,bahasa pertuturan,cara hidup yang hampir sama.

4. Verbal[10]
a)Seni Sastera
Dalam memperkatakan tentang sastera,tulisan tidak dapat di pisahkan darinya. Tulisan adalah merupakan salah satu ciri-ciri tamadun islam. Sejak dahulu lagi seni tulisan ini penting dalam sejarah islam ini kerana tulisan adalah saluran seni yang berbeza dengan saluran seni yang lain. Ini kerana tulisan adalah kekal. Di zaman kegemilangan tamadun islam cendiakawan islam menulis tentang ajaran dan amalan islam didalam 6 buah juta buku. Antaranya kisah –kisah nabi,dan pahlawan islam. Dinusantara juga banyak buku berkisarkan sejarah zaman kesultanan dan buku dakwah. Kerana pada masa itu perjuangan pengembangan agama islam juga di pelopori oleh seni penulisan. Pada zaman kegemilangan tamadun islam juga seni ini dipraktikkan. Ini kerana cara ini lebih meninggalkan kesan yang mendalam.
Di nusantara pengaruh tamadun islam dalam bidang sastera ini banyak melahirkan prosa puisi yang menerangkan tentang kebesaran Allah dan menyanjung Rasulullah s.a.w. Sastera juga berperanan penterjemahan Al-Quran ini kerana kebanyakkan masyarakat di nusantara ini kurang mahir memahami dan mengolahkannya. Di sebab kan itu banyak karya-karya seni dan sastera prosa di terjemah kan dalam bahasa masyarakat nusantara. Kebanyakkan prosa ini berasal dari kurun Abbsiyah.
Berdasarkan semangat yang ditunjukkan oleh pengarang-pengarang zaman kegemilangan islam,ini menjadi pembakar semangat pengarang-pengarang di nusantara untuk menghasilkn karya yang lebih berani dan benar,disamping itu juga perubahan gaya bahasa cara olahan berlaku. Ini adalah satu pemulihan baru dunia sastera sehingga kini di nusantara. Terdapat sepotong hadis yang membawa maksud :
“Hassan Ibnu Thabit dalam mempertahankan nabi dari pada ejekan dan cemuhan lawannya dengan mendeklamsikan sajak –sajaknya didalam masjid “(Bukhari 8:68)


Penutup [11]
Kesenian ialah suatu segi kebudayaan yang mengrangkumi seluruh aspek kehidupan. Pengaruh tamadun islam di nusantara dari segi kesenian banyak mencorakkan cara hidup masyarakat nusantara.
Malah dengan adanya kesenian ajaran –ajaran islam dapat dihayati dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Ini akan menyinarkan kembali kegemilangan tamadun islam yang malap. Dengan permuafakatan masyarakat di nusantara dan mengamal ajaran islam dengan sebenar-benarnya.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com