Akidah Melayu Dulu dan Sekarang

AKIDAH MELAYU DAHULU DAN SEKARANG

DEFINISI

Kepercayaan dapat didefinisikan sebagai suatu bentuk keyakinan atau akuan yang kukuh dalam jiwa manusia tentang bebenaran sesuatu[1] Ia merupakan suatu bentuk tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap manusia. Ia juga digambarkan sebagai suatu perkara yang dipercayai mempunyai kelebihan dan kebolehan sesuatu perkara. Kepercayaan juga boleh berasal daripada sesuatu yang dipercayai sejak turun temurun.
Dalam sesebuah masyarakat yang dimaksudkan sekumpulan manusia yang hidup bersama dalam suatu tempat dengan aturan dan cara tertentu, kepercayaan diamalkan secara turun temurun dan dipercayai sebagai suatu yang dipanggil adat. Adat yang diamalkan ada yang bertentangan dengan ajaran Islam dan ada yang tidak. Bergantung kepada amalan yang dilakukan ia mesti didahulukan dengan agama Islam. Ini adalah penting agar aqidah yang dibina dengan asas yang kuat akan rapuh juga disebabkan pengaruh adat yang memakan sedikit demi sedikit keyakinan terhadap Islam. Setiap manusia di dunia ini mempunyai kepercayaan masing-masing berdasarkan cara hidup mereka sama ada direka-reka atau mendapat utusan daripada yang Maha Esa.

Dalam suatu sudut pandangan Islam pula, kepercayaan adalah maksud kepada keimanan menurut istilah iaitu mengakui dengan hati dan mengikrarkan dengan lisan serta melaksanakannya dengan perbuatan[2] Seseorang yang dikatakan beriman apabila hati dan lisannya sudah mengikrarkan syahadah lantas beliau dengan serta mertanya telah pun memeluk Islam. Maksud isi syahadah adalah seperti berikut:

2“ Dengan sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh-Nya. ”

Masyarakat Melayu adalah masyarakat yang tegas dan amat sensitif apabila hal-hal agama dipermain-mainkan oleh golongan-golongan tertentu. Ini jelas dapat dilihat semasa zaman penjajahan British ke atas Kepulauan Tanah Melayu( ketika itu).

Sebagai contoh kes pembunuhan Residen Inggeris yang pertama di Pasir Salak, Perak J. W. W Birch di mana telah menyentuh soal agama dan adat Melayu dalam pentadbiran beliau. Di sini juga menunjukkan bahawa masyarakat Melayu mempunyai pegangan yang kuat dalam kepercayaan masing-masing. Oleh itu, tidak hairanlah wujudnya ungkapan “ Biar mati anak, jangan mati adat ”. Walau bagaimanapun ungkapan sebegini sudah tidak diterima oleh masyarakat kita pada zaman kini. Mereka kini dapat memikirkan perbezaan yang baik dan yang buruk daripada sesuatu amalan adat yang dilakukan. Orang Melayu khususnya yang berada di seluruh Asia Tenggara ini mempunyai adat istiadat mereka yang tersendiri. Oleh itu, setiap tindakan dan pelaksanaan yang ingin disempurnakan hendaklah didahulukan dengan hukum yang ditetapkan dalam agama kita.
Sesungguhnya banyak kepercayaan atau upacara-upacara tertentu sesetengahnya masih menular dalam masyarakat walaupun dalam bentuk yang berlainan. Sebagai contoh dalam masyarakat Melayu bomoh atau pawang adalah berkebolehan untuk
-2-
merawat sebarang penyakit. Oleh itu, ramai dikalangan masyarakat kita yang sentiasa cenderung memohon pertolongan daripada perkara-perkara khurafat dan bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri. Ini akan menyebabkan aqidah orang Islam semakin terhakis lantaran kepercayaan mereka yang merosakkan jiwa.
Kepercayaan juga berkait rapat dengan agama yang berasal daripada perkataan bahasa Sanskrit memberi maksud undang-undang, peraturan-peraturan, upacara-upacara dan pelajaran untuk kebaktian manusia terhadap yang Maha Esa. [3] Oleh itu perkataan agama yang berasal daripada bahasa Sanskrit menunjukkan bahawa masyarakat Melayu banyak mendapat pengaruh dari India sebagai bangsa yang paling lama dan mempunyai penganut agama Hindu-Buddha yang terbesar. Di Malaysia sendiri kita boleh ketahui bahawa pengaruh India dalam masyarakat Melayu amat ketara seperti adat persandingan dengan tepung tawar sehingga ke cara pemakaian kain pelikat oleh golongan lelaki.
Dalam Islam sebagai agama samawi, maksud kepercayaan adalah bersamaan dengan keimanan. Jika seseorang itu yang tidak mengakui akan wujudnya Allah S.W.T maka dia sudah tergolong dalam orang-orang yang kafir dan dianggap zalim terhadap diri sendiri. Sesungguhnya pembahagian kafir ada empat iaitu :
Kafir Ingkar
Kafir Juhud
Kafir Inad
Kafir Nifaq

Maka kepercayaan kepada sesama makhluk sebagai tuhan juga disebut keimanan. [4] Walau bagaimanapun, ini telah termasuk dalam satu perbuatan mensyirikkan Allah sebagai tuhan yang patut disembah.
Syirik adalah seseorang yang menjadikan Allah sekutu dengan sesuatu yang hanya berhak untuk Allah. Ini sama maksudnya dengan perbuatan menyembah Allah tetapi disamping itu dia menyembah beberapa tuhan yang lain untuk memohon pertolongan di mana sebenarnya ia hanya layak untuk Allah sahaja. Ini disebutkan syirik akbar. Maksud firman Allah S.W.T :


“ Barangsiapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya. ”
( Al-Kahfi : 110).

Orang-orang yang melakukan syirik dianggap sangat zalim.

Masyrakat Melayu
SEBELUM


Bentuk-bentuk
Tamadun Melayu yang sudah wujud selama 5000 tahun dahulu sudah tentu melalui pelbagai penerimaan pengaruh daripada tamadun – tamadun yang berkuasa dan terbesar. Oleh itu, sebelum kedatangan Islam terdapat bermacam – macam kerpercayaan dan anutan yang diterima oleh masyarakat Melayu seperti animisme, pengaruh Hindu – Buddha, pemujaan manusia dan bermacam lagi.

Animisme
Kepercayaan ini adalah anutan masyarakat Melayu yang tertua sekali. Ia bermaksud kepercayaan terhadap makhluk – makhluk halus dan roh. Selain itu, ia juga melibatkan kepercayaan terhadap kejadian – kejadian alam seperti kilat, hujan dan gempa bumi sebagai mempunyai semangat dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat Melayu juga mempercayai bahwa padi mempunyai semangat dan oleh itu ia harus dipuja agar padi dapat tumbuh dengan subur untuk penanaman akan datang.
Sesungguhnya, kepercayaan ini bertentangan dengan ajaran Islam yang syumul dan tiada cacat celanya. Seperti dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“ Pada hari ini aku telah sempurnakan bagimu agamamu, dan aku telah cukupkan bagimu nikmatku dan aku telah redha Islam itu menjadi agamamu “
( Surah al – Maidah : 3)
-5-

Seterusnya, kepercayaan dan pemujaan terhadap makhluk ciptaan Tuhan iaitu dengan meyakini bahawa ia boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada mereka. Ada juga golongan masyarakat Melayu yang memuja manusia sendiri di mana orang itu suatu ketika dulu pernah berbakti kepada masyarakat. Perkara ini amat dilarang dalam agama Islam kerana ia sudah dianggap mensyirikkan Allah.
Firman Allah S.W.T bermaksud :

“ Mereka menjadikan orang – orang alim mereka dan rahib – rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah dan al Masih putera Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa, tiada Tuhan selain Dia. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan. “
( Surah at Taubah : 31)

Mempercayai puaka dan penunggu juga merupakan suatu bentuk kepercayaan animisme yang dipegang oleh masyarakat Melayu sejak dahulu. Mereka mempercayai bahawa makhluk Tuhan ini boleh memberi pertolongan kepada mereka apabila menghadapi sebarang masalah. Kadang – kadang mereka menggunakan pemujaan untuk menyeru makhluk – makhluk halus untuk mendapatkan bantuan dan bukan
memintanya daripada Allah S.W.T. kepercayaan ini sememangnya berasal sebelum kedatangan Islam lagi.

Kepercayaan Hindu-Buddha
Kepercayaan masyarakat Melayu yang kedua sebelum kedatangan Islam adalah pengaruh daripada Hindu yang sudah terjalin sejak abad ke 2 M. Bentuk kepercayaan ini disebut fahaman Hinduisme. Kerajaan–kerajaan yang banyak mempunyai pengaruh fahaman Hinduisme adalah kerajaan Majapahit, Srivijaya, Singasari dan Kalingga. Setelah itu wujudlah fahaman ‘ sinkretisme ’ bermaksud penggabungan antara agama Hindu – Buddha dengan unsur – unsur kepercayaan peribumi.
Walau bagaimanapun, pengaruh Hindu – Buddha dalam masyarakat Melayu cuma diamalkan oleh selapisan struktur masyarakat sahaja. Sebagai contoh, agama ini cuma diamalkan oleh golongan istana serta golongan bangsawan sedangkan rakyat mengambil sikap acuh tak acuh sahaja terhadap ajaran tersebut. Ini berbeza dengan kedatangan agama Islam ke masyarakat Melayu semasa pemerintahan kerajaan Melayu Melaka di Tanah Melayu. Islam diterima oleh masyarakat Melayu apabila Sultan yang memerintah ketika itu memeluk agama Islam dan ini menjadi ikutan rakyat yang amat patuh dan taat dengan pemimpin mereka. Seterusnya, ajaran yang dipegang adalah dalam bentuk pandangan hidup yang berpaksikan kesenian dan upacara – upacara kejiwaan sahaja. Ajaran daripada fahaman Hindu kebanyakan berteraskan falsafah, logik dan akal fikiran.

Masyarakat Melayu
SELEPAS

Sejarah

Selepas kedatangan Islam barulah masyarakat Melayu keluar daripada kepompong yang penuh dengan kegelapan tanpa sebarang ilmu yang berguna untuk menyinari kehidupan yang penuh pancaroba ini. Asal kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu mempunyai tiga teori di mana kebanyakannya dibawa oleh para pedagang yang datang berdagang di Tanah Melayu. Teori yang pertama mengatakan bahawa Islam dibawa dari India oleh pedagang India-Muslim berdasarkan kepada proses hubungan perdagangan dan kebudayaan yang hampir serupa sekitar abad ke 13 Masihi. Walau bagaimanapun, Islam sebenarnya mula disebarkan semasa abad ke 7 M lagi.
Teori yang kedua pula mengatakan bahawa Islam dibawa dari China dan Champa oleh pelarian( kebanyakannya orang Arab-Islam) dari China yang lari ke Nusantara untuk mencari perlindungan apabila pemberontakan berlaku di China. Kemudian, teori ini diperkuatkan dengan penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu. Teori yang terakhir sangat diterima ramai iaitu Islam dibawa oleh paar mubaligh Arab Islam iaitu semasa zaman pemerintahan Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah.

Bentuk – bentuk

Walaupun kehadiran Islam diterima oleh masyarakat Melayu, masih ada segelintir orang – orang Melayu yang tidak menghayati ajaran Islam sepenuhnya. Ini dapat dilihat melalui persoalan yang berkaitan dengan aqidah mereka. Aqidah mereka mudah terseleweng dengan kepercayaan – kepercayaan khurafat yang telah sekian lama sebati dengan diri orang Melayu. Antara bentuk– bentuk kepercayaan masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam adalah penyelewengan ajaran Islam seperti agama matahari di mana kebanyakan penganutnya berada di negeri Pulau Mutiara dan bersembahyang membelakangi qiblat.
Selain itu, terdapat agama – agama baru muncul selepas Islam diperkenalkan di Nusantara ini. Agama –agama yang wujud ini kebanyakannya dari Indonesia yang mempunyai kepadatan penduduk umat Islam yang tertinggi di dunia. Antara agama yang menjadi kepercayaan masyarakat Melayu ialah agama Pran Soeh, Agama Patuntung, Agama Jawa Asli Republik Indonesia( ADARI), agama Adam Maarifat, agaama Sapta Dharma, agama Baha’i, agama Toani Tolotangdan agama Suci Akhir Zaman. Di sini akan dihuraikan serba sedikit tentang kepercayaan agama-agam tersebut.
Agama Pran Soeh
Dasar kepercayaan adalah kepada sembahan yang Maha Kuasa dan Tunggal, Rama Pran Suh.
Percaya atas kenabian RPS. Sastrosuwignyo yang dididik Pran Suh.
Mengakui dan membenarkan kerasulan nabi Muhammad S.A.W serta Nabi-nabi yang lain.
-9-
Menunaikan kewajipan bersembahyang( bersemadi) sebelum tidur.
Sentiasa mencari ilham secara semadi dan melaksanakan hasil ilham.
Membaca surah al-Ikhlas, surah an Naas dan surah al Fatihah setiapkali bersemadi(bersembahyang)
Kitab suci mereka bernama “ Pandom Suci ” kepunyaan Romo Resi Pran Suh.

Agama Patuntung
Kepercayaan ini adalah yan tertua di Sulawesi Selatan iaitu sebelum kedatangan Belanda ke lagi. [5]
Dasar – dasar kepercayaannya adalah menyembah Tuhan Maha Pencipta yang menciptakan alam ini.
Percaya kepada Amma Toa sebagai utusan Tuhan di Tanah Toa.
Percaya kepada arwah Leluhur ysng memberiksn kekebalan di Tanah Toa.
Percaya akan adanya kelahiran kedua.
Taat dan patuh kepada segala printah Amma Toa.
Kitab Suci mereka dipanggil Kitab Panuntung


Agama Jawa Asli Republik Indonesia


Kepercayaan ini bernabikan Dr. Ir. Soekarno dan dibangunkan oleh Mangun Widjojo di Yogyakarta.
Antara dasar kepercayaannya ialah :
Mangun Widjojo mendapat sasmito( wahyu) daripada Tuhan, tuhan menjelma dalam badan Mangun Widjojo maka Mangun pun dapat meramal perkara-perkara ajaib.
Tunggal dengan Tuhan( bergabung dengan Tuhan), Tuhan menjelma ke dalam diri seseorang.

Agama Adam Maarifat
Dasar kepercayaannya adalah :
Percaya kepada Resi Pran Soeh sebagai Tuhan.
Ibadat dilakukan dengan cara Semedi Tidur dengan menyelami alam ghaib. ( sesi berinteraksi dengan tuhan)
Mereka mempunyai nabi yang dipanggil Paduka Rama Resi Pran Soeh Sastrosuwignyo yang sama dengan penganut agama Pran Soeh.
Kitab Suci agama Adam Maarifat ialah Pandung Sukma.


Agama Sapta Darma
Sapta Darma bererti “ Tujuh Kewajipan Suci ”iaitu :
Setia dan tawakal pada kewujudan Allah.
Setia menjalankan undang – undang Negara dengan jujur dan hati yang suci.
-11-
Bersama – sama menegakkan nusa dan bangsanya.
Menolong sesiapa saja bila perlu tanpa mengharapkan balasan kecuali berdasarkan cinta kasih.
Berani hidup berdasarkan kepercayaan penuh diri sendiri.
Sikap dalam hidup bermasyarakat, kekeluargaan, budi pekerti sering menjadi petunjuk jalan yang mengandungi jasa serta memuaskan.
Yakin bahawa keadaan di dunia ini tidak abadi melainkan selalu berubah – ubah( Anyonkro Manggilingan).
Kitab suci mereka adalah buku Wewarah Agama Sapta Darma ilham daripada Bopo Sri Panuntun Gutama lalu dijadikan pedoman dan pegangan penganutnya.

Agama Baha’i
Asas – asas kepercayaan adalah :
Percaya Kepada Tuhan Yang Esa.
Percaya Kepada Nabi Baha’ Ullah.
Percaya bahawa manusia itu hakikatnya satu.
Percaya bahawa semua agama itu sama tujuannya.
Percaya bahawa BAB adalah Utusan istimewa Tuhan.
Kitab suci agama ini berisi amanat-amanat daripada Bab Pesuruh Istimewa ditambah dengan ajaran – ajaran daripada Baha’Ullah.

Agama Toani Tolotang
Seorang lelaki yang bernama La Panaungi dianggap sebagai nabi yang menerima wahyu daripada Dewata Seuwae. Berikut adalah asas kepercayaan para penganut agama ini :
Yakin dan percaya wujudnya Dewata Seuwae( Tuhan Semesta Alam)
Yakin dan percaya atas wujudnya Lino Paimeng( Hari Kemudian)
Yakin dan percaya bahawa dunia ini akan mengalami Kiamat.
Yakin dan percaya bahawa La Parenrengi menerima wahyu daripada Dewata Seuwae.
Yakin dan percaya bahawa Lontara sebagai Kitab Sucinya.
Manakala terdapat pula empat rukun dalam agama ini :
Tiada Tuhan Yang patut disembah selain Dewata Seuwae.
Melaksanakan kewajipan Toani terhadap nenek moyang(Attomatoangeng)
Malili Sipakainge, Mali’ Siparappe, Rebba Sipatokkong( saling bergotong royong)
Mar Ellau. ( berdoa)


Selain itu ada kepercayaan lain berkaitan masyarakat Melayu khususnya melibatkan keadaan persekitaran mereka sendiri yang dipanggil adat. Antara kepercayaan-kepercayaan dalam adat-adat ialah :
Adat Membayar Nazar
Terdapat kepercayaan kepada tempat-tempat keramat, perkara-perkara keramat untuk bernazar dan sembelihan korban kerananya.
-13-


Adat Mandi Membuang Sial
Terdapat kepercayaan kepada sial majal pada sesuatu, kepercayaan kepada kekuasaan yang ada pada sesuatu. Kepercayaan kepada jin, jembalang, malaikat dan tenaga ghaib boleh menolong membuang sial majal.

Adat Mandi Safar
Terdapat kepercayaan kepada sial majal pada bulan Safar dan bala turun dengan banyaknya pada hari Rabu akhir bulan serta cara menolaknya dengan Air Safar.

Adat Melenggang Perut
Kepercayaan kepada mudahnya melahirkan anak dengan melenggang perut. Kepercayaan kepada rezeki dan kepercayaan kepada hantu boleh merosakkan ibu yang melahirkan anak.

Adat Merenjis Tepung Tawar
Terdapat kepercayaan kepada jin boleh merosakkan kehidupan manusia yang perlu diminta pertolongan daripadanya. Kepercayaan adanya semangat pada tepung tawar iaitu seri mani dan kepercayaan kepada keberkatan tepung tawar.
Adat Memuja Kampung
-14-
Terdapat kepercayaan kepada jin afrit hantu jembalang yang boleh merosakkan kampung sebab itu perlu meminta pertolongan daripada jin itu dengan melakukan pemujaan dan sebagainya.

Adat Memuja Semangat Padi
Terdapat kepercayaan kepada semangat padi dan rezeki boleh bertambah atau berkurang dengan pemujaan.


Daripada kepercayaan-kepercayaan yang adat yang dinyatakan di mana ia banyak mengandungi unsur syirik maka adalah tidak wajar bagi orang Islam menghidupkan mana-mana adat yang bertentangan dengan Islam, baik dengan alasan menghidupkan kebudayaan atau lainnya, maka tetaplah haram. orang yang menghidupkan atau membesarkan perkara yang syirik supaya diikuti orang lain, sesungguhnya dia telah bertentangan dengan aqidah Islam atau dengan lain perkataan dia sudah KAFIR. [6]
Tugas orang Islam mengikuti ajaran Islam sepenuhnya kerana Rasulullah pernah bersabda bermaksud :
“ Apabila saya memerintahkan kamu dengan sesuatu perintah, hendaklah diikuti sekadar yang termampu. Dan apabila saya larangkan daripada sesuatu hendaklah kamu jauhi. ”
-H. R. Muslim-

KESAN – KESAN


Bentuk – bentuk kepercayaan seperti yang dinyatakan boleh membawa kepada berbagai – bagai kesan( kemudharatan) dalam kehidupan setiap individu dan masyarakat. Antara akibat yang akan dialami oleh golongan yang mempercayai amalan–amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam adalah :

Ia boleh menjatuhkan taraf kemanusiaan
Kepincangan dalam beraqidah
Mengabaikan perundangan Islam
Wujudnya pelbagai budaya mungkar

Apabila ada segolongan yang masih mempercayai kepercayaan-kepercayaan karut, pegangan aqidahnya tidak lagi kuat kerana amalan-amalan tersebut bercanggah dengan konsep Tauhid Rubbubiyyah dan Uluhiyyah.



Dalam pemerhatian yang dapat kita lihat daripada kepercayaan – kepercayaan yang pernah dipegang oleh masyarakat Melayu terdapat banyak kesan buruk dan akibatnya kepada sistem aqidah umat Islam.
[1] Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Keluaran 1988, Hal: 441
[2] Dr. Muhammad Rofiq, Kepercayaan Islam, Ptalmaarif, Cetakan 1981, hal:15

- 1 -
[3] H.M.AS’AD EL HAFIDY, Aliran-aliran Kepercayaan Dan Kebatinan Di Indonesia, September 1977, Hal : 85

- 3 -
[4] Kepercayaan Islam , Dr. Muhammad Rofiq, cetakan 1981, penerbit Ptalmaarif, hal:9

- 4 -
[5] Dr. Mattulda , Guru Besar Universitas Hassanuddin , Makasar.
- 10 -
[6] Ismail Awang, adat orang-orang Melayu Yang Bertentangan Dengan Aqidah Islam, hal :154
Penerbitan Pustaka Aman Press, cetakan kedua 1984
- 15 -



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com