Konsep Ilmu

KONSEP ILMU MENURUT ISLAM
PENDAHULUAN
Islam adalah sesuatu yang syumul. Kesyumulan islam membuatkan ilmu-ilmu yang dilahirkan melaluinya menjadi teras kepada penyatuan masyarakat madani. Berbagai-bagai jenis ilmu telah dikaji oleh para ilmuan islam dan telah memberi panduan yang begitu besar kepada umat islam khasnya dan umat manusia khasnya. Konsep ilmu yang meluas menyebabkan islam amat menggalakkan penganutnya menuntut ilmu secara mendalamRasullullah s.a.w pernah bersabda bahawasanya `TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA`(1)Ini menunjukkan bahawa ilmu merupakan sesuatu yang mulia di sisi agama dan memperolehinya merupakan sesuatu yang yang amat dituntut dan orang yang berilmu akan dihormati dan disegani.

ISI KANDUNGAN
1)DEFINISI ILMU
2)JENIS-JENIS ILMU1
3)SUMBANGAN ILMU TERHADAP UMAT ISLAM
4)SUMBER-SUMBER ILMU
5)KEWAJIPAN MEMPELAJARI ILMU


DEFINISI ILMU
Ilmu menurut bahasa adalah suatu sistem penelitian, cara berfikir yang sistematik yang radikal iaitu yang maenjuruskkan persoalan pemikiran kepada suatu jawapan
yang aktif dan lengkap. Manakala definisi ilmu menurut Islam adalah ia berasal dari perkataan Arab iaitu `Alima` yang membawa maksud `telah mengetahui`(1). Di mana kata asalnya adalah `al-Ilm` yang membawa maksud atau erti `pengetahuan`(2). Tetapi konsep ilmu lebih meluas dan mendalam berbanding dengan konsep maklumat kerana maklumat lebih bersifat kepada pengetahuan asas yang lebih umum Ilmu menurut falsafah Islam adalah sesuatu yang ada hubungannya dengan Tuhan sekelian alam. Segala segi dari alam ini pada waktu ynag sama adalah terjalin dan tidak terpisah dengan Khaliqnya dalam erti kata yang lain semua ilmu yang bermanfaat terikat dengan tauhid. Terdapat pelbagai cabang ilmu dalam Islam khasnya yang meliputi ruang lingkup kehidupan. Namun dapat dirumuskan bahawa ilmu yang ada di dunia ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu ilmu fardhu ain dan ilmu fardfu kifayah. Sikap Islam yang mempersatukan segala ilmu tidak mengizinkan cabang-cabang ilmu hidup terpisah-pisah. Konsep ilmu menurut Islam dapat ditafsirkan melalui jenis-jenis ilmu itu tersendiri kerana pandangan Islam terhadap ilmu-ilmu tersebut dapat dilihat melalui maksud ilmu itu.





JENIS-JENIS ILMU
Ilmu –ilmu boleh diklasifikasikan kepada dua cabang ilmu menurut Islam. Pengkayaan terhadap ilmu-ilmu oleh para sarjana Islam pada zaman tamadum Islam menyebabkan ilmu pengetahuan telah mencakupi ruang kehidupan umat Islam khasnya. Cabang ilmu boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu `ilmu fadhu ain` dan ilmu fardhu kifayah. Ilmu fardhu a`in adalah ilmu yang lebih bersifat kepada pedoman kapada umat manusia dan melalui wahyu Allah S.W.T manakala Ilmu fardhu kifayah lebih bersifat kepada peyempurnaan hidup manusia samada untuk di dunia mahupun di akhirat. Ilmu fardhu a`in merangkumi dan wajib diketahui oleh semua umat manusia kerana ia lebih kepada pengabdian diri kepada Allah S.W.T. Ilmu fardhu kifayah pula lebih merangkumi kepada ilmu yang harus manusia tahu untuk kehidupan seharian. Diantara jenis-jenis ilmu fardhu ain dan ilmu fadhu kifayah menurut pandangan agama Islam ialah seperti di bawah.

ILMU FARDHU A`IN
Ilmu fardhu a`in adalah ilmu yang bersifat kepada pengibadatan kepada K`haliq. (3)Diantara ilmu-ilmu fardhu a`in yang wajib diketahui menurut pandangan Islam adalah
3
ILMU TAUHID
Kalimah tauhid berasal dari perkataan `Wahid` yang kemudian diubah menjadi `tauhid,yang dari segi bahasa bermaksud `Esa` yakni mengEsakan Allah S.W.T(4)Dari segi istilah ia adalah `suatu cabang ilmu pengetahuan yang membaca masalah yang berhubung dengan wujud Tuhan dan segala sifat-sifatNya samada sifat yang wajib, mustahildan harus bagi Allah juga membahaskan masalah yang berhubungan dengan Rasul-_rasul serta sifatnya. Diantara nama ilmu-ilmu tauhid yang harus diketahui ialah:
a)ilmu tauhid
Ia dikatakan ilmu tauhid, kerana didalamya memperkatakan tentang keEsaan
Allah S.W.T, serta membaca soal-soal yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah S.W.T(27)
b)ilmu kalam
Ia dikatakan ilmu kalam, kerana orang-orang selalu memperdebatkan tentang kalam Allah(Al-quran), qadim(dahulu) atau hadis(baharu)(5).
c)ilmu usulluddin
Dikatakan ilmu usulluddin kerana ia memperkatakan fukuq-fukuq agama, terutama mengenai ketuhana(6). 4,5,6








d)ilmu aqidah
Ia dikatakan ilmu Aqidah, kerana semau penbacaannya berhubungan dengan aqidah atau keyakinan yang mesti diperpagai oleh manusia, terutama umat Islam yang mukmin.
e)ilmu sifat
Ia dikatakan ilmu sifat, kerana ia memperkatakan tentang sifat-sifat Allah S.W.T dan RasulNya, atau lebih luas lagi bahawa ilmu ini memperkatakan tentang sifat
K`haliq dan makhlukNya.
Tauhid juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu tauhid Ulluhiyyah dan Rububiyyah yang serta tauhid Ibadat. (7)Tauhid tauhid ini dibahagikan mengikut percaturan hidup manusia oleh Allah S.W.T
.
ILMU FIQAH
Menurut bahasa, yang dikatakan fiqah ialah `tahu` atau `faham`. Manakala menurut istilah para ahli fiqah ialah
“Ilmu yang menerangkan hukum-hukum syariat yang diperolehi dari dalil-dalil yang khusus dengan penyelidikan dan ijtihad.
Selain itu ada pula pendapat yang megatakan bahawa yang dikatakan fiqah itu ialah:
“Ilmu yang membicarakan tentang hukum-hukum syariat yang berupa amalan dan diambil daripada dalil-dalil syarak(quran dan hadis) yang dihuraikan secara jelas”
Perkara-perkara yang dihuraikan dalam fiqah Islam amatlah besar. Ruang lingkup pembacaan fiqah Islam menghuraikan mengenai individu, masyarakat, dan negara serta hubungan antarabangsa, yang melengkapi, masalah-masalah ibadat,muamalat,kekeluargaan, perikatan perjanjian, kekayaan, warisan, jenayah, dan juga pengadilan. Oleh yang demikian faqih memberi ilmu fiqah kepada dua garis besar iaitu:
a)Fiqah Ibadat
Iaitu kumpulan hukum yang bertujuan asasnya ialah mendekatkan diri
kepada Allah S.W.T. Hukum-hukum ini telah ditegaskan oleh Allah dan
RasulNya. Perkara –perkara yang tergolong kepada fiqah ibadat ini ialah
Solat, zakat, puasa, haji, kekeluargaan, perkahwinan, perceraian, keturunan,
harta pusaka dan lain-lain.
b) Fiqah Adat
Fiqah adat ialah hukum-hukum yang ditetapkan untuk menyusun dan mengatur
Hubungan perseorangan dan masyarakat, atau untuk mewujudkan
kemashlahatan dunia. Hukum ini dapat berubah menurut zaman dan
tempat.
7






ILMU AKHLAK
Akhlak dari segi bahasa ialah perbuatan atau perilaku. Dari segi istilah ialah tatacara hubungan antara manusia dengan manusia, manusia dengan makhluk Allah yang lain dan hubungan manusia dengan pencipta. Bahagian ini merupakan ilmu pembimbing segala perbuatan dan perilaku manusia dan selaku penyempurna dari kedua-dua ilmu diatas dan tidak kurang pula ilmu ini memperkatakan tentang tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah tehadap sesama manusia dan terhadap Allah yang Maha Kuasa. (Kelanjutan dari ilmu dikenal sebagai “ilmu tasauf”. Adapun ilmu tasauf, ia membahas keikhlasan kemurnian hati dan niat kebenaran patuh yang ada dalam kalbu seseorang itu ketika ia melakukan pekerjaan. Tasauf itu pada hakikatnya adalah suatu sebutan yang digunakan untuk sesuatu yang berkenaan dengan cinta akan Allah dan RasulNya yang benar, bahkan bergantung pada keduanya dan berfana mengikut jalan keduanya. Bergantung dan berfana kepada Allah dan RasulNya menuntut seorang muslim untuk tidak menyimpang meskipun serambut pun daripada mengikut hukum-hukum Allah dan RasulNya S.A.W. Tasauf Islamiah yang murni tiada melepasskan dirinya dari sysriah. Sesungguhnya tasauf itu menegakkan hukum-hukum syariah
dengan sehabis ikhlas kesucian niat kebersihan hati.

ILMU FARDHU KIFAYAH
Ilmu frdhu kifayah adalah ilmu yang wajib dituntut untuk menyempurnakan disiplin serta perilaku manusia di atas muk bumi ini. Diantara ilmu fardhu kifayah yang asas atau umum termasuklah seperti di bawah.
a)Ilmu Riyaddiyah(8)
Ilmu ini ada konteknya dengan Ilmu Hitung, Ilmu Hindasah(geometry) dan Ilmu Bumi Alam. Tiada satupun ilmu-ilmu iniyang ada konteknya dengan perkara-perkara agama,baik ditetapkan mahupun tidak ditetapkan,bahkan ilmu-ilmu ini hanya dalil-dalil belaka yang tiada cara lagi untuk mengingkarinya sesudah terlebih dahulu faham dan jelas. Para sarjana Islam telah berusaha mengumpul bait-bait ilmu untuk kesenangan hidup umat yang akan datang. Huraian-huraian yang termaktub amat sesuai dengan pandangan Islam seperti ilmu-ilmu riyaddiyah ini :
Ilmu hitung/ilmu hisab
Kecintaan orang-orang Islam kepada Ilmu a`I-adad dan Ilmu hisab adalah mempunyai hubungan langsung dengan inti ajaran Islam iaitu `tauhid`. Tuhan adalah satu dan nombor satu adalah suatu lambang mengenai sumbernya. Nombor –nombor yang lain melmbangkan anak-anak tangga yang dengannya manusia dapat naik dari dunia yang beranika ragam ini kepada yang satu. Buku-buku para sarjana Islam seperti`Al jam`wa`l-tafriq oleh Ibnu musa Al-khawarizmi sangat mempengaruhi dunia barat. Al-biruni juga banyak mempelajari dan menulis banyak buku-buku mengenai siri dalam Ilmu Hisab. Kalshani seorang pakar Ilmu Hisab Parsi juga tekah mencipta pecahan dan cara menghitungnya seperti di dalam kitab Miftah Al-Hisab(kunci bagi Ilmu Hisab).






Ilmu alam bumi
Islam mensifatkan alam sebagai tanda lambang, semboyan atau gambaran Islam. Ahli sains Islam tidak bekerja dalam satu dunia di mana Tuhan dipisahkan daripada apa yang diciptakaNnya. Mereka tidak mengemukakan dalil –dalil seperti kesamaan(uniformitarianism) atau evolusi biologi mengufuk(horizontal biological evolutio) yang dianggap sebagai kenyataan sains tetapi sebenarnya merupakan cara di mana manusia yang telah disekularkan mengisi kekosongan yang ada akibat daripada membuang Khalq daripada ilmunya. Tidak sperti sarjana-sarjana Islam seperti yang ilmunya berdasrkan Islam seperti Al-biruni dengan teori batu-batunya,yang menulis dalam Tahqiq ma li`l-hind bahawa Dataran Gangga di India adalah sebuah longgokan mendak sama seperti Ibnu-Sina yang menjelaskan tentang kejadian batu mendak.
Ilmu Mantiqiyyah(9)
Ilmu ini juga sama sekali tidak ada konteksnya dengan agama, baik ditetapkan atau tidak ditetapkan,bahkan dia hanya merupakan analisa tentang cara mencari dalil-dalil,cara mencari analog,cara mencari beberapa syarat definisi yang benar dan bagaimana cara mengurutknnya. Ilmu ini terbahagi kepada dua iaitu ilmu Tasawwur dan ilmu Tasdiq yang diperolehi dengan mengemukakan dalil-dalil dan hujah yang bernas untuk meyakinkan akan kebenarannya. Dalam istilah Ilmu Mantiq terdapat:susunan mujabah(baca positif dan susunan negatif atau “salabah”.
Ilmu Thabi`I(10)
Ilmu Ini membahas tentang benda-benda langit dan beberapa bintang serta apa yang terdapat di bawahnya dari benda-benda tunggal seperti air, udara, debu dan benda-benda yang memiliki bagian-bagian seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ilmu ini juga membahas tentang sebab-sebab perubahan,peralihan dan tabiat benda benda itu. Maka tidaklah syarat agama mengingkari ilmu alam kecuali dalam beberapa masalah tertentu seperti yang dinyatakan oleh para ulama dalam kitab `Tahaafut Al falasifah. Diantara cabang-cabang ilmu Thabi`I ialah termasuklah ilmu perubatan serta ilmu falaq antaranya seperti:
Ilmu perubatan
Abu Dardah berkata :”Ya Rsullullah,kalau saya disembuhkan dari penyakit dan bersyukur kerana itu,apakah ini lebih baik daripada saya sakit dan bersabar?” Rasullullah menjawab:”Sesungguhnya Rasullullah mencintai kesihatan sebagaimana engkau juga”. Perubatan dalam Islam bergantung kepada tauhid dalam mencari keseimbangan. Juga perubatan dalam Islam bersangkut paut dengan Islam melalui perintah-perintah dalam Quran dan hadis mengenai kebersihan,makanan,wudhuk,dan hal-hal yang berhubungan dengan jasad manusia. teori perubatan Islam terjalin dengan falsafah Islam. Antara kitab-kitab perubatan dalam Islam adalah Al Qanun fi al tibb oleh Ibnu Sina dan Al Asrar oleh Al Razi







Ilmu falaq
Di dalam Al-Quran banyak didapati ayat-ayat mengenai al nujum(bintang),falaq(orbit), samawat(heavens) dan al sama(langit). Sebagai Ad-din Al hanif(agama mula-mula yang bersih),Al-Quran menceritakan bahawa alam ini adlah ayat dan Al-Quran itu merupakan tanda Tuhan:
Quran yang diciptakan(Al-Quran al takwini)
Quran yang dicatat(Al-Quran al-tadwini)
Khalif al M`amum mempunyai munajjimum yang berusha untuk menghitung besarnya darjah garis lintang. Zij-al Kwarrizmi telah diterjemahkan di dalam bahasa latin dan telah menjadi dasar ilmu falaq bagi Eropah.
Ilmu pertanian
Penggal-penggal takwim yang dibuat oleh ahli-ahli sains Islam menjadi pedoman bagi petani petani barat yang mengikut cara pertanian Islam. Perkataan almanak juga dipinjankan oleh orang-orang barat dari kata al munakh yang bermaksud iklim(climate)itu. Ahmad Ibnu Ali bakr ibn Wasiyyah pula telah menulis sebuah buku berkenaan ilmu pertanian yang mendapat sambutan hangat petani-petani barat yang dahagakan pertanian yang memberikan hasil yang baik.
Ilmu Siyasah(11)
Ilmu ini membicarakan tentang hukum kemashlahatan dunia yang masih ada konteksnya dengan urusan-urusan kekuasaan dunia. Ia diambil daripada kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada para nabi dan dari hikmah kata-kata mutiara yang biasa dipakai oleh para nabi dahulu.
Ilmu Khlaqiyyah(12)
Ilmu ini kembali kepada pembatasan sifat-sifat jiwa dan beberapa pekertinya menyebut jenis dan bermacam ragamnya bagaimana cara mengubatinya. Ilmu ini diambil daripada ahli-ahli sufi yang kemudiannya dipelajari untuk pekerti yang tinggi
Jikalau hendak disingkap terdapat pelbagai jenis ilmu untuk kesenangan hidup manusia di dunia dan akhirat. pelbagai ilmu telah dicari dan diwahyukan oleh Allah S.W.T melalui peraantaraan jibril a. sIlmu Fardhu a`in dan Fardhu kifayah adalah merupakan dua ilmu yang penuh dengan cabang-cabang yang perlu manusia ketahui demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Ilmu Fardhu kifayah adalah merangkumi semua aspek kehidupan samada hidup di dunia dan di akhirat terutamanya.

SUMBANGAN ILMU TERHADAP UMAT ISLAM
Ilmu menyumbangkan pelbagai perkara dan aspek di dalam kehidupan umat islam. Hidup di atas mika bumi ini haruslah berpandukan kepada ilmu pegetahuan. Jadikan ilmu sebagai amalan,bak kata Maulana Iqbal
“dan janganlah dipilih hidup bagaikan nyanyian ombak,
hanya berbunyi ketika terhempas di pantai
tetapi jadikan air bah
yang megubah dunia dengan ilmu mu.
Kejayaan para ilmuan Islam Mencari ilmu menyumbang kepada faktor kegemilangan Islam dan berjaya menjadikan umat Islam dapat mencipta tamadun Isalm itu sendiri. Ilmu menyumbangkan kepada kesepaduan hidup umat islam,sistem pemerintahan Islam yang adil,corak hidup yang berteraskan Islam,dan ilmu –ilmu yang berteraskan Islam.






SUMBER-SUMBER ILMU
Sum ber-sumber ilmu boleh diperolehi daripada kitab-kitab suci Allah S.W.T. Namun sumber-sumber ilmu yang ada ialah daripada kitab suci Al-Quran,sunnah Rasullullah,ulama qias,dan hadis.
Dari Aisyah r. a katanya, Rasullullah s.a.w membaca ayat,
“Dialah yang menurunkan Kitab(Al-Quran) kepadamu. Diantara isinya terdapat ayat-ayat muhkamat(yang jelas dan tegas maksudnya)dan yang lain(ayat-ayat) mutasyabihat(samar-samar). Adapun orang-orang yang hatinya condong kepada kesesatan maka mereka megikuti ayat-ayat yang mutasyabihat, untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya. Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan hanya Allah. Dan orang-orang yang mendalami ilmunya berkata:Kami beriman kepada ayat-ayat mutasyabihat,semuanya itu turun daru tuhan kami”Dan tidak dapat memahamiya kecuali orang-orang yang cerdas,”(Ali I`mran, 3:7)(13)
Sumber-sumber ilmu yang yang lain termasuklah dari Sunnah atau perbuatan Rasullullah s.a.w junjungan besar sekelian umat manusia. kerana iyu mengikut Kitabullah harus diikut dengan sunnah Rasullullah. Allah berfirman:
“Barangsiapa yang mentaati rasul itu, sesungguhnya ia telah mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling(dari ketaatan itu) maka Kami tidak mengutusma menjadi pemelihara bagi mereka. ”(QS,Al-Nisa:80)(14)
Berdampingan dengan denagan Alim ulama juga dapat memberi ilmu penetahuan yang berfaedah di samping rujukan daripada buku –buku agama. Diantara Imam-imam yang terkenal ialah Imam Al-ghazali,Imam As-Syafi`ie,dan Imam Hanafi yang banyak memberi ilmu panduan untuk hidup di dunia dan akhirat kepada seluruh umat Islam khasnya.

KEWAJIPAN MEMPELAJARI ILMU
Islam amat menuntut pengikutnya menjadi insan yang berilmu. Ilmu itu penting bagi menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Umpamaya seseorang yang mempunyai pegangan ilmu tauhid yang kukuh adalah wajib baginya kerana ia adalah Fardhu a`in bagi setip umat Isalm untuk belajar mengenali Allah S.W.T. Ilmu fardhu kifayah pulu dimestikan untuk panduan hidup di dunia khasnya dan akhirat amnya. Tuntutan syarak terhadap orang yang berilmu adalah tinggi nilainya di sisi Islam dan orng yan berilmu akan dihormati dan disegani oleh orang ramai.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com