Kemajuan Umat Islam Di Zaman Khulafa' Al Rasyidin

KEMAJUAN UMAT ISLAM DI ZAMAN KHULAFA` AL –RASYIDIN

Kemajuan tamadun islam yang dibina oleh Rasulullah S.A.W tidak dapat di bandingkan dengan kemajuan yang dicapai oleh pemimpin-pemimpin lain. Oleh sebab itulah segala yang ditinggalkan oleh baginda di warisi oleh sahabat –sahabat baginda iaitu Abu bakar al-Siddiq,Umar al-Khattab,Usman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.

Sahabat-sahabat baginda ini meneruskan corak pemerintahan yang ditinggalkan oleh baginda dan melakukan banyak perubahan dalam melaksanakan sistem islam. Perlantikan sahabat-sahabat baginda dilakukan dengan mengunakan sistem syura iaitu sistem yang di lakukan oleh rasulullah. Dimana setiap sahabat baginda yang dilantik hendaklah melaksanakan pemerintahan seperti yang ditunjukan dan dilakukan oleh baginda berdasarkan al-quran dan tidak mengikut hawa nafsu semata-mata.

Oleh sebab itu sahabat-sahabat mengunakan gelaran-gelaran tertentu,misalnya Abu Bakar mengunakan gelaran “khalifah”,Umar al-khattab mengunakan gelaran “Amirul mu`minin”dan Ali bin Abi Talib mengunakan gelaran “Iman”. Selain itu mereka telah mencapai pelbagai kemajuan dan kejayaan berdasarkan apa yang di tinggalkan oleh Rasullalah. Mereka telah meletakan islam adalah kuasa yang disegani dan dihormati oleh masyarakat lain. [1]

KEMAJUAN TAMADUN DI ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ

Perlantikan beliau sebagai khalifah dibaiah oleh lebih kurang 300 orang yang berlangsung di masjid nabi. Semasa pemerintahan beliau dalam masa lebih kurang 2 tahun tidak banyak perubahan yang dapat dilakukan kerana timbul pelbagai masalah iaitu masalah riddah dan nabi-nabi palsu. Ini kerana golongan riddah ini tidak mahu mengeluarkan zakat kepada baitulmal manakala masalah nabi-nabi palsu ditimbulkan oleh individu-individu yang mengaku diri mereka sebagai nabi antaranya ialah Musallamah al –Kazzab di yamamah,al-Aswad qais bin Yagus di yaman,Tulailah bin Khawailid al-Asady di Bazaakhah dan Malik bin Nuwairah di Battah.

Oleh sebab itu beliau telah menubuhkan 11 pasukan tentera bagi menghapuskan pemberontakan tersebut sehinggalah mereka dapat disatukan. Selain itu beliau meneruskan usaha rasullalah mengirim tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid ke qudha`ah dan Abna di syria dengan melindungi orang –orang islam dari ancaman Rom dan Parsi. Pengumpulan Al –Quran dilakukan setelah menerima pandangan beliau yang bimbang pihak penghafaz al-quran yang semakin kecil bilanganya disebabkan ramai diantara mereka yang telah syahid di medan peperangan.

Beliau sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyat sehingga beliau telah memperuntukan sebanyak 600 dirham setahun untuk di belanjakan kepada rakyat dan negara. 1

Sementara itu dalam soal pertadbiran wilayah beliau membahagikan Semenanjung arab kepada Madinah,Makkah,Taif,Syria,Yaman,Najran,Hadramaut,Bahrain dan Daumat al-Jandal dimana setiap wilayah tersebut di lantik seorang gabenor yang bertanggungjawab kepada pertadbiran khalifah yang berpusat di madinah dalam mengendalikan urusan kebajikan rakyat,pengurusan zakat,menjalankan keadilan,kehakiman dan menjadi imam.

Setelah pasti negara islam dalam kaadaan stabil beliau mengalihkan perhatian kepada dasar-dasar luar. Walaupun dalam jangka masa yang singkat beliau nyata dapat meletakan asas-asas yang kukuh dan demokratik terhadap pemerintahan Madinah. Ini memudahkan peganti-peganti beliau untuk meneruskan dasar-dasar tersebut. 2












KEMAJUAN TAMADUN DI ZAMAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Beliau juga di lantik sebagai khalifah melalui sistem syura dimana beliau telah dipersetujui olah seluruh kaum muslimin. Beliau telah mengunakan gelaran Amirul Mukminin. Sempena perlantikan dirinya beliau telah berjanji akan menjaga orang ramai dengan penuh kejujuran. Beliau aadalah seorang yang sederhana dalam urusan hidupnya seharian tetapi dapat dedikasikan sepenuh tenaga dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin.

Dalam pertadbiranya beliau mengikut sepenuh polisi yang ditinggalkan oleh pemimpin sebelumnya. Justeru itu tidak hairanlah beliau dapat melaksanakan pemerintahanya dalam masa lebih kurang 10 tahun dengan mencapai kecemerlangan dalam semua dasar-dasar disamping dapat dapat mengukuhkan kedudukan kaum muslimin di Madinah.

Oleh itu banyak pengkaji –pengkaji sejarah mengakui zaman pemerintahan beliau sangat menyerlah sehingga dikenali sebagai “Golden Age”. Terdapat pelbagai kemajuan yang dicapai oleh beliau antaranya ialah:

Pendidikan

Beliau telah menubuhkan “kuttab”dimana pendidikan yang dititik beratkan ialah membaca dan menulis,membaca al-quran dan menghafalnya,belajar mengambil wudhuk,solat dan puasa. Selain itu beliau juga memperkenalkan mata perlajaran berenang,memanah,menunggang kuda,serta menghafal syair,madah dan peribahasa.


Sementara itu pula diperingkat yang lebih tinggi diajar al-quran dan hadis,tafsir serta pelajaran yang berhubung dengan tasyri.

Beliau juga mewajibkan umat islam merpelajari sekurang-kurangnya 5 surah daripada al-quran iaitu surah al-baqarah,al-nisa,al-maidah,al-haj dan al-nur kerana surah-surah itu mengandungi perintah-perintah dan arahan-arahan Allah S.W.T.

Beliau juga mewajibkan menghafal al-quran. Selain itu beliau juga mengutuskan beberapa orang sahabat seperti Abu Darda,Abdul Rahman bin Maqal dan Abdul Rahman bin Ghuman ke wilayah-wilayah lain sekitar Madinah untuk mengajar bagi membolehkan penduduknya bermuamalat secara islam. Sementara itu Abu Sufyan ditugaskan untuk mengajar al-quran kepada orang-orang Badwi.

Politik

Gerakan untuk memperluaskan wilayah berlaku dengan pesat dan berjaya hingga meliputi Afrika Utara,Asia Timur dan Khurasan. Bagi memudahkan pentadbiranya beliau telah membahagikan kapada lapan wilayah iaitu Madinah,Mekah,al-Jazirah,Basrah,Kufah,Mesir dan Palestin.

Dimana setiap wilayah di tadbir oleh seorang gabenor yang dibantu oleh seorang setiausaha(al-khatib),ketua tentera,pemunggut cukai(sahib al-Kharaj),pegawai polis,pegawai perbendaharan dan hakim. Walaubagaimanapun ada wilayah yang ditadbir terus oleh beliau dari Madinah.

Sistem politik yang di zaman Khulafa’ Al-rasyidin dalah dilakukan mengikut beberapa cara dan sistem. Misalnya khalifah yang dilantik adalah berdasarkan pemilihan orang ramai melalui sistem syura. Mereka adalah terdiri daripada orang yang benar-benar berkelayakan memegang jawatan berkenaan. Seorang khalifah yang dilantik hendaklah meliputi orang islam yang mempunyai akhlak yang mulia,beriman,cekap,adil serta tabah dalam menghadapi segala cabaran yang datang.

Tugas sebagai seorang khalifah kepada sesebuah negara islam adalah menjalankan tanggungjawab seperti melaksanakan hukum-hakam yang di kehendaki oleh islam. Selain itu mengawal keamanan kesejahteraan serta keselamatan negara. Melaksanakan bentuk pertadbiran yang adil bagi menjamin hak-hak terhadap individu dan masyarakat.

Bentuk pentadbiran yang dilakukan adalah berdasarkan al-quran dan as-sunnah. Sementara itu masjid dijadikan pusat pentadbiran di samping menjadi pusat ibadat dan penkembangan kegiatan dakwah islamiah. Dasar pemerintahan adalah berdasarkan musyawarah dan mendapat persetujuan ramai. Khalifah yang di lantik dengan persetujuan ramai dari kalangan orang yang berkelayakan yang mempunyai sifat-sifat amanah,bijak,adil,dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

Oleh itu apabila khalifah dilantik mereka hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi,menyusun pentadbiran dengan lebih tersusun dan mengadakan berbagai usaha untuk kesejahteraan rakyat.

Bagi memudahkan pertadbiran negara mereka telah meembahagikan negara kepada beberapa wilayah dan melantik seorang gabenor untuk mentadbir wilayah-wilayah tersebut
Untuk menjamin kesejahteran,keselamatan dan keamanan negara dari ancaman musuh,pertahanan negara diperkuatkan dengan melatih anggota tentera dengan pelbagai teknik peperangan.


Menubuhkan Jabatan

Memandangkan negara islam semakin meluas dengan pengaruhnya dan hasil perhatian khalifah umar terhadap keperluan rakyat,masyarakat dan negara,beliau telah menubuhkan satu institusi baru iaitu “Dewan”atau dikenali sebagai “Jabatan”. Sejarah telah mencatatkan khalifah umar adalah orang yang petama meletakan asas bagi sistem pentadbiran yang lebih tersusun dengan memperkenalkan sistem jabatan.

Hari ini sistem-sistem ini diikuti dengan meluas diseluruh dunia malah masyarakat barat pun turut meniru sistem-sistem tersebut pada abad ke-19 dan 20 dan digunakan sampai hari ini. Antara jabatan-jabatan tersebut adalah:

· Jabatan Tentera
· Jabatan Ganjaran dan Pengagihan
· Jabatan Cukai
· Jabatan Pos

Beliau mendapat idea untuk menubuhkan jabatan –jabatan tersebut dicadangkan oleh Hisyam bin al-Qalid bin al-Mughirah dan seorang dari pemimpin parsi yang menganut agama islam setelah melihatnya pernah dilaksanakan oleh pemerintah-pemerintah Parsi yang berjaya menyelesaikan banyak masalah yang timbul di Parsi.


Khalifah Umar turut memberi perhatian serius terhadap kepada Jabatan tentera(Dewan al-Junud). Ini disebabkan sebahagian besar masyarakat terlibat dalam aktiviti ketenteraan samaada secara tetap atau sukarela. Unit-unit tentera terdiri dari pasukan berkuda,berjalan kaki,perkhidmatan peninjau dan peninjau sayap belakang.

Di dalam melaksanakan sistem-sitem ini agar berkesan pusat-pusat tentera didirikan di Madinah,Basrah,Mushal,Fustat,Damsyik,Jordan dan Palestin. Mereka bertugas bukan sahaja untuk memastikan negara isl; am tidak diserang tetapi juga menghapuskan apa saja pemberontakan yang timbul di dalam negara. Pegawai-pegawai yang dikenali sebagai Qaid,Amir dan ketua turus angkatan tentera. Banyak kemudahan yang disediakan seperti rumah-rumah untuk tentera yang dibina di Kufah,Basrah, dan Fustat. Manakala gaji yang diperuntukan untuk seorang tentera ialah sebanyak 600 dirham setahun disamping elaun dan sumbangan kepada setiap anggota tentera dan kerluarga mereka dan setiap satu bala tentera akan disertai oleh seorang pegawai tentera yang

turut merangkap sebagai seorang akauntan,qadi,dan doktor. Contohnya semasa berlakunya peperangan Qasidiah Abdul Rahman bin Rabitah ditugaskan sebagai seorang qadi sementara itu Ziyad bin Abu Sufyan ditugaskan sebagai seorang akauntan.

Sosial

Secara keseluruhanya hasil daripada pungutan cukai yang sistematik dapat membantu khalifah menyediakan pelbagai kemudahan asas kepada rakyat seperti sistem peparitan,jalan raya dan perigi. Manakala sistem Usyur juga diperkenalkan,hasilnya masyarakat islam di zaman syaidina Umar telah dapat menikmati satu tahap yang lebih sempurna dan selesa dan membanggakan masyarakat islam.

Sementara itu rakyat diberi kebebasan untuk menganut agama dan kepercayaan dan mengamalkan ajaran agama mereka. Mereka juga boleh memberi dan berkongsi pendapat untuk kebaikan bersama. Sementara itu khalifah bertindak adil terhadap individu dan masyarakat tanpa mengira agama,keturunan,dan darjat.

Kaum dan kabilah yang hidup dalam negara islam diperdamaikan supaya mereka hidup sebagai satu ummah. Jurang perbezaan antara orang miskin dan orang kaya dirapatkan supaya mereka sama-sama menikmati hasil kekayan negara. Sementara orang –orang yang lemah didalam masyarakat seperti anak-anak yatim,wanita dan orang-orang tua dibantu supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang sempurna dan harmoni. 2

KEMAJUAN TAMADUN DI ZAMAN KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN

Semasa pemerintahan Khalifah Uthman tidak banyak perubahan yang dapat dilakukan. Kebanyakan perkara yang dilakukan mengikut apa yang di tinggalkan oleh Khalifah sebelumnya. Walaubagaimanapun sumbangan yang paling besar adalah beliau telah melakukan perubahan dengan melaksanakan sistem penulisan al-quran yang lebih sistematik.

Beliau telah melaksanakan sistem ini kerana disebabkan pada masa itu ramai orang islam iaitu terdiri daripada penghafal-penghafal al-quran telah berpindah ke negeri yang baru dibuka oleh orang-orang islam seperti di Mesir,Syria,Iraq,Armenia dan Azerbaijan. Oleh itu timbul masalah dalam pembacaan dan sebutan al-quran sebagaimana yang di sebut oleh Huzaifah al-Yaman seorang pegawai tentera islam di Armenia kepada Khalifah di Madinah.

Oleh yang demikian beliau telah memerintahkan Zaid bin Thabit,Abid bin al-As,Abdullah bin Zubayr dan Abdul Rahman bin al-Harith supaya membukukan al-quran dan menyalinkan berpandukan kepada bacaan-bacaan pembaca yang terkenal. Sebanyak 6 salinan telah dikirimkan ke Mekah,Basrah,Kufah dan Syria. Manakala terdapat dua buah lagi telah disimpan oleh beliau di Madinah,tujuanya adalah satu untuk kegunaan negara manakala satu lagi untuk kegunaan Khalifah.

Semua orang-orang islam di wilayah-wilayah islam diperintahkan membaca al-quran mengikut bacaan yang telah ditetapkan. Sumbangan beliau terhadap perkara ini sangat berharga dari dulu hingga sekarang,di mana sistem pembacaan masih diikuti oleh umat islam pada masa kini.

Melaui pembacaan al-quran orang islam dapat menbangunkan diri,masyarakat,negara dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah S.W.T. Selain itu al-quran dapat menbentuk peribadi yang baik dan akhlak yang mulia serta terpuji. Ilmu yang diperolehi daripada al-quran dapat digunakan untuk memajukan alam dan mengambil manfaat daripadanya untuk mencapai keamanan dan kesejahteraan hidup.

Apabila seseorang itu berilmu dia akan dapat mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah S.W.T yang akan menbentuk diri kepada ketakwaan dan keimanan yang tinggi kepada-NYA. Dengan memahami isi kandungan al-quran seseorang dapat menangkis gejala-gejala buruk seperti pecah amanah,penyelewengan,permusuhan kaum,penyalahan kuasa,jenayah dan mementingkan diri sendiri. 3



KEMAJUAN TAMADUN DIZAMAN KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB

Pemerintahan beliau masih mengikut dasar-dasar pemerintahan terdahulu di mana beliau juga dilantik mengikut sistem syura. Semasa pemerintahan Khalifah Ali tidak banyak yang dapat dilakukan kerana pada masa itu beliau sibuk menghapuskan pemberontakan yang timbul. Pemberontakan ini timbul kerana ada pihak-pihak tertentu yang mahukan beliau menghukum mereka yang terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthmam.

Beliau masih meneruskan cara pemerintahan yang dilakukan oleh pemimpin yang terdahulu. pemerintahan beliau masih berpegang teguh kepada al-quran dan al-sunnah dimana perkara-perkara yang dilaksanakan adalah tidak mengikut pandangan diri sendiri tetapi menerima pandangan orang lain melalui sahabat –sahabat ataupun pandangan masyarakat islam.

Beliau sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima pendapat dan cadangan orang lain dan mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling dan memberi bantuan sekiranya terdapat orang islam yang di dalam kesusahan. Beliau juga mengambil berat tentang masyarakat yang bukan beragama islam. 3

Ekonomi

Di zaman Khulafa’Al-Rasyidin Baitulmal merupakan badan yang bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan negara. Di sinilah terkumpulnya harta-harta yang diperolehi oleh negara untuk merancang kegiatan okonomi. Sumber ekonomi di zaman ini berasaskan zakat,kharaj,jizyah,al-fai,dan ghanimah. Harta-harta tersebut menjadi sumber pendapatan utama negara dan ia takbirkan mengikut sistem ekonomi islam.

Dalam menguruskan harta-harta tersebut Khulafa’Al-Rasyidin tidak mengunakan harta dalam Baitulmal untuk kepentingan diri dan keluarga tetapi mereka lebih rela hidup zuhud dan sederhana walaupun mampu hidup mewah. 4

KESIMPULAN
Pemerintahan yang dibawa oleh Rasullalah s.a.w adalah corak pemerintahan yang telah membawa masyarakat islam mencapai tamadun pertama di dunia. Tidak ada tamadun yang dapat menandingi tamadun yang dicapai oleh orang islam. Ini kerana tamadun islam dicapai adalah berpandukan kalam Allah S.W.T iaitu al-quran dan as-sunnah. Tambahan pula apa yang ditunjukan oleh al-quran adalah bersesuaian dengan fitrah alam ciptaan-NYA. Kebanyakan cara-cara pemerintahan orang islam didalam mencapai tamadun dunia ditiru oleh bangsa lain didalam mencapai tamadun mereka. Misalnya kebanyakan ilmu-ilmu yang dicapai oleh orang islam telah ditiru oleh mereka dan mengunakan ilmu-ilmu tersebut untuk mencapai tamadun mereka. Malah ahli-ahli cendekiawan asing mengakui tamadun moden terbaik adalah tamadun yang telah dicapai oleh orang islam dan ia tidak dapat dinafikan lagi tetapi ada orang –orang barat masih mengakui tamadun mereka adalah tamadun terbaik. 5

[1] Zulkifli Ahmad,Tasawwur Islam.hal.2.
1 Zulkifli Ahmad,Tasawwur Islam.hal.5.
2 Zulkifli Ahmad,Tasawwur Islam.hal 6.
2Zulkifli Ahmad,Tasawwur Islam.hal. 8.9.10.
3 Zulkifli Ahmad,Tasawwur Islam.hal.12.
3 Zulkifli Ahmad,Tasawwur Islam.hal.13.
4 Zulkifli Ahmad,Tasawwur Islam.hal 6.
5 Tamadun Islam masa kini,hal 6.