Pengenalan Kepada Tamadun Islam

PENGENALAN

Al – Quran datang sepenuhnya wahyu dari Allah s. w.t, maka As – Sunnah itu adalah dari nabi Muhammad s.a.w. Sunnah biasa juga disebut Hadits. Sunnah juga bererti adat– istiadat, termasuk adat istiadat masyarakat Arab dalam pra islam. baik tentang persoalan agama, sosial mahupun hukum.menurut definisi: sesuatu yang merupakan perkataan, perbuatan dan taqrir Rasulullah s.a.w. disebut Sunnah[1]
Peranan Sunnah ialah menjelaskan perkara–perkara yang tidak dijelaskan dalm Al-Quran dan memberi tafsiran bagaimana untuk melaksanakan apa yang kurang jelas dalam Al-Quran. Kedua–dua sumber ini merupakan sumber inspirasi umat islam untuk membentuk, membangun dan mengembangkan tamadun mereka.dari sinilah datang dorongan dan semangat mereka untuk meneroka alam kemajuan disegenap bidang.segala kemajuan yang dicipta dikehendaki mengikut lunas-lunas yang telah ditentuka oleh kedua–dua sumber ini.[2]

PENGERTIAN SUNNAH

Dari segi bahasa ialah jalan yang ditempuh, baik terpuji mahupun tidak.Dari segi istilah,para ulama berbeza pendapat dalam memberi pengertian tentang sunnah:
1. Ulama hadits
Sunnah meliputi biografi nabi, sifat –sifat baik nabi dan akhlak nabi dalam keadan sehari – harian baik sebulum dan sesudah diangkat menjadi nabi.1
2. Ulama ushul fiqh
Segala yang dinukil dari nabi Muhammad s.a.w. baik berupa perkataan perbuatan mahupun taqrirnya yang ada sangkut pautnya dengan hukum.2
3. Ulama fiqh
Segala perbuatan yang dilakukan dalam agama,tetapi darjatnya tidak sampai kepada wajib atau fardhu.Atau dengan kata lain,Sunnah ialah satu amalan yang diberi pahala apabila dikerjakan, dan tidak dituntut apabila tibdak dikerjakan3
4. Ulama dakwah
Mereka mengertikan Sunnah sebagaikebalikan dari Bid`ah.4
Dengan ini dapat didifinasikan Sunnah sebagai apa yang datang dari rasulullah s.a.w. selain daripada Al–quran meliputi perkataan perbuatan dan persetujuan yang dijadikan dalil hukum.

Kedudukan hadits berdasarkan perundangan

Sunnah merangkumi seluruh bidang perundangan
Contoh–contoh Sunnah yang mendalami segala perkara mujmal didalam Al-Quran, mencakupi seluruh bidang termasuk ibadah muamalah, halal, .dan haram. Nabi Muhammad s.a.w. akan menerangkan kesemua perkara ini dengan terperincinya, menerusi berbagai cara, seperti Qias membandingkan dua hukum yang bertentangan.secara Qias rasulullah s.a.w.mengkategorikan setiap muamalatyang disertai dengan sebarang tambahan yang sama, sebagai perbuatan riba.
Al- Quran menharamkan perbuatan zina danmengharuskan perbuatan kahwih, menerusi ayat yang makruf tanpa menerangkan hukum perbuatan kahwin yang menyalahi syarak, seperti seorang wanita yang berkahwin tanpa jeizinan walinya.baginda membatalkan sebarang perkahwinan yang tidak memelihara syarat – syarat dalam akad nikah.1
Al- Quran telah menharamkan bangkai.berdasarkan inilah maka rasullah s.a.w.telah mempertimbangkan antara buruan laut yang dihalalkan secara mutlak dengan bangkai bunatang yang diharamkan secara mutlak.rasulullah s.a.w. menghalalkan bangkai laut secara khusus dengan mengeluarkannya secara umum.







Dan baginda bersabda berkaitan dengan buruan laut dengan kata yang bermaksud: “Airnya boleh dibuat bersuci dan halal bangkainya”1 Pengkhususan ini disokong dengan kata– katanya yang lain yang bermaksud: “dihalalkan kepada kita dua bangkai dan darah.kedua–dua bangkai itu ialah bangkai belalang dan ikan, manakala kedua-dua darah itu ialah hati dan limpa.” 2
Kesan Sunnah dalam memberi penerangan terhadap Al–Quran baik apa cara sekalipun begitu dirasakan oleh para ulama silam.berdasar daripada inilah terdapat diantara mereka yang membuat kenyataan bahawa sunnah adalah pemutus terhadap kitab Allah s.w.t, sehinggakan al-Awza’I pernah berkata:
“Al-quran lebih berhajat kepada sunnh berbanding sunnah kepada Al-Quran.” Kenyataan itu bertujuan untuk mengingatkan orang alim tengtang maksud ayat-ayat Al-Quran iaitu Rasullulah seorang yang amanah dan tidak pernah bercakap mengikut hawa nafsu.baginda hanya bercakap apa yang diwahyukan kepadanya. Mutarrif bin Abdullah bin al-syikhkhir pernah diberitahu: “jangan kamu bercakap kepada kami melainkan Al-Quran.lalu beliua menjawab denga katanya: “demi Allah kami tidak bermaksud untuk mencari sesutu untuk menggantikan Al-Quran, sebaliknya kami bermaksud siapakah dikalangan kita yang paling alim berhubung dengan Al-Quran.”



HADITH SAHIH SEBAGAI HUJAH DALAM PERUNDANGAN

Tidak ada sebarang perbezaan antara sunnh dan kitab dari segi halal dan haram
Hadith berikut menggambarkan seolah-olah Rasllulah s.a.w. telah dibuka hijabnya dan melihat bagaimana generasi selepas baginda membezakan antara kitab Allah dengan Sunnah Baginda. Mereka hanya beramal dengan hukum-hukum yang dinaskan oleh Al-Quran. Rasullalah juba menggambarkan kepada kita bertapa bahayanya kesilapan mereka dan telah menyimpang jauh dari jalan kebenaran, melalui sabdanya yang bermaksud: ketahuilah bahawa diberikan kepadaku Al-Quran dan pperkara yang sama.
Al-Imam al-syfie berkata penggabungan antara Sunnah dengan kitab Allah s.w.t bukan sahaja dalam bidang halal dan haram tetapi juga pada setiap urusan perundangan, yang penting Rasullah s.a.w. tidak akan menghalalkan sesuatu melainkan perkara yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitabnya dan tidak akan menharamkan sesuatu melainkan perkara yang diharamkan oleh Allah di dalam kitabnya.
Al-syfie telah menguatkan kata-katanya dengan nada yang penuh keyakinan bahawa “ semua perkara yang dikatakan oleh ulama adalah syrah kepada sunnah dan kesemua sunnah adalah syarahkepada Al-Quran.”berkemungkinanorang lain melakukan sesuatu yang keterlaluan dalam mentafsirkan persoalan ini dengan menyatakan Sunnah sebagai “wahyu yang diturunkan oleh jibril keatas Nabi s.a.w. seperti mana ia menurunkan Al-Quran keatasnya dan jibril mengajar sunnah kepada Rasullah sepertimana ia mengajar Al-Quran kepadanya.”Tafsiran seperti ini telah dikatakan oleh Abu al-Baqa’ dengan jelas tanpa sebarang sindiran di dalam kitab kulliatnya.


HADITH SAHIH SEBAGAI HUJJAH DALAM PERUNDANGAN
Tidak ada sebarang perbezaan antara Sunnah dan kitab dari segi halal dan haram

Hadith berikut menggambarkan seolah-olah Rasulullah s.a.w. telah dibuka hijabnya dan melihat bagaimana generasi selepas baginda membezakan antara kitab Allah dan Sunnah baginda. Mereka hanya beramal dengan hukum-hukum yang dinaskan oleh Al-Quran.Rasulullah s.a.w. cuba menggambarkan kepada kita bertapa bahayanya kesilapan mereka dan telah menyimpang jauh dari kebenaran, melalui sabdanya yang bermaksud: ketahuilah bahawa diberi kepadaku Al-Quran dan perkara yang sama. Ketahuilah sebenarnya apa yang diharamkan ole Rasulullah s.a.w. adalah sama seperti yang diharamkan oleh Allah s.w.t. (Abu Daud, al-Darimi dan Ibnu Majah)
Al- Imam syafie berkata pergabungan antara kitab Allah dan Sunnah bukan sahaja dalam bidang halal dan haram tetapi juga dalam setiap urusan perundangan, yang penting Rasulullah s.a.w. tidak akan menhalalkan sesuatu melainkan perkara yang dilalakan oleh Allah dalam kitabnya dan tidak akan mengharamkan sesuatu melainkan perkara yang diharamkan oleh Allah didalam kitabnya. Kesimpulannya Al-Quran dan Hadith adalah sama kerana jedua-duanya adalah wahyu daripada Allah s.w.t. Kedua-duanya ada perbezaan iaitu Al-Quran diturunkan untuk melemahkan manusia dan mencabar mereka berlainan dengan Hadith. Rasulullah s.a.w. sendiri membezakan antara wahyu yang diturunkan kepadanya denagn hadith-hadith yang dinyatakan sebagai ilham daripada Allah s.w.t.
Beberapa sebab yang mengatakan hujah
Ini menunjukkan bagaimana ulama muhaqqiqun tidak hanya berhujah dengan khabar Ahad yang sah sanadnya, malahan juga dengan khabar yang dikuat atau disokong oleh berbagai sebab dan keadaan.
Mereka menganggap hadith seperti ini adalah hadith yang mendatangkan ilmu yang yakin.malahan mereka cenderung mengatakannya lebih kuat daripada sudut ilmu yang memberi keyakinan berbandingdengan turuq yang banyak tetapi tidak sampai kepada peringkat mutawatir.namun demikian mereka lebih mengutamakan hadith-hadith yang tidak dikritik oleh huffaz dan tidak mengandungi makna yang bertentangan yang tidak membolehkannya ditarjihkan antara satu sama lain. Ini kerana mustahil dua hadith yang bertentangan dikira sebagai benar tanpa ditarjihkan antara satu sama lain.
Hadith diperkuatkan oleh faktor-faktor tertentu tanda yang boleh kita katakan asalnya daripada hadith hasan. Ini kerana ia hampir sama dengan hadith sahih dan hampir diketegerikan sebagai hadith sahih.tetapi hadith yang tidak boleh diguna untuk berhujah ialah hadith daif kerana semua hadith daif mendatangkan kesangsian samaada pada matan atau sanadnya.hadith daif tidak boleh menjadi sumberhukum syarakdan sumberbagi sifat akhlah yang mulia walau apapun yang terjadi.

PENGARUH ATAU KESAN HADITH DALAM ILMU KESUSASTERAAN
Keseluruhan ilmu Islam lahir dibawah naunga hadith
Ada ulama yang berkata: Terdapat tiga jenis ilmu iaitu: ilmu yang telah matang dan tidak akan habis iaitu ilmu nahu dan usul; ilmu yang tidakakan matang dan tidak akan habis iaitu bayan dan tafsir;dan ilmu yang matang dan telah sampai kemuncaknyaiaitu ilmu fiqh dan hadith. Kata –kata diatas, telah menjadikan fiqh dan hadith sebagai satu ilmu. Ini merupakan keputusan yang baik dan tepat kerana segala cabang fiqh, telah terpisah sejak peningalan tasyri’ dan rasullulah s.a.w. Ini meliputi kesemua bidang termasuk hadith yang menjelaskan mujmal Al-Quran atau sumber tasyri’ (perundangan) yang bersaingan sesudah kitab Allah.1
Tidak syak lagi penyatuan antara fiqh dan hadith, telah mendekatkan oerjalanan dari sudut perkembangan dan seiringan dari sudut kesuburannya. Ilmu usul fiqh akan lahir selepas pembinaan ‘Ulum al- Hadith. Kedua –duanya mempunyai persamaan dari sudut kelahiran dan perkembangannya serta seiring ketika memberi khidmat dalam perundangan untuk menyediakan jalan bagi penyelidikan serta mendalami.
Ini bermakna ilmu yang telah matang dan telah sampai kekemuncaknya dikenali sebagai ilmu hadith atau fiqh al- Hadith. Ilmu fiqh yang telah berada dibawah naungan ilmu hadith berkembang menjadi satu bahagian yang tidak boleh dipisahkan dengan induknya begitulah juga dengan ilmu Tafsir yang berada dalam ilmu hadith
Para mufassir terpaksa merujuknya kepada hadith nabawi untuk mentakwilkan mana-mana ayat yang terdapat dalam kitab Al-Quran. Ini bermakna ilmu tafsir seperti juga ilmu fiqh yang merupakan sebahagian daripada ilmu hadith. Walaupun ilmu tafsir boleh berdiri sediri dan mempunyai metodologi serta kaedahnya sendiri, tetapi ia tidak boleh dipisahka dengan hadith rasullah s.a.w. kerana ikatannya yang kuat.
Para mufassirintelah menggunakan ilmu yang telah matang dan sampai kemuncaknya iaitu hadith untuk menyokong ilmu yang belum matang dan belum sampai kekemuncaknya iaitu ilmu tafsir. Apabila mereka berhujjah keatas ilmu fiqh dengan hadith, maka para fuqaha al-Mufassirun telah mendekatkan diri mereka dengan metodologi para muhaddithin. Ilmu fiqh dan tafsir banyak yang terpengaruh dengan ilmu hadith.

Pengaruh hadith dalam kaedah ilmu nahu
Timbul persoalan bagaimana ilmu nahu yang matang tidak sampai ke kemuncaknya,boleh terpengaruh dengan ilmu hadith? Apakah ilmu dunia yang dicipta oleh manusia berhajat kepada ilmu yang menjadi sumber agama dan asa perundangan?
Maksud nahu yang mana akan disebut dalam fasal ini dari segi usul-usul penting yang mencakupi masalah bahasa dan semua bahagian ilmu nahu. Dalam kaedah nahu setiap istilah umum dipengaruhi oleh hadith dan telah mencapai beberapa metodologinya. Pengaruh terhadap kaeadah nahu dapat dibahagikan kepada dua sudut: pertama dari sudut kelahirannya yang seiring dengan hadith sebelum kematangan.kedua ilmu nahu yang mengalami kemuncaknya bersama dengan ilmu hadith.


Kelahiran pemikiran sanad hadith yang diterokai pada zaman khulafa’ al-Rasyidin diikuti kelahiran pemikiran yang berkaitan dengan masalah nahu dan bahasa Arab pada zaman Ali. Dalam masalah nahu atau hadith, mereka begitu menekan perkara dabt iaitu menhafal atau mencatit seperti mana mereka mengambil berat tenteng riwayat hadith. Abu al-Aswad al-Dua’li masyhur sebagai orang yang mula mencipta kaedah dalam bahasa Arab, telah menunjukkan perkara ini kepada Ali.
Beliua barpegang pada sanad yang dapat menerangkan cara menerima danmeriwayatkannya. Walaupun periwayatan berkenaan tidak berkaitan dengan keagamaan dan perundangan. Abu al-Aswad telah memindahkan riwayat berkenaan berkenaan daripada Ali. Masalah menentukan zaman bermulanya pemakaian sanad dalam meriwayatkan hadith, tidak timbul sekiranya dirujuk kepada semua hadith. Ini kerana warisan-warisan yang masyhur dengan jelas telah menunjukkan bahawa sebahagian sahabat telah mengambil sesuatu daripada sahabat yang lain. Ada juga g menyandarkan kata-kata berkenaankepada kawan yang lain disokong pula oleh sahabat yang sopan santun lagi barkat itu. Bagi pembaca yang telah melihat tajuk “ kehujahan hadith dalam perundangan” (al-ihtijat Bi al-hadith Fi al- Tasyri’I) sudah tertu dapat melihat bagaimana para sahabat bergilir pergi ke majlis Naaaaaaabi s.a.w.dangan tujuan mendengar, menerima ilmu dan seterusnya meriwayatkannya kepada orang lain.

Keseluruhan ilmu kesusteraan dipengaruhi oleh sanad seperti yang digunakan oleh para muhaddithin.
Sacara terperinci ilmu Nahu, Saraf dan masalah yang berkaitan dengannya merupakan cabang ilmu adab (kesusasteraan). Maka segala dalil dalam bidang tersebut hendaklah diambil daripada bahasa Arab yang asli
Para ulama telah berijmak bahawa dalam bidang bahasa Arab ini, hujah para mualladin (orang bukn Arab yang dilahirkan dalam masyarakat Arab) dan muhdathin (orang bukan Arab yang mempelajari bahasa Arab) tidak boleh diterima. Bagi menguatkan ijmak tersebut mereka telah membawa banyak dalam semua bidang ilmu bahasa Arab ini. Riwayat berkenaan mengandungi syair-syair yang dihasilkan oleh orang Arab jahiliah. Terdapat juga diriwayatkan kumpulan syair Islam yang mana penyairnya tidak pernah hidup pada zaman jahiliah. Tedapat sebahagian pengkaji yang cuba menunjukkan kajian mereka untuk menyeru: bahawa riwayat hidith ini dipengaruhi oleh riwayat syair dan cerita-cerita yang idsampaikan oleh penyair pada zaman jahilliah. Ini kerana ada sahabat yang mengambil dan menerima syair daripada penyair sebelum kedatangan Islam
Sebelum menyatakannya sebagai dalil orang-orang jahiliah menggunakan sanad dalam meriwayatkan cerita-cerita daripada para penyair mereka. Ini kerana syair tersebut mengandungi sifat jahilliah.
Apabila ‘ Ulum al-Hadith’ berkembang kaeadh utama mustalah al-Hadith istilah-istilahnya telah digariskan dan seterusnya tersebar kepada orang ramai. Selepas itu para perawi berlumba-lumba meriwayatkan hadith, sejarah dan syair yang mempunyai sanad bersambung dengan tujuan untuk belajar atau mengajar.
Berdasarkan kepada keterangan diatas dapat disimpulkan bahawa orang ramai mewajibkan sanad yang bersambung dalam meriwayatkan hadithdan mewajibkan persambungan halaqah dalam meriwayatkan perkara-perkara keagamaan.
Ini bermakna bahawa kita berhak dan wajib mengatakan bahawa mereka (para perawi hadith) sebagai perawi kepada contoh pemakaian bahasa dan nahu yang terdiri daripada syair dan sebagainya. Walaupun dalam bidang ini mereka diberi kelonggaran berbanding dengan riwayat keagamaan, tetapi kelonggaran ini tidak pernah berlaku dalam zaman jahilliah. Ini kerana pengaruh yang begitu mendalam yang ditinggalkanoleh para pengkritik hadith kedalam jiwa para perawi. Pengaruh berkenaan sukar dihapuskan walau dengan apa cara sekalipun.


HADIHT SEBAGAI HUJAH DALAM BIDANG BAHASA DAN NAHU
Para ulama mengelak daripada meriwayatkan hadith

Terdapat imam seperti al-asma’i yang menjauhkan diri daripada meriwayatkan hadith sehingga tiada hadith yang dapat kepada beliau kecuali beberapa hadith sahaja.tindakannay itu dapat difahamkan kerana takut berdusta keatas Rasulullah s.a.w. sepertimana yang berlaku kepada generasi perawi yang pertama dahulu. Mereka memilih jalan tersebut disebabkan kerana kewarakan dan sikap wapada yang ada dalam diri mereka. Tidak syak lagi mereka merasakan periwayatan selamat syair selamat daripada hadith. Namun begitu sekap warak tersebut tidak pernah menghalang dan menyekat mereka daripada meriwayatkan [erkara lain selaun daripada hadith.
Contohnya Syu’bah bin al-Hajjaj iaitu ulama hadith yang agung meriwayatkan Sunnah Rasulullah s.a.w. kepada orang ramai. Tetapi adakalanya beliau cenderung meluang masa meriwayatkan syair. Bahkan beliau pernah bersyair dengan Abi Zaid bin Aus. Peristiwa ini telah menakjubkan sebahagian ulama hadith sehinggakan mereka berkata kepada Syu’bah: “ Hai Aba Bustam! Kami berkuda datang kesini semata-mata untuk mendengar hadith Rasulullah s.a.w. daripada anda, tetapi anda tidak mempedulikan kami dan hanya mengutamakan syair!”1Dalam keadaan marah Syu’bah menjawab kata-kata mereka: “hai kamu semua! Aku lebih tahu apa yang lebih baik untuk aku. Demi Allah ia (syair) lebih selamat untuk aku daripada (hadith)
Para perawi berasa lebih selamat berdepan dengan syair daripada bergelut dengan hadith. Ini kerana ketika hendak meriwayatkan hadith mereka mestilah memiliki sifat tahdith (sebagai perawi hadith) yang begitu tinggi iaitu begitu meneliti dan mengkaji hadith yang hendak diriwayatkan.mereka juga mestilah memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap matan-matan hadith daripada salasilah sanad. Dalam meriwayatkan syair pula mereka begitu meneliti dan memberi perhatian kerana terpengaruh dengan sifat tahdith. Tetapi mereka tidak memiliki sifat-sifattahdith secara mutlak, kerana semasa meriwayatkan syair mereka bebas daripada pendusta.seseorang sahabat iaitu Umran bin Hussain pernah mengunjungi al Basrah yang ketika itu riwayat syair lebih banyak daripada hadith. Beliau berkata dengan nada bersumpah: “Sekiranya ia mahu meriwayatkan hadith daripada Rasulullah s.a.w. sudah pasti ia akan melakukannya selama dua hari berturut-turut.

Hadith sebagai hujjah dalam bahasa nahu
Para perawi hadith silam, mereka berusaha sedapat mungkin dan begitu berwaspada terhadap semua apa yang diriwayatkan itu. Namun demikian kekukuhan dan kematangan ulama hadith tidak terjamin sekiranya mereka meriwayatkan nadith musnad seacra mursal, hadith mursal secara musnad, hadith nausul secara maqtu’ atau memasukkan satu riwayat kedalam riwayat yang lain.tetapi mereka diberi kelomggaran disebabkan kebanyakkan mereka mengambil khabar-khabar kesusasteraan,contoh nahu dan bahasa dripada perawi yang tidak hidup pada zaman jahiliah. Tidak juga menjadi kesalahan sekiranya tergugur sebahagian halaqah-halaqah ini gugur untuk sebarang lubang,memenuhi tempat-tempat kosong dan melakukan perbuatantadlisal-taswiyah,untuk menggantikan seseorang dengan seseorang yang lain seazaman dengannya serta membaiki salasilah sanad sehingga terselamat daripada inqita’ (sanad yang terputus).
Namun demikian kami tidak pernah mendakwa bahawa para perawi syair sebagai pencipta, mutasahhilin (orang yang tidak mengenakan syarat ketat dalam periwayatan), dan sebagai orang yang sengaja melakukan perbuatan tamwih (mengarut) dan tadlis (tidak benar). para perawi syair terpengaruh denagn ulama hadith.mereka cuba menghindarkan diri daripada neriwayatkan hadith. Mereka cuba menghindar diri daripada meriwayatkan hadith dan perbuatannya itu secara jelas menunjukan bahawa mereka terpengaruh dengan istilah para muhaddithin. Mereka juga takut disifatkan sebagai sasterawan yang telah melakukan kesalahan yang tidak dapat dimaafkan, mereka yang memiliki peribadi yang tinggi dan terlalu berwaspada untuk mendapatkan sesuatu yang bersikap benar (siddiq) terbuka secara ikhlas pada sebarang riwayat, baik yang berkaitan dengan agama mahupun dunia.

KEDUDUKAN SUNNAH DAN TINGKATNYA DALAM SYARIAT ISLAM
Kedudukan Sunnah
Sunnah adalah salah satu wahyu tuhan yang disampaikan Allah kepada nabinya. Sunnah itu merupakan salah satu sendi atau pokok dari syariat Islam. Banyak ayat-ayat Al-quran yang menunjukkan yang menunjukkan bahawa Sunnah ini merupakan salah satu pokok dari syariat Islam. Oleh kerananya Sunnah itu wajib diikuti sebagaimana mengikuti Al-quran. Demikian pula Allah telah memerintah kita mentaati Rasulullah sebagaimana mentaati Allah sendiri, baik terhadap perintah-perintah mahupun larangan-laranganya. Sepertimana dalam firmannya dalam surah Al-Hasyr ayat 7,yang bermaksud:
Apa-apa yang telah diperintahkan Rasulullah s.a.w. jalankanlah, dan apa-apa yang ditegah oleh Rasulullah s.a.w. cegahkanlah.1
Dan dalam surah Al-Imran ayt 31, Allah berfirman, yang bermaksud:
Katakanlah olehmu Muhammad s.a.w: kalau kamu sekelian cinta kepada Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu serta mengampuni dosa-dosa kamu.2
Dari ayat\ayat yang tersebut diatas, jelas bahawa hadith-hadith Nabi itu kedudukannya dalam syriat Islam sama dengan Al-Quran, ertinya wajib diikuti dan diamalkan sebagaimana Al-Quran.

PENUTUP
Selain Al-Quran, Sunnah juga merupakan pemangkin dalam membentuk perkembangan tamadun Islam dan memberi sumbangan yang tiada tolok bandingnya dalam dunia Islam. Sunnah merupakan sumber rujukan kedua selain Al-Quran dan juga merupakan penghubung atau penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan lebih terperinci dan jelas. Sunnah meliputi segenap bidang, mahupun keduniaan yang merangkumi agama, politik, sosial dan juga ekonomi.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com