Wednesday, April 16, 2008

Konsep Perubatan Islam

Apabila disebut perubatan Islam ramai orang tertanya-tanya apakah sebenarnya maksud perkataan itu. Ada pula yang cukup berpuas hati fahaman mereka yang tersendiri. Ramai pula yang tidak menyedari akan adanya sumbangan-sumbangan penting oleh tokoh-tokoh pengamal perubatan Islam. Sementara itu pula terdapat beberapa buah buku karangan orang barat yang kononnya menulis tentang perubatan Islam, tetapi sayanganya tidak member gambaran yang begitu tepat akan factor-faktor yang sebenarnya. Misalnya, ada pendapat dari barat yang mendakwa perubatan Islam Arab hanyalah tiruan dari tamadun Yunani dari purba dan peranan orang Islam pada masa itu hanyalah sebagai pengawet atau pun penyimpan ilmu-ilmu purba ini untuk diserahkan atau dipindahkan kepada orang barat untuk perkembangan selanjutnya.
Ilmu kesihatan adalah termasuk sebahagian dari ilmu keislaman yang perlu diketahui oleh kaum muslimin di mana terselubung dalam ilmu fiqih dan paling pokok adalah berasal dari Al-Quran dan sunnah. Ilmu tersebut datangnya dari firma Allah dan rasulNya.




1. Evolusi dalam ilmu perubatan Islam
a)Ilmu perubatan sebelum Islam
Sejarah ilmu perubatan dan pembedahan bertunas di Mesir pada tahun 3200 s. m. Tokoh perubatan yang pertama sekali ialah Imhotep memanda kepada Raja Firaun Zoser(2800 s. m. ). Lebih kurang 2000 tahun sebelum muculnya ilmu perubatan Yunani pusat-pusat pengajian perubatan telah pun ada pada zaman Firaun. Pengetahuan tentang anatomi dikalangan bangsa Mesir kuno agak mendalam.
Pembangunan tamadun Yunani terdirinya pusat-pusat pengajian dikenali “asklepieon”. Ianya didirikan di Cos(tempat bapa perubatan moden, Hipocretes memberi kuliah)Epidaurus, Cnidus dan Pergamus. Ilmu perubatan Eropah bermula dari zaman Pericles(429-490 M. ). Kemajuannya didorongi oleh Hipocretes. Pusat perubatan di Cnidus ditubuhkan pada 600 M di mana ia mementingkan gejala-gejala penyakit dari si pesakit sendiri. Di Cos pula Hipocretes memajukan pengajaran yang membincangkan penyakit yang berpunca dari kejadian semula jadi. Beliau menegaskan corak pemikiran baru dari segi ilmu perubatan boleh mempengaruhi amalan perubatan moden. Selepas tahun 300 M asas-asas perubatan yang didirikan oleh Hopocretes mula berkembang tatapi oleh kerana bercampur aduk dengan pergolakan masa itu banyak asas-asas pengajian mulai lenyap. 1




1. pengenalan tamadun islam dalam ilmu perubatan(m/s 12-13)


b)Zaman kecemerlangan perubatan Islam
Dalam zaman keemasan evolusi perubatan islam yang merupakan puncak kemegahan bagi tamadun islam,terdapat tokoh-tokoh yang menghasilkan karya-karyanya sendiri. Walaupun penulisan serta karya Hippcorates dan Galen masih tahap baik namun masih terdapat kritikan tentang cara pemikiran Yunani mengenai perubatan pada masa itu.
Pada zaman yang cemerlang ini telah lahir seorang tokoh karyawan terkemuka yang hasil karyanya disanjung di seluruh dunia. Tokoh berkenaan ialah Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria al-Razi. Al-Razi berketurunan Parsi terkenal sebagai pakar perubatan yang berbakat dan pintar. Salah seorng tokoh perubatan yang terkenal ialah Ali Ibnu al-Abas al-Majusi. Beliau berketurunan Majusi dan seorang muslim. Buku beliau diterjemahkan dalam bahasa latin iaitu Liber Regius yang tidak asing lagi dikalangan cerdik pandai Parsi sebagai kitab Al-Maliki. Buku ini merupakan salah satu karya perubatan yang sempurna sehinggalah kemunculan hasil-hasil karya Ibnu Sina. Kandungan buku ini adalah mengenai perbandingan antara tokoh perubatan Yunani dah Islam. 2





______________________________________________________________________________________

2. Pengenalan ilmu perubatan dalam tamadun Islam(m/s 20-21)


c)Matlamat perubatan dalam Islam
Setiap bidang ada tujuan dan matlamatnya. Begitulah juga dengan bidang perubatan. Matlamatnya ialah untuk mewujudkan individu yang bersih hati dan jiwanya serta tubuh badannya untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
Fiman Allah:
“Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri
kepadaKu”
(Az Zariyat: 56)
Dengan itu perubatan Islam bukanlah hanya menekan kepada aspek mengubati penyakit zahir semata-mata tapi yang lebih penting ialah mengubati pesakit itu terlebih dahulu(dengan memahamkannya tentang Islam dan menanamkan aqidah dihatinya). Kedu-duanya boleh berlaku serentak. Matlamat ini tidak betul umpamanya hanya menekankan aspek zahirakan ewujudkan sesuatu generasi yang sihat dari segi zahir tetapi sakit dari segi hati dan pemikirannya. Oleh itu makhluk itu akan melakukan kerosakan di muka bumi. 3
Sabda rasul:
“Dua nikmat yang diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah kesihatan
dan masa lapang”
(Tarmizi)
________________________________________________________________________
3. Konsep perubatan Islam(m/s 9)


2. Tokoh-tokoh
a)Jabir Ibnu Hayyan(721-776 M. )
Beliau merupakan anak seorang ahli kimia ubat yang dilahirkan pada abad 8 M dikenali sebagai Geber di Eropah. Beliau tinggal di Kufah dan di Baghdad. Beliau mempunya pengaruh yang kuat ke atas perkembangan sains kimia dan karya-karyanya menjadi rujukan di Eropah dan Asia hingga abad 14 M. Ibnu Jabir telah mengarang 100 buah buku tetapi hanya 22 sahaja yang masih ada di Eropah.
a)Book of the Seventy
b)Book of the Composition of Alchemy
c)Book of Sun of Perfection
d)Kitab al-Rahmah
e)Kitab al-Tajmik
f)Book of Eastern Mercury
The Book of the Composition of Alchemy,Book of the Seventy dan Sun of Perfection telah diterjemahkan ke dalam bahasa latin.
b)Abu Yusof Ibnu Ishaq al-Kindi(194-260 H)
Beliau dikenali di Eropah dengan gelaran al-Kindi. Beliau adalah anak seorang gabenor Kufah yang dilahirkan 194 H. Pendidikan awal al-Kindi ialah di Basrah dan kemudian ke Baghdad untuk meneruskan pengajian. Al-Kindi telah dilantik menjadi pegawai perubatan dan guru di raja semasa pemerintahan al-Ma’mun dan al_Mu’tasim. Pengetahuan al-Kindi yang luas boleh diukur hasil kerjanya yang meliputi banyak bidang ilmu. Beliau telah menulis 265 jilid buku. Di antara bidang yang beliau
tulis ialah falsafah, logic, ilmu hisab,sferik,perubatan,astrologi,psikologi dan
meterologi. Tetapi kebanyakan karya al-Kindi telah hilang dan dipercayai termusnah bersama Kota Baghdad akibat serangan Monggol. Atiyeh telah menyenaraikan karya al-Kindi dalam bidang perubatan. Salah satu dari buku beliau yang diterjemahkan ke bahasa Latin berjudul The Book of Optics telah mempengaruhi Roger Bcon dan saintis lain di Eropah. Walaupun al-Kindi pengamal perubatan beliau juga telah memberi sumbangan besar terhadap farmasi. Salah satu sumbangan yang terpenting dalam bidang ini ialah karya beliau yang deterjemahkan ke dalam bahasa Latin berjudul De Medicinarum
Compositarum Grabidus Dus Investigandia Libellus. Al-Kindi telah menggunakan prinsip Matematik dalam perkiraan dos ubat. 4
c)Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Razi(251-313 H)
Tokoh Islam ini dikenali dengan nama Rhazes dan digelar sebagai Gaken Arab. Meyehoff dalam buku Legacy of Islam menganggap al_Razi seorang pengamal perubatan yang teragung di dunia. Al-Razi dilahirkan di Bandar Rai berdekatan dengan Bandar Tehran. Beliau meninggal dunia di tempat yang sama pada 925 M. Beliau mendapat pendidikan awal di Baghdad yang menjadi pusat Bandar Empayar Abbasiyah yang juga menjadi pusat pendidikan. Setibanya al-Razi di Baghdad, kemudahan-kemudahan seperti hospital, perpustakan dan tradisi penyelidikan serta pendidikan telah kukuh di wujudkan. Beliau memperlajari perubatan dengan Hunayn Ibnu Ishaq yang juga seorang pakar dalam bidang perubatan Parsi dan India. Al-Razi kembali ke kampung dan bertugas sebagai pegawai perubatan di mana kemudiannya dilantik menjadi pengarah hospital itu. Kemahiran beliau dalam bidang perubatan tertumpu pada segi prognosis
penyakit, analisis, cara perawatan dan pemulihan yang begitu mendalam. Beliau juga erupakan pengasaa perubatan psikosomatik. Karya beliau lebih daripada 200 jilid dan antara sumbangan al-Razi yang terkenal di dunia barat ialah berkenan campak cacar tulen dan campak biasa. Dua buah buku karangan terbesar beliau ialah kitab al-Hawi(liber continens). Buku teragungnya yang kedua berjudul kitab al-Mansur(Liber Medicinalis ad AI-Mansurem)Sebuah lagi kitabnya bernama kitab al-Asrar(The Book of Secret) telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. 5
d)Abu Qassim Khalaf Ibnu Abbas al-Zahrawi(936-1013 M)
Tokoh pembedah yang handal dikenali di Eropah sebagai Abulcassis. Beliau dilahirkan di Bandar di raja al-Zahrah pada tahun 936 M. Mendapat pendidikan awal di Cordoba di Sepanyol Islam. Beliau merupakan pengamal perubatan pakar bedah dan farmasi. Sumbangan beliau terhadap bidang perubatan dapat difahami dari buku al-Tasrif. Buku yang dihasilkan oleh al-Zahrawi mendapat gelaran kitab al-Zahrawi. Ianya mengandungi 30 bahagian. Dalam abad ke 12 dan ke 13 karya al-Zahrawi mula terkenal di barat. Nama al-Zahrawi mula terkenal dan disamakan dengan Celsus dan Paulus Aeginate selepas Gerad of Cremona menterjemahkan kitabnya. Dengan secara kebetulan,pada ketika yang sama satu manual oleh sugeri oleh Roger of Pharma menggunakan bahagian ke 13 al-Tasrif sebagai rujukan. Selepas Roger, pembedah seperti Brono de Calabre, Lafranc, Nicolas de Florence,Valeseus dan Toronto dan Louis of Pisa. Merujuk kepada buku al-Zahrawi. Dalam abad ke14 Guy de Chauliac menganggap al-Zahrawi setanding dengan Hippocretes dan Galen. 6

e)Abu Ali al-Hassan Ibnu al-Haytham(355-429 H)
Beliau di kenali di barat sebagai al-Hazen adalah seorang ahli optik dan astronomi. Pada mulanya beliau bekerja sebagai pegawai negeri di bawah pemerintahan khalifah al-Hakim. Beliau telah menulis lebih dari seratus karya mengenai matematik, astronomi, falsafah dan perubatan. Dalam bidang perubatan,sumbangan utama beliau ialah treatis berjudul kitab al-Manazir yang diterbitkan pada 1572 M. Dalam bahasa Latin Optical the Saurus. Al-Haytham adalah orang pertama yang menganjurkan penglihatan adalah hasil dari sinaran cahaya yang dipantulkan dari objek dan gambaran ini difokuskan ke atas retina seterusnya dihantarkan ke otak melalui saraf optik. Dengan ini beliau menafikan teori Euclid dan Ptolemy. Selain itu, beliau telah mengambil perhatian mengenai pembiasan cahaya melalui medium transperen seperti udara dan air dan hampir menemui kaca pembesar. 7
f)Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu Sina(370 –428 H)
Beliau dikenali sebagai Avicenna di barat adalah seorang jaguh politik dah tokoh perubatan,falsafah filologis dan sajak terkenal dunia. Beliau dilahirkan di Isfahan berdekatan dengan Bandar Bukhara di Turkistan. Semamsa berumur 10 tahun beliau telah menghafal al-Quran dan mula mempelajari ilmu perubatan ketika 16 tahun. 2 tahun kemudian beliau menjadi terkenal kerana menyembuhkan sultan. Beliau telah dilantik menjadi doctor istana. Ibnu Sina telah menghasilkan lebih kurang 7 buah buku setahun. Sepanjang hayat Ibnu Sina beliau telah menulis 456 buah buku. Karyanya yang paling termasyur dalam bidang perubatan ialah al-Qanun Fi al-Tibb atau Canon of Medicine. Buku ini telah diakui dan dijadikan buku teks perubatan di negara Islam dan di
Eropah selama 600 tahun. Terjemahan buku ini dibuat pada 1527 dan digunakan sebagai buku teks di Universiti Montpellier dan Louvain dalam tahun 1650 M. Sumbangan beliau terhadap perkembangan bidang farmasi tidak kurang pentingnya. Beliau telah membincangkan proses penyediaan ubat. Beliau juga menyentuh mengenai kepentingan dos. Beliau menasihatkan rawatan secara simptomatik jika etiologi penyakit tidak jelas. Sumbangan ini telah menggalakkan pertumbuhan sejarah farmasi. 8
g)Ibnu Rusyd(520-595 H)
Dikenali sebagai Averroes di barat. Beliau dilahirkan di Cordoba. Beliau ialah seorang tokoh perubatan dan falsafah terkenal yang bertugas sebagai guru, doctor istana, penasihat politik dan hakim. Ibnu Rusyd telah menulis kitab al-Kuliyyah(General rules of Medicine). Beliau mula mengarang dalam usia 36 tahun dan dalam masa 40 tahun beliau menghasilkan 10 ribu lembar tentang falsafah dan sains dan perubatan. Oleh sebab falsafahnya, Ibnu Rusyd pernh dibuang negeri selama setahun di al-Yasanah semasa umur beliau 70 tahun yang meninggal dunia tidak lama selepas itu di Maghribi. 9
h)Ibnu al-Quff(630 –685 H)
Nama penuh beliau ialah Amin al-Dawlah Abu al-Faraj Muwaffaw al-Din Yaqub Ibnu Ishaq Ibnu al-Quff al-Maliki al-Karaki. Beliau dilahirkan dibandar al-Karak, Jordon yang meninggal di Damsyik. Beloiau dianggap sebagai pakar bedah di Ajlun dan Damsyik. Buku panduan mengenai surgeri hasil karya beliau yang berjudul al-‘Umdah fi Sina ‘at al-Jurahah(The Authority of Surgery). Buku ini menekankan kepentingan anatomi dalam pembedahan.






______________________________________________________________________________________
4,5,6,7,8,9,10. Pengenalan tamadun Islan dalam ilmu perubatan(m/s 34-55)
3. Sumbangan Islam dalam Perubatan
Nabi s.a.w telah bersabda :
“Setiap penyakit ada ubatnya,maka jika tidak bertepatan
ubat itu terhadap penyakitnya maka akan sembuhlah ia
dengan kehendak Allah”.
a)Sumbangan dalam oftalmologi
Oftalmologi adalah bidang yang sangat terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah seperti retina dan katarak adalah berasal dari perkataan arab. Orang arab juga membuat sumbangan penting terhadap jenis penyakit mata dan rawaatannya. Khalifah-khalifah pada masa itu menggunakan perkhidmatan oftalmologis peribadi. Amalan pembedahan mata menjadi begitu maju. Di antara alat yang digunakan ialah sirinj suntikan dan jarum bergeroga yang dicipta oleh “Ammar Bin Ali dari Mosul untuk pengeluaran dan sedutan katarak jenis lunak”. Dalam bidang optik orang arab banyak beri sumbangan. Penghargaan ini patut diberi pada al-Hazen. Bukunya dalam bahasa Arab telah hilang,tetapi masih terselamat sebagai “Opticae Thesaurus al-Hazen” dalam ter jemahn Latin oleh Witelo de Pole. Pendapat beliau disokong oleh al-Biruni dan Ibnu Sina. Kerja al-Hazen diperluas oleh Kamaluddin seorang Parsi. 11



11. Pengenalan tamadun Islam dalam ilmu perubatan(m/s 58-59)

b)Sumbangaan dalam farmokologi dan farmasi
Pengajian dalam bidang ini dibawa ke satu tahap yang tinggi sehingga orang Islam tidak dapat di tandingi untuk beberapa abad. Secara umumnya pengkajian tokoh2 Islam mengahasilkan 3 prinsip penting.
Bidang kimia ubat dan alkami, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan betapa pentingnya kejituan pemerhatian, kawalan percubaan dan penyimpanan rekod. Prinsip ini telah merangsang pertumbuhan dan perkembangan kimia di Eropah.
Orang Islam buat Pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan dispensari dan mempelopori pusat penhgajian farmasi. Seterusnya sains farmasi dipisahkan dari profesyen kedoktoran.
Formulasi farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat. Ahli kimia ubat yang tidak mematuhi formulasi didenada dan dihukum. 12






________________________________________________________________________12. Konsep perubatan Islam(m/s 99)


C) Sumbangan kepada perubatan internal
Al-Qanun fi al-Tibb,karangan Ibnu Sina sebanyak 5jilid yang disusun secara sistematik telah digunakan selama 5 kurun di Eropah sebagai buku teks perubatan. Beberapa contoh sumbangan original(asli) dalam beberapa penyakit tertentu yang telah dibuat oleh tokoh perubatan Islam. Contoh penyakit :
Cacar-Di huraikan dalam Presbyter Ahrun dan dalam kitab al-Judari Wa al-Hasda oleh Ali Ibnu Sahl al-Taban. Karangan al-Razi;
“Pengidap cacar didahului semam yang berterusan sakit pinggang gatal pada hidung dan gelisah tidur. Kemudian sengal diseluruh badan, kulit merah, mata merah,sakit tekak dan lain-lain lagi. Nausea dan putus harapan dijumpai pada campak dari cacar.
Plague-Kemungkinan di bawa oleh udara kota dan udara itu
mestilah dibersihkan berserta dengan minyak dan wangian.
pengidap mengelakkan diri dari mandi di tempat umum.
pengidap perlu mendapat perubatan dari tabib dan
pengudaraan rumah yang baik.
Veneronologi-Ibnu Sina menyebut simptom disuria(sakit bila
kencing), kudis pada penis setelah mengadakan persetubuhan. Ini menunjukkn perbezaan antara sifilis dan kusta.
Muntah-Disebabkan oleh riak yang akan keluar sehinnga mempengaruhi perut dah keluar sebagai muntah. Ini kerana terlalu kenyang akibat susah atau sedih. Muntahnya sebenarnya membawa manfaat.
Abu Darda’meriwayatkan:
“Rasulullah sengaja memuntah dan kemudian ia
berbuka”. 13
Sakit kepala-penggunaan daun pacar mengubati sakit kepala.
Penggunaannya adalah untuk sakit seluruh kepala.
Nabi s.a.w. bersabda:
“Daun pacar bermanfaat jika Allah S.W.T
mengkehendaki penderita sakit kepala”. 14

d)Sumbangan dalam surgeri
Menurut satu hadith :
“Nabi telah menghantar seorang tabib kepada Ubai Ibnu
Kaab yang sedang sakit. Tabib itu telah memotong saluran
Saluran darahnya dan kemudian menyelam”15






Kauteri:Proses memusnahkan tisu yang berpenyakit dengan cara membakarnya dengan besi panas atau kimia kaustik. Kauteri digunakan untuk menghentikan pendarahan pembuluh-pembuluh kecil semasa pembedahan. Kauteri juga digunakan untuk membuang ketuat,koma,buasir,dan menyembuhkan pistula.
Cara-cara pembedahan:Picagari pembedahan,bebenang pembedahan diperbuat daripada tali perut, sutera, rambut dan dawai perak atau emas. berbagai jenis pisau seperti skalpel, gunting, forsep dan gergaji. Pembedahan yang majordilakukan dengan menggunakan pembiusan dan ubat anagasik untuk menahan sakit Pembedahan secara steril menggunakan antiseptik dari bahan alkohol serta pembakar alat-alat pembedah dengan api. Lisagi ialah cara mengikat pembuluh darah dalam pembedahan yang digunakan sehingga kini. 16



________________________________________________________________________
13. Islam dan kesihatan(m/s 65)
14. Islam dan kesihatan(m/s 55)
15. Islam dan kesihatan(m/s75)
16. Sumbangan perubatan internal(m/s87-93)
4. Cara-cara pengubatan
Allah s.w.t. berfirman
“Di dalam hati mereka ada penyakit dan Allah tambahkan
penyakit kepada mereka itu”.
(al-Baqarah:10)
Penyakit yang dimaksudkaan di dalam ayat ialah keraguan tentang Allah. Inilah penyakit yang paling teruk kerana daripadanya timbul penyakit-penyakit yang lain termasuklah penyakit tubuh badan. berhubung dengan penyakit hati.
Allah telah berfirman:
“Dan kamu(isteri-isteri nabi)melunakkan suara
kamu kerana ini akan mengemarkn dia yang berpenyakit
dihatinya”.
(al-Ahzab:32)
Ibnu Qaiyim yang dimaksudkan disini penyakit nafsu syahwat untuk berzina.
Allah telah berfirman:
“Dan tidak ada halangan ke atas yang buta,dan ke atas yang
pincang dan ke atas yang sakit”.
(surah an-Nur :61)
Pengubatan dengan menggunakan arak ketika darurat telah berkata imam al-Izz Ibnu Abdul Salam “tidak harus berubat dengan arak mengikut pendapat yang lebih sahih malainkan jika diketahui dan tiada ubat lain. Harus berubat dengan meminumnya telah
berkata imam Abu Hanifah. Pendapat ini disokong oleh Qadhi at-Tabari. Di dalam kitab
‘Mughni Muhtaj ada disebutkan “Harus berubat dengan najis seperti daging ular dan air kencing untuk mempercepatkan sembuh asalkan digunakan kadar yang sedikit. 17
Islam mengharuskan seseorang yang merawati bukan mahram dan melihat auratnya ketika darurat. 18
Riwayat Rubayyi’ Binti Muawwiz berkata
“Kami telah ikut berperang bersama rasulullah dan bertugas
dan melayani tentera-tentera yang luka dan menghantar jenazah
ke Madinah”.
Pembedahan ke atas mayat bukanlah perkara yang asing dalam masyarakat kita. Cuma yang menjadi persoalan adakah ia harus atau pun tidak. Sesungguhnya Islam menegaskan bahawa orang-orang yang telah mati terseksa seperti mana yang dirasai oleh orang yang masih hidup. Oleh itu memotong kulit dan anggota orang yang masih hidup akan menyakitinya begitu jugak orang yang mati. 19
Kiasan hadith;
“Memecahkan tulang orang yang telah mati seperti memecahkan semasa
ia hidup”.
(Abu Daud,Ibn Majah dan Malik)



________________________________________________________________________
17. Konsep perubatan Islam(m/s 94-)
18. Konsep perubatan Islam(m/s 98)
19. Konsep perubatan Islam(m/s 113)

Banyak memikirkan perubatan Islam dan perubatan moden tidak secocok. Anggapan ini salah dah sudah ada tanda-tanda golongan intelek di seluruh dunia sudah bertukar sikap terhadap perubatan Islam. Kegairahan kita untuk mewujudkan suatu pengalaman perubatan yang berteraskan Islam tidak harus membuat kita lalai daripada perkara-perkara pokok. Sesungguhnya perjuangan kita bukanlah semata-mata untuk mewujudkan institusi perubatan Islam di tengah-tengah masyarakat Jahiliyah ini.
Firman Allah S.W.T:
“Dan perangilah mereka sehingga tidak wujud lagi sebarang
fitnah(iaitu kekufuran dan kemaksiatan)Dan jadilah Din
(cara hidup) itu sepenuhnya bagi Allah”.
(al-Anfal ; 39)
Perkara yang penting yang mesti dilaksanakan ialah mewujudkan suatu kesedaran Islam di kalangan masyarakat. Kesedaran ini pula mestilah berteraskan aqidah Islamiah yang bersih dari hidup.

No comments: