Konsep Ilmu Fardhu Ain

ILMU FARDHU AIN

 Definisi
Ilmu fardhu ain1ialah ilmu-ilmu tentang kebenaran objektif untuk pedoman manusia.Ia merupakan objektif untuk pedoman manusia.Ia merupakan ilmu abadi yang menjadi inti dasar kepada ajaran Islam.Contohnya;ilmu-ilmu mengenai akidah, syariat dan akhlak lain-lain yang berkaitan dengan selok belok agama Islam.
 Sumber
Sumber utama ilmu fardhu ain adalah Al-Quran dan Al-Sunnah.Manakala sumber yang kedua adalah Jamak Ulama dan Qias.
 Kewajipan mempelajari
Wajib keatas setiap individu muslim yang mukallaf memahami dan mengamalkannya.Ia juga mesti dipelajari dari peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa mengikut tahap yang sesuai.
 Kepentingan
- Sebagai panduan hidup setiap umat Islam supaya tidak melebihi garisan dan batas-batas syariat.
(Surah Al-Baqarah 2.229)
Maksudnya;Dan barang siapa yang melanggari hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim.
- Memperolehi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
- Untuk memenuhi keperluan jiwa, roh dan akal.

Ilmu-ilmu fardhu ain terbahagi kepada beberapa bahagian yang utama iaitu Tauhid, Fekah dan Tasauf.Daripada bahagian-bahagian ini ianya terbahagi pula kepada beberapa tajuk kecil.

TAUHID
Ilmu tauhid2 ialah satu ilmu ketuhanan untuk mengenal Allah S.W.T dengan sifat-sifat-Nya yang wajib, mustahil dan harus.Selain itu ilmu tauhid juga merupakan satu ilmu yang membahaskan segala rukun-rukun iman yang menjadi keyakinan seluruh umat Islam.

Kepentingan mendalami ilmu Tauhid
Ilmu tauhid perlu dipelajari sedalam-dalamnya bertujuan antaranya:-
a) Membetulkan kepercayaan dan keyakinan terhadap zat Penciptanya.
b) Menjauhkan sebarang keyakinan selain dari Allah S.W.T
c) Menjauhkan sebarang penyembahan selain dari Allah S.W.T
d) Memberi panduan bagaimana untuk mengabdikan diri kepada Allah dengan sebenar-benarnya.
Perbezaan Iman, Islam, Murtad, kafir, munafik dan syirik

Iman
Iman ertinya percaya dengan penuh keyakinantentang adanya Tuhan yang menciptakan Alam dan membenarkan Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi yang diutuskan oleh Allah serta juga mempercayai kesemua Rukun-rukun Iman yang enam.


Islam
Islam ertinya tunduk dan patuh menurut apa yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW dengan menunaikan kewajipan, iaitu melaksanakn dengan perbuatan lahir.

Murtad
Murtad adalah keluar dari agamanya, tidak setia pada agama atau kembali menjadi kafir setelah Islam.

Kafir
Kafir ialah orang yang mengingkari kebenaran Islam serta jahil tentang ketuhanan Allah dan keesaannya dan jahil mengenai kerasulan Nabi Muhammad SAW. Seseorang yang kafir boleh menghilangkan kekafirannya dengan mengucapkan dua khalimah Syahadat serta mengetahui syarat-syarat sahnya.

Munafik
Munafik ialah seorang yang menzahirkan dirinya beragama Islam tetapi sebenarnya tidak beriman atau dengan kata lain mereka ini berpura-pura.

Syirik
Syirik ialah menyamakan Allah dengan sekutu dengan yang lain seperti menyembah batu, kayu, matahari dan seumpamanya.
Rukun Iman ada 6 perkara;
1. Percaya kepada Allah.
2. Percaya kepada malaikat-malaikat-Nya.
3. Percaya kepada kitab-kitab-Nya.
4. Percaya kepada Rasul-rasul-Nya.
5. Percaya kepada hari akhirat.
6. Percaya kepada qada’ dan qadar.

FEKAH
Pengertian ilmu Fekah
Dari segi bahasa Feqah6 bererti faham.Manakala disegi Istilah pula ialah mengenal hukum-hakam syarak berhubung dengan amalan dan perbuatan Mukallafyang diambil dari sumber-sumber Al-Quran dan Al-Hadith secara terperinci (tafsiliah) serta sumber dari Ijmak Ulama dan Ijtihad.
Penggunaan Istilah Fiqhiah
1. Wajib atau fardhu
Perintah agama yang mesti dikerjakan.jika dilaksanakan mendapat pahala dan berdosa jika ditinggalkan.
Wajib terbahagi kepada dua bahagian:
a) Wajib ain atau Fardhu ain.Wajib dikerjakan oleh setiap mukallaf.
b) Wajib Kifayah atau Fardhu Kifayah.Sesuatu yang apabila dikerjakan oleh sebahagian orang di dalam daerah, maka terlepaslah tuntutan keatas orang lain.Dan sekiranya tidak ada seorang pun yang mengerjakannya, maka berdosalah semuanya.

2. Sunat, Mandub, Mustahab atau tathawwu’.
Mendapat pahala bila dikerjakan dan tidak berdosa bila ditinggalkan.

3. Haram.
Dilarang keras untuk dikerjakan dan mendapat dosa.jika meninggalkan kerana larangan Allah akan mendapat pahala.

4. Makruh.
Dilarang tidak keras untuk dikerjakan dan tidak berdosa.Jika tidak mengerjakan kerana Allah akan mendapat pahala.

5. Mubah atau Jaaiz.
Sesuatu yang boleh dikerjakan atau ditinggalkan.mendapat ganjaran sekiranya dilaksanakan kerana Allahataupun dijadikansatu amalanyang baik (ibadah) serta berfaedah untuk org lain.

6. Sah.
Sesuatu ibadah atau muamalah yang di lakukan dengan cukup rukun dan syaratnya sehingga di terima tuhan atau terlaksana dalam muamalah.

7. Batal atau Baatil.
Sesuatu ibadah atau muamalah yang dilakukan dengan tidak cukup rukun dan syaratnya sehingga tidak diterima Tuhan atau tidak termasuk dalam muamalah.

8. Ijmak.
Kata-kata sepakat di kalangan Imam-Imam Mujtahid yang hidup sezaman.
9. Qiyas.
Perbandingan hukum tentang sesuatu yang terjadi di zaman Nabi dengan apa yang berlaku sekarang.


10. Ijtihad.
Pengolahan dengan ber4sungguh-sungguh serta peralatan yang cukup untuk sesuatu hukum Agama yang dari sumber Al-Quran, Al-hadith, Qiyas dan Ijmak.

11. Mujtahid.
Ulama-ulama Ahli Fiqh yang menurunkan pengetahuannya dengan mengeluarkan hukum-hukum Agama bersumberkan Al Quran, Al hadith, Qiyas dan Ijmak.

12. Syarat.
Sesuatu hal yang terletak di luar Ibadah (Muamalah) tetapi wajib dipenuhi.

13. Rukun.
Sesuatu hal yang wajib dipenuhi dan terletak dalam ibadah Muamalah.

Diantara ilmu fardhu ain yang terkandung didalam ilmu fekah ialah bersuci, sembahyang, zakat, puasa, muamalah, nikah, jenayah, hudud, jihad, buruan & sembelihan, perlumbaan, sumpah, keadilan dan kesaksian dan kemerdekaan hamba.

TASAUF
Tasauf dari segi bahasa ialah bersih atau suci.
Tujuan mempelajari Ilmu Tasauf
Ilmu tasauf ialah satu ilmu yang dipelajari bertujuan antaranya;
1. Untuk membersihkan dan menyucukan hati dari segala sifat-sifat yang keji (mazmumah) dan mengisikan dengan sifat-sifat yang baik (mahmudah) dengan tujuan beribadah semata-mata kerana Allah Taala.
2. Memiliki iman yang kuat dan kental di dalam hati.
3. Mengerjakan amalan kebajikan sebanyak-banyaknya.
Firman Allah didalam Al Quran yang memperingatkan tentang kesejahteraan hati:
(Asy Syuara: 88-89)
Ertinya:
Pada hari itu, tiada berguna lagi harta dan anak-anak. Kecuali mereka yang pergi mengadap Allah dengan hati yang sejahtera.
Sumber Ilmu Tasauf
Ilmu Tasauf adalah bersumberkan dari Al Quran dan Hadith Nabi SAW.
Hukum
Umat Islam (termasuk ilmu Fardhu Ain selain dari tauhid dan feqah) mengetahui sifat baik dan buruk yang ada pada diri manusia. Sifat-sifat yang baik disebut Mahmudah, dan sifat-sifat yang buruk disebut sifat Mazmumah. Didalam maka ini lah di senarai antara sifat-sifat tersebut yang penting diketahui oleh semua umat Islam.



Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com