Pengaruh Islam Dalam Politik

Alam Melayu merupakan kawasan yang turut dikenali sebagai 'Nusantara'. Ia merujuk kepada negara-negara di Asia Tenggara iaitu kepulauan-kapulauan Indonesia, Malaysia dan Filipina.
Alam Melayu terkenal sebagai 'mutiara timur'. Muka buminya subur dengan pelbagai flora dan fauna serta menyimpan pelbagai khazanah sumber ekonomidi perut bumi dan di dasar lautnya. Di persadanya pelbagai kelompok etnik manusia hidup bersama. Ini menjadikan Alam Melayu sebagai 'Taman Kusuma Wicitra' atau 'Taman Aneka Bunga' yang melahirkan falsafah kepelbagaian budaya dalam satu rumpun Melayu yang besar.
Dari perspektif sejarah, tamadun Melayu telah berusia lebih 5000 tahun dengan mengambil kira tamadun Melayu Deutro yang wujud sekitar 3000 tahun sebelum Masihi. Alam Melayu juga telah lama membina kebudayaannya yang tersendiri seiring dengan tamadun dunia yang lain. Dalam proses perkembangannya ia melalui tiga peringkat utama iaitu:
a) Tamadun Purba atau pra-sejarah (sehingga abad ke-3 M)
b) Tamadun Hindu iaitu mulai kedatangan pengaruh Hindu (abad ke-3 M dan Arab jahilliyyah, hingga tahun 1200 M)
c) Tamadun moden iaitu selepas kedatangan Islam (1200 M hingga kini)

Pengislaman raja-raja telah menyebabkan turut berlaku pengaruh Islam dalam sosio-politik di Alam Melayu. Perubahan yang ketara ialah tertubuhnya kerajaan-kerajaan Melayu-Islam hasil daripada gerakan dakwah para mubaligh. Hamka mengatakan masyarakat Islam yang pertama sekali wujud di Nusantara ialah masyarakat 'Ta-shih' yang wujud sekitar tahun 674 M. Dikatakan golongan ini wujud di Sumatera dan ada juga yang mengatakan golongan 'Ta-shih' juga wujud di Jawa.
Kerajaan Islam Melaka pula wujud pada 1414 apabila Parameswara memeluk agama Islam, seterusnya kegemilangan politik Islam di lihat di Acheh dan kemudian wujud pula kerajaan Johor-Riau.
Selepas kedatangan Islam, sosio-politik di Alam Melayu mula memasuki era antarabangsa serta menjalinkan hubungan dengan dunia luar Nusantara seperti India dan Turki. Hubungan diplomatik dijalinkan sebagai persiapan menguatkan benteng pertahan serta menjamin kestabilan pemerintahan.
Dari segi corak pemerintahan, kita dapati ada kesinambungan sistem feudalisme yang diperkenalkan pada era Abbasiyyah dan berkembang di bawah kesultanan Delhi. Walau bagaimanapun perubahan-perubahan dalam dasar politik tetap dilakukan oleh Islam di mana Islam telah memberi input dalam mencorakkan politik keislaman dalam sistem kesultanan Melayu. Islam juga telah membawa transformasi nilai dam etika pemerintahan kepada raja-raja. Watak dan peribadi sultan turut berubah menjadi lebih positif, cintakan ilmu seta gemar berdampingan dengan ulama. Contohnya ialah Sultan al-Malik Zahir di Pasai, Sultan Mansur Shah di Melaka, Sultan Mahkota Alam di Acheh dan ramai lagi.
Islam juga menjadi nadi penggerak kepada kesedaran menentang penjajahan Barat di rantau ini. Justeru itu, keislaman yang dominan ini juga barat membuat plan penaklukan sehingga berjaya merencatkan proses pemantapan Islamisasi yang masih hijau.

1.KEPULAUAN (1) : SUMATERA
Ta-shih (abad ke-7 M)
Seawal-awal kerajaan Muslim yang dipercayai pernah wujud di Nusantara ialah kerajaan Ta-shih (Arab) yang khabarnya didirikan di Sumatera Utara pada pertengahan abad ke-7 M. Kerajaan ini dikatakan hidup dan kemudiannya bersatu dengan kerajaan Muslim-Perlak dengan memakai nama Ta-Jihan. Begitupun orang-orang china masih memanggilnya dengan nama Ta-shih sehingga diganti dengan nama Samudera.
Bagaimanapun wujudnya sebuah kerajaan Arab-Islam (Ta-shih) di Sumatera pada abad ke-7 M. Ini kerana pendapat terbanyak di kalangan pengkaji mengatakan bahawa pada tahun 674 itu yang wujud ialah sebuah penempatan orang-orang Arab-Islam di Sumatera. Jadi perbezaannya dengan pendapat awal ialah bahawa yang wujud adalah sebuah kerajaan, bukannya setakat satu kelompok masyarakat sahaja. Tetapi sama ada ianya sebuah kerajaan atau hanya sebuah perkampungan sahaja, yang lebih penting kedua-duanya tetap mempunyai anggota jemaah yang diketuai oleh seorang pemimpin. Ini selaras dengan kehendak sunnah yang menuntut agar dilantik seorang ketua sekiranya dalam sesuatu perjalanan itu terdapat lebih daripada seorang anggota.
Selain dari pendapat tersebut ada pula teori lain yang mengatakan bahawa yang dikatakan penempatan Ta-shih pada tahun 674 itu bukannya di sumatera, tetapi di Che-po atau Jawa.
Sribuza Islam (718 M)
Sebelumnya sudah dibincangkan tentang kebangkitan Srivijaya sebagai satu kuasa ekonomi dan politik, bahkan sebagai suato pusat agama Budha yang menjadi tumpuan tokoh-tokoh asing untuk m, enuntut di sana. Semua ini merupakan kenyataan sejarah yang sudah diterima oleh para sejarawan. Bagaimanapun suatu kenyataan lain yang tidak pernah dibangkitkan ialah tentang usaha-usaha dakwah yang dijalankan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz yang mana kesannya turut mempengaruhi Nusantara. Sebagai seorang khalifah yang salih lagi zuhud, kesungguhannya dalam menggerakkan kegiatan dakwah menjadikan ramai penduduk-penduduk Mesir, Syria, farsi, dan sebainya yang dulunya menentang Islam turut memeluk Islam.
Dalam hubungannya dalam Nusantara, pernah dikatakan bahawa hasik uasahanya telah menyebabkan Srindravarnman, iaitu raja Srivijaya di Jambi pada tahun 718 telah memeluk Islam, dan kerajaannya selepas itu dikenali dengan nama kerajaan Sribuza Islam. 1
Memang wujudnya pengaruh Islam pada kerajaan Srivijaya yang cukup terkenal sebagai pusat agama Budha-Mahayana ini kelihatan ganjil bagi sesetengah pihak. Tetapi ini bukanlah suatu perkara mustahil, oleh kerana Dinasti Ming yang selama ini dianggap sebagai sebuah kerajaan bukan Islam itupun pernah didakwa oleh para pengkaji Islam sebagai sebuah kerajaan Muslim, dengan raja, permaisuri serta para pegawainya terdiri daripada penganut-penganut Islam.

2.KEPULAUAN (2) : JAWA
Demak
Kebangkitan kerajaan Demak mempunyai kaitan yang rapat dengan kejatuhan Majapahit. Raja Majapahit yang terakhir ialah Prabu Brawijaya Kertabhumi sebelum takhtanya dirampas oleh raja Daha, Prabu Girindrawardhana pada tahun 1478.
Di antara kegiatan-kegiatan militer zaman Demak ialah serangan Adipati Unus terhadap portugis di Melaka pada tahun 1513. Apabila Portugis cuba meluaskan daerah kekuasaan di Jawa, muncul seorang pahlawan Demak yang berasal dari Pasai, iaitu Sharif Hidayatullah yang mana berjaya merebut Banten.
Sesungguhnya jasa terbesar kerajan Demak ialah percubaannya untuk melaksanakan ajaran Islamdengan Islam dengan tegas. Dengan jatuhnya kerajaan Demak bukan hanya bermakna jatuhnya sebuah kerajaan bahkan yang lebih penting ialah jatuhnya sebuah pemerintahan ulama yang cuba mengubah kepercayaan rakyat yang masih terikat dengan kepercayaan tradisional atau Hindu-Budha itu.Kesungguhanpara ulama selama lebih kurang 70 tahun selama berdirinya kerajaan Demak seperti tiada erti dengan kehadiran kerajaan-kerajaan Pajang dan Mataram.

3.KEPULAUAN (3) : FILIPINA
Sejarah awal filipina adalah sejarah Islam, oleh kerana Islam yang lebih dahulu memoengaruhi penduduk tempatan hingga tertubuhnya kerajaan di situ. Sungguhpun pernah dibuktikan adanya pengaruh India, namun ia begitu terbatas. Apalagi tidak ada kerajaan Hindu-Budha yang diketahui pernah tertubuh di Filipina seoertimana tempat-tempat lain di Asia Tenggara.
Manila
Tidak seperti kesultanan Sulu dan Manguindanao yang dapat bertahan lama meskipun sering diancam oleh Sepanyol, kesultanan di Manila nampaknya tidak panjang. Orang-orang Sepanyol mula tiba di Manila pada tahun 1570 sewaktu wilayah ini diperintah oleh Raja Matanda. Kemudian pada tahun 1571 pemerintahan di Manila dipegang oleh raja Sulaiman, anak saudara Matanda. Malangnya, pemerintahannya tidak lama kerana pada tahun itu juga dia ditewaskan oleh Sepanyol. Seterusnya dengan kejayaan Sepanyol mengalahkan raja Lakandula di Tondo maka kedudukannya di Manila semakin kukuh sehingga tidak tercabar lagi.

4.SEMENANJUNG TANAH MELAYU
Kelantan
Sejarah awal Kelantan pernah dikaitkan dengan nama Tan-Tan yang wujud sejak abad ke-7 lagi. Pada peringkat awalnya Tan-Tan berhubung dengan China, tetapi pada abad ke-13 dikatakan berada di bawah Srivijaya, dan pada abad ke-14 berada di bawah Majapahit pula. Khabarnya sejak abad ke-12 lagi sudah wujud kerajaan Muslim Kelantan di bawah pemerintahan raja yang bergelar al-Mutawakkil. Ada pendapat lain pula mengatakan bahawa sejak awal lagi, kerajaan Muslim Kelantan terus merdeka, sehinggalah ditakluki oleh Melaka pada zaman Sultan Mahmud Shah.

Kedah
Menurut para pengkaji, telah ditemui batu nisan Syeikh Abdul Qadir ibn Husin Shah Alam yang bertarikh 291 H/ 903 M di Tanjung Aris, Langgar. Ini bererti tarikh ini bukan sahaja lebih awal daripada Batu Bersurat di Terengganu (1303 M) , malah lebih awal daripada batu nisan di Pahang (1028 M) .
Pada umumnya sejarah kemasukan Islam di Kedah dikaitkan dengan usaha Syeikh Abdullah Yamani yang mana telah mengislamkan Maharaja Darbar Raja II pada tahun 1136 M.
Pada zaman Sultan Sulaiman II (1602-1619) Acheh sekali lagi menyerang Kedah dan seterusnya disebutkan tentang pengiriman kitab fekah Sirat al-Mustaqim, karya Nuruddin al-Raniri ke Kedah.
Beruas
Dengan lenyapnya kerajaan Gangga Negara akibat serangan Rajendra Chola pada abad ke-11, di Perak muncul kerajaan Muslim Beruas di daerah Dinding juga. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah kerajaan ini diasaskan oleh orang-orang Gangga Negara sendiri ataupun dari orang-orang Melaka dan Sumatera. Tetapi dalam hubungannya dengan Melaka, dikatakan sekitar tahun 1500 Raja Beruas telah meminta bantuan Sultan Mahmud Shah, untuk menyerang kerajaan jirannya iaitu kerajaan Manjung. Maka di bawah pimpinan Paduka Tuan, anak Tun Perak, Manjung dapat dikalahkan. Setelah itu raja Beruas telah berkahwin dengan Tun Isap Barakah, anak

Paduka Tuan. Selepas melawat Melaka, raja Beruas di beri gelaran Tun Aria Bija Diraja, dan Manjung menjadi sebahagian kerajaan Beruas yang kini di bawah taklukan Melaka.

Ketika membahas tentang pengaruh India dalam lapangan kebudayaan di Asia Tenggara, terdapat kesan yang begitu besar sehingga merangkumi pelbagai bidang kehidupan, meskipun ianya lebih bersifat elitisme. Adapun tentang pengaruh Islam, dari suatu segi ianya masih meneruskan budaya tradisi dalam aspek-aspek politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Tetapi dari segi lain ia membawa perubahan yang besar, sehingga mempengaruhi rakyat jelata.

1.POLITIK
Dari segi budaya politiknya, konsepDewaraja dari warisan Hindu-Budha yang meletakkan golongan raja di atas manusia biasa itu tetap tidak tergugat. Cuma ianya disesuaikan dengan ajaran Islam yang mengatakan bahawa, 'Raja-raja itu adalah bayangan Allah' (al-Sultan Zillullah) di muka bumi seumpamanya pada gelaran raja Pattani Sultan Ismail Zillullah fil-Alam. Asalnya, hadis ini ditujukan kepada raja-raja adil serta melaksanakan hukum-hukum Allah s.w.t. tetapi ia telah diselewengkan pengertiannya sehingga terhadap raja-raja yang zalim pun dianggap sebagai bayangan atau wakil Allah s.w.t. yang wajib ditaati setiap perintahnya.
Selain dari kedudukan raja sebagai superhuman, sistem feudalisme warisan Hindu-Budha juga mementingkan keturunan sahaja dalam pemilihan seorang bakal raja. Memang ada kalanya seorang raja itu bukannya berasal dari keturunan raja sebelumnya, tetapi ia jarang berlaku, kalaupun berlaku, biasanya ia mendapat kuasanya melalui rampasan kuasa atau pembunuhan terhadap raja yang sedang memerintah. Demikianlah kita dapati kedatangan Islam tidak banyak mengubah sistem politik feudal yang sedia ada.

2.SOSIAL
Sistem sosial selepas kedatangan Islam juga tidak berubah kerana masih berasaskan semangat kesedaran kelas. Jika pada masa sebelumnya susun lapis masyarakat terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan yang diperintah, maka selepasnya juga kedudukan seperti ini terpelihara dengan baiknya.
Dengan adanya sistem sosial-barier yang telah menjadikan mobiliti sosial ke atas terlalu sukar, oleh kerana yang terpenting ialah keturunan atau kebangsawanan seseorang. Ertinya golongan bawahan mempunyai peluang yang sangat tipis dansukar untuk memperbaiki taraf sosialnya.
Berasakan sistem sosial yang mengiktirafkan perbezaan darkat tersebut maka wujudlah undang-undang dan adat istiadat yang bertujuan untuk menjaga taraf dan kepentingan golongan atasan.
Dari segi undang-undangnya didapati bahawa taraf sosial seseorang mempengaruhi bentuk hukuman yang akan diterimanya. Semakin tinggi kedudukannya semakin besarlah kemungkinan terlepas dari hukuman, sedangkan bagi rakyat jelata hukumannya lebih berat.
Demikian juga keistimewaan yang dimiliki oleh Bendahara dan Temenggung yang membolehkan mereka turut terlepas dari hukuman. Bahkan sama seperti undang-undang Hindu hukuman berasakan kastanya, dalam Undang-undang Melaka Fasal 8 menegaskan bahawa hukuman terhadap kesalahan menetak dan menampar orang adalah ringan bagi orang merdeka yang bersalah berbanding dengan golongan hamba yang bersalah. Semuanya itu dari segi undang-undang. Adapun dari segi adat istiadatnya apa yang nyata ialah ianya diatur semata-mata untuk memisah dan menjarakkan lagi jurang di antara kedua-dua kelas tersebut.
Dari segi bahasa, wujud dasar perbezaan darjat ini, di mana terdapat perkataan-perkataan seperti patik, duli, beta, santap, beradu dan sebagainya.
Tidak syak lagi bahawa sistem sosial seumpama ini adalah bertentangan dengan Islam. Ianya bercanggah bukan sahaja dari segi zahirnya bahkan pada akar umbinya sekali kerana ianya ditegakkan atas semangat kesedaran kelas.

3.EKONOMI
Kalau dalam bidang politik dan sosial kita masih melihat kesan-kesan pengaruh Hindu di dalamnya, demikian juga dalam bidang ekonomi. Dari segi kegiatan ekonominya, masyarakat Nusantara masih bersifat agraria dengan menjalankan kegiatan pertanian, perikanan, penternakan dan sebagainya yang masih bergantung kepada pemberian alam.
Memang dengan kedatangan Islam perdagangan menjadi semakin ransak dan aktif daripada sebelumnya. Di sana sini tumbuh pasar-pasar dan kota-kota yang bersifat international, di mana terdapat pedagang-pedagang asing dariu China, India, Arab, Farsi, Turki dan sebagainya. Meskipun demikian tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa sistem ekonomi Islam diamalkan.
Semua ini adalah kenyataan sejarah yang mana merupakan bukti kukuh tentang tidak berjalannya sistem ekonomi Islam di Nusantara.

Alam Melayu mengalami proses transformasi sosio-budaya selapas menerima pengaruh Islam. Transformasi yang di bawa oleh Islam adalah merangkumi semua aspek termasuklah politik, kepercayaan, sosial, pendidikan, ekonomi dan banyak lagi. Islam berjaya memudarkan pengaruh Hindu-Budha, namun masih terdapat dikalangan umat Melayu yang masih berpegang kepada unsur-unsur kepercayaan tradisi.
Kegemilangan dunia Melayu yang menyerlah adalah bayangan pengaruh Islam di Nusantara. Islam telah berjaya mengangkat umat Melayu kepada martabat yang tinggi serta membentuk Tamadun Melayu Moden. Sejarah telah meyakinkan kita tentang masa depan Islam di Alam Melayu adalah cerah.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com