Pencapaian Umat Islam Dalam Perubatan

ASAL USUL TAMADUN


Seringkali kita membicara tentang tamadun islam, tetapi kita kurang sedar apakah definisi dan konsepnya yang sebenar.Perkataan tamadun di dalam bahasa Melayu di ambil daripada perkataaan Arab maddana, mudawanan, madaniyaan.Jurji Zaydan seorang pengarang Arab moden telaah menamakan bukunya mengenai Tamadun Islam-sebagai Tarikh at-islami.Sementara Ibn Khaldun di dalam bukunya al-muqaddimah tidak menggunakan perkataan tamadun untuk menyatakan civilization, sebaliknya beliau menggunakan perkataan’umran atau hadarah’.

Syeikh Muhammad ‘Abduh’ pula menggunakan perkataan madaniyyah untuk menyatakan “tamadun”.Ini jelas sekali apabila beliau memicara kedudukan tamadun Eropah yang tidak bermoral.Beliau berkata maksudnya: “Tamadun Eropah (al-Madaniyyah al-arrubiyyah) jauh dari ruh agama kristian yang tidak mementingkan harta, kekuasaan dan perhiasan dunia.Ini bermakna perkataan Arab Tamadun mulai di gunakan hanya paada abad kesembilan belas dan sebelumnya dikenali dengan al-Hadarah al-Madaniyyah.[1]

PENGENALAN ILMU PERUBATAN
Sebelum kedatangan ilmu perubatan Muslim, tidak ada ilmu perubatan yang bernilai dipraktikkan di Eropah.Ahli sejarah moden mengakui bahawa perkembangan ilmu perubatan Barat dipengaruhi oleh perubatan Muslim.Di Eropah dari abad ke-14 hingga ke-17.
Ilmu perubatan muslim bermula pada zaman pemerintahan Bani Umayyah (661-720M) tetapi kemajuan yang pesat dalam bidang perubatan berlaku pada zaman Abbasiyah (750-1258M) .Perkembangan sains dan ilmu perubatan mempunyai perhubungan yang erat antara satu dengan yang lain kerana islam mementingkan kesihatan umatnya.2

Sejarah membuktikan bahawa perkembangan ilmu dalam Islam berkembang dengan cepat.Sikap Nabi Muhammad saw.berhadapaan dengan ilmu, menjadi pengajaran yang sangat bererti bagi perkembangan ilmu perubatan dalam islam.Ibnu Khaldun menegaskan di dalam mukaddimahnya, bahawa perkembangan ilmu dan kebudayaan Islam, adalah berkat dorongan dan kekuatan agama itu sendiri.Ilmu perubataan Islam yang abadi iaitu Al-Quran dan Hadith Nabi.Al-Quran memang bukan buku tertentu.Yang ada di dalamnya adalah pedoman hidup, dan perubatan lahir dari kehidupan unit islam.Maka lahirlah ilmu perubatan islam.3

Banyak illmu perubatan umat islam telah ditimba daripada sumber asing khasnya dari Parsi, Kristian atau Yunani, India dan Mesir.Oleh itu, ilmu perubatan Muslim lahir sebagai integrasi antaara teori-teori perubatan Yunani, tradisi Hippokrates dan Galen serta pengalaman baangsa Parsi dan India kerana para doktor Parsi dan India berpengalaman khususnya daalam bidang farmakologi.4

FALSAFAH DAN TEORI PERUBATAN

Ibnu Sina, seorang tokoh yang masyur paadaa abad ke-10M, berasal dari Parsi, pada awal bukunya yang bertajuk al-qanun fi al-Tibb (peraturan dalam perubatan) yang mengandungi 14 jilid, beliau telah berkata, bahawa:

œ Perubatan adalah satu cabang ilmu mengenai kesihatan dan sakit pada tubuh manusia.
œ Tugaas doktor ialah untuk memulih atau menjaga keadaan keseimbangan yang disebut kesihatan.Yakni tugas doktor adalah pemulihan dan penjagaan kesihatan.
œ Selaras dengan patologi unsure-unsur Hippokrates (Yunani) , tokoh perubatan Muslim menganggap bahawa tubuh badan mengandungi empat unsure iaitu: a) Darah (blood)
b) Lendir (phlegm)
c) Hempedu kuning (yellow bile)
d) Hempedu hitam (black bile)
Dunia alam dibahagikan kepada 4 unsur juga iaitu:
a) Api (darah)
b) Udara (hempedu kuning)
c) Air (phlegm)
d) Tanah (hempedu hitam)

Tiap unsur badan mempunyai dua sifat seperti berikut:
a) Darah-panas dan lembap.
b) Lendir (phlegm)-dingin dan lembap.
c) Hempedu kuning-panas dan kering
d) Hempedu hitam-dingin dan kering.
Campuran 4 unsur-unsur tersebut menentukan keadaan kesihatan.Jika seimbang, maka sihatlah badan.

œ Tiap-tiap individu mempunyai campuran humor berkenaan yang unik seperti uniknya organ-organ individu dan temperamen individu itu.Tindakbalas seseorang terhadap ‘stimulan eksternal’ yang sama tidak serupa.
œ Tenaga badanlah yang mempertahankan daan memperbaiki keseimbangan dan menentukan kesihatan badannya.
œ Ubat membantu pesakit, badan sendirilah yang melakukan proses ke arah kesihatan.Tabi ‘ilah yang memulihkan (Nature cures not the medicine) .
œ Keadaan tubuh atau temperamen setiap individu akan menentukan bahaan makanan yang bermanfaat baginya.
œ Ibnu Sina mencatatkan bahawa sebab penyakit adalah:umur, jantina, pekerjaan, tempat kediaman, cuaca dan musim, adat dan kebiasaan, rehat, pergerakan (pembuangan air besar dan kecil) , makanan dan minuman, udara dan air, aktiviti fizikal dan mental.Yakni cara perubatan Ibn Sina merangkumi bahan makanan, udara, aktiviti fizikal dan mental, rehat dan lain-lain.4

KEMAJUAN YANG DI CAPAI DALAM ILMU PERUBATAN


PEMBEDAHAN
Sumbangan yang penting, yang diberikan oleh doktor Islam dalam ilmu perubatan adalah dalam bidang pembedahan.Pada abad ke-11M, mereka telah tahu:

1) Bagaimana memulihkan selaput mata (bular) dengan cara menggelincirkan keluar atau menarik keluar lensa (bypropsing or extraction of the crystalline lens) .
2) Mengenal pendarahan (haemorages) .
3) Mengenaal penggunaan kaustik.
4) Mengenai penggunaan benang (seton) dan pembakaran tisu (cauterization) .
5) Mengenai litoriti (lithotrity) suatu proses untuk menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing kepada bahan-bahan kecil supaya senang dikeluarkan melalui saluran kencing (uritera) .

Mereka tahu berkenaan anaesthesia, suatu perkara yang dianggap sebagai pertemuan baharu dalam ilmu perubatan.Sebelum pembedahan, merekan akan memberi ubat ‘dadah’ yang dibuat daripada pokok bernama darnei, hingga pesakit itu pengsan.
Abdul Qasim Khalaf bin Abbas al-Zahrawi (Abdulcassis) :Al-Zahrawi (meninggal dunia 1107M) dari Cordova adalah seorang doktor pembedahan yang sangat masyhur.Karyanya bernama Kitab al-Tasrif (buku penganugerahan) , suatu ‘ensiklopedia’ perubatan telah menjadi panduan bagi doktor pembedahan sepanjang abad.Beliau telah memberi penjelasan secara tersusun dalam perubatan Islam.Tulisan-tulisannya dilengkapi dengan ilustrasi alat-alat yang digunakan.Kitab al-Tasrif ini dicetak pada tahun 1497M dalam bahasa Latin dan Yahudi dengan nama medical Vademecum.Bab berkenaan pembedahan dalam kitab al-Tasrif ini adalah suatu jenis adalah suatu tesis pembedahan berilustrasi yng pertama dalam ilmu perubatan.Buku ini mengandungi tiga bahagian;yang pertaam berkenaan pembekaman (mengeluarkan darah) bagi penyakit aapoplexy (penyakit yang menghilangkan deria disebabkan oleh pecahan urat darah di otak) .Bahagian yang kedua berkenaan pembedahan yang dibuat dengan pisau belah (scalpel) dan pembedahan mata dan mulut.Bahagian yang ketiga, pembedahan bagi pelbagai bentuk pecah tulang dan terseliuh dan berkaitan dengan kelahiraan anak.Bahagian yang terakhir dalam buku ini membincangkan tentang penyakit gigi dan pengubatannya.Ia telah menjadi asas bagi ilmu pergigian di Eropah.6


OPTALMOLOGY
Pada abad 10 dan 11M, terdapat juga kemajuan yang utama dalam kajian optalmology.Umpamanya Ali Ibn Isa (abad ke-11M) dari Baghdad, adalah yang termasyhur dalam bidang ini.Bukunya bernama Tadhkirat al-Khaza ‘in (khazanah dalam bidang optalmology) adalah buku yang masyhur, setaraf dengan buku Abdul Qasim al-Zahrawi bernama kitab al-Tasrif (penganugerahan) yang telah disebutkan dahulu.Buku optalmology (ilmu berkenaan mata) itu telah menjadi penyuluh bagi perkembangan ilmu optalmology di Eropah.Ia telah digunakan sebagai buku teks yang terbaik di pelbagai institusi perubatan Eropah hingga akhir tahun 1900M.Pembedahan yang pertama untuk menyedut katarak (bular) telah dilakukan pada tahun 1256M oleh al-Mahusin, yang mencipta jarum berongga.Pada abad ke-14M juga terdapat nama-nama yang masyhur seperti:

1. Ammar al-Mawsili (Canamusali) di Mesir yang berasal dari Mosul.
2. Abu Ali al-Hassan Ibn al-Haitham (al-Hazen) (965-1020M) di Cairo, Mesir berasal dari Basrah.Bukunya yang termasyhur bernama ‘optiks’ (berkenaan mata dan aliran cahaya) telah menjadi rujukan utama di Eropah.Beliau menolak teori Euclid dan Ptolemy (Yunani) berkenaan aliran cahaya daripada mata.Euclid dan Ptolemy mengutarakan teori bahawa cahaya datangnya daripada mata untuk melihat.Al-Haitam telah menghuraikan berkenaan teori cahaya dan warna dan sifat bayangan.Dengan menggunakan eksperimen, beliau menentukan gerak lurus linear, penggunaan lensa (kamera obskura) yang dikajinya dengan menggunakan matematik untuk pertama kalinya.Beliau mempunyai mesin bubut untuk membuat lensa dn cermin lengkung untuk mengkaji pelbagai fenomena optika.7


SISTE, M PEREDARAN DARAH
Ala-al-Din Ibn Nafis (Ibn Nafis) meninggal dunia 1288M, dari Syria telah memberi penjelasan yang betul pada kali pertamanya bagi sistem peredaran darah, melalui rongga-rongga jantung dan paru-paru.Inilah satu daripada penemuan-penemuan yang sangat penting daalam ilmu perubatan.Di Barat, penemuan terharum tersebut telah dianggap dibuat oleh Michael Servetus seorang Portugis dalam abad ke-18M.Tetapi daripada kajian ilmiah seterusnya oleh beberapa orang penyelidik seperti Meyerhof (1935) dan Kahirallah A.A. (1936) telah menafikan pendapat ini.Ibn al-Nafis telah menulis satu iktisar bertajuk al-Syamil fi al-Sina ‘ah al-Tibbiyah (Suaatu Kajian Menyeluruh tentang Perubatan) yang merangkumi bidang pembedahan.8


BANGUNAN HOSPITAL
Didapati banyak bangunan hospital telah dibina pada zaman perkembangan ilmu (abad ke-9-11M) di negara Islam dari Morocco, Mesir, Syria, Baghdad hingga ke Parsi.Bentuknya serupa dengan hospital di Jundishapur, Parsi.Umat Islam telah meniru bentuk hospital dari Parsi dan Barat telah meniru bentuk hospital mereka daripada umat Islam.Seorang orientalis, Dr.Max Meyehof mengakui bahawa ia mempunyai keterangan yang benar yang boleh diuji (anthentic information) daripada 34 buah tesis tentang pendirian hospital oleh orng Islam.Hospital pertama didirikan di Cairo oleh Ibn Tulun adalah dalam tahun 872M dan di Baghdad, didirikan atas perintah Khalifah Harun al-Rasyid pada abad ke-9M.Sungguhpun demikian, rumah sakit yang pertama dalam sejarah Islam telah didirikan oleh Khalifah Walid bin Abd al-Malik (Ummayyah) di Damaskus dalam tahun 707M.
Sebahagian besar pengajaran ilmu perubatan dilakukan di hospital, sungguhpun aspek teorinya terus diajar di masjid dan madrasah.Dari segi praktik, ilmu perubatan biasanya diajaarkan di rumah sakit yang mempunyai perpustakaan dan yang mempunyai sekolah-sekolah untuk bahagian-bahagian khusus dalam ilmu perubatan.
Hospital berkenaan biasanya terbahagi kepada tiga bahagian, satu bahagian untuk lelaki dan satu bahagian untuk pesakit jiwa atau gila.Tiap-tiap bahagian mempunyai jururawat dan pembantu rumusan ubat, yang berasingan.9

PERUBATAN ISLAM DAN PERUBATAN MUSLIM


Ciri-ciri perubatan Islam (Tibb al-Nabawi) berdasarkan ilmu wahyu, baik daripada al-Quran atau al-Sunnah.Ia mempunyai konsep dan prinsip yang tertentu dan segala ciri-ciri perubatan yang dipraktikkan oleh seseorang Muslim yang bertentangan dengan ilmu daripada wahyu, tidak boleh dianggap sebagai perubatan Islam.Sistem perubatan yang diamalkan oleh seseorang tokoh muslim, mungkin dipengaruhi oleh sistem perubatan yang lain seperti perubatan Yunani, perubatan alopati atau perubatan Ayurvadi.Oleh kerana itu, ada kemungkinan kita mendapati antara tokoh-tokoh Muslim yang mempraktikkan ciri-ciri perubatan Islam, menerapkan ke dalamnya konsep-konsep yang diambil daripada sistem perubatan yang lain.10

CIRI-CIRI PERUBATAN iSLAM


Ciri-ciri penting perubatan Islam:
1) Perubatan Islam berdasarkan penjagaan kesihatan sebelum diserang oleh penyakit, dengan penekanan kepada unsur-unsur yang membantu kesihatan rohani dan jasmani.Penyakit boleh dielakkan dengan cara tertentu dan tidak datang dengan tiba-tiba.Kuman dan Virus bukannya sebab utama penyakit.
2) Perubatan alopati juga berpegang pada 'prevention is better than cure' (mencegah penyakit lebih baik daripada mengubat) tetapi cara pelaksanaannya berlainan dengan cara Ilahi.Cara islam lebih tepat dan menyeluruh dari segi tekanan-tekanan dan praktiknya.Islam menerangkan secara terperinci, cara hidup yang dianjurkan untuk seseorang Muslim.Cara hidup itu adalah cara hidup yang sempurna untuk menjaga kesihatan jasmani dan rohani.Sebab penyakit adalah natijah cara hidup yang tidak baik dan yang kurang sempurna.Cara hidup itu termasuklah cara makan.cara minum, cara bersenam, berehat, berfikir, bermasyarakat dan cara beribadat.
3) Manusia mempunyai dua bahagian yang sepadu iaitu roh dan jasad.Kebersihan kedua-dua unsur ini ditekankan di dalam ajaran Islam.Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud "Kebersihan (bersuci) setengah daripada Iman." (Muslim) .11

SUMBANGAN TOKOH-TOKOH PERUBATAN MUSLIM

Al-Kindi (185-252H)
Nama lengkapnya:Abu Yusuf, Ya 'kub Ibn Ishak as-Sabbah, Ibn Umran, Ibn Al-Asha 'ath, Ibn Kays, Al-Kindi.Dilahirkan di Kufah, ayahnya seorangg Amir kota itu.Terkenal dalam filasat, kedoktoran, dan pelbagai bidang.
Ia telah menulis beberapa kitab mengenai bahan makanan, ubat-ubatan, cara menyembuhkan penyakit kuning, cara mengubati sakit perut serta teori-teori tentang ilmu perubatan.14

Al-Razi (Rhazes) (865-925M)
Beliau telah mementingkan praktis perubatan klinikal, lebih daripada berteori semata-mata dan telah menghasilkan lebih daripada 200 jilid penulisan, di antaranya, Kitab al-Hawi yang merupakan satu ensklopedia perubatan amalan atau terapeutik yang telah menjadi sumber rujukan penting dari abad ke-12-17M.Dua buah buku lain yang masyhur olehnya ialah, kitab al-Mansur (Liber medicinalis) dan kitab al-Asrar (The book of Secrets) .Kedua-duanya adalah buku kimia yang berpengaruh sehingga abad ke-14M.Al-Razi adalah pengasas perubatan psikosomatiik, mementingkan keseimbangan rohani dan jasmani.Beliau adalah tokoh ulung yang mengenali 'cacar' dengan tepat dan membezakannya daripada 'campak' (measle) .

Ibn Sina (Avicenna) (980-1037M)
Ibn Sina telah menghasilkan 7 buah buku setahun, berjumlah 456 buah buku kesemuanya.Buku beliau Qanun fi al-Tibb mengandungi 1 juta perkataan, dibahgikan kepada 5 jilid.Termasuklah asas umum ilmu perubatan dan jenis-jenis ubat-ubatan berjumlah 760, ia di susun sebagai satu farmakopiea.Buku tersebut menjadi buku teks perubatan yang paling terkenal digunakan selama enam abad, di universiti-universiti Eropah.Ia menceritakan gejala-gejala penyakit seperti diabetis, mengetahui tentang venereologi (penyakit jangkitan seks) .Ibn Sina mengutarakan bahawa penyakit seperti TB, boleh berjangkit melalui bawaan udara.15


SUMBANGAN IBN SINA
Ibn Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenaali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatis (phychosomatic medicine) .Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan (pulsediaagnosis) untuk mengenal pasti (dalam masa beberapa detik sahaja) ketidakseimbangan humor yang berkenaan.Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipraktikkan oleh para ‘hakim’ (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afganistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani.Seorang doktor tabi ‘I dari Amerika (1981) melaporkan bahawa para hakim di Afganistan, China, India dan Parsi sangat berkebolehan dalam menentukan penyakit melalui ‘denyutan jantung’.Kaedahnya bukan sahaja membilang beberapa denyutan jantung di tempat yang dirasai, tetapi mutunya (kualiti) yang pelbagai merangkumi:
œ Kuat atau lemah denyutan.
œ Masa antara denyutan.
œ Kelembaapan kandungannya (moisture content) di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-lain lagi.

Daripada ukuran-ukuran denyutan jantung (pulsemeasurement) , seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihadaapi di dalam tubuh si pesakit.
Ibn Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan.Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa akibat dipisahkan daripada kekasihnya, beliau boleh mendapatkan nama dan alamat kekasih pesakit itu melalui cara berikut:
Caranya adalah untuk menyebut banyak nama-nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) , apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti, seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut.Selepas itu kata Ibn Sina, “jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya melainkan dengan menemukan si pesakit dengan kekasihnya, menurut peraaturaan syariah maka buatlah, “ (Terjemahan) .Ibn Sina adalah doktor perubatan yang pertama yang mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (pulmonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh berjangkit (contagios) .Dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda _symptoms) penyakit kencing manis (diabetis) dan masalah yang timbul daripadanya.Beliau sangat berminat dalam bidang berkenaan kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Beliau telah menghasilkan 250 buah karya yang masih kekal hingga ke hari ini, termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang ‘ilmu perubatan) .Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi.Qanun fi al-Tibb adalah karyanya yang termahsyur, paling sering dicetak di Eropah pada zaman Renaissance.Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada Zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga abad ke-17M.16


Ibn Haytham (965-1039M)
Abu ‘Ali al-Hassan bin al-Hasan. Seorang pakar dalam ilmu matematik, fizik, kedoktoran dan falsafah. Beliau dilahirkan di Basrah dan setelah itu berhijrah ke Mesir pada masa pemerintahan Kerajaan Fatimiah.
Beliau telah mengarang dua ratus buah buku, di antaranya ialah ‘Kitab fi al-Manazir, Kaifiyat al-Adlal; tahlil al-Masa il ‘al-Handasiah’, ‘Sarh Usul Iqlidis fi al-Handasah wa al-‘adad’. Dalam falsafah Ibn al-Haytham mengambil contoh daripaa Arusto.


Ibn Nafis (1210-1288M) :penemu saluran darah
Alaudin Abu al-A’ala Ali bin Abi al-Hazam al-Quraisy al-Misri. Dilahirkan di Damsyik, Syria dan meninggal dunia di Kaherah, Mesir. Mempelajari kedoktoran dengan al-Dakhwar dan Imam al-Israili. Disamping itu mengkaji ilmu lojik (mantiq) , falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.
Beliau menganalisa perjalanan darah dalam tubuh dan menghuraikan ubat-ubatan serta cara memakannya. Beliau juga telah menemui sistem peredaran darah ke paru-paru 300 tahun sebelum penemuan oleh sarjana barat Harvey. Beliau mengarang buku yang menerangkan tentang peredaran darah ke paru-paru. Beliau mengakhiri penulisan kedoktorannya dengan sebuah ensaiklopedia yang hanya dapat disiapkan 80 jilid dari 300 jilid yang dicadang olehnya. Beliau juga banyak mengarang dalam bidang falsafah, sirah nabawi, ulum hadis, bahasa dan perundangan Islam.17

Al-Zahrawi (Abulcassis) (936-1013M)
Al-Zahrawi adalah pakar pembedahan yang terkenal, di samping mengetahui berkenaan ilmu perubatan dan farmasi.Beliau telah menghasilkan buku bertajuk al-Tasrif (kitab al-Zahrawi) yang terdiri daripada 30 bahagian, yang telah diterjemahkan ke bahasa Latin, Perancis, Sepanyol dan Hebrew, pada zaman Renaissance Eropah.Beliau juga memperkenalkan 150 alat pembedahan17.Melalui kitab al-Zahrawi menganjurkan rawatan secara kaunteri yang digunakan secara meluas di dunia Barat pada akhir Zaman pertengahan.Al-Zahrawi juga mengkaji tentang penyakit, mengelaskan penyakit, diadnosis dan prognosis serta mmbincangkan cara-cara mengelak penyakit.18

Ibn al-Quff (1233-1286M)
Ibn al-Quff adalah seorang lagi pakar bedah Islam yang terkenal.Beliay menulis buku bertajuk al-Umdah fi al-Sina ah al-Jurahah (The Authority of Surgery) yang mengandungi 20 fasal.Beliau juga membincangkan kepentingan anatomi dalam pembedahan, serta teknik-teknik dan alat-alat surgeri.Secara umumnya, perubatan Islamiah telah memodenkan cara mempraktiskan ilmu perubatan dengan penubuhan hospital-hospital bentuk modaen yang lengkap dengan wad-wad, klinik pesakit luar, dispensari, dapur serta konsep 'hospital'.Antara lain hospital bergerak telah di adakan untuk mengiringi angkatan tentera Islam;dimana jururawat Islam telah pun wujud sebelum Florence of Nightingale dikenali ramai berabad-abad kemudiannya.19


SUMBANGAN MENGIKUT BIDANG

FARMASI @ FARMAKOLOGI.
Dalam bidang farmasi, untuk mengawal mutu dan dos ubat-ubatan, undang-undang khas dan peperiksaan serta pengawasan mutu sering dilakukan.Kajian kesan ubat ke atas haiwan dilakukan untuk ujian 'sceening' dan juga untuk menentukan dos yang sesuai (bioassaay) .Tokoh-tokoh Islam telah banyak mengeluarkan Farmokopedia yang menceritakan tentang cara-cara menyediakan dan khasiat-khasiatnya.Bentuk dan penyediaan ubat boleh dibuat secara rebusan, pendebuan, penyulingan, basuhan, larutan, salap, sublimasi dan lain-lain.Bahkan, ada juga ubat yang diber secara supositori (melalui anus) , dan melalui pundi kencing.Senarai ubat-ubatan dan farmokologi telah dimuatkan di dalam kitab-kitab yang terkenal seperti al-Hawi (oleh al-Razi, 830 jenis) , al-Saydalah (oleh al-Biruni, 850 jenis) , al-Mughani filawiyat al-Mufradah (oleh al-Baitar, 1400 jenis) , al-Qanun (oleh Ibn Sina, 760 jenis) dan oleh al-Kindi dan al-Zahrawi.


ANESTETIK
Pembiusan 'Umum' telah dapat dijalankan untuk pembedahan major (besar) dengan menggunakan campuran Zoari, candu, manrake & hyocyamus dan diberi secara sedutan.20


SURGERI
Dalam bidang surgeri, sebanyak lebih kurang 200 jenis alat-alat surgeri dilukiskan di dalam kitab al-Tasrif oleh al-Zahrawi, termasuk penyepit, penebuk, gunting, pencakup, pisau alat kauteri dan lain-lain.Pembedahan dijalankan dengan menggunakan teknik steril (tanpa kuman) di man kuman dimusnahkan dengan alkohol atau pembakaran.Toresan (incision) dan pembuangan (excision) tisu dilakukan berpandu pada pengetahuan anatomi.Pembuluh darah yang terpotong, dihentikan pendarahannya dengan teknik 'liasi' (ikatan benang) atau kauteri (bakar dengan besi panas) .Tisu tubuh dibuka dan akhirnya ditutup lapis demi lapis dengan jahitan benang dan menggunakan teknik steril seperti yang dilakukan sekarang.Dengan cara itu, pembedahan-pembedahan usus yang tercedera telah pun dilakukan di zaman tersebut.Sungguhpun pembedahan-pembedahan ini masih kasar dan dilakukan biasanya untuk menyelamatkan nyawa, kita boleh merasa bangga kerana titik sejarah pembedahan besar sudah pun dimulai di zaman tersebut.

OFTAMOLOGI
Sumbangan Islam juga tidak kurang di dalam bidang ini.Istilah-istilah seperti retina, katarak dan lain-lain dicipta oleh mereka.Teori baru tentang penglihatan dianjurkan, iaitu pembiasan terjadi di kanta mata dan difokuskan di retina.Teori ini menumpaskan teori Yunani purba yang menyatakan cahaya dihantar daripada mata untuk melihat objek yang dipandang.Beberapa jenis penyakit mata seperti trakoma, glaukoma dan katarak telah digambar huraikan oleh oftamologi Islam seperti al-Haitham (al-Hazen (960-1039M) , Ali Abbas, Abul at-Tabri dan sebagainnya.Pembedahan katarak cara baharu telah dilakukan dengan menggunakan sedutan kanta yang 'opaque' (legap) itu melalui tiub

ANATOMI
Bentuk struktur manusia banyak dipelajari daripada beruk besar (Ape) yang diimport khas untuk pembelajaran.Abdullatif el-Baghdadi (1161-1231M) banyak mempelajari bentuk tulang-tulang dengan menggunakan ribuan kumpulan tulang manusia yang dijumpai di suatu daerah.Beliau mempunyai perbezaan pendapat dengan Galen sebelumnya, tentang tulang sakrum.Abdullatif memperbetulkan kesilapan Galen dan mengutarakan bahawa tulang sakrum terbentuk daripada cantuman-cantuman beberapa tulang.

ORTOPEDIK
Banyak pula huraian yang dibuat tentang patah tulang (fraktur) dan terseliuh (dislokasi) .Teknik-teknik untuk membentulkan balik tulang yang terseliuh daripada sebdinya dihuraikan dengan baik di dalam kitab-kitab surgeri.Mereka mengetahui bagaimana hendak membetulkan tulang patah, yang dibebatkan dengan menggunakan kayu atau acuan plaster yang diperbuat daripada habuk batu dan gandum.'Plaster of paris' (P.O.P) yang digunakan sekarang hanya telah dicipta pada 1877M.21

Salah satu daripada sumbangan yang besar kepada tamadun manusia daripada umat Islam adalah sumbangan dalam bahagian ilmu perubatan.Umat Islam telah berjaya mencapai kejayaan yang tinggi dalam ilmu perubatan.Mereka telah meneroka dan telah membuat banyak penemuan dalam bidang tersebut.Karya-karya mereka telah menjadi buku rujukan utama bagi para doktor perubatan di Eropah ratusan tahun selepas peninggalan mereka, sebelum ilmu perubatan berkembang di Eropah selepas Zaman Renaissance.22
Apa yang perlu dilakukan oleh cendiakawan Muslim (ulama, sarjana, saintis) adalah bagaimana berlumba untuk meraih prestasi dalam bidangnya masing-masing sambill meluaskan wawasan Ilmiahnya untuk membangunkan jambatan-jambatan penghubung untuk mengintensifkan komunikasi interdisipliner antara bidang-bidang sains dan bidang-bidang agama.Ini menjadikan umat manusia hidup dalam masyarakat yang bertamadun.23


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com