Tamadun Islam Dari Sudut Kepercayaan

TAMADUN ISLAM DI NUSANTARA DARI SUDUT KEPERCAYAAN

SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

· Kepercayaan –kepercayaan tertentu

Sebelum kedatangan islam, penduduk yang terkenal dengan bangsa melayu yang tinggal di pulau-pualu gugusan melayu pada amnya dan alam melayu khasnya, amat dipengaruhi oleh pelbagai kepercayaan tersebut melalui warisan budaya tempatan dan sebahagian lain adayang menerima kepercayaan yang dating dari luar iaitu hindu-buddha.

Kepercayaan warisan budaya tempatan merupakan kepercayaan turun-temurun dari nenek moyang mereka lagi dan hindu-buddha sebagai agamamendatang telah bertapak terlebih dahulu. Kedua-dua kepercayaan tersebut amat berpengaruh dalam amalan hariaan penduduk setempat.

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang kepercayaan yang dianuti masyarakat melayu setempat, maka eloklah kita mengetahui terlebih dahulu bagaimana cara-cara masyarakat melayu mengimplimentasikan dari sudut kepercayaan, khususnya sebelum kehadiran islam.

Tentang hal ini sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat melayu mengalami proses pencarian kepercayaan yang berubah-ubah sejak lama dahulu. Pada zaman itu, hampir keseluruhan masyarakat melayu terpengaruh dengan kepercayaan asli atau primitif. Ada diantara mereka yang menganut fahaman animisme( wujudnya jiwa roh yang boleh mempengaruhi manusia), dinamisme( mempunyai semangat yang dianggap berkuasa), hyang( amalan pemuja nenek moyang) premis( amalan perubatan yang bersandarkan kuasa ghaib), dan sebagainya. Semuanya termasuk dalam golongan mitos( khayalan) iaitu satu kepercayaan dan pemujaan terhadap wujudnya makhluk halus yang boleh mempengaruhi kehidupan manusia; baik dalam keadaanpositif mahupun dalam suasana negatif.


· Penyebaran oleh agama-agama besar dunia

Agama-agama yang terbesar dan ramai penganutnya di dunia ini ialah islam, hindu, Buddha dan kristian. Sebelum kedatangan islam di alam melayu, masyarakat melayutelah mengamalkan kepercayaan primitif sebagai amalan harian mereka. Namun demikian, pengaruh hindu-buddha tidak dapat dielakkan lantaran munculnya kerajaan seriwijayadan majapahit yang berpegang teguh kepada ajaran itu disekitarnya, terutama di kalangan istana. Besar atau kecilnya pengaruh tersebut adalah bergantung kepada menerimaan masyarakat setempat.

Menurut abdul rahman hj Abdullah( 1990; 12-13) mengatakan bahawa sesungguhnya pengaruh agama hindu-buddha keatasmasyarakat di nusantara adalah cukup besar kerana mereka menerima dengan baik; malah kedua-dua hindu-buddha itu dianggappersenyawaan. Penbuktian berlakunya persenyawaan hindu-buddha nusantara dapat dikesan melalui:

1. secara zahir. setiap insane dapat melihat dari kajian arkeologi, dimana hasil penemuannya di candi bukit batu pahat di negeri kedah. Di situ terdapat enam buah cepu granit yang menunjukkan pemujaan “tantrik” iaitu sejenis pemujaan yang menunjukkan ciri-ciri agama Buddha-mahayana dan hindu yang memuja siva dan vishu.

2. manakala secara batin pula dapat dilihat wujudnya sinkretisme( persenyawaan) itu melalui kitab suci dan karya sastera. Sebagai contoh sinkretisme siva-buddha di Indonesia jelas sekali terpancar dalam kitabagama yang bernama sang hyang kamahayanikan. Ada terdapat satu lagi, di mana sinkretisme hindu-buddha boleh dilihat dalam karya sastera seperti smaradahanadan sutasoma.

Walaupun demikian, pengaruh hindu-buddha di kalangan masyarakat melayu ternyata tidak menyeluruh dan tidak berhorizontalsecara sekata di kalangan masyarakat umum; malah ianya beredar dan aktif di kalangan pihak atasan, istana dan kraton sahaja.











SELEPAS KEDATANGAN ISLAM


Kedatangan islam nyata telah melakukan satu perubahan dalam aspekkepercayaan daripada alam tahyul dan khurafat, masyarakat telah diperkenalkan satu konsep akidah yang jelas iaitu akidah tauhid. Ajaran tauhid yang bersifat metafizik ini menyelit unsur-unsur intelektualisma serta akidahke dalam pemikiran masyarakat. Ia telah menyebabkan timbulnya rasionalisma yang tidak pernah wujud sebelumnya. S. M. N al-attas( 1972) menyatakan fenomena ini yang telah mencetuskan satu semangat hebat yang mampu menggerakkan perubahan falsafah hidup masyarakat di nusantara ini.

Masyarakat mula meninggalkan alam metos dan khayalan menuju alam pemikiran, akal serta peraturan-peraturan hidup yang jelas. Mereka mula percaya kepada rukun-rukun islam dan iman serta beribadat kepada yang maha esa.

Sepanjang abad 13-16 Malam melayu mengalami proses perubahan yang menghasilkan masyarakat yang putus dari tradisi pra-islamnya kepada perubahan jiwa dan minda serta berpegang kepada akidah, syariat, world-view serta nilai-nilai hidup islam yang murni. ini membuka laluan bagi alam melayu untuk bangkit menjadi “ khairu ummah”, berusaha menghargai nilai diri serta mempunyai sikapdan tabiat menghargai akal fikiran.




· Implikasi

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat di alam melayu dengan cepat menarima islam di sebabkan keistimewaan yang ada pada islam itu sendiri, disamping faktor-faktor lain yang boleh mengalami perubahan dan mengalami kesan positive kepada ummah di alam melayu. Di antara kesan-kesan dan perubahan-perubahan tercebut ialah:

· Perubahan dari aspek keyakina( iman)

Perubahan yang paling ketara terhadap masyarakat di alam melayu ialah keyakinan yang berteraskan kepada ketauhidan allah swt; dimana sebelum ini mereka percaya kepada aminisme dan percampuran hindu-buddha. Dengan pantas kepercayaan kepada allah swt meresap kedalamjiwa mereka; begitu juga keyakinan kepada malaikat, nabi-nabi, kitab-kitab dan alam akhiratserta qadha dan qadar.

Dengan meresapnya kefahaman tauhid yang menjadi asas akidah islam kepada masyarakat di alam melayu telah melahirkan amalan yang selaras dengan syariat islam, terutama ibadah khusus seperti: solat, puasa, zakat, haji, membaca al-quran dan seumpamanya. Selain dari itu, mereka telah diperkenalkan pula dengan persoalan yang berkaitin dengan ikhlak dan tasawul islam secara meluas.

Jadi pengaruh akidah, ibadah, dan tasawur islam meresap kedalam kehidupan masyarakat islam di alam melayu adalah merupakan teras yang kukuh sampai kini dapat di pertahankan terlalu sukar untuk dipisahkan di antara melayu dan islam. Seolah-olahnya melayu ituislam dan islam itu melayu.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com