Makna Tamadun Islam

MAKNA TAMADUN ISLAM

PENDAHULUAN
Tamadun Islam ialah tamadun yang didirikan oleh masyarakat muslim dari abad ke 7 M hingga kini. Ia merupakan sebuah tamadun yang sepadu dengan menitikberatkan penekanan kemajuan kerohanian serta kebendaan. Dalam jangkamasa tersebut pelbagai bangsa seperti Arab, Parsi Turki, India dan lain-lain lagi telah bersama-sama bergabung di bawah naungan islam kearah membina sebuah tamadun yang agung hingga muncul bandar-bandar dan kota-kota terkemuka didunia suatu ketika dahuluseperti Madinah, baghdad, Cordova, Iskandariah dan lain-lain lagiyang telah menjadi pusat-pusat penting perkembangan tamadundan kebudayaan islam seterusnya menjadi pusat tumpuan dunia dalam hal-hal keilmuan dan sebagainya.
Bukan itu sahaja bahkan tamadun islam telah memberi sumbangan yang tidak ternilai dari segi kemanusiaan. Tamadun islam lah yang telah berjaya meletakan manusia sesuai dengan martabatnya. Mengeluarkan manusia dari kegelapan jahilliyyah kepada cahaya islam yang terang benderang. sinarannya bukan sahaja menerangi tanah Arab tetapi juga Eropah dan seluruh pelusuk alam.

Pengenalan Konsep Tamadun Islam

Seorang sarjana Islam Muhammad Asad telah menyifatkan tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang berideologi di mana al-Quran adalah sumber ideologi tersebut sekaligus menjadi justifikasi yang unggul.

Manakala Prof. Ismail Al-Faruqi pula menulis dalam kertas kerjanya “Islam The Civilizing Force” menjelaskan bahawa tauhid merupakan intidasar kepada tamadun islam. Ia memberi gambaran dan membentuk cara berfikir dan tingkahlaku umat islam kejalan yang diredhai oleh Allah. Ia emrupakan penggerak serta pembentuk identiti dan kebudayaan dalam tamadun Islam.

Jelas sekali konsep tamadun islam tidak sama dengan tamadun-tamadun yang lain. Selain dari tamadun islam,memang terdapat berbagai-bagai tamadun manusia didunia ini. Ia didirikan oleh satu bangsa pada suatu masa atau tempat. Contohnya tamadun Greek, Cina, Parsi, India dan sebagainya.

Dari pandangan islam pula, seorang sarjana islam M. A. J Beg telah mengemukakan satu teori tentang tamadun ini. Menurutnya didunia ini hanya terdapat dua sahaja konsep tamadun iaitu tamadun Islam dan tamadun barat. Apabila sesebuah tamadun itu memenuhi ciri-ciri yang digariskan oleh islam ia dikatakan sebagai sebuah tamadun islam, manakala apabila ia tidak emnepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh islam seperti sekular atau meterialistik ia, dikategori sebsgai tamadun barat. Ringkasnya semua bentuk tamadun yang bersifat sekular dikatakan sebagai tamadun barat.
KONSEP TAMADUN ISLAM
Kecemerlangan ketamadunan seseorang atau ummah tidak akan terlaksana, jika tidak dipraktikkan dengan asas-asas pembinaan tamadun. Asas-asas pembinaan tamadun Islam amat berbeza dengan kebudayaan dan peradaban lain kerana Islam meletakkan Al-Qur'an dan Al Sunnah sebagai sumber utama. Oleh itu asas-asas yang dimaksudkan di sini adalah seperti berikut:
i. Keteguhan Akidah.
ii. Mengaplikasikan Hukum-Hukum Allah(Syariah).
iii. Pembentukan Aklak yang Mulia
Untuk lebih memantapkan lagi dari segi pemahaman konsep, aspek-aspek dan aplikasi dalam tamadun Islam, maka ketiga-tiga asas tersebut akan di huraikan dengan lebih teliti sebagai berikut:
Keteguhan Akidah.
Mengaplikasikan Hukum-Hukum Allah(Syariah).
Pembentukan Akhlak yang Mulia.
Selain daripada tiga asas tamadun Islam yang menjadi perioriti utama dalam bab perbahasan Islam dan zaman kegemilangannya seperti yang dijelaskan, Antara lain yang boleh menjadikan ianya sebagai pelengkap bagi asas tamadun Islam adalah:

Menanamkan Pendidikan keimanan.

Para ibubapa hendaklah mengasuh, mengasah, mengasih dan menanamkan kepada anak-anak mereka kefahaman tentang Islam, terutama dari segi akidah, ibadah dan akhlak sejak ia mula membesar. Kemudian membiasakan pula mereka mempraktikkan asas-asas pengajarannya. Akhirnya anak-anak itu beransur-ansur memperolehi kecemerlangan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Panduan atau cara-cara melaksanakan kefahaman pendidikan keimanan kepada anak-anak adalah berdasarkan pesanan dan ajaran yang telah dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w kepada ummah sejagat, antara lain:
i. Memulakan pengenalan kalimah ke Esaan Allah dengan cara mengazankan anak yang baru lahir di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri.
ii. Menyuruh anak-anak melakukan ibadah solat ketika mereka masih kecil lagi iaitu dalam lingkungan usia tujuh tahun.
iii. Memperkenalkan hukum-hukum Islam tentang halal dan haram bila anak-anak telah mencapai pertumbuhan akal.
iv. Mendidik anak-anak supaya mencintai Rasulullah s.a.w dan keluarganya serta membiasakan diri membaca Al-Qur'an
Keharmonian Dalam Keluarga. 1

Islam amat menitik berat tentang pendidikan dalam intstitusi keluarga. Institusi ini sebagai wadah pertama dan utama bagi seseorang menerima pendidikan sebelum dilanjutkan atau dikembangkan dalam institusi-institusi lain, seperti institusi peringkat sekolah, pengajian tinggi, masyarakt dan seumpamanya.

Ibubapa adalah sebagai pemegang amanah terhadap pendidikan anak-anak dalam institusi keluarga. Mereka wajib membina dan membentuk cara hidup ahli keluarga berlandaskan ajaran Islam untuk mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat serta menghindari dari azab neraka.

Sehubungan dengan itu, jika ibubapa gagal melaksanakan tanggungjawab dalam pendidikan terhadap anak-anak, maka akan terserahlah generasi yang jauh terpesong daripada ajaran Al Qur'an yang sebenar. Nanti mereka tidak akan mengenal siapakah Pencipta Alam ini, mereka selalu tunduk kepada pangkat, melakukan pekerjaan bukan kerana Allah SWT, menjadi hamba kepada harta, dan menjadi tuan kepada hawa nafsu, malah yang lebih mengerikan lagi iaitu, sanggup menukar agama Islam.

Untuk menghindari dari perkara tersebut, maka institusi keluarga haruslah dibina di atas landasan yang kukuh dan kaedah-kaedah yang telah di ajarkan oleh Islam melalui Al-Qur'an, Al Hadis, dan nasihat oleh para Alim Ulamak, dengan kata lain, kedua ibu bapa perlu mewujudkan kerjasama dalam mendidik anak-anak, terutama pendidikan keimanan iaitu mengaplikasikan kaedah-kaedah mendidik dengan cara menunjukkan keteladanan dalam segala aspek kerana meraka adalah model yang sangat hampir kepada anak-anak untuk ditirunya.

Melaksanakan Tugas Sebagai Khalifah.

Revolusi secara besar-besaran yang dilakukan Rasulullah s.a.w telah terlaksana dengan jayanya dan terbukti bahawa negara telah menjadi aman damai serta ummah dapat mengecap kenikmatan kecemerlangan hidup, di samping kesyukuran terhadap Allah SWT. Keistimewaan ciptaan manusia berbanding dengan makhluk yang lain telah dijelaskan dalam Al Qur'an, terutama menduduki kerusi Khalifah(Pemimpin). Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al An'aam, ayat 165 sebagai berikut:

Pengertiannya:

"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian(yang lain) beberapa darjat, untuk menguji kamu tentang apa yang diberikanNya kepadamu. Sesungguhnya Tuhan amat cepat siksaanNya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "1

Maksud khalifah ialah menjadi pemimpin di lokasi tertentu sahaja iaitu "di dunia yang fana ini", bukan di alam sejagat, apatah lagi di akhirat. Jadi perkataan "Khalifah" boleh diertikan kepada "Wakil" untuk menerima mandat dari pentadbir yang tertinggi iaitu "Allah SWT"

Kewajipan yang pertama dan utama sebagai "wakil" harus menyedari bahawa hendaklah memastikan tunduk dan patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu berakauntabiliti dan beramanah. Sebagai Khalifatullah(wakil Allah) yang bertanggungjawab untuk memimpin dunia sejagat, tanpa mengenal perbezaan ras dan etnik, tidak memperjuangkan suku dan bangsa tertentu, perbezaan warna kulit dan seumpamanya. Di samping itu mereka tidak boleh berfikiran sempit dan individualistik dalam mengambil tindakan sesuatu perkara kerana semua yang dijadikan Allah SWT perlu diketahui oleh tiap-tiap individu dan saling kenal mengenal di antara mereka.

Dalam menjalankan sesuatu tugas, maka khalifah hendaklah menangani sesuatu masalah yang bersangkutan dengan rakyat secara berhati-hati dan ditanamkan semangat kasih sayang. Jika perlu diambil tindakan, maka lakukanlah secara adil sebagaimana model yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Jika negaraku diserang musuh, maka akulah orang yang berada di barisan hadapan. Jika rakyatku mengalami kelaparan, maka akulah orang yang pertama merasainya. Jika anakku Fatimah mencuri, maka nescaya akulah orang yang akan memotong tangannya". 1
Dan seumpamanya. Jadi dengan secara langsung atau tidak langsung. Islam mengajar kepada ummahnya bahawa orang yang membawa undang-undang dan rakyat yang menerimanya adalah sama-sama patuh kepada undang-undang tersebut ada maruah dan berjalan dengan adil serta rakyat keseluruhannya dapat mengecap ketamadunan sejagat dan seluruh aspek kehidupan.

Setiap individu dewasa ini sebagai mewarisi pemimpin yang terdahulu. Mereka juga tidak boleh mengabaikan tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang dikatakan "Amanah". Maksudnya ialah kepercayaan, teguh memegang janji, bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Dengan kata lain bahawa amanah itu "mendatangkan rezeki-dan pecah amanah(khianat) ialah mendatangkan kefakiran". Pada dasarnya amanah terbahagi kepada tiga ketegori, iaitu:

1. Amanah terhadap Allah dan Rasul. Maksud di sini ialah bertanggungjawab dengan sepenuh hati dalam mentaati semua suruhan dan menjauhi segala laranganNya, di mana-mana dan bila-bila masa, terutama perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Anfal, ayat 27 sebagai berikut: Pengertiannya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan RasulNya dan(juga) janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui. "

2. Amanah terhadap diri sendiri.

Maksud amanah dalam kategori ini ialah setiap individu muslim pasti memelihara seluruh pancaindera mereka, agar ianya boleh berfungsi untuk memberi kemanfaatan dan kecemerlangan pada dirinya sendiri sebagai hamba Allah yang tulin, sebagai contoh:
i. Pancaindera mata1 : memastikan melihat perkara-perkara yang benar dan baik.
ii. Pancaindera mulut: Memastikan mengeluarkan kata-kata yang elok didengar.
iii. Pancaindera telinga: Memastikan mendengar perkara-perkara yang diizinkan agama.
iv. Pancaindera tangan: Memastikan membuat perkara-perkara disukai Allah.
v. Pancaindera kaki: Memastikan berjalan ketempat yang diredhaiNya.
vi. Pancaindera kaki: Memastikan berjalan ketempat yang diredhaiNya.
Apa sahaja yang dilakukan oleh manusia semasa hidup di dunia ini melalui pancaindera, maka semua pancaindera tersebut akan memberi saksi kepada Allah SWT di akhirat kelak, sebagaimana firmanNya dalam surah Fushshilat, ayat 22 sebagai berikut:

Pengertiannya:
"Kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu, bahkan kamu mengira bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kamu kerjakan. "


3. Amanah terhadap manusia. Amanah seperti ini termasuk dalam kategori sosial, Ianya boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

i. Amanah yang bersifat peribadi. Setiap individu mempunyai amanah dalam lingkungan keluarga, masyarakat dan lingkungan pekerjaan seperti: dia sebagai seorang suami dan dalam masa yang sama berperanan sebagai seorang pegawai, pensyarah, kerani, dan seumpamanya. bagi mereka ini, harus berhati-hati jangan mengabaikan di antara satu sama lain.
ii. Amanah yang bersifat kepentingan umum. Sebagai contoh: seorang Hakim di Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman dengan seadil-adilnya, tidak mempengaruhi fahaman mana-mana politik, pilih kasih, tidak pandang bulu dan seumpamanya.

KESIMPULAN
Di dalam pembentukan Tamadun Islam jelaslah akan peri pentingnya kesepaduan di dalam akhlak yang mulia, akidah yang utuh terhadap Allah dan syariah Allah. Tanpa asas yang kukuh lagi utuh masyarakat Islam akan ketandusan kecemerlangan yang gemilang. Kesemua aspek pembentukan Tamadun Islam yang telah di aplikasikan kepada kahidupan masyarakat akan melahirkan bukan sahaja kegemilangan Islam malahan Islam itu sendiri tidak mudah untuk di perkotak-katikkan oleh Barat Khusunya dalam menempuh era globalisasi.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com