Konsep ilmu Fardhu Kifayah

FARDU KIFAYAH DALAM ISLAM

Masyarakat Islam khususnya di Malaysia sering dikemukakan dengan persoalan fardu ain dan fardu kifayah. Tetapi ramai antara kita barangkali tidak begitu jelas tentang perbezaan kedua-dua istilah tersebut. Kita juga sering gagal membezakan sesuatu itu fardu ain atau fardu kifayah. Untuk menghindarkan keliruan inilah kita perlu melihat kepada perbezaan garis pemisah di antara kedua-dua konsep tersebut. Kegagalan memahaminya menyebabkan individu Muslim sering menganggap fardu ain itu sebagai fardu kifayah dan begitulah sebaliknya. Kesilapan seumpama ini menyebabkan terabainya sesetengah dari ajaran Islam untuk dihayati secara amali dalam kehidupan.
Menurut Ilmu Usul Fiqh, fardu ain atau dikenali juga dengan wajib ‘aini ditakrifkan sebagai perbuatan yang wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang mukallaf seperti sembahyang lima waktu dan sebagainya(2). Dari definasi tersebut dapatlah difahamkan bahawa fardu ain adalah pekerjaan yang wajib dilakukan oleh setiap umat Islam dalam keadaan individu Muslim itu cukup syarat-syaratnya seperti berakal, baligh dan sebagainya.

(1) difinasi dalam buku panduan uis251
(2)(A. Hanafi M. A. , Buku Usul Fiqh)

Seseorang Muslim yang meninggalkan kewajiban ini menyebabkan dia menanggung dosa besar di samping mengurangkan ciri-ciri kesempurnaan keislaman ke atas dirinya. Dalam erti kata yang lebih singkat, fardu ain adalah kewajiban bagi setiap individu Muslim.
Sementara itu fardu kifayah ditafsirkan sebagai “perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila telah dilakukan maka hilanglah tuntutan kewajiban itu terhadap orang lain. Tetapi apabila tidak ada seseorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa, seperti mendirikan tempat beribadat, rumah sakit, menyembahyangkan mayat dan sebagainya(A. Hanafi M. A. , Ibid).
Dengan lain-lain perkataan fardu kifayah adalah kefarduan yang wajib dikerjakan oleh seseorang atau satu kumpulan yang mewakili masyarakat Islam, sebuah daerah Islam, negeri ataupun negara. Apabila kefarduan itu telah disempurnakan, maka kewajiban tersebut menjadi gugur bagi seluruh anggota masyarakat yang terlibat
Dengan itu dapatlah ditegaskan bahawa fardu kifayah mempunyai ruang lingkup yang luas yang melibatkan seluruh aspek hidup seperti soal-soal ekonomi, politik dan perundangan, termasuk soal ketenteraan dan lain-lain.
Di sini kita juga dapat melihat bahawa perbezaan yang ketara di antara dua kewajiban ini ialah fardu ain wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim yang mukallaf, manakala fardu kifayah hanyalah wajib dikerjakan oleh seseorang atau sekumpulan orang sahaja.
Perbezaan yang lain adalah fardu ain merupakan kewajiban yang merupakan ibadat-ibadat yang khusus dan fardu kifayah pula adalah kerja-kerja yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan kenegaraan.
Dari huraian di atas dapatlah difahamkan bahawa fardu ain adalah kerja-kerja seorang Muslim yang lebih berhubungan dengan Khaliknya dan fardu kifayah pula bersifat kemaslahatan dan kepentingan umat Islam yang lebih berhubungan dengan makhluk di sekitarnya.
Kepentingan kedua-dua konsep tersebut terdapat dalam firman Allah yang bemaksud “Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana sahaja mereka berada kecuali mereka yang berhubungan dengan tali Allah dan tali daripada manusia”(3), di mana tali Allah adalah hubungan peribadi yang bersifat fardu ain dengannya, sementara tali dari manusia adalah kerja-kerja yang bersifat fardu kifayah.
Kesempurnaan dan keindahan Islam tidak akan dapat dilihat jika kewajiban-kewajiban kifayah ini diabaikan oleh masyarakat Islam. Islam sebagai ajaran yang syumul(menyeluruh) berdasarkan manhaj rabbani melibatkan proses pembinaan peribadi Muslim, keluarga dan umah Islam dan khalifah Islam yang bersifat international. Dalam proses pembinaan individu Muslim misalnya, penglibatan anggota masyarakat sekitar adalah penting untuk melahirkan seorang Muslim yang baik kerana individu Muslim tidak dapat dibina tanpa kerjasama para guru, kaum ulama, masyarakat sekitar dan sebagainya yang melibatkan sistem pendidikan dan etika Islam yang dihayati secara langsung oleh sesebuah masyarakat.
(3)(Al-Quran, surah Ali Imran 112)
Tingkah laku sosial seseorang umpamanya amat terpengaruh dengan suasana persekitaran. Keadaan sekeliling yang penuh dengan maksiat, pergaulan bebas ala Barat dan sebagainya, adalah amat menyimpang dari ajaran Islam.
Di sinilah perlu diwujudkan suasana yang bercorak Islam atau persekitaran yang selari dengan Islam jika kita ingin membentuk syaksiah Islamiah atau peribadi Muslim.
Dengan demikian kewujudan persekitaran yang bercorak Islam menjadi fardu kifayah ke atas sesebuah masyarakat Islam. Tanpa persekitaran yang seperti ini, usaha-usaha kearah pembentukan peribadi Muslim akan menemui kegagalan kerana memang tabiat manusia itu adalah amat dipengaruhi oleh suasana persekitarannya.
Usaha-usaha pembinaan peribadi Muslim adalah tahap pertama dalam merealisasikan cita-cita dan tujuan dari ajaran Islam yang syumul itu. Pembinaan peribadi Muslim mestilah diikuti dengan pembentukan keluarga Islam, ummah Islamiah, negara Islam, khalifah Islam dan seterusnya dunia Islam.
Tanpa semuanya itu, Islam tidak akan dapat dilihat sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna. Apalagi dalam keadan sekarang ini umat Islam menjadi pelarian, rumah dan harta benda mereka dibakar, wanita-wanita mereka dizalimi dan bebagai-bagai lagi kekejaman akibat peperangan dan ekspoitasi ekonomi-politik.
Negara-negara umat Islam pula tidak mempunyai sebarang kekuatan, seluruh keperluan mereka bergantung kepada negara-negara blok Barat dan Timur, khususnya negara-negara kapitalis dan sosialis, terutama dalam bidang ekonomi, persenjataan, pendidikan, kepakaran dan sebagainya.
Seperti yang telah disebutkan, kewajiban yang bercorak kifayah itu gugur apabila telah ada seorang atau sekumpulan orang yang menunaikannya secara sempurna. Proses pelaksanaan yang belum mencapai tahap kesempurnaan menyebabkan kelompok masyarakat yang berkenaan masih dianggap berdosa.
Contohnya apabila dua atau tiga orang yang menguruskan jenazah dengan tidak mengikut syarat dan rukun-rukunnya, maka anggota masyarakat yang lain masih dikira berdosa. Ibnu Thaimiyah menegaskan bahawa “sesungguhnya para fuqaha Islam pada keseluruhannya berpendapat tentang pertukangan dan perusahaan seperti bertenun, pembinaan bangunan dan sebagainya adalah merupakan fardu kifayah. ”
Dalam menunaikan tanggungjawab dakwah seperti menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran, Islam mengarahkan supaya perkara tersebut wajib dilakukan oleh sekumpulan orang-orang Islam. Firman Allah bermaksud: “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan(4)
(5) Islami telah menggariskan bidang-bidang yang perlu digarap dan ditangani oleh umat Islam sama ada pihak pemerintah maupun rakyat dalam proses mengembalikan semula kebangkitan umat Islam seluruhnya untuk menghayati sistem yang sesuai dengan cita-cita Islam. Bidang-bidang yang dimaksudkan ialah bidang-bidang kerohanian dan akhlak, pendidikan dan kebudayaan, kemasyarakatan, ekonomi, ketenteraan, politik dan perundangan.
Tanpa memperincikan perkara-perkara yang telah digariskan itu, kita masih dapat melihat
(4) Al-Quran surah Ali Imran: 104
(5) Prof Dr. Yusuf Al Qardawy berkata dalam kitab Al-Hillul


di mana keperluan-keperluan yang merangkumi bidang yang berperanan dalam masyarakat Islam bermula dari individu hinggalah sampai ke peringkat negara yang
sekiranya benar-benar beroperasi secara yang dikehendaki merupakan sumbangan terbesar terhadap kelansungan umat Islam itu sendiri.
Keperluan tersebut dapat dibahagikan kepada beberapa tahap atau peringkat seperti peringkat kampung, daerah, negeri, negara dan peringkat internasional.
Dari pemaparan ini, kita melihat bahawa keperluan untuk mewujudkan sebuah wilayah Islam yang bermula dari pembentukan individu sehinggalah dunia Islam antarabangsa masih terlalu jauh dari realiti. Satu proses perubahan yang menyeluruh perlu dilakukan untuk mencapai dan menjamin terwujudnya perkara-perkara di atas, sehingga Islam dapat menjadi satu kuasa yang besar dan dihormati.
Di sini harapan tersebut tidak akan tercapai sekiranya umat Islam masih lagi memandang ringan terhadap kepentingan fardu kifayah. Umat Islam sewajibnya memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap kefarduan ini. Tanpa tumpuan yang bersungguh-sungguh terhadap aspek ini, idealisme Islam tidak akan tercapai dan ia akan hanya menjadi satu utopia sepertimana yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam.

FARDHU KIFAYAH DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN NEGARA

Ilmu fardhu Ain Dan Fardhu Kifayah

Kifayah dari segi bahasa bermaksud “mencukupi” dan “memadai”. Dari segi istilah ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith, menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada amar ma’ruf nahi mungkar.

Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam.

Menurut Ibn Kaldhun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapat dihasilkan tanpa melalui beberapa proses yang melibatkan pengemblengan tenaga kerja sesama manusia dan alat-alat tertentu. Oleh yang demikian memiliki kemahiran di dalam hal tersebut bagi memenuhi keperluan masyarakat juga termasuk dalam tuntutan fardhu kifayah.

Pengetahuan terhadap prinsip halal dan haram adalah wajib bagi setiap Muslim kerana dengan itu dia akan mengetahui perkara yang menjadi fardhu ain yang menjadi fardhu kifayah.

Fardhu ain bermaksud perkara yang wajib bagi setiap orang Muslim dan ia mencakupi dua perkara:
Pertama: Mengetahui kewajipan-kewajipan agama yang menjadikan akidah keimanan dan fardhu-fardhu yang ditetapkan oleh Islam itu sah. Ia berupa beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat, dan ketentuan qadar yang baik dan jahat. Begitu juga rukun-rukun dan fardhu-fardhu sembahyang, zakat, puasa dan haji. Ini adalah kesahihannya yang bermaksud:(6)
“Dibina Islam itu atas 5 perkara: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan fardhu haji bagi sesiapa yang mampu melakukannya. ”
__________________________________________________________________
(6) yang dinyatakan di dalam hadith Ibn ‘Umar yang disepakati kesahihannya



Begitu juga mesti mengetahui usul-usul muamalat yang perlu dan mesti wujud di dalam kehidupan setiap orang Muslim untuk bertukar ganti manfaat barangan, menyuburkan kehidupan bermasyarakat dan menstabilkannya seperti halalnya jual beli, meminjam, bersyarikat, ketentuan perwarisan, juga hukuman-hukuman yang telah dinaskan terhadap jenayah seperti hukuman murtad, membunuh, zina, qazaf, mencuri, hirabah dan hukuman meminum arak.

Kedua: Mengetahui perkara haram yang qat’i dan menafikan agama seperti syirik kepada Allah, pengharaman menderhaka kepada kedua-dua ibubapa, menipu, khianat, memakan harta dengan batil, riba, merampas, menipu(putar belit), pengharaman membunuh, zina, qazaf, mencuri, minum arak, pengharaman mendedahkan aurat, wanita-wanita yang menjadi mahram di dalam perkahwinan, pengharaman memakan bangkai, memakan daging babi dan binatang yang disembelih untuk selain Allah kecuali bagi mereka yang terpaksa.

Fardhu Kifayah ialah perkara yang apabila dilaksanakan oleh sebahagian manusia, maka gugurlah kewajipan terhadap manusia yang lain seperti mengetahui perkara secara terperinci tentang sesuatu fardhu ain, hukum-hukum cabangnya dan dalil-dalilnya daripada al-Quran, al-Sunnah, Ijmak dan qiyas ataupun dalil-dalil lain yang mengikutinya, juga mengetahui seluruh perkara yang diperlukan oleh umat yang mana mereka tidak akan bangun tanpa kewujudannya.

Perkara ini bukanlah sekadar perkara yang berkaitan dengan ilmu-ilmu syariah dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya, tetapi ia menjangkau kepada semua ilmu, kepakaran, pekerjaan dan perindustrian.

Al-Imam al-Ghazali telah menulis suatu bab tentang ilmu yang terpuji dan ilmu yang keji, bahagian-bahagian dan hukum-hukum kedua-duanya. Beliau menjelaskan apa yang fardhu ain dan apa yang fardhu kifayah. (7)

“Ketahuilah bahawa fardhu itu tidak dapat dibezakan daripada yang selainya melainkan dengan disebutkan bahagian-bahagian ilmu. Ilmu apabila disandarkan kepada fardhu yang akan kita bahagikan ini terbahagi kepada ilmu syariah dan ilmu yang bukan syariah. Maksud saya terhadap ilmu syariah ialah ilmu yang kita perolihi daripada para Nabi a. s. Ia tidak dihasilkan oleh akal seperti ilmu perubatan dan juga tidak diperolihi melalui pendengaran seperti ilmu bahasa. Ilmu–ilmu yang bukan syariah terbahagi kepada ilmu yang terpuji, ilmu yang dikeji dan kepada ilmu yang diharuskan.

Ilmu yang jadi fardhu kifayah ialah semua ilmu yang diperlukan untuk membangunkan urusan dunia seperti ilmu perubatan kerana ia adalah suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Begitu juga dengan ilmu perakaunan
(7) Dinyatakan di bawah tajuk “Penjelasan tentang ilmu fardhu kifayah”:



kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat, pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya. Ilmu-ilmu seperti ini sekiranya sesebuah negeri tidak memilikinya maka penduduk negeri itu akan berada di dalam kesusahan. Apabila seorang daripada mereka memilikinya, maka ia sudah memadai dan jatuhlah kefardhuan daripada yang lain.

“Janganlah merasa pelik daripada kata-kata kami bahawa ilmu perubatan dan ilmu perakaunan adalah termasuk dalam fardhu kifayah. Sesungguhnya ilmu tentang prinsip-prinsip perindustrian juga adalah termasuk fardhu kifayah seperti ilmu perladangan, tekstil dan pengurusan. Bahkan ilmu bekam dan menjahit juga adalah ilmu fardhu kifayah. Sekiranya suatu negeri tidak mempunyai tukang bekam, maka akan cepatlah kehancuran negeri tersebut dan mereka akan menghadapi kesusahan kerana mereka akan berhadapan dengan kehancuran. Sesungguhnya Tuhan yang menurunkan penyakit juga telah menurunkan ubatnya, menunjukkan cara penggunaan ubat tersebut dan menyediakan jalan-jalan untuk memperolihi ubat tersebut. Oleh itu tidak boleh menyerahkan diri kepada kerosakan dengan mengaibkan ilmu tersebut. ”

“Manakala ilmu yang dianggap sebagai suatu kelebihan dan bukan kefarduhan adalah seperti mendalami perkara-perkara yang amat halus lagi rumit tentang ilmu matematik, hakikat-hakikat perubatan dan sebagainya yang tidak terlalu diperlukan. Tetapi ia memberi faedah untuk menambahkan kekuatan daripada kadar yang diperlukan.

“Ilmu yang dibenci ialah seperti ilmu sihir, ilmu hitam dan ilmu guna-guna. Dan ilmu yang diharuskan ialah seperti ilmu-ilmu syair yang berfaedah, ilmu-ilmu sejarah dan yang seumpamanya. ”

Ayat al-Quran Berkaitan Fardhu kifayah

Kesatuan

Firman Allah S.W.T.

Maksudnya: “Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu(menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira(kepada orang-orang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran(kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang(mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum antara manusia tentang apa yang mereka perselisihkan. Dan(sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka(yang derhaka itu), dengan izin-Nya. Dan Allah sentiasa memberi pertunjuk hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya jalan yang lurus-lurus(menurut undang-undang peraturan-Nya). "

Perdamaian dan Peperangan

Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya: “Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka(dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil(seorang pun) antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah(untuk rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah(untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka dimana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil(seorang pun) antara mereka menjadi teman rapat atau penolong; Kecuali orang-orang yang pergi(meminta perlindungan) kepada suatu kaum yang ada ikatan perjanjian setia antara kamu dengan mereka, atau orang-orang yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa berat hendak memerangi kamu atau memerangi kaumnya. Dan jika Allah menghendaki, nescaya Dia menjadikan mereka berkuasa melawan kamu, kemudian tentulah mereka memerangi kamu. Dalam pada itu,jika mereka membiarkan kamu(dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu jalan(yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka. ”(8)


Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya: “Dan jika mereka(pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertakwallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. ”(9)







(8)(Al-Quran surah Al-Nisa’ : 89-90)
(9)(Al-Quran surahAl-Anfal : 61)



Prinsip Musyawarah
Firman Allah S.W.T.
Maksudnya: “Maka dengan sebab rahmat(yang melimpah-limpah) dari Allah(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka(sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka(terhadap kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan(peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam(sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. ”

Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya: “Dan juga(lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahutkan dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya. ”(10)

(10) Al-Quran suarahAl-Syura : 38


Ekonomi dan Perdagangan

Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan(gunakan) harta-harata kamu sesama kamu dengan jalan yang salah(tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. ”(11)


Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya: “Orang-orang yang memakan(mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan(Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba”, padahal Allah telah menghalalkan berjual beli(berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan(Larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti(dari mengambil riba), maka apa yang telah
(11) Al-Quran suarah Al-Nisa’ :29

diambilnya dahulu(sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi(perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. ”(12)

Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya: “Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang(dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan(gantang-cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, Dan(sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. ”(13)

(12) Al-Quran surahAl-Nisa’ :29
(13) Al-Quran suarahAl-Mutaffifin: 1-3



Bantuan

Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya: “Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?(antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi; atau memberi makan pada hari kelaparan kepada anak yatim dari kaum kerabat, atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah. ”(14)
Kepakaran
Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya: Dan kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu(wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang kami wahikan kepada mereka(bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada Ahlu’dzDzikir” jika kamu tidak mengetahui. (15)

Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya: Dan tidaklah(betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya(pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang(yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya(yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga(dari melakukan larangan Allah). (16)


Beberapa Amalan Fardhu Kifayah Dari Sejarah Islam

1. Pembinaan Masjid Nabawi

Tindakan pertama yang diambil oleh baginda Rasulullah s.a.w. sebaik sahaja berhijrah ke Madinah al-Munawwarah ialah membina masjid yang selain berfungsi sebagai pusat ibadat kepada umat Islam, ia juga merupakan pusat pentadbiran, markas ketenteraan, gedung ilmu pengetahuan, sumber bantuan dan pertolongan, tempat perlindungan dan pusat kegiatan masyarakat dan
________________________________________________________________________
(14) Al-Quran surahAl-Balad: 12-16
(15) Al-Quran suarah Al-Anbiya : 7
(16) Al-Quaran suarahAl-Anbiya : 7




dakwah yang menghubungkan manusia dengan manusia dan manusia dengan Allah.

2. Piagam Madinah

Piagam ini diadakan bagi mengatur kehidupan dan hubungan antara komuniti-komuniti yang merupakan komponen-komponen masyarakat majmuk di Madinah. Piagam ini merangkumi aspek sosial, ekonomi, politik dan keamanan masyarakat majmuk pada waktu itu dan dimartabatkan oleh para pemimpin dan pakar ilmu politik Islam sebagai konstitusi atau undang-undang dasar bagi negara Islam pertama yang didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah.

3. Musyawarah

Musyawarah merupakan satu mekanisme yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di dalam mengambil sesuatu keputusan berkenaan hal-hal bersangkutan kepentingan bersama umat Islam pada masa itu. Musyawarah adalah penting bagi mengukur sejauh mana anggota masyarakat dilibatkan di dalam urusan kenegaraan. Rasulullah s.a.w. telah membudayakan amalan bermusyawarah ini bersama-sama para sahabat. Contohnya ketika menjelang pertempuran Badar, Rasulullah s.a.w. telah memutuskan lokasi bagi pasukan Islam iaitu suatu tempat berdekatan mata air. Kemudian datang seorang Ansar bernama Hubab bin Mudhir mengadap baginda s.a.w. sendiri lalu bertanya tentang keputusan baginda s.a.w. itu sama ada keputusan tersebut atas petunjuk Allah yang tidak dapat diubah lagi atau keputusan baginda s.a.w. sendiri yang diambil dari pemikiran strategi perang biasa. Nabi s.a.w. menjawab bahawa keputusan itu adalah semata-mata perhitungan peribadi baginda s.a.w. dan tidak atas petunjuk Allah S.W.T. “ Kalau demikian halnya,” kata Hubab, “ Wahai Rasulullah, tempat ini kurang tapat. Sebaik-baiknya kita maju sedikit ke mata air yang paling depan. Kita bawa bekas untuk mengisi air, kemudian kita tutup mata air itu dengan pasir. Sekiranya kita terpaksa berundur, kita masih dapat minum, sedangkan musuh tidak”. Nabi s.a.w. menerima baik saranan hubab itu lalu pasukan Islam berpindah ke lokasi yang dicadangkan oleh Hubab.

4. Sistem Rondaan

Selepas penghijrahan, Rasulullah s.a.w. mula menghantar pasukan-pasukan tentera peninjau untuk membuat rondaan di kawasan sekitar Madinah. Tujuan menghantar pasukan-pasukan rondaan ini adalah untuk menjaga sempadan-sempadan Negara Madinah, mengawasi pergerakan musuh dan menunjukkan kepada pihak Quraisy dan lain-lain pihak bahawa kini telah wujud sebuah kerajaan yang teratur dan Madinah sebagai ibukotanya. Rondaan ini juga dibuat untuk memberikan pengalaman tentang kegiatan-kegiatan tentera secara tersusun, bergerak seperti jentera di bawah arahan pemerintah pusat, mempelajari taktik-taktik ketenteraan dan menguasai keupayaan melaksanakan tugas-tugas seperti yang diperintahkan sekalipun dalam keadaan sulit.

5. Seruan Dan Perwakilan Antarabangsa

Pada tahun 7 hijrah, Rasulullah s.a.w. mengirim surat-surat melalui utusan-utusan khas kepada pemerintah-pemerintah di negara-negara jiran yang suasana pada masa itu rakyat tidak mendapat hak-hak warganegara dan raja-raja tidak suka sebarang orang luar menemui rakyat mereka secara langsung. Antara isi kandungan surat ialah mengisytiharkan Islam sahaja yang akan membawa kesejahteraan dan pada masa yang lain pula memberi amaran sekiranya mereka menolaknya maka mereka tidak akan selamat. Isi kandungan surat ini tidak tetap kerana ia mengambil kira suasana-suasana tertentu dan kecenderungan agama di setiap negara. Di samping itu, utusan yang dihantar kepada setiap pemerintah adalah orang yang mengetahui bahasa pemerintah berkenaan. Terdapat di kalangan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. yang dapat menguasai bahasa-bahasa itu melalui hubungan perdagangan. Manakala sesetengah yang lain pula diberi arahan khas untuk mempelajari bahasa asing tersebut.




Pandangan Sempit Terhadap Fardhu Kifayah

Rata-rata umat Islam di negara kita beranggapan bahawa Fardhu kifayah hanya terbatas dan dikenali ketika memandi dan menyembahyangkan jenazah sahaja. konsep serta ruang fardhu kifayah tidak pernah dihuraikan oleh para ulamak Islam secara terperinci seperti limu fardhu ain yang perbahasannya sampai membawa kepada perselisihan faham mazhabi yang kronik. Nyatanya umat Islam dari dulu hingga hari ini berpecah akibat penghuraian ilmu fardhu ain yang terlalu dititikberatkan.

Hakikatnya urusan fardhu kifayah lebih melebar dan sentiasa berkembang selari dengan keperluan hidup manusia. Jelasnya segala kemajuan yang dicapai oleh umat lain yang selari dengan hukum syarak menjadi fardhu kifayah ke atas umat Islam menguasainya. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk membebaskan pergantungan umat Islam kepada orang lain, seterusnya penguasaan mereka. Menjadi umat yang terjajah adalah suatu musibah besar kepada umat Islam era globalisasi hari ini.

Salah satu pandangan yang kurang tepat ialah apabila kemajuan berupa pembangunan material seperti bangunan yang megah berunsur Islam dikatakan satu pembangunan membazir. Ia merupakan syiar Islam yang dituntut untuk menyemarakkan lagi rasa ‘izzah di kalangan umat Islam. Begitu juga dengan kewujudan bangunan pencakar langit yang dianggap sebagai membazir walaupun pada saat dan ketika ia dibina keadaan ekonomi mengizinkan. Walau bagaimanapun kewujudan bangunan-bangunan tersebut selalu disalah ertikan sebagai penyebab kepada wujudnya perkara yang semata-mata disebabkan oleh pembangunan material yang pesat tetapi oleh kerana ketahanan diri(iman) yang tidak kental. Maksiat akan terus melebarkan sayapnya sekiranya umat ini tidak prihatin kepada pembangunan rohani. Bukan hanya di bandar, bahkan kawasan rancangan FELDA pun boleh menjadi sarang maksiat. Kita jangan menuding jari kepada orang lain atas apa yang berlaku pada diri sendiri. Sebagai contoh kita tidak boleh menuduh salah kepada pengeluar kereta apabila kereta tersebut digunakan untuk tujuan maksiat. Walaupun begitu, kita tidaklah sepatutnya membina sesuatu khusus untuk menyuburkan maksiat.

Justeru umat Islam semestinya memahami batasan dan ruang lingkup tuntutan fardhu kifayah yang semakin mendesak untuk melepaskan diri dari dibelenggu oleh umat lain yang melihat bahawa dunia ini adalah untuk sebuah kehidupan yang terpenting. Kita tidak mahu negara umat Islam terkenal dengan suasana yang miskin yang mundur seolah-olah Islam ini merupakan agama yang melahirkan kemunduran dan kedhaifan hidup. Allah S.W.T. telah menegaskan dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah S.W.T. tidak akan mengubah apa sahaja yang ada sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa sahaja dengan diri mereka sendiri”. (17)

(17) Al-Quran suarahAr-Ra’d : 11






Apapun sikap kita, mentadbir dunia bukanlah merupakan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kebijaksanaan dan kecekapan serta kecepatan bertindak dan terserah kepada kita sendiri dengan panduan syariat Allah S.W.T. kerana Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada sahabat baginda yang bermaksud “Kamu lebih tahu dengan urusan dunia kamu”.


Fardhu Kifayah
Satu Dimensi Baru

Islam sangat menggalakkan pembangunan sama ada daripada segi material mahupun kerohanian. Akan tetapi apalah gunanya pembangunan material andainya aspek kerohanian merosot dan begitu juga sebaliknya apalah gunanya aspek kerohanian kental jika pembangunan material pincang menjurus kepada kehancuran umat.

Di sinilah letaknya keunikan dan keistemewaan yang menghiasi Islam mendokong konsep-konsep dua kefardhuan iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah yang perlu diseimbangkan dan difahami dengan sejelas-jelasnya untuk keperluan di dunia dan di akhirat.

Sehubungan itu, usaha-usaha yang dilakukan untuk mengubah salah tanggap tentang erti fardhu kifayah perlulah digalakkan. Ini kerana ia mempunyai kaitan dengan aspek pembangunan yang menyumbang kepada keselesaan hidup dan keselamatan umat Islam. Malah seluruh umat Islam akan berdosa jika tidak ada pihak yang sanggup berusaha melaksanakan dan menyediakan keperluan bagi keselesaan hidup umat Islam di negara ini.

Islam sentiasa mendorong kepada kecemerlangan, kemakmuran dan pembangunan dalam semua segi kehidupan. Sayangnya dalam bidang inilah kita mengalami kelemahan dan kemunduran. Dalam pada itu kecemerlangan dan pembangunan tidak juga bermakna jika tanpa disertai jiwa yang tenang dan perut yang kenyang. Kita juga memerlukan sebuah masyarakat saintifik dan progresif yang bermoral, adil dan penyayang. Maka dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan umat Islam mereka mestilah bersama-sama memainkan peranan membangunkan umat melalui pengertian fardhu kifayah yang sebenarnya. Mereka tidak sewajarnya menyempitkan fahaman mereka terhadap fardhu kifayah tentang perkara yang berkaitan dengan kematian sahaja sedangkan makna tuntutan fardhu kifayah sangat luas.

Umat Islam dengan ini walau apapun peranan mereka, mereka bertanggungjawab merancang cara-cara mengukuhkan sumber ekonomi. Ia seperti membangunkan tanah wakaf, membeli dan mendapatkan tanah pertanian, industri, mendirikan pusat-pusat latihan dan perlindungan untuk golongan yang kurang bernasib baik, menubuhkan koperasi, menjalankan perniagaan dan banyak lagi. Dengan itu, tuntutan fardhu kifayah yang lebih menyeluruh dapat kita laksanakan, serentak itu juga kita boleh dijadikan model kerana wujudnya keseimbangan antara pembangunan rohani dengan pembangunan jasmani. Ini sekaligus dapat membina imej bahawa agama Islam adalah agama yang mementingkan kehidupan duniawi dan ukhrawi.

Sesungguhnya hanya dengan fahaman yang sebenarnya tentang fardhu kifayah sahajalah umat Islam dapat membina kehidupan mereka dengan cemerlang. Segala prasarana ilmu yang disediakan perlu digunakan dengan sebaik-baiknya, malah peluang yang ada pada hari ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Tanggungjawab melaksanakan tuntutan fardhu kifayah sewajarnya tidak lagi dimiliki oleh orang perseorangan atau kelompok masyarakat sedangkan golongan lagi memencilkan diri. Sebaliknya setiap orang perlu merebut peluang menunaikan tuntutan fardhu kifayah supaya umat Islam terselamat daripada memahami konsep tunggu dan biarkan orang lain buat.

Oleh itu kita harus bersaing dan berlumba, masing-masing perlu berusaha sebanyak mungkin untuk menentukan kewujudan dan survival diri atau umat Islam di negara ini.

Sekali lagi ditekankan, kita perlu cepat merebut peluang yang ada. Ini kerana kita sedang berada dalam era pembangunan dan era perindustrian yang maju. Dalam bidang pembangunan ilmu pengetahuan, teknologi dan perindustrian kita tidak lagi berada dalam zaman primitif dan mundur. Semua kemudahan yang disediakan memberi gambaran bahawa kita sedang menuju ke arah masyarakat maju dan terkemuka dalam semua bidang iaitu dalam bidang pembangunan, teknologi, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain.

Cuma apa yang perlu bagi kita adalah pengisian. Fikrah dan halacara hidup kita sebagai umat Islam perlu diperbetulkan dari terus membincangkan persoalan fardhu ain, ibadat khusus dan mengulang-ulang apa yang telah dibicarakan sejak berabad-abad lalu tanpa membuka minda masyarakat dengan lebih luas tentang aspek fardhu kifayah yang perlu diberi nafas baru. Kita masih ketinggalan dalam mengisi peluang yang disediakan melalui aspek I. T. Kita masih tidak melihat kemudahan tersebut diisi dengan program dan pendekatan secara Islamik yang lebih berkualiti. Lantas, bidang tersebut direbut oleh pihak lain lalu diisi dengan bahan-bahan yang lebih menjurus kepada kerosakan dan penyelewengan. Maka jadilah ruang-ruang tersebut diremehkan oleh umat Islam lalu ia diwarnai oleh pandangan negatif yang tidak banyak membantu membangunkan perkembangan ummah.
Untuk mengatasi masalah ini, kita perlu memahami dengan sungguh-sungguh erti fardhu kifayah. Kita perlu ada usaha untuk memprojekkan teknologi canggih yang telah tersedia dengan program pembangunan, penyelidikan dan pengisian yang bercorak keagamaan. Apakah yang akan terjadi jika semua bahan kandungan dan perbincangan tentang Islam diserahkan kepada orang bukan Islam. Bayangkanlah orang bukan Islam mengendalikan program I. T. tentang Islam? Kita tidak boleh meminggir diri semata-mata beralasan I. T. itu alat imperialis tetapi kita tiada alternatif lain untuk mengatasinya.

Seperkara lagi, perjuangan membangunkan ummah tidak boleh bergantung kepada sesuatu program tertentu sahaja dan tidak boleh diharap dapat mencapai kejayaannya dalam tempoh masa yang pendek. Malah kita perlu ingat proses pembangunan umat yang teguh memerlukan kerja yang berterusan. Kita akan terkebelakang dan ketinggalan jika kita sering mempamerkan kelemahan dan memberi peluang kepada orang lain mengaut dan mengeksploitasi keuntungan. Dalam bidang ekonomi contohnya, kita masih terkebelakang ditinggalkan oleh bangsa asing sedang kita asyik membicarakan apakah sesuatu itu boleh atau tidak, antara boleh atau tidak itulah maka orang lain sudah kaya-raya dan berjaya mendirikan bangunan indah dan memiliki harta.

Memahami kemelut yang dihadapi oleh umat Islam dewasa ini maka langkah segera pihak kerajaan untuk mengatasinya kini telah menampakkan kejayaan. Ketika kebanyakan negara Islam tidak mengambil langkah yang serius untuk menyedarkan masyarakat tentang perlaksanaan sistem ekonomi antara mereka, pihak berkuasa tampil membantu mengawal pembahagian kekayaan dari peringkat asas lagi menerusi pembahagian saham di kalangan bumiputera. Penubuhan Bank Islam dan Tabung Haji mencerminkan langkah-langkah mengislamkan sistem ekonomi di Malaysia. Malaysia masih merupakan negara yang terbaik dan berjaya melaksanakan sistem ekonomi Islam dan menjadi model kepada negara Islam yang lain.

Sebagai contoh, tugas Tabung Haji bukan lagi sebagaimana yang ada pada masa dulu iaitu mengembangkan tabungan di kalangan umat Islam untuk menunaikan ibadah haji di Mekah semata-mata, akan tetapi ia turut mengembangkan kedudukan ekonomi mereka keseluruhannya di samping berperanan menjaga keselamatan ekonominya daripada dihakis oleh perkembangan semasa. Orang ramai kini tidak lagi menganggap Tabung Haji sebagai pengurus kepada hal ehwal pemergian umat Islam menunaikan haji semata-mata. Lebih daripada itu, ia sebagai pengurus pelaburan yang cekap bagi meningkatkan modal umat Islam melaburkannya dalam sektor halal lagi menguntungkan. Dengan mengadakan skop pelaburan lebih luas itu Tabung Haji secara langsung memberikan umat Islam pilihan alternatif bagi pelaburan jangka panjang mereka ke dalam pelbagai sektor seperti hartanah, perkilangan dan pelaburan yang menurut syariat.

Inilah konsep fardhu kifayah yang perlu dihayati oleh umat Islam masa kini. Ia bukan sahaja menyelamatkan Islam daripada dihimpit oleh kemelesetan ekonomi malah sekaligus membuktikan bahawa Islam adalah agama contoh dan releven untuk diamalkan sepanjang zaman.

Ancaman Umat

Islam adalah agama perdamaian yang mementingkan kasih sayang dan berbaik sangka. Namun pada masa yang sama Islam meminta umatnya membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan diserang oleh musuh. Malaysia sentiasa berpandangan jauh untuk melihat kemakmuran dan kestabilan hidup rakyatnya sentiasa terjamin. Untuk itu pasukan keselamatan dan polis dipertingkatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Dalam hal ini, aspek ketahanan rohani turut dititikberatkan terhadap anggota pasukan keselamatan. Bagi merealisasikan perkara ini contohnya Angkatan Tentera Malaysia telah menubuhkan Kor Agama Angkatan Tentera(KAGAT) yang menjadi bukti kepada kesedaran dan kesungguhan kerajaan dalam menerapkan penghayatan Islam yang tinggi dalam pertahanan negara. Langkah ini sangat perlu kerana kerajaan mempunyai rasa tanggungjawab untuk mempastikan pasukan tentera mempunyai nilai rohani yang tinggi dan sentiasa dipelihara. Cara ini juga akan membolehkan masyarakat memandang kerjaya dalam bidang ketenteraan dari segi perspektif tamadun Islam. Ia juga merupakan salah satu kefardhuan yang perlu diberi penekanan yang kalau ditinggalkan akan menyebabkan keselamatan Islam yang menjadi agama rasmi negara ini turut terancam akhirnya.

Apa yang lebih penting ialah umat Islam perlu memahami keperluan fardhu kifayah yang tidak hanya membicarakan perkara-perkara akhirat semata-mata tetapi perlu juga ditumpukan kepada membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan sains, teknologi dan kemahiran yang akan menyumbang kepada keselesaan hidup dan keselamatan umat Islam. Seluruh umat Islam akan menanggung dosa jika tiada antara mereka melaksanakan fardhu kifayah untuk keperluan kehidupan di dunia kerana kehidupan dunia juga merupakan jambatan menuju akhirat. Tanpa pemahaman erti fardhu kifayah yang sebenar maka akan ketinggalanlah umat Islam tanpa pengetahuan tanpa kemahiran, miskin dan terpaksa membeli makanan dan kelengkapan pertahanan daripada pihak lain. Ini sudah tentu akan menyebabkan umat Islam dihina berpunca daripada kemunduran dan kemiskinan mereka. Umat Islamlah yang harus dipersalahkan atas ketidakmampuan mereka melaksanakan perkara-perkara penting dalam kehidupan mereka.

Sekali lagi ditekankan umat Islam perlu memahami erti fardhu kifayah dengan jelas. Perlaksanaannya mestilah meliputi semua aktiviti hidup sama ada dalam bidang kekeluargaan, kemasyarakatan, hubungan antarabangsa, politik, ekonomi, sosial, pendidikan, sains teknologi dan lain-lain secara menyeluruh dan teratur.

Umat Islam hendaklah berusaha memperbaiki kehidupan diri mereka ke arah kebaikan, kemajuan dan kesejahteraan. Ini kerana kita masih lagi serba kekurangan dan lemah dalam segenap bidang kehidupan. Kita masih tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan diri apatah lagi untuk menolong umat Islam lain yang ditindas.

Kita masih bergantung kepada orang asing untuk makanan, pakaian, kenderaan, pembinaan, pengetahuan, pertahanan dan sebagainya. Negara kita terpaksa mengimport makanan dari luar negara sedangkan tanah air kita begitu subur. Kita terpaksa membeli pakaian, kapal terbang, senjata, membawa masuk pekerja-pekerja asing dan sebagainya untuk pembangunan, keperluan dan keselamatan negara kita.

Juga jelas, selagi kita tidak boleh berdikari maka selama itulah umat Islam akan terpaksa mengikut telunjuk bangsa lain yang sudah maju. Selagi itulah juga umat Islam di mana jua di dunia akan ditarik hidung mereka, dipersenda dan diperkotak-katikkan oleh mereka yang tidak mahu melihat tamadun Islam gemilang semula.

Di sinilah tanggungjawab kita untuk berazam dan berusaha melengkapkan lagi tahap kepandaian, ilmu dan kekuatan ummah bagi membangun semula tamadun Islam.

Sudah sampailah masanya untuk kita tidak lagi memenuhi keperluan aspek fardhu kifayah dalam bidang yang sempit. Kita tidak boleh lagi menilai kerja secara berpilih. Bermula daripada pengutip sampah hinggalah kepada kerja pemandu pesawat pejuang semuanya adalah penting dan dihormati oleh Islam selagi ianya diiringi dengan niat kerana Allah dan selari dengan kehendak syariat.

Kita harus sedar umat Islam di negara ini hanya lebih sedikit daripada separuh jumlah penduduknya. Jika kita masih asyik membicarakan masalah cabang dan pinggir sedangkan masalah dasar kehidupan kita ditentukan oleh orang lain akhirnya nanti umat Islam tidak akan lagi mempunyai kuasa di tanahairnya sendiri. Sikap-sikap sebegini sebenarnya samalah seperti membantu musuh Islam menjatuhkan Islam dengan lebih mudah.

Sudah sampai jugalah masanya kita umat Islam memberi definisi baru kepada konsep fardhu kifayah sebagai satu jihad untuk menegakkan agama dan memepertahankan martabat ummah.

Kecemerlangan perlu kita cari di negara kita bagi masyarakat Islam sendiri supaya ia mendorong kepada pembentukan world view Islam yang mengutamakan kemajuan dan dinamika umat keseluruhannya.

Individu dan masyarakat yang selama ini tidak mampu menguasai ilmu secara mendalam dan tidak upaya menghayati dan mengamalkan budaya hidup Islam yang teguh dan sihat perlu di dorong dan ditolak kehadapan. Nilai kerajinan, ketepatan waktu, etika kerja dinamik, daya saing dan daya tahan yang mantap perlu diterapkan dalam kehidupan masyarakat Islam masa kini.

Justeru, kita perlu meninggikan syiar Islam yang bukan hanya pada kulit tetapi perlu lebih menyeluruh. Ia bukan sahaja ditumpukan kepada aspek fardhu ain yang mementingkan agama tetapi juga fardhu kifayah untuk kesejahteraan hidup umat Islam di negara ini. Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan jauhkan kami dari azab api neraka”. (17)


Pelaksanaan Fardhu Kifayah Masakini

Sama ada kita sedar atau tidak, realiti banyak tuntutan fardhu kifayah yang berjaya dilaksanakan dan disempurnakan oleh pihak kerajaan Malaysia pada masakini. Demikian juga sama ada kita akui atau tidak, keprihatinan kerajaan melaksanakan fardhu kifayah bukan sahaja telah memberi kita keselesaan dan kesenagan hidup di dunia malah telah membebaskan kita dari belenggu dosa dan kemurkaan Allah lantaran pengabaian fardhu kifayah dalam kehidupan.
(17) Al-Quaran suarah Al-Baqarah : 201


Memandang perkara yang menjadi fardhu kifayah ialah segala sesuatu yang diperlukan untuk membangunkan urusan dunia di mana jika diabaikan akan mendatangkan kesusahan dan kehancuran kepada rakyat dan negara maka secara mudahnya mengujudkan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan bersama peranannya masing-masing adalah Fardhu Kifayah. Dan syukur alhamdulillah ianya berjaya dilaksanakan dengan sebaik-baiknya di Malaysia.
Antara contoh fardhu kifayah masakini yang berjaya dilaksanakan:

Keselamatan

Sesungguhnya lima perkara dharuriah yang wajib dipelihara oleh umat Islam iaitu agama, akal, nyawa, harta dan keturunan tidak mungkin tercapai sekiranya aspek keselamatan dan pertahanan kita lemah. Oleh itu memperkuatkan sistem pertahanan dan keselamatan adalah dikira tuntutan fardhu kifayah. Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya: “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang(yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan Allah mengetahuinya”. (18)
(18) Al-Quaran surah Al-Anfal : 60

Oleh itu, tindakan meningkatkan peralatan dan memperlengkapkan persenjataan demi mempertahankan agama, bangsa dan negara adalah Fardhu kifayah. Lantaran itulah maka program pemodenan peralatan tempur di darat seperti kenderaan Armor(tempor), kenderaan utiliti dan kenderaan artileri adalah wajib dilakukan. Demikian juga peralatan tempur maritim seperti kapal kovet, kapal peronda luar pantai(OPV), kapal friget dan sebagainya tidak kira sama ada dalam dimensi anti permukaan, udara atau anti kapal selam juga dikira wajib dan haruslah diingat juga bahawa memiliki jet pejuang MiG-29 dan F-18 adalah satu Fardhu kifayah.

Di samping itu, mengawal sempadan dan semua pintu masuk ke negara kita adalah satu tuntutan fardhu demi mengelak sebarang pencerobohan dan tindakan subversif yang boleh menggugat kehormatan dan keselamatan negara. Begitu juga mengawal keselamatan maritim negara seluas 598,540 kilometer persegi dengan rondaan sejauh 400 hingga 500 batu nautika perairan negara adalah juga Fardhu Kifayah.

Dalam pada itu, latihan kemahiran dan teknikal untuk anggota keselamatan yang diadakan sama ada di dalam atau luar negeri adalah satu
Pelaksanaan fardhu kifayah. Maka dengan itu wujudnya institut-institut latihan seperti Maktab Pertahanan Angkatan Tentera, Maktab Turus Angkatan Tentera, Akademi ATM, Pusat latihan Pengaman Malaysia, Maktab Tentera Diraja dan juga pusat-pusat latihan udara di bawah Kolej Tentera Udara kesemuanya adalah Fardhu kifayah.

Pendidikan

Menuntut ilmu merupakan kewajipan kepada setiap umat Islam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya: “Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim”.

Namun, kewajipan berupa fardhu ain ini tidak mungkin tercapai tanpa kelengkapan dan kemudahan. Oleh itu, penubuhan universiti-universiti, pembinaan sekolah dari peringkat rendah hingga menengah, politeknik, maktab dan institut-institut pengajian tinggi adalah merupakan Fardhu Kifayah.

Begitu juga kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti asrama, bantuan buku teks, bantuan makanan berkhasiat, alat bantuan mengajar, makmal, biasiswa, komputer, pinjaman pendidikan dan banyak lagi adalah merupakan pelaksanaan fardhu kifayah. Dalam pada itu, apa yang paling penting sekali ialah merangka system pendidikan sehingga dapat melahirkan tenaga-tenaga pakar yang dapat digemblengkan ke arah pembangunan negara adalah merupakan penyempurnaan tuntutan fardhu kifayah. Kita bersyukur kerana kita berjaya melahirkan ramai jurutera, arkitek, doctor, akauntan, peguam, teknokrat dan sebagainya dari system pendidikan kita yang kini memenuhi pelbagai sector bersama-sama memajukan negara ke arah wawasan 2020.

Langkah kerajaan memperkenalkan matapelajaran baru iaitu Agroteknologi di sekolah-sekolah Teknik(Pertanian) yang menekankan aspek teknologi bagi mencorakkan pertanian moden yang lebih produktif dan komersil adalah penerusan ‘track record’ kerajaan dalam menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah di bidang pendidikan.

Begitu juga penghantaran pelajar-pelajar kita ke luar negeri untuk mendalami ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti IT, kejuruteraan, sains komputer, kedoktoran dan sebagainya bagi memenuhi keperluan negara adalah pelaksanaan fardhu kifayah. Penyediaan dana yang besar untuk tujuan tersebut juga tidak dinafikan adalah penyempurnaan tuntutan fardhu kifayah.

Kesihatan

Sebagaimana menuntut ilmu, menjaga kesihatan diri dari ditimpa penyakit dan berubat adalah wajib dan menjadi fardhu ain ke atas setiap umat Islam. Namun begitu, tanpa kemudahan dan peralatan perubatan yang lengkap dan berkesan maka pelaksanaan fardhu ain setiap muslim dari segi penjagaan kesihatan tidak akan sempurna. Oleh itu, tindakan kerajaan membina hospital, klinik desa, pusat-pusat kesihatan, klinik bergerak dan sebagainya adalah menepati tuntutan fardhu kifayah. Bekalan perubatan dan kelengkapan peralatan yang sentiasa dimodenkan dan dipertingkatkan adalah juga menyempurnakan fardhu kifayah yang dituntut di dalam Islam. Kita bersyukur kerana perkara ini bukan sahaja diambil berat oleh pihak kerajaan malah dilaksanakan dengan penuh terancang, bijaksana dan berkesan.

Di samping itu, pembinaan pusat-pusat rekreasi, riadah dan bersukan seperti padang permainan, kompleks sukan, stadium, taman rekreasi dan sebagainya adalah tuntutan fardhu kifayah yang berjaya dilaksanakan oleh pihak kerajaan dengan sebaik-baiknya. Ini kerana tidak mungkin penjagaan kesihatan(fardhu ain bagi setiap muslim) dalam bentuk beriadah dan bersukan dapat dilaksanakan sekiranya kemudahan-kemudahan seperti ini diabaikan.
Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya: “…dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan”. (19)


Berdasarkan ayat ini, menyediakan kemudahan rawatan dan perubatan yang serba canggih dan bermutu tetapi dalam masa yang sama membiarkan punca-punca penyakit tersebar dan bermaharajalela adalah bercanggah dari apa yang disarankan oleh Islam. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati. Atas asas inilah maka pengujudan Bahagian Kawalan Penyakit(di bawah Kementerian Kesihatan), Institut Penyelidikan Perubatan(IMR), Pusat Racun Negara dan sebagainya yang sentiasa mengkaji dan mengawal penyakit atau sebarang anasir yang boleh menjelaskan kesihatan bukan sahaja menepati maksud ayat itu tadi malah memenuhi tuntutan fardhu kifayah di dalam Islam.
(19) Al-Quran surah Al-Baqarah : 195


Perhubungan

Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya: “Dia-lah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan dan(berlayar) di lautan. ”(20)


Berdasarkan ayat ini jelaslah bahawa kemampuan kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain adalah hasil kurniaan Allah S.W.T. yang diberikan melalui kecerdikan, keupayaan dan kesungguhan yang kita miliki. Mengujudkan rangkaian system perhubungan darat, laut dan udara yang terbaik dan canggih selain memenuhi keperluan hidup kita di dunia(fardhu kifayah), ia juga merupakan manifestasi taat kepada perintah Allah S.W.T Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh kita berjalan dan bergerak di muka bumi untuk mengambil manfaat darinya seperti melihat kejadian ciptaan Tuhan dan juga melihat akibat kebinasaan kaum-kaum yang terdahulu lantaran menderhakai Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya: “Katakanlah: “Berjalan di(muka) bumi maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan(manusia) dari permulaannya…”(21)

(20) Al-Quran suarah Yunus : 22
(21) Al-Quran surah Al-Ankabut : 20

Bagaimana mungkin kita dapat berjalan dan mengambil iktibar sekiranya system perhubungan jalan raya kita tidak sempurna, menyusahkan dan membahayakan? Oleh itu adalah amat jelas menjadi tuntutan fardhu kifayah bagi kita mempertingkatkan dan mempermodenkan system perhubungan di negara kita sehingga memenuhi maksud tersebut. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T. kerana perkara fardhu kifayah ini telah berjaya kita laksanakan dengan sebaik mungkin dengan ujudnya system lalu lintas yang baik seperti jalan raya, keretapi, penerbangan dan pelayaran. Di samping itu, fardhu kifayah ini berjaya kita sempurnakan lagi dengan mewujudkan laluan alternatif seperti komuter, sistem transit aliran ringan, lebuhraya dan juga jambatan atau Laluan Kedua ke Singapura. Pembesaran lapangan terbang, mempertingkatkan industri maritim tempatan seperti pelaburan dan pengendalian fret hinggalah kepada membina lapangan terbang bertaraf dunia dengan teknologi futuristic tanpa memusnahkan alam semulajadi iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), kesemuanya adalah fardhu kifayah. Ini kerana semuanya merupakan system perhubungan terkini yang dapat menghilangkan kesusahan dan memberi kemudahan kepada umat manusia bergerak dan berhubung dari satu tempat ke tempat yang lain. Dan tidak dinafikan juga ia menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi umat Islam.

Demikianlah beberapa contoh fardhu kifayah yang telah berjaya dilaksanakan dalam menjana pembangunan negara pada masa kini.

Tanggungjawab Meneruskan Tuntutan Fardhu Kifayah

Adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam di Malaysia mengekal dan meneruskan cabang-cabang fardhu kifayah sepertimana yang telah diterangkan. Terdapat banyak cara untuk kita berbuat demikian antaranya:

Bersyukur dan menghargai segala nikmat Allah

Nikmat Allah yang dikurniakan melalui bentuk keamanan yang berkekalan, bebas daripada peperangan dan persengketaan, taraf pendidikan yang bermutu di mana semua orang Islam dapat menuntut ilmu dalam pelbagai bidang, tempat tinggal yang luas dan selamat, peluang pekerjaan yang mencukupi dan sebagainya adalah suatu kurniaan yang perlu disyukuri.
Firman Allah:
Maksudnya: “Dan(ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah(nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari(nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. ”(22)

(22) Al-Quran surah Ibrahim : 7



Justeru, kita sepatutnya berusaha lebih keras untuk meningkatkan hasil produktiviti dan kualiti dalam setiap bidang yang diceburi sebagai satu tanda kesyukuran. Para pendidik seharusnya mempersiapkan diri melengkapkan segala ilmu terutama Teknologi Maklumat untuk melahirkan generasi yang celik IT. serta selari dengan cabaran pada masa mereka.

Para doktor dan pengamal perubatan seharusnya lebih berusaha dalam membantu dan menyedarkan orang ramai supaya menjaga kesihatan untuk mudah melakukan ibadah dan mencari nafkah hidup bagi membantu keluarga.

Begitu juga para petani, tidak ketinggalan dalam menggunakan peralatan moden bagi meningkatkan hasil pertanian, dengan itu rakyat dapat menikmati makanan bermutu dan seterusnya dapat melaksanakan tuntutan fardhu ain kepada Allah dengan penuh semangat.

Bagi ahli perniagaan pula, mereka perlu meneruskan tuntutan fardhu kifayah ini dengan membuka prasarana untuk kedai, kaunter keperluan dan barangan halal untuk kemudahan umat Islam. Dengan ini, masyarakat Islam akan bertambah maju dan mendapat keberkatan Allah S.W.T.

Membina Jatidiri

Muslim seharusnya mempunyai ketahanan jiwa yang ampuh dalam usaha menerus dan mengekalkan tuntutan-tuntutan fardhu kifayah tersebut. Dalam setiap bidang yang diceburi, mereka sepatutnya tidak mudah terpengaruh dan dihasut dengan hal-hal kemewahan hingga lupa bahawa pekerjaan itu adalah ibadah. Sebagai contoh; demi mencapai kemewahan dalam sekelip mata, seseorang itu sanggup menerima rasuah, sedangkan rasuah amat dilarang di dalam Islam dan sangat dibenci oleh Allah kerana ia boleh menghalang hak penerima yang sepatutnya.

Mereka juga perlu insaf bahawa setiap makanan haram yang disuap ke mulut anak dan isteri, akan tumbuh darinya daging yang haram maka neraka adalah tempatnya. Justeru, jatidiri amat diperlukan dalam soal menerus dan mengekalkan fardhu kifayah ini.

Mempertingkatkan Ilmu

Proses pembelajaran yang berterusan juga amat penting dalam usaha menerus dan mengekal tuntutan fardhu kifayah. Memandangkan kemajuan ilmu sentiasa berkembang pesat pada saat dan detik terutama dalam teknologi maklumat, maka umat Islam juga tidak harus ketinggalan mempelajarinya. Tamadun sesuatu bangsa akan utuh dan membangun apabila rakyatnya rajin mempelajari, mengkaji dan menyelidiki sesuatu ilmu baru. Umat Islam tidak perlu lagi menjadi pengguna sebaliknya pengeluar teknologi canggih dan maju.

Kefahaman dan kesedaran

Bagi menjamin usaha menerus dan mengekalkan tuntutan fardhu kifayah juga, kita tidak ada pilihan lain selain berusaha bersungguh-sungguh memberi kefahaman dan kesedaran kepada setiap generasi muslim bahawa kewujudan kita bukan untuk sia-sia tetapi:

Menjadi hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.
Bertanggungjawab membina diri, baik daripada segi intelektual, spiritual dan fizikal.
Menjadi penyeru kebaikan dan pencegah kemungkinan.
Menjadi penggerak dan pembina tamadun.

Dengan memahami peranan dan tanggungjawab maka amat mudahlah tuntutan fardhu kifayah dipenuhi, diteruskan dan diperbaiki lagi. Tanggelam dengan hawa nafsu dan hanyut dengan kehidupan dunia adalah punca utama hilangnya rasa menghargai dan budaya berterima kasih sesama insan serta memperlekehkan tuntutan fardhu kifayah yang telah dilaksanakan oleh orang lain.

Sesungguhnya bersama-sama berusaha menjayakan tuntutan fardhu kifayah perlulah ada dalam diri setiap muslim yang bertakwa dan berwawasan. Memencilkan diri apatah lagi memandang hina usaha orang lain menjayakan fardhu kifayah bukan sahaja mendedahkan betapa rosaknya jiwa dan akhlak mereka malah mencerminkan sikap “tidak tahu malu” menikmati keselesaan dan kesenangan atas jerih perih orang lain menunaikan fardhu kifayah. Dan inilah yang perlu dihindari dari meresap dan menjangkiti masyarakat Islam kita.

Kekeliruan tentang ilmu fardu kifayah

BENARLAH bahawa kelemahan dan kemunduran orang Melayu(umat Islam) hari ini disebabkan faktor ketidakmampuan mereka untuk menguasai ilmu fardu kifayah dalam semua bidang? Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sering menegaskan peri pentingnya menguasai semua bidang ilmu termasuk sains, matematik dan lain-lain ilmu yang berhubungan dengan fardhu kifayah.

Lebih menyedihkan kerana terdapat segolongan ahli agama tradisi kita, cuba pula menimbulkan kekeliruan dengan mengatakan bahawa menuntut ilmu selain agama adalah sekular dan bukan daripada ajaran Islam sebenar. Impak daripada kekeliruan ini menyebabkan terdapat di kalangan orang Melayu(Islam) menghantar anak mereka belajar di pondok atau sekolah agama supaya anak mereka menjadi orang alim.

Maka tidak hairanlah jika pada awal tahun 1950-an dan 1960-an, terdapat sesetengah orang Melayu beranggapan `sekiranya menghantar anak mereka belajar di sekolah beraliran Inggeris akan jadi kafir'. Anggapan salah terhadap pendidikan duniawi ini perlu dikikis jika orang Melayu ingin maju dan menjadi contoh dan ikutan kepada umat Islam yang lain. Ini kerana jika kita ingin mencorakkan arah aliran tamadun dan ilmu pengetahuan dunia pada masa akan datang, kita hendaklah berusaha keras menguasai dan mengembangkan ilmu fardu kifayah.
Dalam kaitan dengan ilmu fardu kifayah, telah tercatat dalam sejarah silam akan kejayaan dan pencapaian tinggi umat Islam dalam bidang ilmu dan sains. Keagungan pemikiran dan ahli sains Islam sebenarnya lebih awal daripada kewujudan ilmuwan dan ahli sains Barat yang hanya bermula sekitar abad ke-15 sesudah berkenalan dan menguasai ilmu yang dihasilkan oleh pemikir dan sains Islam yang berkembang semenjak abad kesembilan hingga abad ke-14 iaitu bersamaan dengan kejatuhan kota Baghdad ke tangan bangsa Mongol.

Dengan kejatuhan kota Baghdad pada akhir abad ke-13, kira-kira 400,000 judul buku yang dihasilkan oleh ilmuwan dan ahli sains Islam telah dipindahkan ke Cordova, Sepanyol yang kemudian diterjemahkan ke bahasa Latin dan Inggeris. Dengan hasil terjemahan tersebut, telah melahirkan ilmuwan dan ahli sains di Barat yang kemudian merubah suasana dari zaman kegelapan manusia Eropah(Barat) ke zaman terang yang lebih dikenali dengan zaman pembaharuan(renaissance).

Kelahiran ilmuwan dan ahli sains di Eropah semenjak Wilbur Wright dan Orville Wright hingga kelahiran Immanuel Kant tetap berkaitan dengan ilmuwan dan ahli sains Islam. Sebab, sebelum lahir ilmuwan dan ahli sains Barat, telah lahir ilmuwan daripada kalangan ahli sains Islam seperti Abu Bakar Muhammad Ibn Zakaria al-Razi atau dikenali di Barat sebagai Rhazez(866H-909H), tokoh dalam bidang kedoktoran dan ahli kimia, Al-Khawarizmi(232H-846M), pengasas ilmu Algebra yang juga seorang ulama fikah, manakala Ibn Rusyd All-Hafidz(595H-1194M) pengarang buku Al-Kulliyyaat, buku ilmu kedoktoran yang terkenal dan beliau juga merupakan seorang kadi(hakim), pakar fikah mazhab Maliki, sasterawan dan ahli falsafah.

Dan ramai lagi tokoh kesarjanaan sains Islam seperti Al-Kindi(bapa falsafah Islam), Al-Battani(pakar ilmu falak), Al-Farabi(tokoh falsafah), Al-Buzjani(geometri), Ibnu Khaldun(pengasas ilmu masyarakat) dan ramai lagi yang telah mengangkat dan memancarkan khazanah intelektualisme dalam peradaban ummah.

Dalam tamadun Islam, perkembangan ilmu sains adalah `zuriat hasil daripada perkahwinan antara ilmu al-Quran dengan sains sezaman yang diwarisi oleh tamadun Islam, yang kemudiannya menukar kandungan ilmu itu melalui kuasa batin lalu menjadi sesuatu yang betul-betul baru yang berlainan daripada ilmu yang wujud sebelumnya,(Nasr, 1976:9).

Dengan demikian, wajarlah jika dikatakan bahawa Islam menjadi pewaris kepada tamadun-tamadun sebelumnya iaitu tamadun Babilon, Mesir, Yunani, India dan China.
Justeru, pendapat dan pemikiran yang memisahkan kehidupan di antara duniawi dengan ukhrawi hendaklah dikikis daripada pemikiran umat Islam.

Berdasarkan pertautan duniawi dan ukhrawi inilah Islam telah melahirkan bukan sahaja pakar ilmu syariah, tetapi juga ahli ilmu alam atau sains. Selain itu, Islam juga tidak mengenal pertentangan antara agama dengan ilmu sebagaimana yang dikenal oleh masyarakat Barat. Kerana ilmu bagi umat Islam ialah agama, maka wahyu yang pertama kali diturunkan Allah s.w.t. untuk kita iaitu surah al-Alaq ayat 1, firman Allah bermaksud: Bacalah(wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan(sekalian makhluk).
Bertitik tolak daripada firman Allah s.w.t tersebut dan kenyataan sejarah peradaban Islam di zaman silam, sudah tiba waktunya bangsa Melayu(Islam) melancarkan jihad: Kerja keras, belajar keras dan berijtihad atau berfikir rasional demi mengembalikan semula kegemilangan ilmu dan sains Islam. -MOHD. SHAUKI ABDUL MAJID ialah Penolong Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(Yadim).

KEMATIAN ADALAH FARDHU KIFAYAH
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.

Sejajar dengan itu maka terbitlah halaman web ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.

EKONOMI SEBAHAGIA FARDHU KIFAYAH
Ekonomi Fardhu Kifayah bukanlah bertujuan untuk mencari keuntungan, tetapi kalau Allah mahu memberi keuntungan, alhamdulillah. Kegiatan ekonomi jenis ini juga tidak bertujuan untuk mencari kekayaan, tetapi kalau Allah mahu memberi kekayaan melalui saliran ini, alhamdulillah.
Keuntungan dan kekayaan yang diperoleh, misalnya dengan menguruskan sebuah sekolah dengan cara yang baik, insyaallah akan melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan bertaqwa. Kalau suatu hari pelajar-pelajar yang cemerlang dan bertaqwa ini menjadi pemimpin, maka ia akan memimpin masyarakat dengan cara yang adil, disamping itu ia juga tetap bertaqwa kepada Allah SWT. Maka kita akan kaya dan beruntung kerana memiliki pemimpin yang kaya dengan keadilan dan keimanan.
Cara lain Allah memberi kekayaan kepada kita, misalnya dengan menguruskan rumah untuk menjaga fakir miskin dan anak yatim dengan baik, maka banyaklah orang yang memberi derma dalam berbagai bentuk derma, bangunankah, wang ringgit, bahan makanan, tenaga kepakaran, dan sebagainya. Semua ini boleh kita gunakan untuk kesejahteraan bersama.
Kegiatan ekonomi jenis ini hanya semata-mata atas dasar ibadah. Dilakukan kerana ingin melepaskan dosa kebanyakan orang, termasuk dosa kita sendiri. Atas sebab itu kita perlu melakukan kegiatan ekonomi fardhu kifayah. Samada untung atau tidak untung, kita mestilah berniaga. Seribu kali rugi pun harus tetap dilaksanakan. Sebab kalau tidak kita laksanakan, maka semua ummat Islam akan berdosa.
Contoh daripada kegiatan ekonomi fardhu kifayah termasuk mendirikan sekolah, menampung perjuangan dakwah, menampung fakir miskin, menubuhkan rumah-rumah untuk menjaga anak-anak yatim.

JIHAD
Djihad suatau fardhu kifayah. Jiak telah ada yang melaksanakan nya yang mencukupi untuk pertahanan, gugurlah kewajipan dari yang lain.
Ertinya peperangan terhadap kafir yang dipandang musuh, kerana membela agama Allah

Tujuan Perang
Tujuanperang yang menjadi pokok ialah untuk membela, memeliahara dan meninggikan agama Allah. Islam mengizinkan berperang dengan menuntut sebab dan maksud yang dituju dari peperangan itu, iaitu untuk menolak kezalaiman, untuk hormati tempat-tempat ibada, untuk menjamain kemerdekaan bertanah air, untuk menghilangkan fitrah dan untuk menjamin kebebasan setiap orang memeluk dan menjalankan agama.
Dalam hadis menjejaskan, bahawa berperang kerana ingin kepada harta rampasan, ingin menampakkan keberanian, kerana kemegahan, kerana marah, dendam,menerut kata rasulullah s.a.w, semua itu bukan yang dimaksudkan. Tetapi ynag dimaksudkan berperang, supaya agama Allah menjadi tinggi, terpelihar dari segala gangguan.

HUKUM PERANG
Meskipun sesetengah ulamak berpendapat, bahawa hukuma berperang fardhu ain atas tiap-tiap orang dari umat islam, akan tetapi yang lebih hak hukuman berperang itu ialah “fardhu kifayah” ertinya wajib atas jumlah umat islam. akan tetapi kalu sebahagiaan umat telah mengerjakannya menurut hajat di waktu itu, mak terlepaslah kewajipan itu dari yang lain, yang tidak mengerjakannya, terkecuali di waktu hajt yang memaksa, maka ketika itu barulah menjadi “fardhuain”.
Firman Allah:- “tidak sama orang yang duduk diantara orang-oarng islam(tidak berperang) dengan orang yang berperang pada jalan Allah dengan mengorbankan harta jiwa raga mereka, terkecuali orang yang berhalangan. Allah melebihkan darjat kepada orang yang berperang dengan orang mengorbankan harta dan jiwa raga mereka dari orang yang tidak berperang, sedangkan kepada tiap-tiap golongan Allah menjanjikan sqama-sama mendapat kebajikan. Allah melebihkan orang-orang orang yng berperangdaripada yang tidak turut berperang dengan ganjaran yang besar”(23) ketika hukum berperang

AKIBAT TIDAK MEMAHAMI PENGERTIAN ILMU FARDHU KIFAYAH
Akibtanya, sebagian umat Islam tak memahami secara benar pengertian fardhu kifayah. Dalam fikih ada dua fardhu(kewajiban) : 'ain(individual) dan kifayah(sosial). Selama ini fardhu kifayah diartikan sebagaian kewajiban yang jika dilaksanakan sebagian orang. Yang lai terlepas dari kewajiban itu, tapi jika tidak ada yang mengerjakan, berdosalah semuanya. Misalnya dalam mengurus mayat. "Padahal itu baru pinggiran fardhu kifayah, "(24)
(23) Al-Quran surah An Nisa’95
(24) kata Ali Syafie


Itulah sebabnya, pengertian fardhu kifayah dikembangkan dalam format kepedulian sosial. Tokoh yang dirujuknya adalah Imam Rafi'i, penulis Kitab Al Asybah wa an-Nadhair. Menurut Rafi'i, fardhu kifayah adalah umur kulliyah(urusan umum yang menyangkut kemaslahatan masyarakat). "Di sinilah tercakup pengentasan kemiskinan, pengembangan sumberdaya manusia, mencerdaskan kahidupanbangsa, dan kontrol sosial,(25)

Penutup
Melihat kepada perkembangan pesat dunia hari ini, maka umat Islam mesti bertindak secepat mungkin agar tidak ketinggalan daripada umat lain. Konsep mampu dan dilihat mampu tidak cukup, bahkan ia memerlukan pelan bertindak pantas. Selagi kehidupan manusia berkembang, selagi itu keperluannya sentiasa bertambah dan berubah. Keperluan yang berubah inilah yang dituntut oleh fardhu kifayah. Di semua sudut keperluan hidup, konsep fardhu kifayah menjadi tunjang kukuh untuk menggalakkan umat Islam khususnya berusaha menyelesaikan setiap kemelut yang dihadapi. Apa yang penting, umat Islam harus bekerja dan bekerja selaras dengan keperluan syarak dan semasa kerana seluruh amal tersebut menjadi ibadah dan disaksikan oleh Allah, Rasul dan orang-orang yang beriman.
(25) kata Ali Yafie.

Satu tanggapan silap apabila kita hanya menitikberatkan persoalan ibadah khusus semata-mata seperti solat, puasa, haji, zakat dan sebagainya, tetapi meninggalkan urusan umat yang berbentuk menyedia dan memakmurkan dunia serta melepaskan diri daripada belenggu kekuatan musuh-musuh Islam.

Untuk menongkah arus yang ada, umat Islam mestilah berusaha untuk mencapai tahap keilmuan yang tinggi. Sayyidina Umar r. a. berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang inginkan dunia dia mesti berilmu, sesiapa yang ingin akhirat maka dia mesti berilmu, sesiapa yang inginkan kedua-duanya maka dia mesti berilmu”.

Keazaman dan usaha yang kuat dan padu serta berterusan akan menjamin apa yang dilakukan mencapai ‘target’ sebenar.

Firman Allah S.W.T. :
“Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah. ”
(27)

(27) Al-Quran surah Ali imran : 159



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com