Islam Dan Ilmu Pengetahuan

DEFINISI ILMU

Ilmu dalam pengertian yang mudah ialah sistem penelitian, cara berfikir yang sistematik dan radikal mampu merumuskan jawapan yang aktif dan cekap.

Perkataan ilmu berasal daripada kalimah Arab iaitu alima yang bermaksud telah mengetahui.Kata asalnya ialah al alim yang membawa erti pengetahuan.Masyarakat kita menggunakan perkataan ini dengan merangkaikan kedua-dua makna menjadi ilmu pengetahuan.Namun demikian ia masih dalam skop maksud yang sama.

Proffesor Syed Mohd Naquib Al Attas dalam bukunya Islam adalah Secularisme mendefinisikan ilmu sebagaimana katanya:

…..dengan merujuk kepada Allah sebagai sumber ilmu ilmu adalah ketibaan makna ke dalam diri seseorang hasil dari maklumat yang benar.

Takrif ini menjelaskan beberapa aspek penting tentang ilmu.Antaranya ialah yang berkaitan dengan perbezaan antara ilmu dengan maklumat.Maklumat boleh disamakan dengan pengetahuan.Ia bersifat lebih umum manakala ilmu lebih khusus.Ilmu dikaitkan denga kegiatan manusia untuk mendapat kebenaran yang pasti tentang sesuatu perkara sedangkan pengetahuan merangkumi semua perkara sama ada ia merupakan kebenaran atau sebaliknya.

Sehubungan dengan itu setiap pengetahuan yang ada pada seseorang manusia perlu disusun secara sistematik.Ia kemudiannya di uji untuk menegluarkan kaedah-kaedahdan hukum-hukumnya melalui jalan pendalilan sama ada akli atau nakli ataupun kedua-duanya sekali.Dengan cara ini dapat membuka pintu-pintu kebenaran dan apa yang terdiri di belakang kenyataan.

Kesimpulannya proses mendapatkan ilmu bermula dengan pemerolehan maklumat dan pengetahuan.Ia boleh di perolehi melalui berbagai cara seperti berfikir, berzikir, belajar, mengkaji dan sebagainya.Setiap fakta atau idea boleh oleh seseorang itu perlu dihubungkan secara betul dengan perkara yang lain dalam satu sistem pemikiran yang analisis dan sintesis seterusnya berjaya menimbulkan kefahaman dan makna itulah yang akan membentuk kualiti kerohanian.Kualliti ini hanya ada pada manusia yang berakal bukan pada mesin dan komputer.

SUMBER ILMU

Dalam Tamadun Islam epistemology adalah diasaskan oleh prinsip-prinsip yang terkandung dalam Al quran dan hadith.Contohnya sumber ilmu islam ialah Allah SWT.Rujukannya ialah nas Al quran yang menyebut Allah sebagai yan maha mengetahui.Dalam menghuraikan bagaimana memperolehi ilmu dan mencapai tahap meyakinkan ini bermakna kita perlu membincangkan fakulti yang ada pada manusia serta proses yang membabitkan penggunaan setiap fakulti seperti pancaindera deria batin.Walaupun begitu perlu di ingat kebergantungan kepada kemampuan kognitif semata-mata adalah merbahaya.Ia mesti bertindak dengan panduan wahyu ilahi.Rumusnya sumber-sumber ilmu dalam islam terbahagi kepada 5 iaitu al Quran, sunnah akal dan ijmak ulama’.

Al Quran

Al Quran itu ialah kitsb ysng suci yang di wahyukan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat dan petunjuk bagi manusioa dalam hidup dan kehidupannya.Menurut harfiah quran itu bererti bacaan.Erti ini dapat kita lihat dalam surah al Qiyamah (75) ayat 17 dan 18 sebagai berikut :

Sesungguhnya atas tanggungan Kamilah mengumpulkannya (di dadamu) dan membuatmu pandaimembacanya.Apabila kami telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaan itu.

Adapun definisi Al quran ialah Kalam Allah yang di wahyukan kepada nabi dan rasul terakhir Muhammad sebagai mukjizat membacanya adalah ibadat.
Sejarah memberikan bukti kepada kita betapa quran yang diturunkan pada 14 abad yang lalu telah diikuti dengan setia oleh beratus-ratus juta manusia.Dimulai dari satu bangsa di daerah padang pasir, dari kaum jahiliyyah yang tidak di kenali oleh bangsa berbudaya di sekelilingnya.Tapi berkat Quran yang diajarkan oleh Nabi Muhammad kepada bangsa tersebut akhirnya bangsa itu menjadi penggerak kepada sejarah.Selaanjutnya setelah beliau wafat, generasi demi generasi, kaum muslimin maju dengan pesat digerakkan oleh tenaga sakti ajaran Quran suatu kemajuan yang belum ada taranya dengan sejarah.

Ayat-ayat yang pertama kali diturunkan ialah lima ayat dari Surah Al Alaq sebagai berikut :

Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.Bacalah dan Tuhanmu yang amat mulia.Yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak di ketahuinya. (1)

Quran diturunkan secra berperingkat : Mekah dan Madinah.Peringkat yang pertama ialah ayat-ayat yang diturunkan ketika nabi masih bermukim di Mekah sejak saat perlantikannya sebagai Rasul sampai hijrahnya ke Madinah selama 12 tahun dan 13 hari.Ayat-ayat yang turun dalam waktu ini di panggil sebagai Makkiyah.peringkat ke dua ialah ayat-ayat yang turun ketika nabi telah memindahkan perjuangannya ke Madinah walaupun ayat itu ada yang turun tidak di kota Mekah sendiri ayat-ayat tersebut dinamakan Madaniyyah.

Quran inilah yang menjadi sumber rujukan seluruh ajaran Islam sebagai wahyu Allah yang terakhir menjadi rahmat, hidayah dan syifa bagi seluruh manusia.sebab itulah Quran menegaskan bahawa ajaran-ajarannya selalu sesuai denga kepentingan manusia dalam kehidupannya.Ia sesuai dengan fitrah manusia.Sesudah prinsip ajaran Quran ialah amar ma’ruf dan naghi mungkar.iaitu perintah menegakkan kebaikan dan keadilan menghalalkan yang baik dan mengharamkan segala yang berbahaya, keji dan mungkar.

Sesungguhnya Allah memerintahkan menegakkan keadilan dan berbuat kebajikan, memberi kepad kaum kerabat dan melarang dari perbuatan yang keji kemungkaran dan permusuhan.Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil iktibar

Katakanlah : tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi dan perbuatan dosa melanggar hak manusia tanpa alas an yang benar, mengharamkan kamu mempersekutukan Allah dengan suatu yang Alaah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan mengharamkan kamu mengadakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui

Tentang syariat quran ialah dengan hanya menentukan prinsip-prinsip pokok tanpa penjelasan, menjadikan fleksible ajaran Islam buat memimpin manusia yang hidup dalam berbagai ras dan bangsa serta sepanjang masa.Prinsip mana merupakan keharusan bagi suatu ajaran yang bersifat universal dan eternal.

Berkata Prof Dr HM Leon : Salah satu kehebatan Islam, bahawa agama ini tegak di atas pemikiranyang waras dan ia sekali kali tidak menuntut pengikutnya untuk menyangkal kesanggupaan akal fikiran manusia.Tidak seperti agama-agama tertentu yang mendesak pengikut-pengikutnya untuk menelan dogma mentah-mentah tanpa penyelidikan yang merdeka, hany sekadar atas titah Pendeta Islam menganjurkan penyelidikan, menyuruh penganutnya belajar mencari dan menyelidiki sebelum menerima. (3)

(1) An Nahl (16) : 90
(2) Al Araf (7) : 33
(3) Dienul Islam : Drs Nasiruddin Razak : ms 92

Sebaliknya Quran sangat membenci terhadap kebodohan, taklid buta dan apa saja yang tidak berdasarkan rasio dianggap suatu kesalahan yang harus dipertanggungjawabkankelak di hadapan Allah SWT.Firman Allah SWT :

Dan janganlah engkau turut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya sesungguhnya pendengaran penglihatan dan hati itu masing-masing akan dimintakan pertanggungjawab dari hal itu.

Tidak mampu kita menghitung betapa banyak ayat Al Quran yang selalu mendorong manusia dan kaum muslimin khususnya untuk menyelidiki dirinya sendiri selanjutnya ia mendorong manusia untuk memerhatikan.Begitu pula Al Quran merangsang manusia untuk melakukan penelitian terhadap segala kejadia yang menyangkut perjalanan manusia dan perputaran matahari, tegasnya seluruh kosmos kita ini dengan sekalian isnya.

Katakanlah perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi (1)

Kerana itulah Quran menempatkan orang orang yang berioman, berilmu dan yang beramal sesuai dengan ilmunya pada darjat yang paling tinggi di antara manusia.Tiga serangkai iman, ilmu dan amal adalah ajaran yang fundamental quran.Firman Allah SWT :

Allah meninggikan orang –orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang di beri ilmu pengetahuan beberapa darjat (2)

(1) Dienul Islam : Surah Yunus (10) : 101
(2) Dienul Islam : Al mujadillah (58) : 97

Sesungguhnya Al Quran adalah mukjizat paling besar bagi kenabian Muhammad malah suatu complex muklizat.Ia akan tetap up to date dalam segala zaman.memang mukjizat bererti suatu yang luarbiasa yang tiada kuasa manusia menandinginya kerana hal itu adalah di luar kesanggupan.Tuhan menegaskan bahawa walaupun seluruh jin danmanusia untuk membuat serupa dengan quran maka mereka tidak mampu.

Katakanlah Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk mengadakan yang serupa Al Quran ini nescaya tidak mereka akan dapat membuatnya biarpun sebagian mereka membantu sebahagian yang lain. (1)

Sunnah

Sunnah biasanya juga di sebut hadis.Menurut harfiah kata Sunnah bereti adat istiadat termasuk adat istiadat masyarakat Arab dalam pra islam baik tentang persoalan agama, social mahupun hukum.kerana itu adat istiadat zaman jahiliyyah di sebut sunnah jahilliyah.Menurut definisi :

Sesuatu yang merupakan perkataan, perbuatan dan taqrir Rasulullah SAW di sebut Sunnah.

Akan tetapi di kalngan ulama’ ada memebrikan perbezaan antara sunnah dan hadis.sunnah di ertikan pada kenyataan yang berlaku pada masa rasulullah atau telah menjadi tradisi dalam masyarakat islam pada masa itu menjadi pedoman untuk melakukan iabadah dan muamalah.Sedang hadis itu adalah keterangan dari Rasulullah yang datang pada kita.

(1) Al Isra’ 17 : (88)




.Apabila memandang dari segi riwayat, penyampaian secara lisan sesuatu keterangan dari Rasuluuah maka menjadilah hadis yang mempunyai yang mempunyai tingkat ada yang kuat dan ada yang lemah.Kerananya sesuatu hadis belum tentu suatu sunnah tapi sunnah itu adalah hadis.

Sunnah adalah sumber asasi dan sumber hukum Islam yang ke dua sesudah Quran.Kedudukannya sebagai sumber sesudah Quran adalah disebabkan kerana kedudukannya sebagai juru tafsir dan pedoman perlaksanaan yang otentik terhadap Quran.Ia menafsirkan dan menjelaskan ketentuan yang masih dalam garis besar atau membatasi keumuman atau menyusuli apa yang di sebut oleh Quran.Sebab itu dari satu segi Sunnah merupakan sumber hukum yang berdiri sendiri.Ini kerana kadang-kadang membawa hukum yang tidak di sebut oleh quran tetapi dari segi lain, Sunnah tidak berdiri sendiri sebab sifat perikatannya terhadap Quran.Selain kerana kedudukannya sebagai penafsir dan pedoman perlaksanaan Quran sehingga tidak bias keluar menetapkan hukum-hukum baru yang tidak di sebut oleh Quran.Jadi pada hakikatnya sumber Sunnah itu sendiri ialah nas-nas Quran dan aturan-aturan dasarnya yang umum.









Fungsi Sunnah sebagai sumber asasi Islam dan hukum Islam yang ke dua di tetapkan sendiri oleh Quran.Firman Allah SWT :

Demi tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan engkau hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan kemudian mereka tidak meras dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang engklau berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya. (1)

Ijtihad

Ijtihad adalah sendi Islam yang ketiga, sesudah quran dan Sunnah.Menurut Harfiah ijtihad berasal dari kata ijtihada ertinya mencurahkan tenaga, memeras fikiran, berusaha bersungguh-sungguh bekerja semaksima yang mungkin.Nicholas P Aghnides menyebut ijtihad itu sebagai the exercise of independent thought.Secara definisi ia bererti : Suatu pekerjaan yang mempergunakan segala kesanggupan daya rohaniah untuk mengeluarkan hukum syaraa’, menyusun suatu pendapat dari suatu masalh hukum berdasarkan quran dan sunnah.Orang yang melakukan ijtihad di namakan mujtahid dan persoalan yang dipertimbangkan nya di sebut mujtahad fih.

(1) An Nisa 4 : (65)

Ijtihad merupakan suatu dasar daripada hukum-hukum islam sesudah Quran dan Sunnah.Seperti yang telah kita ketahui bahawa Quran itu memberikan suatu syariah yang tak dapat di ubah, kerana ia adalah hukum Tuhan, dan memang tak usah di ubah kerana semua peraturannya telah dirumuskan begitu rupa sehingga tidak ada suatu pun di antarnya yang pernah berlawanan dengan tabiat sejati dari manusia dan tuntutan masyarakat yang sejati dalam masa apa sahaja.Hal ini di sebabkan semata-mata kerana semua peraturan yang di turunkan oleh tuhan adalah dengan mengingat segi-segi kehidupan manusia yang hakikat sifatnya akan dapat berubah-ubah.

Ciri khas dari hukum tuhan iaiatu dapat di terapkan kepada semua tingkata dan keadaan dari perkembangan manusia, menunjukkan bahawa peraturan nya pada taraf pertama meliputi hanya asas-asas umum dan pada taraf ke dua mengadakan perundangan terperinci dalam hal-hal yang tak terpengaruh oleh perubahan-perubahan yang yang disebabkan oleh perkembangan masyarakat manusia.Bila mana ada perundangan nas yang terperinci maka ia pastilah berhubungan dengan segi kehidupan perseorangan dan kemasyarakatan kita yang bebas dari semua perubahan yang disebabkan oleh masa.Sebaliknya bila mana perubahan –perubahan itu tidak boleh tidak untuk kemajuan manusia, misalnya dalam soal-soal pemerintahan, teknologi, social, ekonomi, dan lain-lain.Syariah tidak menentukan sesuatu hukum yang terperinci melainkan meletakkan asas umum belaka atau tidak hendak melakukan sesuatu perundangan hukum.Dan kekosongan inilah yang dapat diisi oleh perundangan ijtihad. (1)

(1) Muhammad Asad : Dasar-dasar Negara dan Pemerintahan dalam Islam ms 18

Ajaran ijtihad adalah merupakan risalah Islam yamg abadi.Ia menjadi bukti bagi manusia bahawa Islam selalu memberikan pintu terbuka buat intelek manusia yang selalu mencari-cari bukan saja di perkenankan bahkan ijtihad itu diperintahkan.

Hirarki Ilmu

Ilmu tidak dapat lari dari maratibnya.Dari susut hirarki ilmu, ilmu-ilmu wahyu yang merupakan ilmu yang paling tinggi martabatnya.lantaran itu ilmu-ilmu ini merupakan roh kepada ilmu-ilmu fardhu kifayah serta terasnya.Ilmu-ilmu abadi inilah yang merupakan justifikasi kepada pengutusan setiap rasul-rasul Allah yang kemudiannya di warisioleh para ulama’.Para rasul telah diutuskan oleh Allah untuk mengajar kepada mereka tentang agama yang benar.Mereka bertanggungjawabmendidik masyarakat supaya melaksanakan ubudiyyah kepada Allah dengan sempurna.Firman Allah :

Maksudnya : Sesungguhnya Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus di antara mereka seorang rasul darki dari golongan mereka sendiri, yang membacakan mereka ayat membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan kepada mereka al kitab dan al hikmah.
(Surah Al Imran 3 : 164)

Susunan ilmu dalam Islam bertujuan menunjukkan ilmu menurut keutamaannya.Dengan umat Islam harus mengajar dan mempelajari ilmu menurut keutamaan dan kepentingannya.Dengan cara itu ilmu yang ada pada seseorang itu akan menjadi cahaya menyuluh kepada jalan yang benar.Sebaliknya menekankan ilmu dengan meletakkan keutamaan yang tidak menepati susunannya akan menyebabkan kita meraba-raba dalam cahaya dan sesat dalam ilmu.

Status ilmu tetap berbeza dari segi nilai dan kepentingannya.ilmu wahyu paling penting klerana ia datang daripada Allah secara langsung unik dari segi kepastian dan berbagai-bagai kelebihan lagi.Oleh itu para ambia’ mempunyai kedudukan paling tinggi dalam skala kemanusiaan Islam.

Ilmu Fardhu Ain

Ilmu fardhu ain ialah ilmu-ilmu tentang kebenaran-kebenaran objektif untuk pedoman manusia.Ia merupakan ilmu abadi yang menjadi inti dasar kepada ajran Islam.Contohnya ilmu-ilmumengenai akidah, syariat dan akhlak dan lain-lain yang berkaitan denga selok-belok agama Islam.Sumber utama untuk rujukan ilmu fardhu ain ialah melalui Al Quran Dan Al Sunnah.Manakala sumber yang kedua ialah Ijma’ ulama’ dan qias.

Mempelajari ilmu fardhu ain adalah satu kewajipan ke atas setiap individu muslim yang mukallaf memahami dan mengamalkannya.ia wajib di pelajari dari peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa mengikut tahap yang sesuai.

Tujuan utama di dalam pembelajaran ilmu fardhu ain ialah :

• Untuk memenuhi keperluan jiwa, roh dan akal.
• Sebagai panduan hidup setiap orang Islam supaya tidak melebihi garisan dan batas-batas syariat




Maksudnya : Dan barang siapa yang melanggari hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim. (1)

• Memperolehi kesejahteraan hidup di dunia dan akhurat.

Barang siapa yang melakukan amal soleh baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman maka sesungguhnya kami berikan kepadanya kehidupan yang baik. (2)


Solat

Menurut bahasa solat ertinya doa’ sedang menurut istilah bererti suatu sistem ibadah yang tersusun dari beberapa perkataan dan laku perbuatan di mjulai dengan takbir dan dia kihiri dengan salam, berdasarkan syarat-syarat dan rukun tertentu.Ia adalah Fardhu Ain ats setiap muslim yang telah baligh.

Kewajipan solat tegas diperintahkan oleh Quran, tetapi perintah itu bersifat umum.Tentang detail perkara daripada cara dan waktu-waktu melakukannya berdasar atas petunjuk dan Sunnah Nabi.Sistem Solat yang kita lakukan sekarang adalah sistem yang telah dicontohkan Nabi dahulu kepada umatnya, kemudian diwriskan turun temurun tanpa mengalami perubahan, telah berjalan selama 14 abad.

(1) Al Baqarah 2 : 229
(2) Surah Al Nahl 16 : 97






Firman Allah :

Dirikanlah solat itu ! sesungguhnya solat itu diwajibkan untuk melakukannya pada waktunya atas sekalian orang mukmim (1)

Selain solat l;ima waktu itu diwajibkan pula melakukan solat Jumaat untuk sekali berjumaat atas kaum lelaki sedang bagi perempua tidaklah wajib bagi mereka.Tetapi tidak boleh di haling apabila mereka ingin melaksanakan.

Sebagai seorang muslim tentu hidupnya di dasari suatu aqidah atau iman seperti yang terkandung sdalam rukun iman.Maka untuk memelihara iman itu memperbaharui dan memepertingkatkannya ibadah solat itulah yang berperanan.Bacan –bacaan dalam solat adalah uacapan yang bersangkut paut dengan iamn kepada Allah dan kepada apa yang di awjibkannya kepada kita.Seperti erti loghat solat adalah doa maka memang bahagian besar dari ucapan dalam bacaan solat ialah doa.Doa’ untuk memohon hidayah dan petunjuk agar perjalanan hidup kita sejahtera dan bahagia dunia dan akhirat.Begitulah makna yang terdapat dalam bacaan doa iftitah dan surah Al Fatihah surah yang awjib di baca waktu melakukan solat.Dan bacaan tasyahud, bacaan akhir solat.Maka manusia yang solat nya baik adalah manusia yang tinggi kadar imannya dan selalu mendapat hidayah dan taufiq Allah SWT.

(1) An Nisa’ (4) : 103





Solat Dan Kesucian Rohani

Solat adalah pekerjaan hamba yang beriman dalam situasi menghadapkan wajah dan sukmanya kepada Zat Yang Maha Suci.Maka manakal solat itu di lakukan secara tekun dan kontinui, menjadi alat pendidikan rohani manusia yang efektif memperbaharui dan memelihara jiwa serta memupuk pertumbuhan kesedaran.Makin banyak solat itu dilakukan dengan kesedaran buikan dengan paksaan dan tekanan bererti sebanyak itu rohani dan jasmaninya di latih untuk berhadapan dengan Allah.seperti kata ahli hikmah : ‘Ceritakanlah kepadaku dengan siapa kamu berhubung dan bergaul nanti akan kukatakan kepadamu siapa engkau..Kesucian rohani dan jasmani akan memancarkn akhlak yang mulia, cara hidup yang dinamis penuh denga amal soleh.Sebaliknya akan terhindar dari melakukan dosa, kejahatan dan amalan yang keji.firman allah :

Dan tegakkanlah solah kerana solat itu mencegah dari perbuatan yang mungkar. (1)

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bersifat keluh kesah lagi kikir.Apabila ia ditimpa kerugian ia mengeluh..Dan apabila mereka mendapat kebaikan ia menjadi kikir, kecuali mereka yang mendirikan solat.Iaitu mereka yang melakukan solat dengan tetap. (2)

(1) Al Ankabut (29) : 45
(2) Al Ma’rij (70) : 19-23






Ditinjau dari segi disiplin solat merupakan pendidikan positif menjadikan manusia dan masyarakatnya hidup teratur.
Dengan kewajipan solat sebanyak 5 kali sehari seorang muslim tentu seorang yang selalu memerhatiikanperjalan masanya.Kesedaran tentang waktu akan membawa hidup yang teratur dan hidup yang penuh manfaat.Waktu adalah pedang kalau kamu tidak menggunakannya untuk memotong maka ia akan memotongmu.Quran dalam surah Al Ashr memperingatkan bahawa manusia rugi hidupnya manakala ia lalai tentang masa dan tidak memelihara waktu.Nampaknya sejak kebelakangan ini masyarakat kita adalah akibat belum lagi memiliki kesedaran waktu.Waktu terlalu banyak dipersiakan.Filosuf Ibnu Sina yang dikenali di barat sebagai Avecenna berdoa : Tuhanku berilah kepadaku hidup walaupun hidup itu tidak panjang akan tetapi hidup itu penuh erti dan manfaat.Dia hidup di dunia dengan hanya 57 tahun, tetapi dengan karya-karya nya dan buah fikirannya dia telah berjasa memimpin ilmu dan rohaniah manusia selam berabad-abad walaupun tulang belulang nya telah hancur di mamah bumi.diantara masa-masa kerja dan tugas sehari suntuk sejak pagi hingga petang diselang seli kewajipan solat.Kelelahan jasmani kerana kerja, keletihan otak akibat kesibukan fikiran duniawi senantiasa mendapat penyegaran rohaniah dengan jalan solat.






Umumnya orang-orang yang mendapat gangguan jiwa adalah akibat ketegangan emosi dan kerunsingan fikiran yang tiada jalan penyelesaian.seorang psychiater bernama Dr.A.A. Brill mengatakan :

Anyone is truly religions does not develop a neurosis (tiap-tiap orang yang betul-betul menjalankan agama tidak bias kena penyakit neurosis) (1) .

Maka solat menjadi penawar paling mujarab bagi kesihatan jiwa, rohani dan fizikal anusia.Solat memberikan ketenangan batin manusia.firman Allah SWT :
Dirikanlah solat untuk mengingatiku (2)

Orang yang beriman hati mereka jadi tenteram kerana mengingat Allah.Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram (3)

Dari segi hygiene Dr med Ahmad Ramali berkata : Solat itu baru sah kalau orang yang mengerjakannya itu dalam keadaan suci.Bukan badan sahaja yang mesti suci melainkan pakain juga serta tempat sembahyang pun. Setelah bersuci baru dimulai solat itu (3)


(1) M Yunan Nasution, Iman Sumber Enersi, hal 17
(2) Thaaha (20) : 14
(3) Dr Med Ahmad Ramali Peraturan untuk Memelihara Kesihatan Dalam Hukum Syara’ hal 301-303






Solat dan Pembinaan Ummat

Dalam perlaksanaan solat sanbgat dianjurkan melakukannya dengan berjamaah.27 darjat pahala dan keutamaan mereka yang solatnya berjamaah daripada solat sendirian.Islam mendidik pemeluknya bergaul, bermasyarakatmemeprkukuh ikatan ukhwah Islamiyah, persaudaraan antara muslim.Anggota jamaah duduk dalam satu barisan.Yang miskin berdampingan dengan yang kaya dan rakyat biasa bersama dengan pembesar-pembesar dan tiada keistimewaan yang diberikan.Solat di tutup denga salam ertinya saling menyatakan selamat, sejahtera dan damai.Sesudah itu dimanisfestasikan dengan saling berjabat tangan untuk ikatanperdamaian dan persaudaraan.Sama-sama menyatakan diri sebagai hamba Allah yang bersaudara tak ada permusuhan.Satu tujuan bersama : mengabdi kepada Allah SWT.
Melihat hikmah yang demikian besar yang terkandung dalam ibadah solat adalah wajar apabila Nbai mi’raj kelangit mengadap ke hadrat Ilahi untuk menerima perintah ibadah solat ini, ibadah yang paling istimewa kedudukannya dari lainnya.Solat adalah satu-satuinya ibadah yang diterima langsung dari Tuhan sedang kewajipan-kewajipan yang lain cukup melalui wahyu yang disampaikanoleh malaikat Jibril.Tepatlah kalau Nabi bersabda bahawa solat itu adalah tiangnya Islam, siapa yang mendirikan solat maka dia menegakkan agama Islam.Jadi tujuan solat ialah kebaikan dan kebahagiaan manusia sendiri di dunai dan di akhirat.Tepat pula panggilan azan yang dikumandangkan oleh mua’zin :
Mari mengerjakan solat, mari kepada kemenangan !





Zakat

Menurut bahasa zakat berasal daripada kata tazkiyah ertinya menyucikan.Sebab itu menuanikan zakat bererti menyucikan harta benda dan diri peribadi.Dari erti kata ini maka zaat maal (harta) berfungsi sebagai memebersihkan harta benda dari orang-orang yang berpunya seperti firman Allah dalam AlQuran :

Ambillah dari harta benda mereka zakat untuk memebersihkan dan menyucikan mereka dengan zakat itu. (1)

Zakat adalah salah satu rukun Islam yang ke lima.Demikian pentingnya ibadah ini ia menduduki posisi ke tiga sesudah sembahyang.Pada delapan puluh dua tempat Tuhan meneybutkan soal zakat selalu berdampingan dengan solat dalam Al-Quran.Ini menunjukkan keduanya mempunyai erti yang penting dan memiliki hubungan yang erat, solat merupakan ibadah jasmaniah yang paling utama sedang zakat dipandang ibadah harta yang paling mulia.
Menuanikan zakat adalah wajib atas ummat Islam yang mampu.Zakat maksudnya ialah pengambilan sebagian harta kepunyaan orang-orang yang mampu untuk menjadi miliknya orang-orang yang tidak berpunya.Penuanian kewajipan itu dilakukan pada tiap-tiap tahun sebagi yuran kemanusiaan secar agama, dari orang0orang yang berada untuk menanggungi kesulitan hidup serta mencukupkan hidupnya orang-orang yang tidak berpunya.Dan negara dapat memaksa dengan hukum kekerasan supaya masing-masing orang yang berpunya menurut satu nisab yang sudah ditetapkan supay membayar kewajipan zakatnya.

(1) At Taubah (9) : 103



Mereka yang mengakui sebagai suatu kewajipan tapi enggan untuk membayar zakat dihukumkan kafir.Mereka dianggap memberontak kepada hukum agama.Kerananya mereka boleh diperangi sampai mereka patuh kembali.
Itukah dasar yang tegas dari kewajipan negara dalam Islam supaya mencampuri urusan pembahagian harta di antar manusia.Negara dapat menggunakan kekuasaannya untuk memaksa kelas yang berada untuk menuanaikan yuran kemanusiaan yang bernama zakat itu untuk menghilangkan penderitaan masyarakat, golongan ynag tidak berpunya, di samping untuk membantukepentingan negara.
Syarat wajib membyar zakat harta benda tersebut bahawa harta itu adalah hak milik sendiri secara penuh dan harta itu mencapai jumlah yang tertentu sesuai yang ditetapkan oleh syara’ untuk menjadi ukuran yang menunjukkan kekayaan seseorang atau kemampuannya.Maka jika harta tersebut belum mencapai nisabnya tidaklah wajib mengeluarkan zakatnya.Disyaratkan pula pada harta kekayaan, barang-barang dagangan dan binatang ternak yang telah dimiliki dalam waktu cukup setahun.Sedang hasil ternak yang telah dimilki dalam waktu cukup setahun.Sedang hasil pertanian dan perkebunan dibayarkan zakatnya di waktu memetik hasil atau waktu mengetam.Tetapi manakal seseorang mengeluarkan zakat sebelum mencapai ketentuan dan syarat wajib zakat maka dipndang sebagai perbuatan mulia dan terpuji.
Adapun orang yang berhak untuk menerima zakat adalah mereka yang telah ditetapkan olaeh Allah dal Al Quran.Mereka itu dalam golongan:
Sesungguhnya zakat itu hanya untuk orang fakir, miskin, pebgurus zakat, orang yang dipujuk hartinya, untuk memerdekakan, orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang musafir yang demikian ketentuan dari Allah.Tentang siapa golongan fakir dan miskin itu baiklah pula dikutip pendapat dari apa yang di tulis oleh Syeikh Hussein Muhammad Mahluf Ex Rektor Universitas Al Azhar di Kairo (Mesir) .
Yang dikatakan orang fakir ialah uorang mempunyai harta benda kurang dari hinggan zakat, atau orang-orang yang sampai mempunyai hinggan zakat tetapi ia dalam berhutang atau dalam kesusahan sangat hidupnya.
Orang miskin ialah orang yang tidak mempunyai sesuatu juga maka sudah tentu lebih sangat daripada orang fakir.Orang miskin itu boleh meminta untuk mendapat bekalan makanan yang perlu, pakain yang perlu menutupi tubuh mereka tetapi orang-orang fakir sebagai yang tersebut di atas maka mereka tidak dibolehkan buat meminta-minta (1)

Begitulah zakat mendidk manusia lebih mementingkan manusia lebih mementingkan penunaian kewajipan dahulu daripada menuntut hak-hak.Hampir setiap ayat Quran menganjurkan agar manusia suka menunaikan kewajipan nya.Kerana menunaikan kewajipan itu bererti pula memberikan hak-hak orang lain.Tidak ada sebuah ayat dal al Quran yang menyuruh manusia untuk memberi, bertebaran banyak dalm quran suci.Maka salah satu sumber kelemahan masyarakat kita sekarangialah kerana sementara dari anggota –anggota masyarakat kita lebih banyak manuntut haknya tapi kewajipannya kurang diperhatikan bahkan tidak pernah dilaksanakan.

(1) Dr Kahrudin Yunus Sistem Ekonomi Kemakmuran Bersama hal 203







Hikmah Zakat

Ajaran zakat mengandungi berbagai hikmah yang tinggi sebagai berikut :
• Zakat sebagai manifestasi rasa syukur dan pernyataan terima kasih hamba kepada Khalik yang telah menganugerahkan rahmat dan nikmatnya berupa kekayaan.Ia adalah pendidkian positif bagi amnusia untuk selalu bersyukur dan berterima kasih kepada si pemberi.
• Zakat mendidk manusia membersihkan rohani dan jiwa nya dari sifat bakhil, kikir dan rakus.Sebaliknya mendidik manusia menjadi dermawan, pemurah, latihan disiplin dalam menunaikan kewajipan dan amanah kepada yang berhak dan yang berkepentingan suatu pendidikan akhlak mulia.Syed Ameer Ali dalam bukunya The Spirit of Islam menulis : Tidak ada agama di dunia yang lebih dahulu dari Islam memandang suci sifat kedermawan, menyokong perempuan janda, anak yatim dan orang miskin yang tidak mempunyai tempat untuk meminta tolong, yang menentukan pokok-pokok dasar yang positif dalam menentukan cara-caranya seperti yang telah diperbuat oleh Islam (1)

(1) Syed Ameer Ali The Spirit of islam Ilham Islam II terjemahan Roesli hal 35

• Didalam struktur ekonomi Islam maka sistem zakat menunjukkan bahawa sifat perjuangan Islam selalu berorientasikan kepada kepentingan kaum lemah.Menunjukkan pula bahawa Islam adalah agama pembela kemanusiaan sejati.Sejarah perjuangan Rasulullah menjadi bukti di mana beliau selalu memerhatikan kepentingan-kepentinganhidup kaum lemah, baik dalam memenuhi tuntutan kemerdekaan peribadinya dalam memenuhi tuntutan sosila ekonomi untuk hidup secra wajar.Sehingga pengikut beliau pada mulanya adalah terdiri dari kaum yang lemah itu.Memang tiap perjuangan yang di dukung oleh kaum yang lemah pasti diakhiri dengan kemenangan.Ini telah menjadi tesis daripada setiap bentuk perjuangan abad moden sekarang.Allah SWT berfirman :
Dan Kami hendak memenangkan (perjuangan) bagi mereka yang tertindas dibumi (kaum dhufa) dan Kami hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi bumi. (1)

(1) Al Qashah (28) : 5

• Ajaran zakat menunjukkan bahawa kemiskina adalah musuh yang harus dilnyepkan.Islam memandang kemiskinan sebagai sumber kejahatan dan kekufuran sebab itu kemiskinan harus di lawan.Orang-orang yang hidupnya mengalami tekanan sosila ekonomi lalu seseorang melakukan penipuan, pencurian dan perompakan.Kerana tekanan social ekonomi pula dan dengan iman yang tipis banyak wanita baik-baik terpaksa memperdagangkan kehormatannya, melacurkan dirinya.Dan, masih seratus macam kejahatan lainnya dala masyarakat kerana kemiskinan.Itulah sebabnya rasulullah SAW bersabda :
Kemalaratan mendekatkan kepada kekafiran (1)

• Zakat menjadi alat untuk menghilangkan jurang pemisah antara orang yang kaya dan orang yang miskin dan di antra yang kuat dan yang lemah.Zakat juga berfungsi menghilangkan perbezaan –perbezaan social yang tajam.Selanjutnya zakat menghubungkan tali kasih sayang antara golongan berada denngan golongan yang kurang berada.Dengan ajaran zakat maka struktur masyarakat Isalm dapat di bina sebagaiman pola yang diberikan oleh Rasulullah :

Orang mu’min terhadap orang mu’min tak ubah seperti satu bangunan yang bahagiannya kuat menguatkan antara satu sama lain.

(1) Hadits Riwayat Abu Naim

Zakat dalam struktur masyarakat dan ekonomi

Selain zakat masih banyak lagi ajaran Islam yang berfungsi dan tujuannya serupa dengan zakat seperti infak, sedekah, wakaf, membayar kafarat, qurban pada Hari Raya Aidiladha dan aqiqah.Menurut Islam alam semesta dan seluruh isinya adalah milik Allah SWT termasuk yang menjadi hak milik manusia sendiri.

Dan Allahlah yang memiliki segala yang di langit dan yang dibumi (1)

Tetapi alam semesta itu sendiri dengan seluruhnya disiapkan tuhan untuk manusia agar di urus, di ambil manfaatnya sebanyak mungkin dan di budayakan.Segenap manusia sama-sama berhak mengambil manfaat dari hasil bumi dan langit yang memang terus menerus disiapkan dan disediakan untuk manusia semuanya.

Dan Dia sediakan untuk kamu sekalian untuk mempergunakan segala apa yang ada di langit dan di bumi. (2)

(1) Al Baqarah (2) : 284
(2) Al Jatsiyah (45) : 13

Dalam mengurus, mencari dan berusaha mendapatkan rezeki atau harta benda dari potensi kekayaan alam itu Islam mengajarkan cara mencapai tujuan :
• Manusia harus berusaha dengan tangan sendiri tidak bergantung nasib kepada pihak lain dan tidak pula dibenarkan meminta-minta selama masih sanggup berusaha.

Sesungguhnya penghasilan yang terbaik ialah usaha tangan sendiri (1)

Demi Allah yang diriku di tanganNya adalah lebih baik bagi seseorang diantaramu apabila dia mengambil seutas tali dan memikiul kayu api di pinggungnya (untuk mendapat nafkah) daripada dia datang kepada seseorang lalu meminta-minta baik dia diberi maupun tidak

• Manusia wajib mencari harta denga segala usaha yang halal.Tidak boleh menggunakan dalil tujuan menghalalkan segala cara.Sebab itu Islam melarang manusia makan riba, berjudi, mencuri, dan lain-lain pekerjaan ynag diharamkan baik dalam Quran maupun dalam sunnah.Dan segala macam usaha ekonomi yang dapat menimbulkan bahaya pada diri sendiri dan orang kebanyakan.Firman Allah :

Dan janganlah kamu memakan harta sebahagian uyang lain di antara kamu denganjalan yang batil, dan jang kamu membawa urusan harta itu kepad hakim-hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta benda orang lain itu denga dosa, padahal kamu mengetahui. (2)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------(1) Hadits Riwayat Bukhary
(2) Al Baqarah (2) : 188


Kemudian harta benda yang telah diperdapat oleh manusia lebih lanjut Islam mengatur tentang perkataan dan pencegahan penumpukan harta kekayaan.Islam tidak mengkehendaki adanya kekayaan yang terkumpul di tangan segolongan kecil dari masyarakat saja.Akumulasi kekayaan untuk tujuan kekayaan peribadi semata-mata ditentang keras oleh Islam.Kerana yang demikian boleh menjadi sumber maksiat dan mungkar akan menimbulkan hidup yang bermewah-mewah, foya keangkuhan dan terhadap orang lain dapat mendatangkan pemerasan.

Agar (harta) tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya di antara kamu.

Makan dan minumlah kamu tetapi jangan berlebihan :sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebihan
Dari keseluruhannya dilihat bahawa sistem Islam berbeza dengan sistem kapitalisme yang harta milik merupakan tujuan pokok dalam kehidupan dan semata-mata untuk pemuasan hawa nafsu.

Puasa

Puasa di bulan Romadhan adalah difardhukan ke atas setipa muslim yang sudah baligh.Ia di syariatkan pada tahunkedua Hijrah sesudah turunnya perintah solat dan zakat.Firman Allah :

Hai Orang-orang yang beriman ! Diwajibkan ke atas kamu puasa sebagimana telah diwajibkan atas ummat yang terdahulu daripada kamu mudahan kamu nbertakwa.Puasa itu hanyalah beberapa hari sahaja.

Puasa dalam bahasa Arab di sebut sebagai shaumun atau shiyaamun, ertinya menahan diri dari segala sesuatu, seperti menahan tidur, menahan makan, menahan minum, menahan bicra dan seterusnya.Menurut istilah puasa ditujukan kepada menahan diri dari makan, minum dan perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, dengan niat melaksanakn perintah Tuhan serta mengharap keredhannya.Ia harus dilakukan oleh segenap masyarakat yang muslim dan aturanya wajib di patuhi dengan saksama.

Syarat wajib mengerjakan puasa dalam garis besarnya terdiri dari 2 perkara :

• Telah mencapai umur baligh dan berakal dengan demikian tidak di wajibkan puasa kepada anak-anak dan orang yang gila.
• Kondisi badan sanggup untuk mengerjakan puasa itu dan tidak dalam keadaan terlarang mengerjakannya.

Berdasarkan yat-ayat di muka dan beberapa hadis maka ada beberapa golongan yang mendapat keringanan dan bebas dari wajib puasa:
• Orang sakit dan orang yang dalam perjalanan.Golongan ini dibebaskan dari wajib puasa selama sakit atau selam musafir.Akan tetapi mereka diwajibkan mengganti puasa sebanyak hari yang ditinggalkannya pada hari-hari lain.
• Perempuan-perempuan dalam haidh, perempuan hamil dan perempuan yang menyusui anak.Tapi mereka harus mengqada/’ puasa yang mereka tinggalkan.Atau mereka memebayar fidyah bagi golongan yang terakhir ini.
• Orang tua yang sudah lanjut usia tiada kuasa lagi untuk berpuasa.
• Orang yang tidak ada harapan lagi sembuh dari sakitnya.
• Mereka yang bekerja berat dan kerana berat kerjanya itu tidak ada kuasa untuk puasa.

Bagi mereka yang tidak mungkin menggantikan puasanya pada hari lagi pada hari-hari lain seperti sudah terlalu tua penyakit kronis yang tidak ada harapan sembuh dan kerja-kerja berat yang tak ada jalan lepas dari pekerjaan itu maka wajib atas mereka membayar fidyah.Melakukan fidyah iaitu memberi sedekah kepada orang-orang miskin tiap-tiap hari sebanyak ¾ liter beras atau dengan wang yang seharga dengan beras itu.Golongan kedua sampai golongan kelima di atas berdasarkan Al Baqarah ayat 184, “Dan wajib bagi orang-orang yangb berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah iaitu memberi makanan seseorang miskin.

Adapun orang yang meninggalkan puasa di dalam bulan Romadhan dengan sengaja tanpa halangan iaitu tidak termasuk kategori-kategori yang telah disebutkan di muka orang itu di pandang melakukan perlanggaran yang besar, dosa yang amat berat kepada Allah SWT, Nabi SAW bersabda : Barangsiapa tidak puasa dengan sengaja dan tanpa uzurpada hari-hari bulan Romadhan maka puasa yang di tinggalkannya itu tidak dapat diganti dengan qadha’ sepanjang masa.

Puasa menciptakan kesihatan rohani

Bagi yang melakukan kewajipan puasa dengan ikhlas tentu mereka dapat dikatakan telah membuktikan imannya kepada Tuhan.Kerana iman itu bukan sahaja diucapkan dengan lidah tapi harus pula diikrarkan dengan kalbu kemudian dibuktikan dalam perbuatan.Maka seorang muslim ialah seorang yang memiliki integrities.
Berfikir secara agama ialah bertolak kepada kepercayaan atau iman.Maka setiap kewajipan agama harus percaya bahawa dalam kewajipan itu terkandung nilai guna dan manfaat, yang bukan tertuju kepada tuhan sebab Dia adalah Zat Yang Maha Sempurna.Tapi nilai guna dan manfaatnya untuk manusia sendiri.
Berbicara tentang efek puasa pada manusia tentu ia harus diuji dari segi ilmu pengetahuan.Puasa itu selain merupakan ibadah semata-mata kepada Allah hampir seluruh cabang ilmu pengetahuan di mana bukan saja tidak ada yang bertentangan, tapi juga memperlihatkan dukungannya terhadap ibadah puasa Islam.Didalam ilmu jiwa dan pendidkan orang mengenai teori-teori :hidup disiplin, teori pengosongan, pemulihan tenaga dansebagianya.Semuanya meyakinkan bahawa puasa menurut Isalm memberi manfaat bagi perkembangan jiwa dan jasmani manusia.
Sebagaimana erti kata manusia dalam bahasa Arab shaumun aaertinya menahan diri dari sesuatu maka berdasar dari kata asalnya.Nabi telah meletakkan nilai yang sebenarnya tentang puasa.Beliau bersabda : Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri dari makan dan minum.Sesungguhnya puasa itu ialah mencegah diri dari segala perbuatan yang sia-sia tidak bermanfaat dan menjauhi perkataan-perkataan kotor dan keji.Sebab itu jika ada orang yang mengajak kamu berbuat sia-sia dan kberkata-kata keji wajiblah engkau berkata : saya sedang berpuasa !
Menurut hadis tersebut orang yang berpuasa selain harus menahan diri daripada makan dan minum juga wajib baginya menahan diri untuk tidak berkata-kata kotor dan tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.Yang dimaksudkan perkataan kotor ialah segala perkataan yang negatif, berbahaya dan merugikan.Umpamanya : mengumpat, memfitnah, menipu, berbohong, caci maki, kata-kata kurang sopan dan sebagainya.
Dari segi pendidkan lainnya puasa menumbuhkan disiplin jiwa, moral dan semangat yang kuat.Puasa mulai memberikan dasar latihan untuk menahan makan dan minum dan yang bersifat jasmaniah kemudian puasa membentuk kesedaran hidup manusia yang lebih tinggi, menjulang dan menerobos ke dalam alam kehidupan rohani manusia untuk menghidupkan manusia ke dalam terang benderang.Tugas laksana fajar yang menyingsing pada dinihari membawa misi peperangan untuk mengusir gelapnya sarwajagat.
Berbagai latihan mental yang di berikan melalui ibadah Puasa.Ia mendidik manusia beriwa besar, sanggup mengatasi segala macam kesulitan dan cobaan hidup.Ia menumbuhkan sifat sabar yang hebat pada manusia.Sabar untuk menderita apabila bentuk hidup itu harus dihadapkan kepadanya, dan tidak mudah putus asa.Dan tahan menghadapi panca roba dalam kehidupan.
Puasa turut mendidik manusia menjadi orang yang berakhlak, teguh, memegang amanah, jujur dan berdisiplin.Di tempat-tempat di mana tiada seorang pun yang melihat dan di ruang kamar yang sepi tidak pula seteguk air membasahi kerongkong yang pastinya kehausan.
Rasa lapar dan dahaga akan menanamkan jiwa yang kuat.Puasa mengajarkan pengalaman sebagaiman nasib kaum yang siang malam hanya menghadapi kelaparan.Sebagai realisasi dari perkara ini setiap individu wajib untuk membayar zakat fitrah sebanyak 2 ½ kg beras kepada akhir bulan Romadhan untuk dibahagikan kepada fakir miskin.Maka puasa yang di lakukan denag sebenar-benarnya puasa adalah suatu latihan mental dan fizikal mendidk manusia berakhlak mulia, menciptakan insane berwatak, dengan demikian menciptakan kesihatan rohani.

Haji

Haji adalah Rukun Islam yang Kelima.Ia suatu ibadah berkunjung ke Ka’bah di Tanah Suci pada suatu masa tertentu untuk dengan sengaja mengerjakan beberapa amal iabadah dengan syarta-syarat tetentu dan atas dasar menunaikan panggilan perintah Allah SWT.
Menurut ulama’ : Ibadah Haji dirasmikan menjadi syariah Muhammad SAW pada tahun ke enam hijrah dan tahun itulah kaum muslimin dengan pimpinan Rasululllah pergi melakukan umrah tetapi terhalang oleh kaum kafir Quraisy tahun ke tujuh Nabi pergi menuanaikan umrah tersebut:kemudian di tahun kesembilan Rasulullah mengangkat Abu Bakar As sidiq berangkat mengetuai jamaah haji: tahun ke sepuluh barulah Rasulullah sendiri naik Haji Wada’ (haji perpisahan) () Dan 81 hari sesudah itu beliaupun pulang ke rahmatullah
Haji di wajibkan kepada setiap muslim yang telah memenuhi beberapa syarat.Syarat-syarat itu ialah orang-orang Islam yang telah baligh, berakal sihat, mempunyai kebebasan dan kemerdekaan penuh serta memiliki kemampuan material.Kewajipan mana adalah sekali dalam seumur hidup.Firman Allah :

Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke sana.Barangsiapa yang kafir
(terhadap kewajipan haji) maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu dari semesta alam.

Rukun-rukun Haji

Rukun Haji ada lima perkara :

(1) Ihram iaitu memasang niat menegerjakan haji seraya memakai ihram pada miqat.Ketentuan masa miqat iaitu awal bulan Syawal sampai terbit fajar Hari Raya Haji, ihram wajib dilakukan pada masa itu.Adapun ketentuan tempat miqat makani telah terkenal bagi jemaah haji, tempat mana menuju jalan ke Mekah dari seluruh penjuru dunia.Ketentuan tempat miqat makani ditentukan lima tempat bagi semua jemaah haji yang datang menuju ke Mekah dari berbagai negara jurusan.Memakai ihram ialah menaggalkan pakaian berjahit atau iaitu menyarungi dan hanya memeaki sehelai kain dan sehelai selendang yang tidak berjahit bagi lelaki.Disunatkan yang putih dan baru atau bersih.Adapun bagi wanita cukup dengan memakai pakaian biasa tetapi muka dan kedua tapak tangan nya haruslah dibuka.Dalam berihram ada beberapa cara yang perlu dilakukan sebagaimana hal-hal yang di larang melakukannya.Dalam buku kitab pedoman Manasik Haji atau dalam kitab-kitab fiiqhi pada bab Haji dijelaskan tentang cara-cara berihram dan hal-hal yang di larang mengerjakannya.

(2) Wuquf iaitu hadir di padang Arafah pada waktu yang ditentukan iaitu mulai dari tergelincir matahari tanggal 9 Zulhijjah sampai terbit fajar tanggal 10 zulhijjah.Ertinya orang yang berhaji itu wajib berada di Padang Arafah pada waktu tersebut.Arafah adalah padang sahara yang luas.letaknya sejauh 27 km dari Mekah.Wukuf di Arafah adalah manasik haji yang sangat penting, tanpa melakukan wukuf bererti belulah seseorang berhaji.

(3) Thawaf (berkeliling Kaabah) . Thawaf dilakukan sebanyak 7 kali di mulai dari hajar aswad sedang kaabah di sebelah kiri orang yang thawaf dan harus dilakukan di dalam Masjid.Ada beberapa jenis thawaf:thawaf qudum iaitu thawaf ketika baru tiba seperti halnya solat tahiyyatul masjid :thawaf ifadhah iaitu thawaf rukun haji thawaf tahallul iaitu neghalalkan barang yang haram kerana ihram, thawaf nazar iaitu thawaf yang dinazarkan dan thawaf sunat.Perintah melakukan thawaf khususnya thawaf ifadhah berdasarkan firman Allah SWT “dan hendaklah mereka thawaf pada Kaabah itu”

(4) Sa’I (berlari-lari kecil) di antara dua buah bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali pergi dan kembali.Melakukan sa’I di mulai dari Bukit Safa dan di akhiri di bukit Marwah.Waktunya ialah sesudah selesai melakukan thawaf, baik thawaf ifadahah maupun thawaf qudum.kedua bukit Safa dan Marwah dalam rangka haji disebutkan dal Quran Al Baqarah (2) ayat 158.Jarak antara kedua bukit itu sejauh 405 meter.

(5) Tahallul iaitu mencukur dan menggunting rambut sekurang-kurangnya menghilangkan 3 helai rambut.Bagi lelaki sunnat cukur habis dan bagi wanita menggunting hujung rambut sepanjang jari dan bagi orang yang botak sunat dilakukan dengan pisau cukur di atas kepalanya.

Manfaat Haji

Haji adalah pokok ibadah yang ke 4.Ia diperintahkan setelah diperintahkan 3 pokok ibadah yang sebelumnya.Pertama kali manusia diwajibkan solat untuk mengekalkan jiwa tauhid mereka menanamkan akhlak mulia dan mengajarkan manusia menyusun satu masyarakat yang teratur rapi.Kemudian menyusul kewajipan zakat yang teratur rapi.Kemudian menyusul kewajipan zakat yang memberikan didikan jiwa kedermawanan supaya memakan makanan/harta yang bersih dan mengerjakan prinsip ekonomi dalam hidup manusia.Selanjutnya menyusul ibadah puasa memberikan didikan fundamental bagi kesejahteraan rohani dan jasmani.

Ya Tuhanku ! Inilah aku hambaMu telah datang segala panggilan Mu telah aku sambut dengan segala kerendaha hati.Tidak ada sekutu bagi Mu, segal puji ni’mat dan kekuatan pun Engkaulah yang punya.Tak ada sekutu bagi Mu.

Sabda Rasulullah SAW :
“ Wahai manusia tuhan telah mewajibkan atas kamu haji, maka berhajilah kamu.Barangsiapa melakukan haji dengan tiada menuturkan kata-kata busuk / keji dan tiada berlaku curang, maka keluarlah ia dari dosanya sebagai ia lahir dari perut ibunya. ()

Berdasarkan ayat di awal ayat 28 Surah Al Haj.Quran menegaskan bahawa naik haji itu mengandung berbagai manfaat bagi manusia.Setelah di teliti maka ibadah haji jelas mendatngkan keuntungan spiritual dan material:

• Menumbuhkan jiwa tauhid yang tinggi.
• Pembentukan sikap mental dan akhlak mulia.
• Menyatukan ummat islam sedunia menjadi ummah wahida.
• Mengajarkan sejarah khususnya sejarah perjuangan Nabi Muhammad saw dan Nabi Ibrahim as.
• Mendorong untuk mengenal peta planet bumi, menegtahui tentang manusia dan mengerti tentang masyarakatnya.
• Menjadi forum muktamar akbar ummat islam sedunia sekali setahun untuk membahas dan memecahkan problematika alam islami.

Ibadah haji mengandungi nilai sejarah fundamentil.Wukuf di Arafah sebuah padang sahara misalnya memberikan keinsafan insani sebagai hamba Allah yang sangat kecil sebagai bahagian dari alam raya.dengan pakaianseragam putih meniadakan segala perbezaan bentuk dan potongan pakaian.Perlambang dari keriadaan perbezaan pangkat dan darah dalam pandangan islam.Besar kecil, kaya-miskin, pembesar atau rakyat-kecil, putih dan hitam adalah sama-sama makhluk yang sujud kepada Tuhannya.Ditempat itu mereka sama sama memuja muji berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah Rabbul Alamien.

Wukuf di Rafah mengungkapkan kembali sejarah berakhirnya risalah langit dengan turunnya wahyu terakhir.Ia mengungkapkan peristiwa bersejarah perpisahan antara Rasulullah dengan umatnya.Rasulullah ketika itu beraad ditempat ketinggian, duduk di atas untanya agar dapat kelihatan oleh orang kebanyakan.Didahuluinya khutbah yang terkenal sebagai Khutbatul Wada (khutbah perpisahan) dengan pujian dan syukur kepada Allah swt kemudian baginda memberikan amanat-amanat dan wasiat-wasiat terakhir kepada umatnya tercinta.Dan yang paling mengesankan ialah acara timbang terima rasulullah dengan kaum muslimin ketika itu yang pada pokoknya berisi tentang kesempurnaan risalah islam, penyaksian manusia dan penyerahan amanah kepada kaum muslimin untuk melanjutkan risalah da’wah islam..Maka terakhir beliau berseru : ‘Maka hendaklah yang telah menyaksikan di antra kamu menyampaikan kepada yang tidak hadir.Semoga barang siapa yang menyampaikan akan lebih dalam memperhatikannya daripada sebagian yang mendengarnya !’

Dengan menginjakkan kaki di dua kota Suci Makkah La Mukarramah dan Madinah al Munawarah mengharuskan kepada mereka yang naik haji mempelajari tempat dan saat mana rasulullah bangkit dan berjuang menegaakkan islam sambikl menerima wahyu dari Tuhan.Pada kedua tempat itulah beliau memulakan memancarkan cahaya islam yang menerangi penjuru dunia.Setelah itu menjadi pusat zaman Khulafah Ar Rasyidin menjadi sumber aspirasi ilham da\wah dan jihad Islam.
Ibadah thawaf dan sa’I dilakukan secara terserempak dala suasana khusyu’ memberikan manifestasi keagungan Tuhan.Bacaan-bacaan berkumandang, menyucikan dan mentauhidkan Yang Maha Esa.Memberikan tafsiran bahawa kaum muslimin harus hidup dinamis selalu dalam gerak dan perjuangan.

Adapun hajar aswad yang ada di kaabah itu adalah benda yang pernah di letakkan oleh Ibrahim as dulu sebagai tanda untuk memulai thawaf.Hajar aswad itu terletak di sudut kaabah sebelah tenggara sebuah batu pemberian Malaikat Jibril kepada nabi Ibrahim as dalam rangka pembinaan Kaabah.Tak ada suatu kemuliaan dan kesucian pada diri batu itu yang dapat membuat manusia menyembahnya.Memang ia harus di cium oleh orang-orang yang thawaf tetapi ini adalah masalah ta’abbudi.Umar Al Khattab pernah berkata tentang batu hitam itu :Sesungguhnya aku mengerti bahawa engkau ini adalah batu biasa tidak dapat mendatangkan bahaya sebagaimana tidak dapat pula mendatangkan manfaat andaikata aku tidak melihat sendiri rasulullah menciummu nescaya aku tidak akan menciummu ()

Melakukan Sa’I adalah guna peringatan kepada apa yang telah di lakukan oleh Hajar ketika Ismail yang di kandungnya telah lahir, sedang dia terpencil di tinggalkan oleh Ibrahim as beserta seorang bayi yang baru lahir.Ketika persediaan air telah habis dalam suasana kelaparan dankehausan Ismail lalu menangis dengan cemas Hajar berlari-lari kecil antara 2 bukit Safa dan Marwah yang jaraknya 405 meter, hingga 7 kali pulang dan pergi untuk mencari air dia pulang ke tempat Ismail.Di sana dia menjumpai ada air yang keluar dari tanah di hujung kaki Ismail.Dengan rasa hairan bercampur gembira di peluknya air itu seraya berkata : zam zam ! itulah kemudian menjadi sumur zam zam. Dan itulah asal mula suatu lembah yang tandus tidak punya tumbuhan kemudian di ramaikan menjadi negeri.Itulah asal Makkah Al Mukarramah.

Apabila solat jemaah mengandungi hikmah yang besar terhadap pembentukan masyarakat Islam yang dikatanya dilatih lima kali sehari semalam, kemudia meningkat ke solat Jumaat sekali seminggu.Islam mengajarkan lebih lanjut pertemuan besar-besaran antara seluruh muslim sebanyak dua kali setahun.Dengan kewajipan naik haji bererti ummat Islam diharuskan melakukan mu;tamar sedunia tiap tahun.Kaabahlah yang menjadi sumber symbol kesatuan dan persatuan.Pertemuan besar itu tentu banyak hikmahnya apabila kaum musliminnya memanfaatkan buat kepentingan-kepentingan nasional dan internasional.sekarang sudah ada organisasi internasional seperti Mu;tamar Alam Islam dan Rabithat Al Islam biasanya bersidang memanfaatkan kesempatan Haji.

Hikmah lain dari ibadah haji sebagai suatu kewajipan bahawa islam mendorong kepada pemeluknya untuk menjadi manusia yang luas gerak hidupnya, banyak ilmu dan pengalaman, dapat menjelajahi muka bumi ini.Dengan itu mereka dapat mempelajari dunia luar yang belum pernah dijelajahinya.Dengan demikian Islam mengajarkan gerak hidup yang penuh dinamik, luas ilmu pengetahuan dan pengalaman, tidak seperti hidupnya kodok di bawah tempurung.Dengan syarat kemampuan maka secara tidak langsung islam mengajarkan kepada pemeluknya untuk tumbuh menjadi manusia kuat dan perkasa material dan spiritual.Sebaliknya ummat Islam tidak boleh menjadi manusia yang lemah yang selalu bergantung nasib kepada pertolongan dan ihsan orang lain.Sebab itu setiap muslim harus berusaha untuk naik haji.Kalau dia mampu maka hukumnya wajib.Tetapi untuk seluruh umat Islam minimal memasang niat haji sekali dala hidupnya.Kerana barulah sempurna Islam itu manakala seluruh rukun Islam telah di laksanakan.

Kesimpulan

Sebagai penutupnya ilmu fardhu Ain merupakan ilmu yang wajib untuk di tuntut oleh setiap muslimin dan muslimat yang telah memenuhi syarat.Ibadah yang terkandung di dalamnya merupakan penegak kepada ajaran Agama Islam.Ia merupakan perkara yang terpenting untukmerealisasikan sebagai seorang yang islam.Dimulai dengan solat dan di khiri dengan haji jelas memperlihatkan keistimewaan setiap satunya menjadikan Islam bukan agama yang di cipta oleh manusia yang serba kelemahan.Tetapi Islam adalah agama yang syumul merangkumi semua aspek kehidupan sama ada dari aspek rohani, jasmani, hubungan sesama Allah maupun hubungan sesama manusia.