Konsep Tamadun Islam Suatu Penjelasan

KONSEP TAMADUN ISLAM SUATU PENJELASAN

Definisi tamadun.
“istilah umran”menurut Ibnu Khaldun dalam Fadhul Hadratul Islamiah Wal Arabiah Alal Ilmi oleh Zakaria Hashim Zakaria(1970)mengatakan bahawa umran adalah membayangkan sekumpulan orang yang tinggal di suatu tempat dalam keadaan yang subur dan makmur manakala istilah “Hadharah” menurut Ibnu Khaldun dalam “Petunjuk Sepanjang Jalan” oleh Sayyid Qutb adalah suatu wilayah yang didiami oleh sekumpulan manusia itu dalam suasana aman dan makmur. (1)Istilah madaniah bermaksud suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan,perancangan dan penyusunan Bandar serta penyediaan kemudahan infrastruktur dan istilah “tamadun”beerti sekumpulan bibit dari masyarakat yang dicirikan oleh kehidupan kota dan senibina yang berupa tugu-tugu peringatan dan suatu system rekod-rekod tampak(visual records)yang berdasarkan nota bertulis(2) Menurut Malik Bennabi terdapat dua pengertian yang khusus bagi istilah Hadharah iaitu dalam pengertian yang objektif ialah suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan,teknik,keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari suatugenerasi dalam sesebuah masyarakat. Pengertian yang subjektif pula ialah berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas atau digambarkan sebagai kehidupan yang dapat atau hampir-hampir menepati ideal. Iaitu suatu kehidupan dimana manusia dapat
1)Sejarah Tamadun Islam. Wan Abdullah Wan Mahmood. ITM. Shah Alam. 1991. hlm. 2
2)Ibid hlm. 3


mempergunakan unsur-unsur alam yang berbentuk material dengan sebaik mugkin untuk memudahkan kelansungan hidup di dunia ini dengan mengambil nilai-nilai kerohanian sebagai dasar perjuangan(3)Didalam Bahasa Inggeris,Tamadun dikenali sebagai istilah civilization. Perkataan civilization menurut beliau berasal daripada perkataan Latin,dan kata akar ‘civic’ yang membawa erti sebagai kehidupan kota. Ini beerti bahawa tamaadun adalah merupakan segala pencapaian manusia yang hidupo dikota(4). Manakala di dalam bahasa Melayu pula, tamadun dikenali dengan “istilah kebudayaan” yang mengatakan bahawa perkataan tamadun itu lahir seiring sejalan denagn perkembangan hidup kehidupan masyarakat setempat dari semasa ke semasa dalamn bentuk pemikiran(5). Istilah peradaban pula menyatakan bahawa peradaban oitu adalah pencapaian semua aspek pemikiran,moral,social dan kebendaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat(6).
Ciri-ciri tamadun Islam.
Professor Madya Dr. M. A. J. Beg menjelaskan cirri-ciri tamadun Islam seperti:
-Seni bina. seni bina adalah merupakan salah satu ciri penting dalam tamadun Islam.
-kesenian. Yang halus dan tulin adalah juga merupakan salah satu ciri tamadun Islam. Kesenian yang paling agung ialah seni khat dan awan larat,yang menghiasi bangunan –bangunan,kitab-kitab,alat-alat yang diperbuat daripada tembikar,barang-
3)Sejarah dan Tamadun Islam. Wan Kamariah Leman &Mazlah Yaacob. ITM. Shah Alam
1997. hlm. 10
4)Pengantar Tamadun Islam. Mustafa Hj. Daud. Media Indah Sdn. Bhd. 1987. hlm. 11.
5)Wan Abdullah Wan Mahmood. op. cit hlm. 4
6)Ibid hlm. 4.
barang kemas,perhiasan yang diperbuat daripada gading,kaca,tenunan Islam,wang syiling,lencana dan sebagainya(7). Seni bina Islam diakui sebagai seni bina yang terbaik,tersempurna dan teragung yang lahir di kota-kota yang dinina oleh umat Islam(8)
-Kota Raya. Walaupun kota raya adalah merupakan salah satu ciri-ciri penting tamadun Islam. Negara Islam yang pertama diasaskan oleh Rasullullah S.A.W. adalah bersifat kota dengan nama Madinah(kota raya). Khulafa’Al Rasyidin dan semua pemimpin Islam bertanggungjawab menubuhkan pemerintahan berpusat di kota bertaburan di Timur Tengah,Asia dan Afrika(9)Kemunculan kota atau Bandar bagi menampung pertambahan penduduk yang sedia ada dan yang dating untuk pelbagai aktiviti(10)
-Sains. segala kegiatan ilmu pengetahuan, keintelektualan meliputi segala aspek ilmu pengetahuan dan falsafah hingga kepada ilmu sains(11)Ibnu Sina,Ibn Ruysd,Al-Khawarizmi adalah contoh tokoh Islam yang berjaya menarik perhatian dan disegani oleh Barat. Antara lain ialah penggunaan tulisan yang merupakan cirri penting tamadun Islam kerana ia mempercepatkan proses penyebaran kebudayaan Islam seterusnya mempergiatkan Ilmu yang memberi kesan terhadap perubahan dalam semua aspek
7)Mustafa Hj. Daud. op. cit hlm. 19
8)Ibid hlm. 20
9)Ibid hlm. 20
10)Wan Kamariah Leman&Mazlah Yaakob. op. cit hlm. 19
11)Mustafa Hj. Daud. op. cit hlm. 20



kehidupan umat. Kewujudan negar Islam adalah satu cirri tamadun yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh dilakukan dengan bebas didalam negara Islam(12).
Asas-asas Tamadun Islam.
Tamadun yang mantap adalah yang dicetus oleh kebenaran kerohanian dan kebenaran yang sejagat iaitu yang berasaskan akidah Islamiah atau pentauhidan Allah S.W.T. Allah S.W.T. ,Maha Sempurna dan Maha Suci dari sebarang sifat kekurangan. Justeru itu,kekuatan keagungan,kemantapan dan kedaulatan sesuatu tamadun itu adalah bergantung dan tertakluk kepada kudrat dan iradahnya juga(13)Asas-asas Tamadun Islam ialah berorientasikan akidah(14). Akidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T. yang diikat oleh ucapan Dua kalimah syahadah. ia merupakan inti dasar kepada kewujudan tamadun Islam(15). Keyakinan terhadap tuntutan syahadah menyebabkan seseorang itu khusyuk dan penuh ikhlas dalam membuktikan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. maksudnya:
“katakanlah sesungguhnya sembahyangku,ibadatku dan matiku hanyalah untuk Allah,tuhan memelihara dan mentadbirkan sekian alam”
(surah al-An’am:2:162)(16)
11)Mustafa hj. Daud. op. cit. hlm. 20
12)Wan Kamariah Leman&Mazlah Yaakob op. cit. hlm19
13)Mustafa Hj. Daud. op. cit. hlm. 29
14)Wan Abdullah Wan Mahmood. op. cit. hlm. 7
15)Wan Kamariah Leman&Mazlah Yaakob. op. cit hlm. 15
16)Ibid hlm. 15



Sejarah telah membuktikan apabila bangsa Arab itu bersatu padu,maka mereka berjaya membentuk empayar yang besar dan kekuasaan politik serta tamadun yang tidak ada tolok bandingnya didunia ini(17). Syariah pula merupakan peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. oleh Allah S.W.T. untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh manusia. Ia bersifat muktamad(18). Melaksanakan peraturan Allah menurut Al-Quran dan Al-Hadis dan pegangan teguh padanya akan membuatkan seseorang itu tidak akan sesat selama-lamanya baik di dunia mahupun di akhirat(19). Syariah telah membentuk cara hidup masyarakat jahiliah daripada hidup dalam keadaan huru-hara,berpecah-beah dan bermusuh-musuhan kepada hidup dalamkeadaan bersatu padu,bersaudara dan berkasih saying dalam melakukan kebajikan dan mencegah kemungkaran(20). Sabda Rasulullah S.A.W. :
“Aku tinggalkan kepada kamu dua pegangan. Jika kamu memegangnya kuat-kuat maka kamu tidak akaan sesat untuk selama-lamanya. Pegangan itu ialah Kitabullah(Al-Quran)dan Sunnah Rasul”(21)
Perkara ketiga terpenting dalam asas tamadun Islam ialah Akhlak. Akhlak Islam pula mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah daripada minum arak,judi dan zina kepada masyarakat yang berakhlak mulia(22).
17)Mustafa Hj. daud. op. cit hlm. 29
18)Wan Kamariah Leman& Mazlah Yaakob. op. cit hlm. 15
19)Wan Abdullah op. cit. hlm. 8
20)Mustafa Hj. daud. op. cit. hlm. 30.
21)Wan Abdullah. op. cit hlm. 8
22)Wan Kamariah Leman& Mazlah Yaakob. op. cit. hlm. 16



Akhlak dalam perpektif Islam ialah meletakkan keimanan seseorang kepada Allah dalam bentuk praktis. Ini beerti setiap perlakuan dan tindakan manusia mestilah berteraskan kepada keimanan serta akidah tauhid yang mutlak supaya dapat mengimbangi potensi dan kecenderungan individu dalam pembinaan tamadun(23). Selain itu ilmu pengetahuan merupakan asset penting dan di titikberatkan di dalam Islam. Lantaran itu, ilmu dalam tamadun Islam bermula daripada system bercorak rabbani supaya dapat melahirkan sebuah tamadun yang tinggi nilainya(24). Oleh itu, penyebaran Islam dengan meluas adalah berdasarkan ilmu umat Islam yang bijak mendampingi orang kafir. Ia adalah sebagai satu ibadat kepada Allah S.W.T. di samping mendalamkan lagi dan mempelajari ilmu pengetahuan(25)Agen yang terakhir ialah kekuatan material. Firman Allah S.W.T. :
“Dan berjihadlah dengan harta dan dirimu ke jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”
(surah at-Taubah:41:9)(26)
Kekuatan material mesti dimiliki untuk dijadikan wasilah dalam menegakkan kebenaran dan tamadun Islam itu sendiri. Kelemahan material akan menyebabkan umat Islam ketinggalan dan diperkotak-katikan oleh musuh Islam(27).
23) Ibid. hlm16
24)Ibid hlm. 17
25)Mustafa Hj. Daud. op. cit. hlm. 32
26)Wan Kamariah Leman &Mazlah Yaakob. op. cit. hlm. 18
27)Wan Abdullah op. cit. hlm10

Sumber-sumber Tamadun Islam.
Al-Quran yang dari segi bahasa beerti “bacaan”. Firman Allah S.W.T. :
“sesungguhnya mengumpulkan Al-Quran(di dalam dadamu) dan(menetapkan) bacaannya(pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (kerana itu), jika Kami telaah membacakannya,hendaklah kamu ikuti bacaannya”.
(Al-Qiyamah 75:17&18)(28)
Ia merupakan kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan kepada seluruh manusia. Ia adalah satu mukjizat yang kekal sepanjang zaman. Ia juga menjadi sumber dan pencetus kebanyakan bidang ilmu(29). Ia merangkumi segala konsep kehidupan di dunia dan di akhirat.
Al-Sunnah meliputi perkataan,perbuatan dan persetujuan yang dijadiakan dalil hokum. Peranan Al-Sunnah ialah menjelaskan perkara yang tidak dijelaskan dalam al-Quran dan tafsiran untuk melaksanakan apa yang kurang jelas di dalam Al-Quran(30).
Ijtihad pula ialahpemerahan tenaga dan akal fikiran alim ulama dalam menyelesaikan sesuatu masalah berdasarkan dalil al-Quran dan sunnah(31). Hanya orang mujtahid sahaja yang boleh mengeluarkan hokum syarak iaitu orang yang benar-benar alim,memahami dan mendalami al-Quran dan Hadis,mengetahui kaedah-kaedah mengambil hukum dan mengetahui masalah-masalah yang telah diijmakkan dan berbagai-bagai lagi(32).
28)Wan Kamariah Leman &Mazlah Yaakob. op. cit. hlm. 20
29)Ibid. hlm. 20
30)Wan Abdullah. op. cit. hlm11.
31)Wan Kamariah Leman& Mazlah Yaakob. op. cit. hlm. 21
32)Wan Abdullah. op. cit. hlm12

Keistimewaan Tamadun Islam.
bersumberkan wahyu Allah S.W.T. Ia mengandungi segala aspek kehidupan di dunia dan akhirat yang lengkap dan mampu membimbing manusia ke jalan yang benar.
Tetap dan tidak akan berubah buat selama-lamanya kerana ia adalah bersandarkan kitab Allah Ta’ala dan Sunnah Rasullullah. Ia juga adalah asli dan benar kerana telah diwahyu oleh Allaah tanpa dipengaruhi oleh hawa nafsu.
Kesesuaiannya dengan fitrah semulajadi manusia kerana ia bertujuan untuk mencapai kebahagiaan seluruh individu di dunia dan di akhirat dan seimbang dengan tabiat semulajadi manusia.
Berbentuk sejagat dan sempurna. Ia tidak mempunyai batas-batas dan aspek-aspek tertentu dalam kehidupan seseorang baik berupa pemikiran dan material(33).
Bersifat terbuka kepada semua tamadun asalkan tidak bertentangan dengan akidah,syaaraiat dan akhlak(34)Malah berkembang ke seluruh dunia kerana ia tidak menolak kemajuan yang dibawa oleh orang bukan Islam.
33)Ibid hlm. 12
34)Pengantar Tamadun Islam. Amir A. Rahman. hlm. 4

Matlamat Tamadun Islam.
Dalam merealisasikan pembinaan tamadun Islam,tiga matlamat utama dititikberatkan iaitu :
v Hubungan manusia dengan Allah.
Hubungan dengan Allah adalah suatu hubungan yang unik,tidak menyamai tidak menyamai sebarang perhubungan lain. Ia merupakan perhubungan ubudiah(35). Firman Allah S.W.T:
“Dan tidak aku jadikan jin dan manusiamelainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku”
(surah al-Zariyat:56)(36)
Hubungan yang erat antara hamba dan pencipta pasti melahirkan jiwa yang versih dan tenteram yang mampu memakmurkan ala mini mengikut apa yang dikehendaki oleh syariat disamping melaksanakan segala amar makruf nahi mungkar dalam segala agenda bertindak mereka(37). Implikasi yang mengeratkan hubungan ini ialah pengiktirafan terhadap pencipta,pengiktirafan terhadap keagungan Pemerintahan-Nya dan Kebesaran Kekuasaan-Nya,Pengiktirafan terhadap nikmat-nikmat Allah dengan permohonan dan doa,cinta dan rindukan
35)Pengantar Tamadun Islam. Amir A. Rahman. DBP. K. L 1990 hlm. 4
36)Wan Kamariah Leman&Mazlah Yaakob. op. cit. hlm. 22
37)Ibid. hlm. 22

Allah sebagai matlamat untuk mencari dan mencapai hala tuju yang tertinggi dengan pencipta(38).
v Hubungan Manusia Sesama Manusia.
Hadis Rasullullah S.A.W. :
“Orang Mukmin itu dengan mukmin yang lain adalahlaksana satu bangunan,bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain”
(Riwayat Bukhari &Muslim)(39)
Idea diskriminasi ras sudah terhapus dalam masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi dan membuka pintunya untuk seluruh manusia di atas dasar persamaan yang sempurna dan diatas landasan perikemanusiaan yang murni(40). Masyarakat Islam adalah sebuah masyarakat yang bersifat universal. islam terbuka kepada seluruh umat manusia tanpa memandang kepada perbezaan jenis,warna kulit dan sebagainya( 41). Islam menitikberatkan mengadakan hubungan baik sesama manusia. Perbezaan ini merupakan kebesaran Allah dan rahmat kepada manusia untuk menyedarkan mereka bahawa mereka sebenarnya saling memerlukan di antara satu sama lain. Sabda Rasulullah:
“Tidak ada kelebihan seseorang Arab ke atas seorang ajam(bukan Arab)kecuali kerana takwanya”
38)Amir A. Rahman. hlm. op. cit. hlm. 6&7
39)Ibid. hlm. 8
40)Wan Kamariah Leman&Mazlah Yaakob. op. cit hlm. 23
41)Ibid. hlm. 24



dengan itu jelaslah bahawa Islam menyeru kepada konsep persaudaraan sejagat. Keanggotaannya terbuka luas untuk semua umat manusia tanpa mengira darjat atau keturunan(42).
v Hubungan Manusia Dengan Alam
Manusia dianugerahkan pancaindera yang berkembang dan subur serat akal fikiran yang dapat mengumpulkan segala hasil yang dicapai oleh pancaindera sambil menyelaraskan hasil itu sehingga dapat menjelaskan tentang hakikat itu sendiri(43). Manusia dituntut supaya mengasihani dan mempunyai perasaan kasih saying dan belas kasihan walaupun terhadap makhluk lain(44). Firman Allah s.w.t. :
“Dan Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada dibumi ini untuk kamu semua”
(surah Al-Baqarah:29)(45)
Perbezaan Tamadun Islam Dan Tamadun Lain.
Kebudayaan Jahiliah.
Sosial. darjat perempuan amat rendah nilainya kerana bani-bani Arab saling berperang dan memandang tidak ada guna. Kerana itu anakperempuyan dikuburkan hidup-hidup. Mereka hidup berpuak-puak.
42)Ibid. hlm. 24
43)Amir A. Rahman. op. cit. hlm 9
44)Wan Kamariah Leman&Mazlah Yaakob. hlm. 24.
45)Ibid. hlm. 24.


Ekonomi. Ekonomi amat sederhana. Perdagangan dijalankan denagn kabilah antara bani. Bertrnak sumber ekonomi utama. Merompak merupakan sumber ekonomi yang halal. Kehidupan sosioekonomi masih bersahaja(primitive).
Politik. Masyarakat diatur oleh adapt yang turun temurun. Hukum terletak diujung senjata. siapa kuat dialah yang benar.
Pengetahuan dan Teknik:Pengetahuan yang dimiliki ialah hasil pengalaman generasi-generasi sebelumnya. Alat kerja bersifat bersahaja. Tenaga manusia dan haiwan dipakai. Tulisan dan buku belum mempunyai peranan.
Kesenian. Tertumpu pada puisi(syair)sasteranya memuja dewa-dewa,perempuan(yang dihinanya)disyairkan arak,mencaci maki musuh dan sanjung kaum sendiri.
Alam Fikiran. Amalkan sihir,kepercayaan animis,berfikir static,jumud dan penuh tahyul.
Asas kebudayaan jahiliah ialah agama serbajamakdewa(polytheism)(46)
Tamadun Barat.
Peradaban barat adalah bersifat paradox(47)Manusia barat menjadi angkuh terhadap keupayaan mutlak akalnya dan berazam untuk mendapatkan kebebasan diri secara mutlak pula dalam membentuk dan menentukan arah tujuan hidup peribadinya tanpa bagi memperdulikan sebarang otoritas. (48).
46)Tamadun Islam dan Ideologi-Ideologi Masa Kini. Mohd Nasir b. Omar. penerbitan Nadhi. 1986. hlm10
47)Tamadun Islam. Asas Penyelesaian Masalah Manusia. Md. Akhir Hj. Yaacob. Al-Rahmaniah. 1987. hlm7
48)Ibid. hlm. 26


“Modern man is a clergyman’s friend who has just lost his faith(hal. 72)……religion becomes an ‘interest’ and the churches come to provide ‘the variety of clubs for the clubbable classes……. (hal116)(49)
(David Martin:The Religious and The Secular)
Disinilah bermulanya titik tolak pemisahan antara urusan keagamaan dan keduniaan masing-masing berasingan dan tidak berkaitan walau sedikit pun. Sekularisma menguasai sikap pandangan dan tindak tnduk manusia Barat dan akhirnya mereka menerawang terapung –terapung tanpa sebarang pegangan yang sah dan mutlak menyebabkan mereka hanya melihat kepada alam benda di dalam lingkungan kemampuan tanggapan akal(50).
Dalam tamadun Barat,kedudukan agama adalah sebahagian dari kebudayaan. Oleh itu,merekalah yang mengatur kehidupan mereka dan difokuskan kepada upacara ibadat khusus sahaja seperti nikah,kahwin dan kematian(51). Konsep kesepaduan dan pengawalan tidak wujud dalam tamadun mereka. Sistem secular mengajar perkara untuk keduniaan semata-mata tanpa ada kaitan dengan keagamaan dan keakhiratan. Aktiviti harian tidak ada hubungan dengan tuhan(52). Mereka juga lebih menjurus kepada mendapatkan keuntungan,mengeluarkan produk-produk dalam kuantiti yang dirasakan perlu tanpa mempersoalkan metlamatnya. Tumpuan hanya diberikan kepada pembangunan kebendaan semata-mata. Soal spiritual disingkirkan. Akhirnya lahirlah manusia yang maju tetapi berjiwa kosong(53).
50)Ibid. hlm. 27
49)Ibid. hlm. 27
51)Wan Kamariah Leman&Mazlah Yaakob. op. cit. hlm. 12
52)Ibid. hlm. 12
53)Ibid. hlm. 13




Tamadun Islam.
Sosial. Islam mempesatukan bani-bani Arab menjadi kesatuan social yang besar,bangsa menjadi umat. Kaum perempuan ditinggikan darjatnya dan hubungan antarabangsa adalah pendamaian. Desa menjadi kehidupan Bandar yang menjadi pusat pentadbiran kawasasn sekitarnya,pusat perdagangan dan perkhidmatan serta pesat industri.
Pertanian diimbangi oleh industri. Teknik perairan menyuburkan tanah –tanah gersang. Perdagangan berkembang menjadi perdagangan antarabangsa selanjutnya perdagangan dunia. Laut menjadi jalanraya perdagangan. Orang-orang Islam menjadi pedagang antara Timur dan Barat. (54)
Politik. Kawasan yang berpisah dan bermusuhan dipersatukan menjadi wilayah besar dalam bentuk khilafah. Ditegakkan pentadbiran yang tersusun rapi. Dibina undang-undang antarabangsa,dunia untuk pertama kali berkenalan dengan undang-undang antarabangsa.
Pengetahuan dan Teknik. Ilmu dari peradaban kuno diperkembangkan menjadi berbagai cabang ilmu,matematika,algebra,astronomi,kaedah ujikaji,perubatan,farmasi,falak,geografi,sejarah,ensiklopedia,perpustakaan,system universiti. (55)Ilmu pengetahuan adalah asas dan pengerak kemajuan tamadun.
Kesenian. Perkembangan tamadun membawa bersama pertumbuhan bahasa. Kesusateraan mencapai taraf kedudukan tinggi. Khat Arab digunakan sebagai motif ukiran dan pahatan.
Ayat-ayat Al-Quran diukir pada dinding masjid,istana dan tempat-tempat lain. Senibina ada tiga jenis iaitu bahagian sipil,agama dan militer berkembang dengan pesat. (56)
54) Mohd Nasir B. Omar. op. cit. hlm. 12
55) Ibid. hlm 12
56) Ibid. hlm. 13


Falsafah. Filosof-filosof Islam memperpadukan teori-teori falsafah Yunani dengan ajaran Islam. Perkembangan itu memasyurkan karya dan buah fikiran ahli falsafah seperti Aristotle,Plato, Socrates dan lain-lain. Asas daripada tamadun Islam itu ialah agama sebaesatuhan(monotheism). (57)
57)Ibid. hlm. 13


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com