Kedudukan Ulamak Dalam Islam

PENGENALAN (DEFINISI ULAMA)

Kata ulama bermaksud orang yang mengerti atau orang yang berilmu atau orang yang berpengetahuan. Kata ulama adalah jama’ dari kata tunggal ‘aalim yang bermaksud orang yang berilmu. Kata ‘aalim adalah isim fa’il dari kata kerja (fi’il) ‘aalima yang ertinya ia telah mengerti atau ia telah mengetahui. Menurut bahasa masyarakat Indonesia, ulama diertikan sebagai orang yang berilmu. Ini adalah sesuatu yang salah tetapi ia seakan-akan tidak di anggap salah kerana sudah biasa menjadi sebutan umum. Menurut erti ulama oleh masyarakat Indonesia iaitu sebagai seorang yang berilmu, ia mengandungi erti yang seluas-luasnya secara umum iaitu meliputi semua orang yang berilmu tanpa mengira apa sahaja ilmunya. Apabila kata ulama ini dihubungkan dengan perkataan lain maka ertinya hanya mengandungi erti yang terbatas dalam hubungannya itu. Contohnya seperti ulama fikih ertinya orang yang mengerti tentang ilmu fikih, ulama kalam maknanya orang yang arif dalam ilmu kalam dan sebagainya. Menurut bahasa Indonesia yang mana ia masih berlaku sampai sekarang ini kata ulama atau alim ulama diertikan untuk orang-orang yang ahli tentang agama Islam iaitu orang yang mendalami ilmunya dan pengetahuannya tentang agama Islam serta cabang-cabang urusan agama Islam. Menurut H.Rosihan Anwar, yang dimaksudkan dengan ulama itu adalah orang-orang yang berpengetahuan dalam soal agama yang antara lain ahli dalam hokum syariah, faham fikih atau tasawuf, tergantung dari bidang spesialisasi yang disukainya atau dipilihnya.

ULAMA SEBAGAI PENYIAR AGAMA ISLAM ATAU DA’I

Perkataan da’I membawa maksud pengundang atau pengajak, mengundang manusia kepada agama Allah iaitu agar manusia mahu beriman dan melaksanakan ajaran-ajaran Allah SWT. Dalam erti kata yang lebih mudah perkataan Da’I boleh didefinisikan sebagai penyiar atau penyebar agama Islam. Ajakan kepada Islam terhadap manusia atau dakwah Islamiah adalah merupakan satu kewajipan bagi semua orang Islam. Kewajipan dakwah Islamiah dan amar maaruf nahi mungkar dibebankan kepada setiap muslim, maka setiap orang Islam wajib berdakwah sesuai dengan kemampuannya. Orang yang berilmu berdakwahlah dengan ilmunya, orang yang tidak berilmu tetapi berharta berdakwahlah dengan hartanya, orang yang tidak berilmu dan tidak mempunyai harta tetapi mempunyai tenaga maka wajiblah dia berdakwah dengan tenaganya dan bagi orang yang mempunyai buah fikiran yang bagus wajiblah dia menyumbangkan buah fikirannya bagi kepentingan dakwah Islamiah. Sedangkan seorang muslim yang hanya mempunyai pengertian agama satu sahaja wajib untuk menyampaikan ayat tersebut kepada orang lain, apatah lagi seorang ulama yang banyak ilmunya. Ulama ini mempunyai tugas yang penting di dalam menyiarkan agama Islam. Kepentingannya di dalam menyiarkan, menyebarkan dan menjelaskan agama Islam diperlukan dalam segala waktu dan saat. Baik pada masa damai atau perang, masa bahagia atau sejahtera, suasana gembira atau susah, keadaan sihat atau sakit dan sebagainya. Pada masa peperangan di zaman Rasulullah, tidak semua kaum muslimin baik pemuda atau orang tua harus meninggalkan Kota Madinah untuk berperang, tetapi mestilah masih ada golongan yang tinggal untuk mempelajari dan memperdalamkan agama Islam daripada para ulama. Di dalam al-Quran hal ini disabdakan oleh Allah dalam surah at-Taubat ayat 122 yang membawa maksud, ‘Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman itu pergi semuanya. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.’ Surah atTaubat 122.
Tentunya dalam hal ini kedudukan atau peranan orang-orang yang banyak ilmunya amat penting walaupun pada masa peperangan iaitu tetap berfungsi sebagai penyiar dan penyebar agama Islam dan mencerdaskan umat. Bagaimana sekiranya ulama tidak menjalankan peranannya dengan baik, tentu sahaja ia akan dituntut Allah di akhirat nanti. Begitu juga keadaannya kepada ulama yang hanya memainkan peranan hanya kepada keluarganya. Dengan yang demikian peranan ulama tidak hanya tertakluk pada keluarganya sahaja tetapi juga terhadap umat yang nanti dimintai pertanggunganjawabnya pula oleh Allah di akhirat kelak.2
ULAMA SEBAGAI PEMIMPIN ROHANI

Sebagaimana telah diketahui oleh umum, oleh para ahli dan telah nyata di dalam bukti, bahawa yang dinamakan manusia ialah bukan hanya jasmaninya sahaja tetapi adalah gabungan antara jasmani dan rohani. Bukan hanya zahir sahaja malah gabungan antara zahir dan batin, badan dan jiwa, yang mana bila hanya salah satunya sahaja, umpama hanya badan dan jasmani sahaja tiada jiwa dan rohani maka akan pincanglah dan pecahlah yang dinamakan manusia itu. Terbukti bila jasmani yang sakit, rohani dan jiwa ikut terganggu. Sebaliknya bila jiwa dan batin yang sakit badan dan jasmani juga turut terganggu. Menurut ahli pula yang dinamakan hidup itu bukanlah naik turunnya nafas di dada, tetapi jiwa dan rohani yang seimbang dengan badan dan jasmani. Seorang ulama sebagai pemimpin rohani, ertinya memimpin dan membimbing umat dalam bidang rohani. Dalam hal ini, menurut ajaran Islam adalah memimpin dan membimbing umat agar mereka benar dalam menghayati agamanya. Jelasnya di sini, ulama yang melaksanakan fungsinya sebagai pemimpin rohani umat adalah memimpin umat dalam bidang rohani. Untuk lebih jelas akan diberi pengertian tentang apa itu Islam. Jika Islam boleh dikatakan sebagai satu system, maka Islam mencakupi tiga bidang iaitu akidah, syariah dan akhlak. Bidang akidah meliputi segala kepercayaan dalam rukun Iman yang enam, bidang syariah meliputi ibadah dan muamalah dan bidang akhlak meliputi akhlak terhadap khaliq dan sesama makhluk. Ulama mendidik agar rasa rohaniah umat sesuai dengan apa yang diharapkan oleh ajaran Islam. Ini kerana segala bentuk kegiatan keduniaan manusia yang dimanifestasikannya dalam bentuk kegiatan budaya, kalau tidak mendapat siraman Islam, tidak diwarnai oleh jiwa Islam maka akhirnya tidak akan menjadi ibadah kepada Allah. Bentuk luar adalah sekadar lambang fizik yang bilamana tidak dijiwai oleh Islam tidak akan menjadi ibadah sebagai pengabdian kepada Allah. Bila ulama tidak melaksanakan peranannya, ia dikatakan tidak mempunyai tanggungjawab terhadap bidang ini, maka rasa rohaniah umat tidak akan terkehendaki akhirnya akan wujudlah hal-hal yang tidak elok dari tingkah laku umat. Dengan ini, akan terjadi ada tubuh tanpa jiwa, ada jasmani tanpa rohani, ada gerak tanpa roh dan akibat dari ini, tingkah laku umat tampak gagah, mempesona, mengagumkan dan menakjubkan tetapi kosong dari kedamaian, kosong dari ketenteraman dan bahkan hanya kulit yang ada tanpa isi. Semua akan jadi hambar, tampak hipokrit dan riak belaka. Tentu sahaja semua ini tidak dikehendaki oleh Islam maka bila ulama tidak menjalankan fungsinya berusaha membimbing umat untuk mengisi rona laku perbuatan umat akibat negatif yang terjadi. Di sinilah letaknya peranan ulama sebagai pemimpin rohani.3

ULAMA SEBAGAI PENGEMBANG AMANAH ALLAH

Segala kewajipan dari Allah yang dipertanggungjawabkan kepada manusia boleh dikatakan sebagai amanat dari Allah. Ini dapat ditegaskan lagi melalui surah Al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud : sesengguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya. Dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.
Apa yang diamanatkan itu ialah segala hak yang dipertanggungjawabkan kepada seseorang baik berupa tindakan, perbuatan dan perkataan atau kebijaksaan dan kepercayaan hati. Perkara yang berhubungan dengan ulama dalam hal ini, adalah ulama itu berkewajipan memelihara amanat dari Allah, berupaya memelihara agama Allah dari kerosakannya, menjaga agama Allah agar tidak dikotori oleh manusia dan menunaikan segala perintah Allah. Amanah dari Allah yang berupa kewajipan beribadat kepada Allah hendaklah ditunaikan jika tidak ulama itu diertikan berlaku khianat kepada amanat yang disampaikan Allah kepadanya. Allah mempertaruhkan ilmu pengetahuan kepada ulama agar ummat tidak menyembunyikan kebenaran yang seharusnya dibuka kepada ummat. Menurut Rasulullah orang yang mengkhainati sesuatu perkara yang dipercayakan kepadanya ia termasuk telah memiliki satu alamat munafik. Ummat selalu memerhatikan gerak geri ulama. Setiap gerak geri ulama sentiasa menjadi tontonan dan ikutan ummat. Bagi orang-orang yang kurang imannya dia mendikan ulama yang terlibat dalam perkara yang tidak baik sebagai dasar dan alasan untuk menirunya.sebagai kesimpulan bagi peranan ulama yang ke tiga ini Rasulullah SAW telah bersabda bahawa: ulama itu adalah para pemegang amanat allah atas segenap makhluknya.4

ULAMA SEBAGAI PEMBINA UMMAT

Ulama sebagai pembina ummat merupakan peranan ulama yang keempat yang akan dihuraikan di sini. Ulama yang mempunyai pengaruh yang luas berkesempatan untuk mengambil bahgaian dalam menentukan apa dan bagaimana pola yang harus dimiliki ummat. Kelompok manusia yang telah mengakui bahawa ulama itu sebagai pemimpin dan pembimbing mereka akan menjadi idola bagi mereka, setiap tutur kata ulama dipatuhi dan setiap gerak geri ulama diikuti atau diteladani. Di sinilah peranan ulama di dalam membina ummat amat penting. Tidak diragukan lagi bahawa ulama juga berkewajipan untuk membina ummat agar mereka mempunyai citra, tingkah laku dan pandangan hidup yang sesuai dengan ajaran Allah. Maka jika ini semua telah tercapai pada tiap-tiap orang di muka bumi ini sudah tentu tersusunkah masyarakat yang mempunyai satu tatacara hidup yang sesuai dengan citra ajaran Allah iaitu mempunyai keperibadian tersendiri, mempunyai corak tersendiri. Tentu sahaja corak atau syibghah itu sesuai dengan sabda Allah sendiri dalam surah Al-Baqarah ayat 138 : Syibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik syibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepadanyalah kami menyembah.
Para ulama berkewajipan untuk membina ummat agar sesuai dengan segala amal perbuatan dan berkeyakinan hidupnya dengan syibghah Allah itu. Dan ummat dilarang untuk mengikuti ulama yang melanggar atau tidak sesuai dengan apa yang telah diwariskan para nabi. Rasullullah SAW bersabda: janganlah kamu semua duduk semajlis dengan sembarangan ulama kecuali dengan ulama yang mengajak dari lima perkara iaitu dari keraguan kepada keyakinan, dari riak kepada keikhlasan, dari tamak kepada sederhana, dari takbur kepada rendah hati dan dari permusuhan kepada kejujuran
(HR Abu Nu’ain dari Jubir)
Ulama yang mengajak dari lima perkara kepada lima perkara itulah ulama yang mempunyai sifat mendidik kepada ummat atau kepada sesiapa sahaja yang mendekatinya. Setiap orang yang berada di sisinya tidak lepas dari ajakannya kepada kebaikan, dan ulama tersebut selalu mengajak kepada sesiapa sahaja untuk berbuat kebaikan ini kerana ulama itu sentiasa yakin bahawa semua orang tidak sempurna imannya dan senantiasa memerlukan bimbingan.5
ULAMA SEBAGAI PEMBIMBING UMMAT

Rasullulah SAW bersabda: ulama itu adalah pemimpin (HR Ibnun Najjar dari Annar r.a) dan Sesungguhnya ulama di bumi ini adalah bagaikan bintang-bintang di langit. Dengan dia (bintang) , ummat ditunjukkan jka dalam kegelapan baik di darat mahupun di laut
(HR Al Ajuni dari Annas r.a)
Menurut dua sabda di atas ulama adalah penuntun, pembimbing dan pemimpin. Tentunya tugas pemimpin adalah menunjukkan jalan dan membimbing umat ke jalan yang benar. Bagaikan bintang-bintang di langit di kala alam gelap, pelaut ataupun orang yang didaratan mengambil manfaat pada bintang tersebut sebagai penunjuk jalan. Demikian pula ulama tugasnya adalah menunjukkan jalan kepada ummat yang sedang mengalami kegelapan fikiran dan kebingungan. Sekiranya ulama tidak menjalankan peranannya dengan bertanggungjawab maka kerosakan akan menimpa ummat dan ulama tersebut akan menanggung dosa yang besar. 6

ULAMA SEBAGAI PENEGAK KEBENARAN

Semua pendokong Islam untuk menegakkan agama Islam itu dengan segala daya dan kemampuan yang dimilikinya. Semua orang Islam tidak lepas dari percubaan dan rintangan dalam mengamalkan ajaran agama Allah dan dalam menuju keredhaan Allah. Tetapi bagi para ulama cubaan dan rintangan itu lebih besar datangnya daripda rintangan yang dialami oleh orang-orang biasa. Bagi musuh-musuh yang hendak menghapuskan Islam, mereka akan menghapuskan tokoh ulama terlebih dahulu. Apabila tokoh ulama telah berjaya ditewaskan mudahlah bagi pihak musuh menjatuhkan ummat yang lain. Kalau penegak atau tiangnya telah hancur atau roboh mestilah seluruh bangunan yang lain kan ikut roboh. Maka dengan itu agama Allah juga akan turut hancur. Apabila para ulama tidak menjunjung tinggi ajaran Islam, tidak menegakkan dan mempertahankan ajaran Allah tentu rosaklah ummat yang menjadi pendokong ajaran Allah. Terdapat ulama-ulama yang menderita disebabkan oleh siksaan dari orang-orang yang tidak berperikemanusiaan ada yang sampai mati kerana disiksa, mati dalam penjara dan lain-lain. Semua ini adalah semata-mata untuk mempertahankan dan menegakkan kebenaran.7

PENUTUP

Peranan ulama dalam membimbing dan memimpin ummat dalam menuju kepada takwallah adalah tanggungjawab yang besar. Para ulama dan pemimpin Islam harus mempunyai jiwa kepimpinan dan tanggungjawab atas kepimpinannya itu dan juga harus mengetahui agama serta ummat yang di pimpinnya itu kerana para ulama menjadi ikutan ummat yang lain.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com



Perpindahan Ilmu Islam Ke Barat

Perpindahan Ilmu Islam Ke Barat

PENGENALAN

Keagongan sains dan teknologi terkini tidak dapat dipisahkan dari semangat penyelidikan baru yang dicetuskan oleh islam. Selama 8 abad(92-897H – 711-1492M) orang-orang islam menjadi perintis dan pelopor tamadun yang tersendiri di Andalus. Mereka didorong oleh semangat cintakan ilmu maka sarjanj-sarjana Muslim mendaki setiap ketinggian intilektual dan mengatasi setiap halangan fizikal sehingga orang-orang islam berjaya memberi sinar dan kemajuan kepada masyarakat Eropah. Tradisi mengkaji dengan bebas disamping menghargai fikiran manusia merupakan kejayaan paling manis dalam kehidupan intelektual orang-orang islam. Lantaran itu, bumi Andalus ketika itu dipenuhi dengan institusi-institusi pengetahuan yang memperdebatkan idea-idea tanpa halangan dan mencari ilmu pengetahuan sebagai satu ibadah. Orang-orang islam menjadi pemimpin dan guru dalam semua daya kreativiti dan aktiviti yang dilakukan sehingga Andalus menjadi symbol kekuatan dan keagongan Islam dan dianggap sebagai “The torch of Europe”

Bumi Andalus merupakan puasat yang terkenal
Telah membawa sinar dan perubahan kepada dunia
Menjadi tumpuan untuk mendapatkan ilmu pengetahua

DEFINISI ILMU

Menurut Gong Fu Xi(Comnfucius) ilmu ialah “Apabila kamu mengetahui sesuatu,menunjukkan yang kamu tidak tahu”. Ungkapan ini membawa maksud bahawa ilmu itu merupakan suatu kebenarkan dan keyakinan.
Plato pula mentakrifkn ilmu sebagai “As a kind of conversion of the soul from darkness to light”. Definisi ini dapat diterjemahkan ilmu sebagai suatu pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan. Dalam bentuk yang lebih terperinci pemahaman Plato mengenai ilmu telah diterjemahkan sebagai “pemilikan sifat sebenar sesuatu. Sifat sebenar ini tidak terdapat melalui pancaindera tetapi melalui idea atau bentuknya yang kekal, semesta dan tidak berubah-ubah”. Menurut Plato, setiap manusia ada roh dan jasad. Roh itu bersifat abadi dan kekal, dan dapat memelihara dirinya daripada segala perubahan yang buruk dan yang baik yang datang daripada jasad yang membalutinya. Roh itu banyak tingkatan bentuknya. Dari tngkatan inilah ia memanjat kepada suatu bentuk yang sempurna setelah ia menjauhkan dirinya daripada unsure-unsur bendaan. Pada waktu itulah ia dapat memahami segala-galanya yang dianggap sebagai kemuncak ilmu.
Imam Ghazali(ra) mentakrifkan ilmu sebagai ‘Suatu kepastian secara demonstratif; cahaya(nur) merupakan anak kunci kepada ilmu, dan untuk sampai kepada ilmu yang pasti mestilah melalui pengalaman langsung(dhauq).
Firman Allah(swt) yang bermaksud;
“Sesiapa yang tidak diberi cahaya oleh Allah nescaya dia tanpa cahaya sedikit pun”.

Firman Allah(swt) yang bermaksud:
“Dan untuk dijadikan penyeru agama Allah dengan izin-Nya dan untuk dijadi cahaya yang menerangi”.


Ilmu ialah suatu kepastian secara demonstratif; cahaya(nur) merupakan anak kunci kepada ilmu.

PERTEMBUNGAN ANTARA TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN DUNIA

Pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia sudah berlaku sejak zaman awal Islam lagi. Sebelum kelahiran Nabi Muhammad(saw) sudah wujud beberapa tamadun seperti tamadun Babylon di Mesopotamia, Iraq; tamadun Yunani, tamadun Parsi, tamdun Rom, tamadun India dan tamadun China.
Pada zaman peluasan pengaruh Islam di Iraq, Syria, dan Mesir di sepanjang pemerintahan kerajaan Khulafa’ al-Rasyidin, masyarakat Islam telah menemui pelbagai tamadun di kawasan yang di duduki. Di Iraq, mereka bertembung dengan tamadun Babylon dan Parsi, di Syria dan Mesir mereka bertembung dengan tamadun Yunani dan Rumawi. Setelah pengaruh Islam meluas sehingga ke India dan China pada zaman Bani Umayyah dan ‘Abbasiyah’, mereka bertembung pula dengan tamadun India dan China. Tetapi pertembungan yang paling meluas berlaku ialah antara tamadun Islam dengan tamadun Eropah sewaktuorang Islam memerintah Andalusia dan Sicily.
Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun dunia, khususnya tamadun Eropah adalah melalui beberapa saluran seperti perniagaan, peperangan, diplomatic, kebudayaan dan pusat pengajian. Orang Islam keturunan Arab memang terkenal dalam perniagaan. Nabi Muhammad(saw) adalah contoh utama dalam bidang perniagaan. Baginda pernah berniaga hingga ke negeri Syam(Syria), Baginda sempat melihat tamadun orang Kristian di sana. Begitu juga tokoh-tokoh Islam yang lain sewaktu pembukaan negeri Iraq, Syam dan Mesir dalam siri peperangan dan penaklukkan di kawasan tersebut telah menyaksikan pelbagai kebudayaan dan tamadun dari pelbagai bangsa yang tinggal di kawasan tersebut. Dalam pada itu berlakulah interaksi dan analisis antara masyarakat Islam dan bukan Islam. Dengan kata lain, tamadun dunia telah terdedah di hadapan mata orang-orang Islam dan begitu juga sebaliknya. Kedua-dua tamadun itu saling ambil-mengambil dan pengaruh-mempengaruhi antara satu sama lain.
Hubungan tamadun Islam dengan tamadun Eropah menjadi semakin dekat apabila munculnya pemerintahan Islam di kawasan Afrioka Utara. Sepadan antara Afrika Utara dengan Eropah hanyalah Laut Mediterranean. Melalui Laut Mediterranean orang Islam merentas ke Sepanyol dan Sicily dan seterusnya ke Portugal dan selatan Perancis.
Negara-negara tersebut dianggap sebagai jambatan yang menghubungkan pertembungan kebudayaan dan intelektual. Kaum pedagang, para intelek dan tokoh-tokoh agama dari kedua-dua pihak sering berulang-alik antara negeri-negeri tersebut. Di situ jugalah terdirinya institusi pendidikan dan perpustakaan yang dilengkapi buku ilmiah hasil karangan tokoh-tokoh Islam. Para pelajar dari seluruh dunia telah tertumpu ke situ untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Selain usaha pelajar, penduduk tempatan yang beragama Islam yamg dinamakan Mudejars yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Kristian di Eropah turut memindahkan ilmu pengetahuan Islam pada masyarakat Barat.
Perkembangan tamadun Islam di bahagian Barat sejajar dengan perkembangan tamadun Islam di sebelah Timur yang berpusat di Baghdad kerana tokoh-tokoh Islam di kedua-dua pihak sering berulang-alik. Di Baghdad telah didirikan sebuah pusat ilmu pengetahuan yang dipanggil Bait al-Hikmah pada zaman Khalifah al Ma’mun. Antara kegiatan yang dijalankan oleh institusi ini ialahmenterjemah karya ilmiah daripada bahasa Yunani ini kemudiannya diperkembangkan oleh orang Islam dan seterusnya dipindahkan ke Eropah. Proses pemindahan tamadun Islam ke Eropah pada awalnya berlaku secara aman, tetapi setelah itu bertukar secara kekerasan melalui Perang Salib.
Sebelum berlakunya Perang Salib, masyarakat Eropah boleh dikatakan berada dalam kejahilan seperti yang digambarkan dalam pentahapan sejarah Eropah yang dikenali sebagai zaman Gelap,iaitu antara abad ke-4M hingga abad ke-7M lagi telah mencapai kemajuan dalam bidang ilmu pengetahuan. Perkembangan ilmu pengetahuan sampai ke kemuncaknya pada abad ke-10M, 11M,dan 12M. Dalam peristiwa Perang Salib yang berlaku selama 200 tahun(antara abad ke-12M hingga 14M), masyarakat Eropah telah mengambil kesempatan mencuri dan merampas banyak tamadun Islam dan dibawa ke negara mereka. Contohnya, Hospital Les Quinze-Vingt yang di Paris oleh Louis lX mengambil contoh dan kelengkapan dari Hospital Mur al-din di Damsyik

Berlaku sejak zaman awal Islam lagi
Hubungan tamadun Islam dengan tamadun lain semakin dekat apabila muncul pemerintahan di Afrika Utara
FAKTOR-FAKTOR PERPINDAHAN ILMU ISLAM KE BARAT

a) PERANAN ORANG-ORANG MOZARAB

Mozarab adalah panggilan kepada orng Kristian. Ia diambil dari bahasa arab “musts’ ribun”(orang-orang yang diarabkan)iaitu orang-orang Kristian yang tertarik dan mengamalkan beberapa asprk kebudayaan arab dan tamadun Islam. Mereka turut mempelajari bahasa arab disamping bahasa latin dan Rumawi. Orang-orang mozarab memainkan peranan yang amat penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan Islam ke Eropah. Dengan mempelajari bahasa arab mereka berpeluang membaca karya-karya dan hasil-hasil penulisan orang-orang Islam. Mereka juga membelanjakan wang yang banyak untuk mendirikan perpustakaan bagi menempatkan koleksi-koleksi yang berbahasa arab. Perkembangan ini telah menimbulkan kebimbangan dan bantahan dari Bishop Alwaro. Ini menyebabkan mereka terpaksa menterjemahkan bible ke dalam bahasa arab supaya boleh dibaca oleh orang-orang Kristian yang nyata lebih suka dan fasih menggunakan bahasa arab sebagai bahasa pertuturan melebihi bahasa mereka sendiri sebagaimana yang dilakukan oleh John of Seville pada tahun 1049M. Versi Arab ini kemudiannya dibahagikan kepada Bishop-bishop dan paderi-paderi di semua wilayah Andalus ketika itu. Ini menunjukkan telah wujud hubungan yang erat di antara masyarakat Arab Islam dan Kristian terutama pendudk tempatan. Secara tidak langsung mereka semua turut menyebarkan ilmu-ilmu Islam terutama bidanh falsafah, puisi,dan kesusasteraan.



Orang-orang mozarad menyebarkan ilmu pengetahuan Islam ke Eropah
Mendirikan perpustakaan untuk menyimpan koleksi-koleksi karya dan penulisan orang-orang Islam
b) HUBUNGAN DIPLOMATIK

Sejarah telah mencatatkan bahawa telah wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan Andalus lantaran sikap mereka yang berhasrat memajukan Eropah setanding Andalus, antaranya England, Perancis, Jerman, dan Holand. Mereka menghantar delegasi yang terdiri dari pelajar-pelajar ke Andalus untuk menuntut ilmu seperti sains, kesenian pertukangan dan lain-lain. Mereka juga menghantar pembesar-pembesar dan putera-putera mereka untuk melanjutkan pelajaran di Andalus serta medalami dan mempelajari setiap aspek kemajuan yang dimiliki oleh orang-orang Islam.
Menurut Petter antara rombongan yang tiba ke Andalus ialah Elizaberth sepupu kepada Louis ke lV dari Perancis dan Putera Dubant dari England sementara German pula menghantar perutusan yang diketuai oleh menterinya bernama William. Ketika ini Universiti Cordava yang diasaskan oleh Abd. Rahman merupakan universiti terbaik ketika itu. Ia bukan sahaja menampung pelajar-pelajar muslim tetapi juga pelajar-pelajar Kristian dan Yaahudi dari seluruh perusuk dunis samada Eropah, Afrika dan Asia.
Pada masa pemerintahan Hisham1, Putera Philip telah menghantar pelajar-pelajarnya untuk mempelajari teknik-teknik dan metodologi pembelajaran setiap disiplin ilmu. Secara tidak langsung ilmu-ilmu Islam telah tersebar dengan begitu cepat dan pesat. Ia buakn sahaja menerangi dunia Islam tetapi turut membawa nafas baru kepada Eropah yang masih dalam kegelapan.

Wujud hubungan diplomatik antara negara Eropah dengan Andalus kerana ingin memajukan Eropah
Hantar pelajar dan utusan ke Andalus untuk belajar ilmu pengetahuan

c) AKTIVITI PERTERJEMAHAN

Seiring dengan kemasukan pelajar-pelajar dari seluruh perusuk dunia, aktiviti perterjemahan semakin giat dilakukan. Malah aktiviti ini merupakan salah satu faktor penting yang banyak membantu dalam penyebaran kebudayaan dan ilmu pengetahuan orang-orang Islam ke Eropah. Antara pusat gerakan perterjemahan ialah Teledo yang berjaya melahirkan cendiakawan-cendiakawan yang terkenal seperti Michael Scott, Danial Morley dan Ibrahim Daud al Israili. Buku-buku yang sering diterjemahkan meluputi bidang-bidang ilmu hisap,falaq, mantiq,perubatan, kimia dan botani. Perterjemahan berlaku samada dari bahasa Arab ke bahasa latin atau bahasa latin,Dreek, Yunani, ke Bahasa Arab. Ini jelas diperlihatkan betapa besarnya pengaruh Andalus ke atas dunia Eropah.
Banyak sekolah-sekolah dan universiti diwujudkan di s ekitar Andalus seperti di Corvada,Granada, Toledo dan Sevielle. Pelajaran yang diperkenalan merangkumi bidang undang-undag,perubatan,kimia, falsafah dan astronomi.
Di dalam bidang kemasyarakatan Ibn Khaldun merupakan pemikir sosiologi yang ulung yang menulis banyak disiplin ilmu seperti ilmu hisap,ilmu analisis, kejuruteraan dan hisap perbandingan. Kerja-kerjanya turut menjadi bahan pengajian utama di Barat sehingga abad ke-16. Manakala di bidang pelayaran, buku-buku yang dihasilkan oleh orang-orang Islam telah memberi erti dan amat berharga kepada dunia Barat kerana ilmu ini di dapati banyak mempengaruhi zaman ‘Renaissance’ di Barat seterusnya mendorong kepada berlakunya penerokaan pelayar Eropah ke Timur pada abad ke 16 dan 17M.
Jelaslah Eropah pada masa itu mengkagumi kemajuan Andalus sehingga dikatakan apa saja yang diperlukan oleh Eropah akan diambil dari Andalus. Contohnya Raja Toja dari Navarre telah menbawa puteranya Sioncho ke Andalus semata-mata untuk menguruskan badan

Salah satu faktor dalam penyebaran ilmu pengetahuan ke Eropah
Wujud sekolah dan universiti di sekitar Andalus

d) PEMBUKAAN PULAU SICILY

Setelah berada dibawah kekuasaan Islam selama 800 tahun,(902M-1091M) Sicily telah memainkan peranan langsung dalam pemindahan ilmu Islam ke Barat. Kedudukannya yang strategik di tengah-tengah perjalanan antara Eropah dengan Afrika mendorong ia menjadi pusat perkembanagan intelektual yang penting ketika itu. Antara factor yang mempercepatkan proses keilmuan ialah:
a) Guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah dan masjid-masjid dikecualikan daripada perkhidmatan tentera. Ini membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya dalan bidang-bidang pengajaran.
b) Peranan pemerintah yang turut mencintai ilmu dan berusaha memperkembangkannya. Malah mereka dikatakan aktif dalam bidang penulisan dan menjadi penaung kepada ahli-ahli persuratan Sicily.
c) Secara kebetulan pada zaman pemerintahan Islam di Sicily pada abad ke 10M dan 11M, Qairawan telah muncul sebagai pusat kegiatan intelektualdi Afrika Utara. Keadaan ini membolehkan penduduk Sicily menimba ilmu pengetahuan dari bandar tersebut juga mendapatkan guru-guru terlatih dan mahir untuk mengajar di Sicily.

Hasilnya ramai tokoh-tokoh ulama dan cendiakawan muncul di Sicily pada abad 10-11M. Antaranya Hamzah ai Basri seorang ahli Filologi dan sasterawan, Muhammad bin Khurasan, seorang yang mahir dalam bidang Qiraat. Tokoh-tokoh lain ialah Abd. Ai Haqq bin Muhammad dan Ibn Zaraf(ilmu Kalam), Asad bin al Furut(Fiqh), Abu al Abbas(Hadis), dan Ibn Rashiq(bahasa)
Walaupun akhirnya Sicily di tawn semula oleh orang-orang Norman yang beragama Kristian, mereka telah mengekalkan unsure-unsur keislaman yang terdapat dikalangan penduduknya. Tambahan pula Sicily mempunyai hubungan dagang dengan sebahaguan besar negara-negara Islam. Walaupun berada dibawah pemerintahan bukan Islam tetapi bidang keilmuan masih lagi menjadi agenda utama pembangunan masyarakat dan negara. Jesteru itu tidak hairanlah pemerintah-pemerintahnya seperti Raja Roper dan Frederick terus menberi galakan dalam industri supaya aktiviti perterjemahan diteruskan. Malah ramai pakar-pakar perubatan dan ahli astromoni muslim diminta berkhidmat di istana-istana Sicily. Raja Frederick ll juga dikatakan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan para sarjana di negara-negara Islam sekitar. Atas arahan beliau Michael Scott dan Theodore dari Antioch telah menterjemahkan karangan-karangan dalam bahasa Arab tentang teologi kegunaannya. Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara.
Kesimpulannya walaupun beragama Kristian, pemerintah-pemerintah Sicily terus memberi laluan ke arah perkembangan pemikiran bahasa, sains, dan budaya Islam di Sicily serta mengekalkan system pentadbiran Islam sehingga ada di antara mereka seperti Raja Roger dituduh oleh rakyatnya sebagai penyokong dan penganut agama Islam. Ketika pemerintahannya pegawai-pegawai beragama Islam terus dibiarkan menjawat jawatan masing-masing. Maka sebab itulah Sicily didatangi oleh ramai peniaga-peniaga muslim sehingga jumlah mereka mencecah hampir 2 juta orang. Selepas zaman Roger dan Frederick ll perkembangan intelektual Islam mula mengalami zaman-zaman malap apabila pemerintah-pemerintahnya mula menunjukkan sikap anti kepada Islam dan melakukan pembaharuan yang ketara memusuhi Islam. Akhirnya kegiatan intelektual berpindah semula ke Andalus.

Kedudukannya strategic di tengah-tengah perjalanan antara Eropah dengan Afrika
Mengekalkan unsure-unsur keislaman walaupun di perintah oleh pemerintahan bukan Islam

e) PEMBUKAAN ANDALUS

Penaklukan kaum Muslim ke atas Andalus bermula pada 711Mdi bawah taga orang pemimpin iaitu Tharif bin Malik yang menjadi perintis diikuti oleh Musa bin Nusayr dan Tariq bin Ziyad. Mereka berjaya menawan keseluruhan bumi Andalus pada tahun 711M. Dari sini bermulalah era pemerintah Islam di Andalus. Kedatangan orang-orang Islam ke sana merupakan satu rahmat bagi penduduk Andalus khususnya dan benua Eropah umumnya.
Islam telah membawa perubahan kepada seluruh aspek kehidupan masyarakat samada dari segi politik pentadbiran, ekonomi d, social dan yang paling menonjol ialah dalam aspek ilmu pengetahuan. Dengan kata lain Islam telah berjaya merubah wajah Andalus dari sebuah negeri yang mundur dan miskin kepada satu tahap ketamadunan yang tinggi dan dikagumi oleh dunia.
Orang Islam Andalus telah menyedarkan masyarakat Barat dari tidur seterusnya membawa mereka ke zaman kemajuan dan peradaban. Peradaban Islam di Andalus telah di bawa ke negeri-negeri di Eropah oleh penganut mereka yang belajar di institusi-institusi pengajian tinggi Islam di Cordova, Seville, Malaga dan Granada atau orang-orang Islam yang tinggal di bawah pemerintahan Kristian yang berada hampir di seluruh Andalus dan Portugal yang dipanggil Mudejars(Mudajjerin) atau ia di bawa oleh pihak penjajah Kristian yang pernah hidup bersama-sama orang Islam Andalus.
Sebagai saluran utama penyebaran ilmu Islam ke Eropah, Andalus di datangioleh pelajar-pelajar dari luar untuk menimba ilmu dalam bidang-bidang matematik,astronomi, astrologi, perubatan dan falsafah. Selain belajar, orang-orang Kristian turut memberi sumbangan kepada kegiatan intelektual ketika itu. Antaranya Alfonso Vll telah menubuhkan sebuah institusi penterjemah di Toledo pada 1130M. Institusi ini dikatakan menyemai “Bait al Hikmah” yang pernah dibina di Baghdad oleh [1]orang-orang Islam.


Sedarkan masyarakat Barat dari tidur dan membawamereka ke zaman kemajuan

KESIMPULAN

Perpindahan ilmu-ilmu Islam ke Barat telah membawa banyak perubahan dan kemajuan kepada masyarakat Eropah. Hal ini jelas terbukti pada peringkat awal zaman pemerintahan Abbasiyah, Baghdad disenangi dunia, tetapi akhirnya telah musnah akibat Perang Salib.
Akibat dari itu, satu demi satu negara Islam khususnya di Asia Barat dan dipersekitaran rantau ini dijajah oleh kuasa barat. Pada ketika itu hampir semua negara Islam tidak mampu berdikari, mereka terpaksa bergantung kepada kuasa barat. Zaman ini terkenal dengan zaman kegelapan umat Islam. Ianya berlaku selama lebih kurang 600 tahun. Pada ini pula, pemerintahan secular dan model barat secara besar-besaran mula diperkenalkan ke atas ummah di negara-negara Islam, yang membawa akibat kemusnahan terhadap tradisi, kebudayaan, dan sistem Islam secara beranusr-ansur, di samping penanaman pemikiran penjajah secara halus.
Walaubagaimana pun, Islam adalah satu-satunya agama Allah SWT di muka bumi ini. Ianya tidak akan dilenyapkan begitu sahaja.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com




Teori Kedatangan Islam Ke Nusantara

DEFINISI TAMADUN.
· Berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.
· Berpunca daripada kata kerja “maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku.
· Juga membawa erti membuka Bandar.
· Terbit pula perkataan “madinah” yang bermaksud Bandar dan juga “madani” iaitu orang yang berkelakuan seperti orang Bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku.
· Kesimpulannya istilah “TAMADUN” boleh di takrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa.Ringkasnya tamadun boleh di lihat sebagai pencapaian suatu bentuk budaya tinggi.


Kedatangan islam di nusantara dapat di bahagikan kepada tiga tahap:tahap persinggahan, tahap pertapakan, dan tahap penyebaran pengaruh secara besar-besaran.
Mengenai tahap pertama, ia berlaku sebagai kelangsungan dari ekgiatan perdagangan yang berjalan sejak sebelum kemunculan islam lagi.Ada dua teori yang pernah di kemukakan tentang hubungan arab dengan Asia Tenggara.Pertama, hubungan secara langsung dan kedua hubungan secara tidak langsung.
Mengenai hubungan secara langsung, ini berlaku berikutan dari keperluan barangan yang membawa pedagang-pedagang Arab dari Parsi ke Nusantara.Diantara barang-barang tersebut ialah:lada, rempah, kemenyan dan kapur barus.
Mengenai hubungan secara tidak langsung ini, berlaku apabila pedagang-pedagang Arab dan Parsi menjalankan kegiatan perdagangan dengan China.Memang di akui terdapatnya jalan darat melalui pelabuhan Oc-eo di Funan, tetapi pada umumnya pedagang-pedagang Arab menggunakan jalan lautan, melintasi pesisir India dan Asia Tenggara menurut musim angin.Dalam kegiatan ini mereka menjadikan kawasan Nusantara sebagai tempat persinggahan.
Selepas itu timbul pula tahap kedua di mana terdapat kesan-kesan pertapakan Islam di Asia tenggara.Ini berlaku sepanjang zaman Bani Umayyah (661-750) dan Bani Abasiyyah (750-1258) .Bukti yang selalu di sebutkan ialah tahun674 M.di mana di katakan sudah terdapat penempatan orang-orang Arab-Islam di pantai barat sumatera.Bahkan juga di katakan pada tahun yang sama terdapat orang-orang Ta-Shih di Jawa, iaitu orang-orang Arab atau Parsi yang beragama Islam.
Tragedi yang menimpa umat Islam di China yang kesannya turut di rasai oleh Nusantara.Tragedi pertama ialah pada tahun 878 M apabila tercetusnya pemberontakan oleh Hwang Chao do Canton yang menyebabkan terbunuhnya seramai 100, 000 orang asing dan kebanyakkannya orang-orangg Islam dan Arab.Akibat peristiwa ini ramai pedagang-pedagangg Islam yang melariakn diri ke Kedah dan Palembang.Demikian juga pada masa akhir Dinasti Tang (618-905) seramai 5000 rakyat asing telah di bunh oleh pemberontak yang di pimpin oleh Tien Sheng Kong di wilayah Yang Chow.Mereka terselamat lalu melarikan diri ke tempat yang selamat, termasuk Nusantara.
Penghijrahan pelarian-pelarian tersebut dari China juga menunjukkan yang Islam du nusantara datang melalui negeri China.Dan hujah ini dapat di perkuatkan denagn penemuan batu nisan yang bertarikh 419H/1028m.di Pekan Pahang.dan juga Batu Bersurat yang bertarikh 702h/1303M. di Kuala Brang Terengganu.
Adapun mengenai tahap ketiga, ia berlaku selepas jatuhnya Baghdad pada tahun 1258M akibat serangan Mongol.Dengan kejatuhan ini bukanalh menjadikan dakwah Islam di Nusanatra terbantut, bahkan sebaliknya ia berlaku secara besar-besaran.Oleh Prof. M.A Rauf (Rektor pertama UIAM) di katakannya bahawa perkembangan Islam selepas kejatuhan Baghdad ini merupakan peringkat peralihan agama secara besar-besaran (Mass Conversion) .Dalm peringkat ini pihak yang memainkan peranan penting ini bukan sahaja daripada kalangan orang-orang Arab dan Parsi malah juga orang-orang Indiadan anak tempatan Nusantara sendiri.Mengenai peranan orang Arab, yang pertama sekali di ketahui ialah Syeikh Ismail All-Siddiq yang di utuskan oleh Syariff Makkah.Bersama-sama dengan Faqir Muhammad dari Malabar, Syeikh Ismail menuju ke Sumatera dan khususnya Pasai lalu mengislamkan Meurah Silu (1261-1289) .Dan ketika Melaka di perintah oleh Raja Kechik Besar datang seorang Makhdum dari Jeddah, Sayyid Abdul Aziz, lalu mengislamkan raja Melaka ini.
Dalam peringkat inii kita tidak hartus melupakan saham yang di berikan oleh golongan Sayyid dari Hahramaut dalam perkembangan Islam di Nuasntara.Mengenai peranan Mubaligh dari India, memang dalam jangka masa penting ini mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan Islam di Nusantara.Tetapi nampaknya para sarjana dan sejarawan bertikai pendapata yentang daerah, manakan di India sebagai tempat asal Islam di Nusantara.Misalnya berdasarkan kajian G.P Moquette lalu di R.A Kern membuat kesimpulan yang Islam datang dari kawasan Gujerat.1
KEDATANGAN AGAMA ISLAM ke GUGUSAN PULAU-PULAU MELAYU.

JAWA.
Kemewahan saudagar islam di Demak 2yang berulang alik dari Melaka melahirkan semangat dan kemahuan dalam sanubari rakyat Demak untuk mengasingkan politik dari Kerajaan Majapahityang telah beransur-ansur lumpuh..Dalam tahun 1478M.Demak sudah cukup kuat untuk melanggar Majapahit.Raja yang memerintah Demak pada waktu itu ialah Raden Patah, anak Raja Majapahit yang bernama Bera Wijaya..Beliau kemudiannya berjaya memusnahkan kerajaan Majapahit dan menjadikan Demak sebuah negara kesultanan Islam yang pertama di Jawa.Perkembangan ini memberi kesempatan kepada negeri-negeri yang dulunya di kuasai oleh Majapahit, termasuklah Brunei untuk menerima agama Islam.Pengislaman bahagian pedalaman Jawa di wujudkan oleh pengislaman Raja Mataram, sebuah lagi negeri Hindu yang didirikan di Jawa Tengah dalam abad keenam belas.Walau bagaimanapun apabila Belanda sampai di Jawadalam tahun 1597M, sebahagian besar dari bahagian pedalaman pulau itu masih belum menganut agama Islam.Penarukan di JawaTimur masih tetap menganut agama Hindu sehungga tahun 1641M.Belambangan dengan jayanya menentang Sultan Agong dari Mataram dalam usaha baginda hendak mengislamkan negeri tiu, dan Belambangan hanya memeluk agama Islam dalam kurun yang ke lapan belas.Penjajaran di Jawa Barat belum menganut agana islam sehingga tahun 1570M.dan hanya memeluk agama Islam apabila Penambahan Yusuf Sulyan Mataram kedua menakluki Pakur, ibu negeri Panjajaran, dan membunuh semua kerabat di raja negeri itu dan emeperkenalkan Islam di kawasan tersebut.

BANJARMASIN, KALIMANTAN.
Daerah Kalimantan Selatan yang mulka-mula menganut agama islam ialah Banjarmasin..Dahulunya daerah ini adalah sebahagian daripada jajahan kerajaan Majapahit.Setelah kejatuhan kerajaan Majapahit dalam tahun 1478M.Banjarmasin menerima agama Islam melalui kesultanan Demak, kerajaan Majapahit di Jawa.Menurut cerita-cerita lama, penerimaan agama Islam oleh Banjarmasin adalah sebagai syarat yang di tetapkan oleh kesultanan Demak yang telah mengirim bantuan tentera ke Banjarmasin untuk menghapuskan penberontakan penduduk asli Kalimantan Selatan.




SULAWESI.
Di Pulau Sulawesi, penduduk yang mula-mula menganut agama Islam ialah suku Bugis yang tinggal di Makasar, semenanjung barat daya pulau tersebut.Mereke ini di islamkan oleh seorang mubalugh dari Pedir yang bernama Syekh Ali Al-Kaisar, dengan di Bantu oleh Raja Jalil, anakanda Sultan Kahar, Aceh, kira-kira di akhir kurun kelima belas.Drai daerah ini agama Islam dengan perlahan-lahan masuk ke segenap pelesok.Di Pulau ini agama Islam telah berlimba-limba dengan agama kristian secara jujur dan sihat.
Suku Bugis adalah penduduk yang terbanyakdan yang paling maju dan kaya.Mereka adalah pedagang dan ahli pelayaran yang berani mengharungi segala kawasan perairan di gugusan kepulauan Melayusehingga mereka dapat mendirikan kerajaan kecil di beberapa daerah.3





Sebenarnya tidak ada catatan sejarah yang jelas dan bileh di pertnaggungjawab tentang perkembangan agama Islam ke alam Melayu.Hali ini di sebabkan kurang bahan –bahan penyedilikan yang dapat di kesan oleh ahli sejarah seperti tugu-tugu, batu-batu bersurat dan lain-lain peninggalanbahan –bahan sejarah dari pengaruh Hindu dan Barat.Tetapi wujudnya orang Arab di Timur jauh ini telahoun bermula sejak tahun Hijrah yang pertama atau sejak abad ketrujuh Masehi lagi, bahkan lebih awal dari tahun itru lagi.Ahli-ahli sejarah Arab itu sendiri, seperti Al-Tabari dan Al-Masudi pernah menyatakan bahawa telah ada kapal-kapal yang belayar di antara negeri Arab dengan negeri China sebelum kemuncukan Rasulullah di Semenanjung Tanah Arab.Mereka telah mempunyai tapak perniagaan di sepanjang pelabuhan dari Canton hingga ke Tanah Arab.
Kemudian dalam abad yang kelapan Masehi, terdapat masyarakat Islam yang ramai di Canton di negeri China.Hal ini kemungkinan besar mereka telah mempunyai banyak tempat kediaman di sepanjang jalan perniagaan dari Canton ke Tanah Arab seperti India, Jawa dan Malaya.Tempat kediaman ini makin berkembang lagi apabila orang-orang Moghul dalam abad ke tiga belas Masehitelah melakukan keganasan dan mengganggu perjalanan darat yang menyeberangi Asia Tengah, di mana pusat perniagaan seperti Bukhara, Samarqand, Kabul dan lain-lain tempat telah di kuasai oleh mereka.Hali ini mempereratkan lagi perhubungan di antara orang-orang Islam dari Pedagang Arab dengan alam Melayu.
Dalam abad ke lapan dan kesembilan Masehi, pengembara-pengembara dan pedagang Arab, Parsi, dan India bertumpu ke gugusan pulau-pulau Melayuuntuk melakukan lawatan dan perniagaan di negeri Sriwijaya yang berada dipuncak kebesarannya dan kegemilangannya pada waktu itu.Di antara mereka ini ada yang singgah sekadar berniaga dan ada pula yang menetap dalam masyarakat Melayu.Secara beransur-ansur mereka ini telah mengislamkan penduduk tempatan.

Catan-catan sejarah menunjukkan bahawa alam Melayu telah pun mengenal agama Islam sejak kurun permuklaan hijrah lagi di mana ia merupakan peringkat pengenalan ke atas satu proses penyebaran agama Islam.Sebuah batu nisan di ukir dengan huruf Arab yang bertarikh 1082-1102M.telah di jumpai di gerisik Jawa.Ini bukti jelas yang menunjukkan bahawa pada wakti itu telah ada orang Islam di situ.Cuma penyebaran Islam secara berencana dan beramai-ramai sahaja berlaku di kurun yang ketiga belas Masehi apabila lahirnya kerajaan Islam Pasai di Sumatera Utara.Rekod daripada catatan orang Cina ada menyebutkan berkenaan dengan dua orang utusan yang bernama Sulaiman dan Syansuddin dari Kerajaan Pasai ini dating ke istana Mongol di negeri China dalam tahun Masehi1281.
Sebelum kurun Masehi yang ketiga belas penyebaran agama Islam di kawasan ini berlaku secara tidak langsung.Orang Arab dan India yang dating ke gugusan kepulauan Melayu adalah tujuan utama mereka untuk berniaga.Setelah mereka mempunyai tapak ekonomi yang kukuh maka lahirlah satu penghormatan yang besar di kalangan penduduk tempatan hingga akhirnya dengan senang mereka dapat memperkenalkan agama Islam.
Penyebaran agama Islam di Melaka pula berlaku dalam tahunM.Parameswara menganut agama Islam setelah ia berkahwein dengan Puteri Sultan Pasai yang telah beragama Islam.Parameswara kemudiannya mengubah namanya kepada Megat Iskandar Syah.

Penyebaran agama Islam yang pertama datangnya melalui India di zaman pemerintahan kesultanan Delhi.Masyarakat Melayu wakti itu menyanjung tinggi kemajuan perniagaan dan kebudayaan yang telah di capai oelh pemerintahan tersebut.Tetapi ahli sejarah berselisihan pendapat tentang tempat manakah Islam dari India itu dating ke Nusantara.Ada yang mengatakan dari Pelabuhan Cambay dari daerah Gujerat, ada pula yang mengatakan dari Benggala dalam kawasan Coromandeldi sebelah Timur India.Kebanyakan ahli sejarah menetapkan bahawa Islam datang dari pelabuhan Cambay dari daerah Gujerat, berdasarkan kepada batu-batu nisan yang di jumpai.Batu nisan yang terdapat di perkuburan Sultan Malikus Saleh (1297m) di Pasai, batu nisan Waliullah, Abdullah bin Muhammad (1470M) dan batu marmar di perkuburan Maulana Malik Ibrahim di Gerisik Jawa (1419M) , adalah hasil pertukangan tangan orang Islam di 4Gujerat.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com

Tamadun Islam Suatu Gambaran Umum

Pendahuluan.
Tamadun Islam merupakan salah satu tamadun dunia yang terunggul. Kajian demi kajian telah dilakukan dan sehingga hari ini, masih lagi terdapat penemuan baru dalam tamadun Islam yang belum disingkap oleh masyarakat moden. Sumbangannya tidak ternilai dalam membentuk generasi manusia yang bertamadun dan maju.

Dalam ruangan ini, saya cuba membincangkan beberapa ciri-ciri tamadun Islam yang telah berjaya membina tamadun unggul tersebut. Rangkaian ciri-ciri ini telah dapat menghasilkan satu tamadun yang boleh dilihat dengan jelas pengaruhnya hingga ke Eropah, seluruh benua Asia dan Afrika.

Kajian ini mengetengahkan pendapat-pendapat dan hasil kajian sarjana-sarjana Islam dan juga sarjana-sarjana bukan Islam terhadap tamadun Islam. Ringkasnya ia berpandukan sejarah dan bukan rekaan semata-mata. Selain itu ia juga merujuk kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.

Tamadun Islam.
Tamadun Islam ialah manifestasi kemajuan dan pembangunan yang dibina oleh masyarakat Islam berlandaskan ciri-ciri Islam. Penekanan dalam pembinaan tamadun Islam adalah merangkumi aspek spiritual, material dan intelektual. Ringkasnya Islam merupakan sebuah tamadun yang bersifat ‘Multi-dimensional’.[1]
Terdapat beberapa ciri tamadun Islam yang menjadikan tamadun ini cemerlang dan unik. Berdasarkan tajuk ini, kita akan membincangkan ciri-ciri tersebut dengan lebih mendalam.

Ciri-ciri Tamadun Islam.
Beberapa ciri yang bersifat membantu untuk mencapai matlamat tamadun Islam ialah:

Penggunaan Tulisan.
Penggunaan tulisan adalah salah satu ciri penting tamadun Islam. Ia mempercepatkan proses penyebaran kebudayaan Islam seterusnya mempergiatkan perkembangan ilmu yang memberi kesan terhadap perubahan dalam semua aspek kehidupan umat. Penggunaan tulisan berkait rapat dengan penggunaan bahasa iaitu bahasa Arab. Profesor Madya Dr. M.A.J. Beg telah mengemukakan beberapa pendapat sarjana barat dan Islam tentang bahasa Arab ini.
J.S. Badeau mengatakan bahawa tidak siapa yang dapat meragui tentang perpaduan di antara bahasa Arab dengan tamadun Islam. Malah kedua-duanya telah bersatu sebagai satu sebatian. Sebab itulah pencapaian bangsa Arab lebih dikenali sebagai tamadun Islam dan pemikiran Arab.[2]

M. Nizamuddin pula menjelaskan bahawa tamadun Islam telah diresapi oleh bahasa Arab. Di mana boleh dikatakan semua bidang tamadun Islam telah diresapi oleh bahasa Arab seperti filologi, kamus, fonetik, tafsir al-Quran, ilmu persejarahan, nahu, surat-menyurat, sejarah, akidah, hadis, tasauf, falsafah, akhlak, matematik, astronomi, astrologi, muzik, mekanik, sains-sains natur, perubatan dan lain-lain ilmu seni.[3]
Syeikh Inayatullah mengatakan bahawa untuk memperingati tamadun yang agung di dunia ini iaitu tamadun Islam, maka perlu diadakan kelas bagi mempelajari bahasa Arab kerana bahasa itulah merupakan alat bagi menyampaikan seseorang untuk menikmati tamadun Islam.[4]
H.A.R Gibb juga memberikan pendapat yang lebih kurang serupa dengan Syeikh Inayatullah yang mengatakan bahawa untuk memahami tamadun Islam yang merupakan satu sumbangan yang teragung kepada dunia, seseorang itu mestilah mendalami bahasa Arab.[5]
Menurut J. Schacht, tamadun Islam mempunyai bahasa rasminya sendiri. Bahasa itu ialah bahasa Arab. Bahasa Arab juga adalah merupakan asas kepada kesusasteraan umat Islam yang merupakan salah satu ciri utama tamadun Islam. Bahasa Arab yang bertanggungjawab mengabadikan tamadun Islam.[6]
G.E Von Grunebaum beranggapan bahawa bahasa Arab adalah merupakan lambang bahasa tamadun umat Islam. Ia juga adalah merupakan identifikasi kepada umat Islam dan bangsa Arab sendiri. Bahasa Arab juga dikatakan sebagai lambang kepada keunggulan bangsa Arab sebagai bahasa manusia terbaik. Merekalah yang bertanggungjawab menjadikan bahasa Arab sebagai perhiasan tamadun Islam.[7]
F.W. Fernau menjelaskan bahawa tidak perlu diragukan lagi tentang peranan al-Quran sebagai mukjizat daripada Allah S.W.T yang secara langsung bertanggungjawab mengekal dan mengabdikan kesempurnaan dan ketulenan al-Quran yang kini telah lebih dari 14 abad lamanya. Mukjizat inilah juga yang bertanggungjawab memelihara dan memupuk perkembangan bahasa Arab. Sehingga ia berjaya menjadi bahasa tamadun Islam. Keberkekalan bahasa Arab adalah merupakan satu kes yang unik dan luar biasa di dalam sejarah manusia.[8]
Professor Madya Dr. M.A.J. Beg akhirnya mengemukakan pendapatnya sendiri yang mengatakan bahawa keistimewaan bahasa Arab terletak pada beberapa faktor. Di antaranya ialah bahasa itu adalah merupakan bahasa ibadat kepada Allah S.W.T, bahasa al-Quran, bahasa hadis, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perundangan, bahasa sejarah, bahasa akidah, bahasa ilmu sains, bahasa falsafah dan sebagainya.
Keindahan seni khat di semua negara Islam dari Moroko sampailah ke Malaysia adalah diinspirasikan oleh bahasa Arab. Kebanyakan bahasa di dunia ini termasuk Parsi, Turki, Urdu, Bahasa Melayu, Tausug, Uzbek, Pashto, Sindhi, Arab-Tabil, Tifinagh, Swahili, Ajemik, Malagasi, Slavon dan sebagainya mengambil huruf Arab (jawi) sebagai huruf di dalam tulisan mereka. Ini bererti huruf, bahasa dan Islam mempunyai pengaruh yang mendalam dan luas di dalam tamadun Islam.[9]

Mengapakah bahasa Arab dipilih oleh Allah S.W.t sebagai bahasa al-Quran yang menjadi sumber tamadun Islam? Jawapan yang diberikan oleh al-Maududi adalah seperti berikut. Bahasa Arab yang dimiliki oleh bangsa Arab adalah merupakan bahasa yang terbaik dan tersempurna di atas muka bumi ini yang mempunyai daya kekuatan untuk menyampaikan sebarang bentuk pemikiran dan ilmiah. Hanya bahasa tersebut sahajalah yang mampu untuk menyampaikan ajaran Islam yang menyempurnakan segala syariat Allah S.W.T sebelumnya sepertimana yang terkandung di dalam al-Quran.[10]
Tidak dapat dinafikan dengan kedatangan ‘Deen Islam’ telah membuka luas perbahasan-perbahasan ilmu pengetahuan. Dengan demikian berlakunya perkembangan dan bertebaranlah ilmu khususnya untuk kepentingan manusia. Tidaklah itu mukjizat Yang Agung (Allah) iaitu AL Quranul Karim yang memulakan ayat pertamanya dengan lafaz ‘Iqrak’.
Inilah detik yang Allah S.W.T mahukan supaya manusia berfikir dan menggali kembali khazanah atau perbendaharaan yang terdapat dalam al-Quran kitabullah.
Perkembangan daulah Islam dan kekuasaan pemerintahannya diakui hingga ke negeri China dan Perancis di bahagian barat. Banyak terjemahan telah dilakukan dan dipindah terus ke bahasa Arab melalui bahan-bahan intelektual Tunani, Rome, Farsi dan India. Para khalifah telah membuka dan menggunakan sebahagian ruang istana sebagai khutub khanah. Padanya terdapat berpuluh ribu buah kitab yang tinggi nilainya. Khalifah-khalifah sebagai pemegang teraju utama dalam memelihara kedudukan dan kepentingan ulama dan ilmu. Peranan ini dijalankan oleh Khalifah Al-Rasyid dan Makmum.





Kemunculan Kota.
Kemunculan kota atau bandar bagi menampung pertambahan penduduk yang sedia ada dan yang datang untuk pelbagai aktiviti lain. Bandar-bandar Islam itu terdapat di Iraq, Syam, Mesir, Afrika, Andalus dan lainnya, sebahagian daripadanya masih diduduki seperti Basrah, Baghdad dan Kaherah, tetapi sebahagian yang lain tinggal runtuhan dan kesan-kesannya sahaja seperti Fustat di Mesir dan al-Zahra’ di Andalus.[11] Daripada segi sejarah, bandar Islam pertama yang unggul ialah bandar Madinah pada zaman Nabi dan Khulafa’ al-Rasyidin, kerana pada zaman itulah masyarakat Islam yang tulen telah berjaya dibentuk oleh baginda.
Salah satu ciri utama perkembangan fizikal bandar Islam ialah kelahiran institusi masjid Jami’ sebagai tempat perhimpunan sembahyang berjama’ah pada hari Jumaat. Perhimpunan ini menimbulkan satu pemusatan paasr-pasar di sekitarnya, dikenali dengan suq (jama’nya:aswaq) . Masjid-masjid jami’ dan aswaq ini bukan sahaja sebagai tempat ibadat dan urusan perdagangan malah sebagai tempat ibadat dan urusan perdagangan, pusat kegiatan sosial dan kegiatan sastera.[12]
Daripada aspek pembentukan bandar-bandar “formation of towns”, perkembangan bandar-bandar Islam pada zaman awal Islam berubah daripada bentuk pemusatan “centralized” [13] iaitu daripada pusat-pusat pemerintahan kepada bandar-bandar wilayah. Perkembangan bandar Islam seperti juga perkembangan bandar-bandar Rom dan Greek, terdiri daripada tiga keadaan iaitu sama ada ia berasal daripada penempatan baru tentera “amsar” yang muncul kemudiannya sebagai pusat utama perbandaran seperti Basrah atau menduduki penempatan bandar yang sedia ada seperti Damsyik dan Constantinople, atau merancang penempatan baru seperti Baghdad.[14] Menurut Grunebaum, bandar-bandar Islam boleh dibahagikan kepada dua iaitu “spontaneous” (terbangun secara spontan) dan “created” (dibangunkan secara terancang) .[15] Bandar-bandar daripada jenis yang pertama ialah bandar-bandar yang berkembang di sekitar rumah ibadat, tanpa perancangan badan kerajaan seperti Mashad dan Karbala. Sementara itu, bandar-bandar daripada jenis kedua pula adalah bandar-bandar daripada kem tentera seperti Fustat di Mesir dan Kufah di Iraq, bandar-bandar politik atau pusat pemerintahan seperti Baghdad, atau bandar wilayah seperti Samarra’ dan Raqqadah, dan bandar-bandar berkubu “fortress towns” seperti Rabat, ibukota Morocco.[16]
Dilihat daripada sudut sejarah, perkembangan bandar-bandar Islam amat sukar untuk membentuk sebuah gambaran yang tepat tentangnya kerana sebuah kota tidak hanya dinilai daripada sudut luarannya sahaja tetapi juga dinilai daripada sudut dalamannya. Nmaun demikian, secara kasarnya menurut Hourani dalam bukunya The Islamic City[17] bahawa bandar Islam mempunyai beberapa sifat fizikal berikut:
Mempunyai sebuah kota berkubu, biasanya sebagai tempat pertahanan.
Kemungkinan terdapat sebuah kota diraja (a royal complex) atau penempatan diraja. Di dalamnya terdapat istana-istana khalifah dan keluarganya, pejabat-pejabat pentadbiran, tempet-tempat pengawal peribadi dan pasukan tentera khalifah.
Terdapat satu kompleks pusat bandar terdiri daripada masjid-masjid Jami’ dan sekolah-sekolah agama, pasar-pasar pusat dan juga tempat-tempat khusus yang diperuntukkan bagi lumpulan-kumpulan utama tukang dan pedagang. Kedudukan bangunan bagi golongan agama dan pedagang-pedagang atau aristocrat tentera dengan pusat kekuasaan politik sentiasa berdekatan.
Terdapat satu pusat kawasan perumahan yang wujud sekurang-kurangnya dua ciri khusus iaitu kombinasi orang tempatan dengan golongan, bangsa atau agama yang berbeza-beza, dan hubungan secara berasingan dimana setiap kawasan atau kumpulan penempatan diberi kuasa autonomi.
Terdapat kawasan pinggiran kota “suburbs” dan kawasan perumahan diluar kota tempat pendatang-pendatang baru akan menetap dan melaksanakan pekerjaan-pekerjaan tertentu.
Untuk tujuan menjaga kesihatan, maka lahirlah “maristan” (hospital) di bandar-bandar Islam sejak pada zaman Umaiyyah tetapi juga ia berkembang pesat pada zaman Abbasiah. Untuk tujuan keselamatan pula, kebanyakan bandar-bandar Islam mempunyai tembok, pintu besar dan tempat pertahanan.[18]
Daripada sudut perancangan bandar, orang-orang Arab telah mengasaskan pusat tentera di tepi-tepi padang pasir, berhampiran dengan sumber air, padang rumput ternakan dan tempat yang tedapat kayu api. Antara contoh bandar yang terletak berhampiran dengan sungai ialah Kufah yang terletak di barat Sungai Furat, Basrah di Lembah Tigris dan Euphrates, Fustat di Timur Nil, Wasit, Baghdad, Samarra’ di tebing sungai Diljah.[19] Langkah pertama yang dilakukan ketika ingin membina sebuah bandar ialah membuat penyelidikan topografi dan mengenali kesesuaian tempat bagi tujuan ketenteraan sebagaimana mereka lakukan ketika membina Kufah, Wasit, Baghdad dan Samarra’.

Masyarakat Majmuk.
Wujudnya ketidakseragaman jenis bangsa yang memeluk Islam dan akhirnya turut sama-sama membentuk sebuah masyarakat Islam yang aktif dan maju. Perbezaan peranan yang dimainkan melahirkan pembahagian kerja seterusnya wujudlah suatu bentuk ekonomi bandar. Setiap individu berhak hidup dengan aman dan tenteram dalam sebuah masyarakat Islam. Ahli-ahli sains sosial menakrifkan masyarakat majmuk sebagai masyarakat berbilang bangsa, bahasa, kebudayaan dan agama. Biar apapun takrif dan analisis tentang masyarakat majmuk, ia menepati masyarakat Islam yang pertama wujud di Madinah. Masyarakat pada waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa, agama, budaya, bahasa dan kelas. Islam mempunyai pendekatan tersendiri dalam mengendalikan masyarakat majmuk. Masyarakat Islam wajib tunduk kepada semua peruntukan hukum Islam. Kewajipan ini ditentukan oleh dua faktor:
1. Kewajipan terhadap Allah S.W.T apabila ia mengumumkan Islam sebagai agamanya (tanggungjawab aqidah atau agama) .
2. Tanggungjawab kepada pemerintah yang mengambil sistem perundangan Islam sebagai dasar pemerintahan negara (tanggungjawab politik) .
Kelompok ini mesti tunduk kepada hukum Islam seluruhnya sama ada undang-undang sivil ataupun agama, tidak kira apa mazhab yang dianuti. Tidak ada kebebasan untuk memilih hukum-hukum yang lain daripada hukum Islam. Sementara masyarakat bukan Islam yang tinggal dengan aman di bawah penyeliaan hukum dan pemerintahan yang mengikut sistem Islam ia bertanggungjawab untuk tunduk kepada undang-undang Islam kerana ia tertakluk kepada tanggungjawab politik, bukan tanggungjawab aqidah atau agama.

Pembinaan Bangunan-bangunan Bersejarah.
Wujudnya bangunan-bangunan bersejarah yang menjadi keagungan generasi berikutnya seperti istana-istana, masjid-masjid dan monumen-monumen penting yang lain. Ciri seni bina Islam seperti mana yang dijelaskan oleh I.H Qureshi mempunyai ciri tersendiri seperti mengutamakan kemasukan cahaya ke dalam bangunan semaksimum yang boleh. Contohnya boleh dilihat di dalam masjid-masjid yang didirikan oleh umat Islam di zaman keagungan Islam. Di mana ia memberikan peluang paling luas bagi cahaya menembusi masuk ke ruang masjid tersebut. Ia bukan sahaja sesuai dengan semulajadi bumi malah memberikan keselesaan kepada umat Islam yang melakukan ibadat di dalamnya.[20]
Di antara contoh seni bina Islam ialah Qubbat al-Sakhra (Dom batu) di Jerusalem yang dijelaskan oleh K.A.C. Creswell sebagai “…Keharmonian setiap bahagian dan keindahan hiasannya menjadikan Dom batu itu sebagai salah satu bangunan yang terindah di dunia ini”.[21]
U.S. Scerrato mengenengahkan Alhambra’ di Granada (Andalus) sebagai contoh keunggulan seni bina Islam. Kerana adunannya yang seimbang di antara reka bentuk yang mudah yang terdapat pada setiap bangunan dengan beraneka hiasan di bahagian dalam.[22]
Beliau selanjutnya membawa contoh yang lain iaitu Masjid Sulaimaniah, Istanbul yang dijelaskan seperti berikut “… Di dalam masjid Sulaimaniah yang diasaskan oleh Sulaiman yang sungguh hebat, Sinan menyambung semua tugas yang telah dimulakan oleh Ayia Sophia kira-kira seribu tahun dahulu. Diubahsuai kembali dengan Islam sehingga dianggap sebagai hasil kerjayanya yang terbaik. Untuk menaikkan lagi tarafnya sebagai bangunan yang bersejarah, masjid itu dibina di atas bukit yang tertinggi di Istanbul”.[23]
A.U. Pope pula mengenengahkan Masjid-I-Shah di Isfahan, Iran dengan mengatakan “Pembinaan masjid-I-Shah telah dimulakan pada tahun 1612. Walaupun Syah Abbas begitu tidak sabar sekali, tetapi pembinaannya mengalami kelembapan yang tidak dapat menyiapkan tembok marmarnya yang terakhir sehingga tahun 1638. Bangunan ini adalah satu lambang daripada seribu tahun pembinaan masjid di Iran. Tradisi pembinaannya, idea-idea keagamaan, penggunaan, makna, perancangan yang matang dan secara perlahan adalah merupakan adunan diantara yang lama dengan jenis yang baru, unsur-unsur struktur binaan dan perhiasan yang penuh bertanggungjawab menjadikan Masjid-I-Shah begitu agung dan indah menempatkannya sebagai salah satu bangunan yang teragung di dunia ini”.[24]
P.Bamborough membawa contoh keindahan seni bina Islam yang terdapat pada Taj Mahal, Agra dengan mengatakan “Tidak diragukan lagi bahawa makam yang paling halus, terindah buatannya dan salah satu perbendaharaan Islam yang teragung yang merupakan contoh kesenian marmar yang terbaik ialah Taj Mahal, di Agra, India. Reka bentuknya yang terindah ini diperbuat daripada marmar putih adalah merupakan lambang kepada kesempurnaan seni bina Islam…”[25]
Masjid yang pertama dan tertua di dalam dunia islam yang merupakan titik permulaan bermulanya seni bina Islam ialah Masjid Madinah yang dibina oleh Rasulullah S.A.W dalam tahun 622 sebaik-baik sahaja Rasulullah dan umat Islam tiba di Madinah. Ia berbentuk empat segi yang dikelilingi oleh dinding yang diperbuat daripada bata dan batu. Di bahagian yang menjadikan tempat imam (Rasulullah) memimpin umat Islam di dalam sembahyang dikatakan beratap yang diperbuat daripada pelepah-pelepah tamar yang diliputi dengan tanah liat yang diletakkan di atas batang-batang tamar. Kiblat pada mulanya ialah di Baitul-Maqdis dan kemudiannya diubah ke Mekah dalam tahun 624 setelah Rasulullah menerima wahyu daripada Allah untuk berbuat demikian.[26]
Kufah, Mesopotamia adalah merupakan tempat kedua masjid didirikan yang dikatakan dalam tahun 639 yang mempunyai atap yang diletakkan diatas lengkungan marmar yang dibawa dari istana raja-raja Parsi di Hirah. Ia juga masih berbentuk empat segi. Ia dikelilingi oleh parit. Di Fustat didirikan masjid dalam tahun 642 yang mempunyai ciri baru di dalam seni bina Islam iaitu mimbar yang tinggi. “Maqsurah” (hadangan dari kayu) diperkenalkan untuk memelihara imam dari jemaah yang ramai. Menara juga telah diperkenalkan oleh seni bina Islam pada akhir abad tersebut. Sembilan puluh tahun atau sepuluh tahun lebih awal dari itu setelah bangunan masjid Madinah didirikan “mihrab” (tanda arah kiblat) telah diperkenalkan.[27]
Seni bina Islam yang berorientasikan ketenteraan dikatakan berkembang sejak akhir abad ke-19 hingga akhir abad ke-12. Untuk keselamatan bandar-bandar Islam tembuk telah dibina seperti di Syria dan di Mesir. Seni bina jenis ini telah ditiru oleh tentera-tentera salib kemudian.[28]

Kewujudan Negara Islam.
Menurut sebahagian penulis-penulis antarabangsa, Islam adalah satu ciri tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang Islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di dalam negara Islam.
Zaman Rasulullah S.A.W.
Syariah Islamiah adalah merupakan payung yang menaungi semua umat Islam termasuk Rasulullah S.A.W di dalam negara Islam yang pertama di atas muka bumi ini yang diasaskan oleh baginda. Ketetapan yang diputuskan oleh Rasulullah adalah yang muktamad di dalam sesuatu perkara yang tidak diputuskan dalam al-Quran. Namun demikian baginda lebih mengutamakan para sahabat. Mereka diajak berbincang terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan itu diambil oleh baginda.[29]
Masjid yang menjadi ibu pejabat kerajaan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah dikenali sebagai Masjid al-Nabawi. Fungsi masjid terlalu luas merangkumi ibadat khusus seperti solat, pusat pemerintahan, pusat pentadbiran, mahkamah dan sebagainya. Baginda menjadi imam di dalam solat dan melaksanakan segala tugas pemerintahan negara Islam di masjid tersebut. Di antara tugas berat yang lain yang dijalankan oleh baginda ialah kerja-kerja perhubungan awam. Dari situlah baginda menulis surat-surat dan memilih pendakwah-pendakwah untuk di hantar kepada raja-raja luar negeri yang sezaman dengan baginda. Juga kepada ketua-ketua kabilah Arab di semenanjung tanah Arab.
Di situlah juga merupakan tempat Rasulullah S.A.W menyambut ketibaan wakil-wakil kerajaan asing dan ketua-ketua kabilah, arahan kepada gabenor-gabenor di wilayah Islam berkaitan dengan pemungutan cukai dan sebagainya dikeluarkan dan tempat melaksanakan hukuman kepada penjenayah-penjenayah. Dalam hal yang lain segala aduan yang disampaikan oleh rakyat negara Islam didengar oleh baginda di masjid tersebut dan mendamaikan pihak-pihak yang bertelagah. Malah setiausaha-setiausaha (juru-juru tulis) dan pembantu-pembantu baginda juga melaksanakan tittah perintah baginda di masjid. Pendek kata masjidlah merupakan sekreteriat Rasulullah S.A.W seumur hidup.[30]



2. Zaman Para Sahabat.
2.1 Khalifah.
Tugas utama khalifah ialah berfungsi sebagai Ketua Negara Islam. Ia bebas dari sebarang kawalan dalam bentuk perlembagaan atau badan sesuka hati, bersifat autokrasi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas. Kerana al-Quran dan Sunnah adalah merupakan panduan yang membimbing dan mengawal segala tindakan khalifah. Khalifah Osman dan Ali kedua-duanya dikatakan mencontohi cara yang dilakukan oleh Abu Bakar dan Umar.[31]
Khulafa’ al-Rasyidin amat berbeza daripada Rasulullah S.A.W dari satu aspek iaitu mereka tidak mempunyai tugas-tugas kerasulan. Namun demikian mereka mempunyai tugas-tugas keagamaan yang tersendiri. Contohnya, menjadi imam di dalam sembahyang berjemaah di Masjid Madinah, membaca khutbah pada hari Jumaat dan sebagainya. Di samping berfungsi sebagai ketua Negara mereka juga bertugas sebagai Ketua Panglima Tentera. Mereka bertanggungjawab melantik panglima-panglima tentera dan menghantar pasukan-pasukan tentera ke luar negeri untuk menentang musuh-musuh Islam. Kadang-kadang mereka sendiri memimpin pasukan tentera Islam sepertimana yang dilakukan oleh Umar di dalam Peperangan Qadisiah.[32]
Majlis syura adalah merupakan tempat rujukan kepada Khulafa’ al-Rasyidin sebelum mendapat sesuatu keputusan penting seperti pemilihan panglima-panglima tentera dan serangan-serangan ke atas musuh. Mereka sekaligus berfungsi sebagai hakim atau kadi. Di peringkat wilayah jawatan hakim disandang oleh gabenor-gabenor yang dilantik oleh mereka.
Di zaman khulafa’ al-Rasyidin antara tugas kehakiman dan pentadbiran tidak pernah dipisahkan bagi melaksanakan keadilan. Tetapi mulai zaman Umar pemisahan antara jawatan pentadbiran dengan jawatan kehakiman terpaksa dilakukan. Segala-galanya berpunca dari bertambah luasnya wilayah-wilayah Islam yang menyebabkan bertambahnya beban tugas dalam kadar di luar keupayaan bagi mengharuskan kedua-dua jawatan itu disandang oleh seseorang gabenor. Jesteru itu beberapa hakim atau kadi telah dilantik oleh Umar untuk mengatasi masalah ini.[33]
3. Zaman Bani Umaiyah.
3.1 Perlantikan Khalifah.
Institusi khalifah mula menjadi monopoli kerajaan Bani Umaiyah yang berlainan sekali dari Khulafa’ al-Rasyidin yang menjadi hak milik umat Islam yang perlantikannya diserahkan kepada majlis syura. Ini bererti khilafah mula menjadi harta milik keluarga Bani Umaiyah tidak lagi menjadi hak milik umat Islam sejagat.[34]
Mu’awiahlah merupakan pengasas Bani Umaiyah dan khalifah pertama dari kerajaan tersebut yang telah mewariskan jawatan khalifah kepada puteranya iaitu Yazid yang diisytiharkan sebelum kematiannya. Di peringkat awal kerajaan Bani Umaiyah dikenali sebagai Sufianiah yang merupakan cucu-cucit Sufian bapa kepada Mu’awiah. Di mana sistem penamaan bakal menjadi khalifah hanya ditetapkan seorang sahaja. Tetapi di bawah pemerintahan Marwaniah, iaitu cucu-cicit Marwan yang merupakan keluarga yang kedua mewarisi pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah dua orang calon dilantik serentak sebagai raja muda untuk menjadi khalifah.
Contohnya Marwan menamakan dua orang puteranya iaitu Umar dan Yazid sebagai raja muda. Demikian juga Yazid menamakan adiknya iaitu Hisyam dan puteranya Walid sebagai raja muda.[35]
Sistem perlantikan cara kedua ini membawa padah yang amat buruk kepada pemerintahan Bani Umaiyah dimana ramai anggota kaum keluarga khalifah yang berkebolehan, layak, lebih dewasa dan sebagainya tidak berpeluang menjawat jawatan khalifah. Kesan buruk dari sistem ini ialah timbulnya kekacauan dan perebutan jawatan khalifah. Contohnya di zaman Walid di mana beliau sendiri mati dibunuh. Sekaligus Bani Umaiyah berpecah menjadi dua kumpulan yang merupakan salah satu faktor utama yang membawa keruntuhan kerajaan Bani Umaiyah.[36]
3.2 Majlis Syura.
Majlis syura yang diutamakan oleh Khulafa’ al-Rasyidin dihapuskan oleh kerajaan Bani Umaiyah. Namun demikian Umar bin Abdul Aziz telah cuba menghidupkan kembali institusi tersebut ketika menjadi Gabenor Hijaz dengan melantik beberapa tokoh ulamak yang berkaliber. Bila menjadi khalifah, beliau cuba mengasaskan semula majlis syura dengan menghubungi ramai ulamak. Zaman pemerintahannya adalah pendek. Sebab itulah majlis itu gagal ditegakkan kembali.[37]

3.3 Kerajaan Pusat.
Kerajaan Bani Umaiyah menubuhkan lima jabatan di dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negara islam iaitu Jabatan Ketenteraan (Diwanul Jund) , Jabatan Kewangan (Diwanul Kharaj) , Jabatan surat-menyurat (Diwanul Rasail) , Jabatan Cop Mohor (Diwanul Khatam) dan Jabatan Pos (Diwanul Barid) .[38]
Kerajaan Bani Umaiyah bukan sahaja menghapuskan Majlis Syura, tetapi banyak melakukan perkara-perkara ganjil lain seperti menghapuskan sistem menseragamkan atau mencampur semua keturunan umat Islam iaitu antara Arab dengan keturunan lain yang dilakukan oleh Umar di dalam satu pasukan tentera. Kerajaan Bani Umaiyah sebaliknya mengasingkan. Kerajaan Bani Umaiyah khususnya di bawah pemerintahan Hisyam telah membatalkan pembayaran pencen kepada pesara-pesara tentera. Khalifah-khalifah Bani Umaiyah juga tidak pernah kelihatan menyertai tentera Islam di dalam sebarang peperangan.[39]
Jabatan Kewangan pusat (Diwanul kharaj) bertanggungjawab mengawal dan menguruskan semua harta negara di zaman kerajaan Bani Umaiyah. Jabatan inilah yang menyimpan rekod dan resit berkaitan dengan pengumpulan hasil negara Islam dan perbelanjaannya.[40]
Jabatan surat-menyurat (Diwanul Rasail) bertugas di dalam menulis dan menerima semua surat rasmi, mengeluarkan surat-surat arahan dan risalah-risalah. Jabatan ini juga bertugas sebagai badan penyelaras ke atas semua yang lain. Jabatan Cop Mohor (Diwanul Khatam) ditubuhkan oleh kerajaan Bani Umaiyah bagi memastikan bahawa segala arahan yang dikeluarkan itu ada dalam pengetahuan khalifah. Semua surat sebelum diedarkan mesti dicapmohorkan.[41]
Mu’awiahlah merupakan pemerintah Islam yang pertama sekali memperkenalkan sistem pos di dalam negara Islam. Pada mulanya ia berfungsi untuk menguruskan kerja-kerja kerajaan sahaja. Tetapi akhirnya berkembang untuk kepentingan rakyat dan negara. Kuda dan unta adalah alat perhubungan yang digunakan oleh jabatan tersebut untuk mengedarkan dan memungut surat dari seluruh ceruk rantau negara Islam. Di zaman Abdul Malik sistem pos benar-benar berkembang dan sempurna perkhidmatannya.[42]
3.4 Keadaan Sosial.
Walaupun sepanjang pemerintahan Bani Umaiyah terjadi huru-hara, tetapi dijelaskan oleh Profesor K. Ali keamanan dan keadilan pada keseluruhannya masih lagi dapat ditegakkan. Memang benar kedudukan Mawali (golongan yang baru memeluk islam) agak rendah jika dibandingkan dengan orang-orang arab yang begitu berkuasa dan mempunyai kedudukan yang amat istimewa tetapi penindasan dalam erti kata yang sebenarnya ke atas mereka tidak berlaku. Mereka tetap hidup dalam keadaan aman dan damai. Di bawah pemerintahan Bani Umaiyah non-muslim tetap juga mendapat hak sebagai rakyat negara islam. Khususnya di zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz yang memeberikan perhatian yang serius terhadap golongan non-muslim ini.[43]
Beliau dikatakan telah memastikan tentang keselamatan gereja-gereja, kuil-kuil dan tempat-tempat ibadat yang lain. Malah beliau telah memberikan wang yang diambil dari Baitumal untuk membantu glongan non-muslim membina rumah-rumah ibadat mereka. Contohnya gereja besar Kristian di Edessa telah rosak ekoran daripada gempa bumi dalam tahun 60H/679M. Mu’awiah dikatakan telah mengarahkan dan memberikan bantuan pembinaan semula gereja tersebut.[44]
Didalam urusan yang berkaitan dengan adat resam, agama dan masalah-masakah peribadi, golongan non-muslim diberikan kebebasan untuk membuat keputusan berdasarkan undang-undang mereka dan mengikut ketentuan dari ketua-ketua mereka. Kerajaan Bani Umaiyah telah menjamin keselamatan, nyawa harta dan kehormatan mereka.[45]
4. Zaman Bani Abasiah.
4.1 Pentadbiran.
Kuasa mutlak di dalam pemerintahan dan pentadbiran adalah merupakan bentuk pemerintahan kerajaan Bani Abasiah. Di mana tiada badan atau sesiapa juga yang boleh mempertikaikan segala keputusan khalifah kerajaan tersebut. Tugas seorang khalifah Bani Abasiah merangkumi sebagai seorang ketua negara, ketua agama, ketua panglima perang, penganugerahan pangkat dan jawatan, berkuasa menamakan bakal penggantinya dan sebagainya. Terdapat satu sistem bagaimana seseorang pengganti khalifah dipilih yang segala-galanya bergantung kepada budi bicara khalifah yang memerintah.[46]
Di dalam masyarakat Islam di zaman Bani Abasiah, khalifah menduduki tangga teratas sekali sebagai Ketua Negara. Pegawai-pegawai pemerintah dan pentadbiran kerajaan Bani Abasiah berada di tangga yang paling hampir dengan khalifah. Sama seperti di zaman Bani Umaiyah wanita menikmati hak istimewa mereka yang dijamin oleh Islam. Lahir tokoh wanita yang aktif dalam politik pada masa yang sama itu seperti Khairuzan, Ulayyah, Zubaidah dan Buran. Mereka juga terlibat di dalam kegiatan intelektual dan syair. Zubaidah dijelaskan oleh Kitab al-Aghani sebagai tokoh penyair wanita yang berbakat.
Seorang ahli sejarah yang memberi kuliah di Baghdad dari kaum wanita yang amat terkenal ialah Syikah Shuhdah. Dalam bidang undang-undang pula dari kaum wanita yang amat termasyur pada masa itu ialah Zainab Umm al-Muwayyid. Ini bererti bahawa wanita juga telah menyumbangkan bakti kepada perkembangan tamadun Islam di zaman pemerintahan Bani Abasiah. Permainan yang agak popular pada masa itu termasuklah polo, catur, perlumbaan kuda dan memburu.[47]
Majlis-majlis perjumpaan yang menemukan beraneka jenis golongan sarjana yang berpotensi kerapkali diadakan untuk mengadakan perbincangan berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Melalui perbincangan-perbincangan ini ada di antara mereka yang menghasilkan buku-buku sejarah, kesusasteraan, falsafah dan sains. Di dalam masyarakat yang mementingkan ilmu ini golongan pengedar buku memainkan peranan yang amat penting. Tumpuan sarjana dan pelajar lebih tertumpu kepada kedai-kedai buku tersebut.[48]
Sistem perhambaan dikatakan merebak kembali yang telah cuba dihapuskan oleh Rasululah S.A.W dan Khulafa’ al-Rasyidin yang dikatakan berkembanag kembali di zaman Bani Umaiyah. Di zaman Bani Abasiah sistem perhambaan kian subur. Boleh dikatakan kebanyakan pembesar dan orang kaya pada masa itu mempunyai hamba. Terdapat dua sumber hamba. Pertama golongan non-muslim yang tertawan. Kedua yang dipenjarakan ketika perang, tetapi di zaman aman dijadikan hamba. Kebanyakan mereka berketurunan Negro yang berkulit hitam. Tetapi ada juga dari keturunan Turki dan orang-orang berkulit putih. Keturunan Greek, Slave, Armenia dan Barbar adalah golongan hamba berkulit putih di zaman Bani Umaiyah.
Ekonomi umat Islam di zaman pemerintahan Bani Abasiah begitu maju dan berkembang. Mereka telah muncul sebagai golongan industrialis, pertukangan, golongan teknik, pencetak dan sebagainya. Inilah profesyen golongan bangsawan dan atasan. Golongan petani dan penternak adalah dari golongan kelas menengah dan bawahan.
Perdagangan di zaman Bani Abasiah begitu memuncak dan menguntungkan sekali. Bandar-bandar negara Islam muncul dan terkenal di seluruh dunia sebagai pusat-pusat perdagangan seperti Baghdad, Basrah dan Iskandariah. Dari bandar–bandar Islam umat Islam telah mengembara ke seluruh ceruk rantau dunia ini untuk menjalankan perdagangan. Mereka mendapat keuntungan yang besar dan menjadi golongan yang kaya-raya.[49]
Kilang-kilang industri bercambah seperti cendawan tumbuh di seluruh bandar Islam. Kilang-kilang permaidani, sutera, kain dan sebagainya didirikan di Barat Asia. Kilang benang, menenun kain dan permaidani juga berkembang di Parsi dan Iraq. Kerajaan Bani Abasiah juga menggalakkan perkembangan sektor pertanian, yang menyebabkan pertanian merupakan salah satu faktor penting yang membawa kepada kemakmuran negara Islam pada masa itu yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana negara di dunia ini. Sektor pertanian jugalah merupakan salah satu sumber kewangan negara Islam yang penting.[50] Berkembangnya sektor pertanian pada masa itu kerana kerajaan Bani Abasiah telah menyediakan pelbagai kemudahan seperti tali air yang baik, baja yang baik, tanah yang subur dan sebagainya.[51]
4.2 Baitul Hikmah.
Baitul Hikmah juga dikenali dengan Khazanah Hikmah dan Darul Hikmah yang memberi pengertian sebagai gedung ilmu pengetahuan yang telah ditubuhkan oleh Harun al-Rasyid di zaman keagungan Bani Abasiah. Kegemilangan dan ketinggian mutu ilmu yang dicapai oleh umat Islam di Baitul Hikmah tidak ada tolok bandingnya dengan mana-mana tamadun dari zaman dahulu hingga hari ini. Penubuhan Baitul Hikmah ini adalah ekoran dari kegiatan penyelidikan dan pembelajaran yang dijalankan oleh umat Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W kerana menuntut ilmu adalah satu kefarduan yang ditentukan oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Kegiatan ini semakin pesat di zaman Bani Umaiyah di mana kegiatan intelektual dalam erti kata yang sebenarnya telah berkembang maju dengan wujudnya penterjemahan buku-buku asing dan penulisan buku-buku baru yang telah dipergiatkan oleh umat Islam. Jesteru itu lahirlah satu bentuk perpustakaan yang rasmi di zaman pemerintahan Bani Umaiyah. Misalnya di zaman Khalifah al-Walid bin Yazid, satu bilik khas telah disediakan oleh beliau sebagai perpustakaan rasmi yang menyimpan bahan-bahan ilmu pengetahuan di istananya. Bahan-bahan ilmu pengetahuan ini terus kekal disimpan di istana Bani Umaiyah dan berkembang sehingga di zaman Abu Jaafar al-Mansur (Bani Abasiah) di mana beliau secara langsung telah mempergiatkan lagi gerakan penterjemahan buku-buku asing ke dalam bahasa Arab. Bahan-bahan ilmiah yang lain disimpan di Masjid Jamik al-Mansur yang digunakan sebagai bahan rujukan dalam majlis ilmu di masjid tersebut. Kegiatan intelektual begitu memuncak sekali di zaman Harun al-Rasyid, hasil dari kegiatan penterjemahan dan penulisan dalam segala bidang ilmu pengetahuan daripada bahasa-bahasa asing dan dari ilmu-ilmu pengetahuan Islam sendiri. Untuk mengekalkan prestasi dan mempertingkatkan lagi perkembangan intelektual ini, Harun al-Rasyid telah menubuhkan satu institusi khas yang agung dan terbesar di Baghdad yang diberi nama Baitul Hikmah sebagai markas yang menyelaraskan dan melicinkan lagi segala kegiatan intelektual.
5. Zaman Kerajaan Fatimiah.
5.1 Pentadbiran.
Pentadbiran yang baik dan keperwiraan adalah merupakan dua ciri utama yang dimiliki oleh khalifah-khalifah kerajaan Fatimiah ini. Tidak banyak bezanya di antara sistem pemerintahan kerajaan Fatimiah dengan kerajaan Bani Abasiah. Perbezaan hanya wujud dari segi nama sahaja tetapi dari segi praktisnya adalah lebih kurang sama. Ketua Negara dan Ketua Agama adalah penggerak utama khalifah-khalifah kerajaan Fatimiah. Kekuasaannya maha luas sehingga boleh melantik dan memecat mana-mana pegawai di bawah pemerintahannya.
Di bawah khalifah terdapat menteri-menteri yang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan. Pertama yang dikenali dengan gelaran ‘The men of the sword’ dan ‘The men of the pen’. Pedang adalah lambang kekuasaan. Mereka ialah menteri yang diamanahkan untuk menguruskan jabatan ketenteran, jabatan perang dan jabatan keselamatan dalam negeri. Pen pula adalah lambang pentadbiran awam yang mengawal jabatan kehakiman iaitu kadi, jabatan dakwah, jabatan sains dan pendidikan, jabatan pengurusan istana, jabatan pembacaan al-Quran dan sejumlah besar pegawai-pegawai rendah seperti kerani, setiausaha dan sebagainya.[52]
Kerajaan Fatimiah membahagikan wilayahnya kepada tiga bahagian iaitu Syria, Mesir dan sempadan Asia kecil. Mesir di bahagikan kepada daerah-daerah kecil seperti Mesir utara, Sharqiah, Gharbiah dan Iskandariah yang diperintah oleh gabenor masing-masing. Masalah-masalah dalam negeri diselesaikan oleh penguasa-penguasa tempatan wilayah-wilayah tersebut.[53]
Terdapat tiga bahagian tentera. Pertama pasukan tertinggi yang terdiri daripada amir-amir, pegawai-pegawai tinggi dan pengawal khalifah. Kedua pegawai-pegawai pengawal. Ketiga berbagai-bagai regimen yang dikenali sebagai Hafiziah, Juyusyiyah, Sudaniah dan lain-lain lagi. Angkatan tentera laut juga kedapatan dalam kerajaan Fatimiah yang berpusat di Iskandariah, Danika, Ascaton dan pelabuahan-pelabuhan di Syiria.
6. Zaman Kerajaan Islam India.
6.1 Sumbangan.
Di antara sumbangan utama kerajaan-kerajaan Islam di India ialah bidang pendidikan. Professor M. Haminuddin Khan menjelaskan sejak zaman Muhammad bin Kasim yang merupakan penakluk pertama Islam di India telah mendirikan masjid. Masjid bukan sahaja merupakan sumbangan kepada perkembangan seni bina malah merupakan pusat pendidikan. Beliau juga telah dikatakan telah membina maktab-maktab dan madrasah-madrasah.[54]
Mahmud Ghaznawi sebenarnya orang yang telah berjaya menegakkan pemerintahan di India yang diperkukuhkan lagi oleh Muhammad Ghori. Mungkin sukar untuk dinafikan tentang kesibukan Mahmud Ghaznawi untuk memperkukuhkan kerajaannya dari serangan-serangan musuh namun demikian beliau sempat juga mengembangkan tamadun Islam di India. Di antaranya beliau telah membina sekolah-sekolah, maktab-maktab dan universiti-universiti.[55]
Perkembangan Islam di India adalah ekoran daripada perkembangan Islam di Timur tengah. Jesteru perkembangan yang begitu memuncak di Timur tengah juga memberi kesan kepada perkembangan di India. Di mana di India telah terdapat institusi-institusi pendidikan yang berbentuk profesional seperti maktab-maktab, teknik, perdagangan, kraftangan, perakaunan dan sebagainya.[56]
Dr. I.h. Qureshy yang pendapatnya diambil oleh Professor Haminuddin Khan mengatakan sikap Sultan Balban yang memberikan layanan istimewa kepada golongan sarjana yang menyebabkan bandar-bandar utama India pada masa pemerintahanya menjadi tumpuan sarjana-sarjana dari dunia Islam yang memperkembangkan lagi tamadun Islam di India.[57]


Penutup.

Kajian terhadap tamadun Islam dapat dilihat melalui ciri-ciri tamadun Islam sendiri. Secara keseluruhannya, tamadun Islam lebih banyak dibangunkan oleh orang Arab dan kesenian yang terhasil pada zaman selepas bani Umaiyah adalah dari orang Arab. Kejayaan tamadun Islam banyak bergantung kepada kekuatan tenteranya dan kecintaan orang Islam terhadap ilmu pengetahuan. Selain itu umat Islam bersaing rapat dalam ekonomi yang telah menyebabkan kebanyakan umat Islam hidup mewah pada zaman keagungan Islam.

Kemewahan ini akhirnya menutup mata umat Islam sendiri kerana alpa dengan kekayaan dan memberi peluang kepada musuh Islam untuk menjatuhkan mereka. Kegagalan dalam menegakkan syariat Islam selepas zaman para sahabat melonggarkan hubungan mereka dengan Allah. Walaupun begitu tidak semua umat Islam lalai malah ada juga sebilangan besar dari mereka yang taat kepada Allah seperti khalifah Abdul Malik.

Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah mengambil iktibar dari contoh yang telah ditunjukkan oleh umat Islam dan hindari faktor-faktor kelemahan umat Islam dahulu.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com