Takrif Tamadun Islam

PENGENALAN

Dunia telah dikuasai oleh Tamadun Islam selama lebih dari sepuluh abad iaitu mulai dari abad ke- 7 hingga ke-8 Masihi. Ia merupakan tamadun yang paling seimbang dalam tamadun manusia yakni seimbang diantara kemajuan kerohanian dengan kemajuan kebendaan. 1


PENGERTIAN TAMADUN ISLAM

Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah digunakan dalam konteks

tamadun. Antaranya ialah perkataan madaniah, hadarah, tamadun dan umran.

Ibn Khaldun, seorang pakar ilmu kemasyarakatan Islam yang ulung dalam kitabnya

Al- Muqaddimah telah menggunakan perkataan umran dalam kajian beliau

Mengenai ibu-ibu kota dengan erti “kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap ,

Berkembang subur dan maju. Beliau juga menggunakan perkataan hadarah sebagai

Lawan bagi peerkataan badi dan badiah. Hadarah bermaksud sebagai suatu daerah ,

Bandar,kampung atau tanah yang diusahakan. Namun perkataan tamadun lebih layak

Digunakan bagi menyatakan konsep civilization dalam pengertian moden yang bererti

Memiliki ciri-ciri hidup Bandar atau bertamadun. 2

Tamadun Islam dalam erti kata yang paling ringkas ialah pencapaian manusia dalam bidang kerohanian,kebendaan,undang-undang,politik yang berasaskan kepada akidah , syarak dan akhlak dan bersumberkan al-Quran dan Sunnah. 3
ASAS PEMBINAAN TAMADUN ISLAM
Sifat dan intipati tamadun itu berbeza dari tamadun yang selain darinya. Oleh itu, tentunya dalam proses pembentukannya ianya mempunyai asasnya yang tersendiri. Terdapat beberapa asa utama yang akan dijelaskan iaitu tauhid/akidah,akhlak,syariah, ilmu pengetahuan, kekuatan material dan usaha serta kesungguhan.
(1) Akidah / Tauhid
Akidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah s.w.t. yang diikat oleh ucapan dua kalimah syahadah. Tauhid menurut Islam membawa implikasi menyeluruh dalam hidup manusia. Anyara implikasi yang diterangkan oleh Syed Qutb ialah pengabdian diri kepada Allah , berorganisasi atas asas akidah, keagungan dan keluhuran nilai kemanusiaan berbanding nilai kebendaan, berfungsinya nilai kemanusiaan yang menyebabkan berkembangnya sifat kemanusiaan, bukan sifat kebinatangan,dalam melaksanakan tugas khalifah di muka bumi . 4


Menurut Prof. Faruqi , “ Tauhid adalah asas dalam memberikan identiti kepada Tamadun Islam yang mengaitkan segala unsurnya lalu menjadikannya satu keutuhan, satu wardah yang kukuh bergelar Tamadun. 5


Firman Allah dalam surah al- An’am, ayat 6 ; 162.
Maksudnya : “Katakanlah sesungguhnya sembahyang ku ,ibadahku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan memelihara dan mentadbir sekalian alam.”6

(2) Akhlak
Akhlak menurut perspektif Islam ialah meletakkan keimanan seseorang kepada Allah dalam bentuk praktis. 7
Firman Allah yang bermaksud ; “ Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang ikhalas menyerahkan dirinya kepada Allah sedang dia pun mengerjakan kebaikan” 8
Akhlak Islam bertunjangkan akidah sebab itulah ia mempunyai asas yang kukuh kepada keimanan kekuasaan Allah s.w.t. seperti qada dan qadar,dosa dan pahala,ganjaran baik dan pembalasan jahat di akhirat. Akhlak yang baik yang disarankan oleh al- Quran antaranya ialah iman, taqwa, amal soleh, ikhlas, sabar, zuhud dan lain-lain. Sebaliknya al- Quran juga telah menyenaraikan akhlak yang keji seperti kufur, munafik dan hasad dengki.
Akhlak mempunyai pengaruh yang besar keatas diri individu muslim. Akhlak yang mulia dapat menyempurnakan keperluan masyarakat manusia seperti kebahagiaan. Jika setiap individu muslim berakhlak mulia maka sudah pasti masyarakat itu akan dipenuhi dengan keadilan, keamanan, kesejahteraan dan terselamat dari keadaan huru hara dan perpecahan. 9
(3) Syariah
Syariah merupakan peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. untuk diikuti dan dipatuhi oleh manusia. Ia bersifat muktamat tanpa ada sebarang persoalan lagi. Islam mengutamakn akhlak yang mulia yang digariskan oleh al- Quran dan AL- Sunnah seterusnya bertanggungjawab melaksanakan amal makruf nahi mungkar serentak. Syariat Allah berjalan keatas manusia tanpa sebarang pengecualian. Pada zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin , rakyat menyerahkan kekuasaan sebagai khalifah Allah kepada Majlis Syura untuk memutuskan hal berkaitan dengan pemerintahan.
Terdapat sumber ketiga yang boleh dilakukan dari semasa ke semasa terhadap perkara-perkara cabang dalam menyelesaikan persoalan yang berlaku dalam masyarakat . kesahihannya diakuai oleh Rasullullah s.a.w. yang terkandung di dalam dialog Baginda dengan Mu’az bin Jabal yang telah dilantik menjadi gabenor di Yaman.

Baginda bertanya kepada Mu’az bin Jabal :


“ Dengan siapakah kamu akan memutuskan sesuatu perkara ? “

jawabnya : “ Dengan kitab Allah” Nabi bertanya lagi : “ Jika tidak kamu ketahui”
jawabnya : “ Dengan Sunnah Rasulullah :” Rasul bertanya lagi : “ Jika tidak dapati jugak ?” Jawabnya : “ Aku berijtihad dengan fikiranku” Rasulullah s.a.w. bersabda : “Alhamdulillah , Allah telah memberi petunjuk kepada gabenor Rasulullah dengan apa yang di cita oleh Allah dan Rasulnya.” 10
Undang – undang Allah mencakupi seluruh aspek kehidupan dan sangat berbeza dengan undang – undang ciptaan manusia . Dengan berpandukan kepada syariat daripada Allah , pembinaan sesuatu tamadun dapat dilakukan dengan sempurna dan seimbang sesuai dengan fitrah kejadian manusia. 11

(4) Ilmu Pengetahuan

Asas lain dalam pembinaan tamadun Islam ialah unsur ilmu. Hakikat kepentingan ilmu menurut pandangan Islam adalah suatu yang nyata , dan dapat dilihat melalui ayat al- Quran yang pertama yang diturunkan kepada Rasullullah s.w.t. iaitu suatu yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan iaitu ‘Iqra’ (bacalah).ini memberitahu kita betapa pentingnya ilmu dalam proses pembinaan manusia dan ketamadunannya. Kepentingan ilmu amat nyata kerana melalui ilmulah manusia dapat mengenali penciptanya , dirinya serta alam sekitar. 12

Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud :
“ Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama – nama benda dan segala kegunaannya , kemudian ditunjukkan kepada malaikat lalu Ia berfirman : Terangkan kepada Ku nama benda – benda tersebut semuanya jika kamu golongan yang benar .”Mlaikat itu menjawab “ Maha suci Allah , Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada Kami ; Sesungguhnya Engkau jualah yang Maha mengetahui lagi Maha mengetahui lagi Maha bijaksana.” 13

( Surah al- Baqarah , 2, 31-32 )


Selain itu , Islam meletakkan ulama ditempat yang amat tinggi. Mereka mewarisi para nabi dari segi tugas untuk memanjangkan Risalah Tuhan kepada hamba Allah selepas kewafatannya . Allah memberi pengakuan bahawa di antara hambanya yang bertaqwa kepada-Nya ialah ulama. Disebabkan ilmu pengetahuan amat penting , maka Islam mewajibkan ke atas setiap muslim menuntut ilmu pengetahuan. 14


(4) Kekuatan Material

Walaupun Islam menekankan nilai kerohanian dan akhlak dalam pembinaan tamadunnya . ni tidaklah bererti Islam mengkesampingkan langsung nilai-nilai kebendaan . Islam tidak menolak nilai kebendaan atau material sebagai aspek pembantu dalam tamadunnya.

Nilai kebendaan ini juga penting dalam tamadun Islam kerana al- Quran dan Sunnah sendiri terdapat penekanan kepada ibadah-ibadah dalam bentuk material seperti menunaikan zakat , jihad mali (harta) . Ini merupakan wasilah untuk mencapai keredhaan Allah. Kekurangan dalam aspek ini menyebabkan kelemahan dalam perlaksanaan ad- Din secara syumul . 15

(5) Usaha dan Kesungguhan
Andaikata status ilmu begitu menonjol dalam perspektif tamadun Islam , samada yang bersangkutan dengan akidah mahupun mengenai perancangan kehidupan, maka nilai kerja dan usaha pula berfungsi sebagai bukti yang praktis untuk teori-teori yang dihasilkan oleh ilmu itu.
Dalam masa yang sama, pekerjaan yang mencakupi segala bidang pengkhidmatan . Manusia mampu mengorganisasi tenaga umat bagi menghadapi sebarang kemungkinan sehingga setiap musuh agama sedia dihadapi.
Pekerjaan dari perspektif Tamadun Islam ialah sebarang pekerjaan yang dirancang dengan rapi sehingga menjelaskan kesepaduan di antara iman, ilmu dan amal . 16

Kesimpulan:
Tamadun Islam bukanlah suatu angan – angan , tetapi suatu yang realiti yang dibuktikan oleh generasi Islam terdahulu. Tamadun lambang dari puncak penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Ianya dibina di atas asas dan dasar yang kukuh yang mampu tegak bukan hanya setanding malah lebih tinggi dari tamadun lain yang wujud dalam sejarah ketamadunan manusia . Tamadun Islam kaya dengan keunikan yang menunjukkan ketinggian dan keunggulan . Tentunya Tamadun Islam yang pernah wujud itu sumbangan dari generasi Islam awalan. Seterusnya tanpa kecemerlangan pasti tidak wujud pada hakikat sebenarnya apa yang dinamakan tamadun itu. 17



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com