Kecemerlangan Tamadun Islam Di Zaman Rasul s.a.w.

Kecemerlangan Tamadaun Islam di Zaman Rasulullah

PENDAHULUAN

Tamadun Islam sebagai pancaran keunggulan dan keistimewaan Islam sebagai al-din yang diredhai Allah berbeza daripada tamadun lain kerana tamadun Islam berteraskan hakikat kewujudan Khalid sebagai Pencipta dan hakikat kewujudan manusia sebagai makhluk(yang dicipta) yang dapat difahami dalam konteks kerohanian Islam yang mencakupi persoalan kejadian manusia,insan jasmani dan insan nafsani, penyesuaian diri dan hubungan kerohanian dengan kehidupan manusia. 1 Ini perkara yang harus disedari oleh setiap umat Islam dalam usaha untuk membina semula Tamadun Islam. Tamadun itu mestilah dibina dengan dasar yang sesuai dengan bawaan Islam sebagai 'al-din Ilahi 'dan ' al-din Fitri ' dengan berpandukan sejarah pimpinan Islam yang terawal yang telah membina tamadun manusia,sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah :(Hadith)

Maksudnya : ' Tidak akan membangun semula umat ini melainkan dengan berpandukan cara bagaimana orang yang teramat( Rasulullah) membangunnya. 2

DEFINISI DAN PERKEMBANGAN PERISTILAHAN

Tamadun dari sudut epistimologi, perkataan ‘civilization’ berkait rapat dengan urbanization. Civilization di ambil daripada perkataan Latin untuk ‘city’ iaitu ‘civitas’, dengan alasan tiap-tiap perubahan adalah jelas pertumbuhannya di bandar-bandar besar, dan cirri-ciri asas peradaban manusia lebih mudah ditemui di bandar. Dari sudut bahasa Arab, terdapat beberapa istilah digunakan dalam konteks tamadun. Antaranya ialah perkataan ‘madaninah’, ‘tamdun’,’hadarah’ dan ‘umran’. Ibn Khaldun, seorang pakar ilmu kemasyarakatan Islam yang ulung dalam kitabnya Al-Muqaddimah telah menggunakan perkataan ‘umran’ dalam kajian beliau mengenai ibu-ibu kota dengan erti :
“Kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap, berkembang subur dan maju’
Beliau juga menggunakan perkataan ‘hadarah’sebagai lawan bagi perkataan ‘badi’ dan ‘badiah’. 3
‘Hadarah’ dimaksudkan sebagai satu daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan. Dalam permakaian bahasa Arab moden, perkataan tamaduan yang membawa erti :
Memiliki cirri-ciri hidup bandar atau tamadun dan kota-kota dalam bahasa Arab dipanggil ‘mudun’ yang memiliki cirri-ciri tamadun” Prof. Syed Naquib Al-Attas telah memberi satu takrifan mengenai tamadun Islam sebagai : “Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat”.

Ibn Khaldun menghuraikan maksud peradaban atau tamadun Islam ini sebagai pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni. Tamadun Islam ialah satu tamadun yang didirikan oleh masyarakat yang digelar dan megelarkan diri mereka Muslim. Dengan pengertian dan penegasan ini, termasuklah juga bahasa-bahasa selain bangsa Arab yang telah memberikan sumbangan terhadap tamadun Islam. Walau apa pun bangsa, kaum dan bahasa para penyumbang itu, namun intisarinya ialah Islam. 4
















KECEMERLANGAN TAMADUN ISLAM
DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W.


Masyarakat Arab merupakan masyarakat yang mundur. Mereka tidak mempunyai agama tauhid, tiada perpaduan dan keselamatan serta mengamalkan adat-adat yang negatif seperti membunuh anak perempuan dan wanita tidak mempunyai hak. kemunculan Nabi Muhammad S.A.W. dan Islam telah mengubah, memulihkan dan menyempurnakan agama tauhid warisan Nabi Ibrahim A. S. Ini adalah untuk menyatupadukan serta membebaskan masyarakat dari amalan-amalan yang bercanggah tersebut. 5

Kegemilangan sebenar tamadun Islam ialah apabila wujudnya pencapaian sepadu dari dua aspek utama : iaitu spritual dan material. Malah pencapaian dari sudut sprituallah yang akan menunggaki pencapaian dari sudut material. Oleh itu zaman yang paling ideal ialah zaman Rasulullah S.A.W. dan zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Hujah ini berdasarkan penegasan Rasulullah S.A.W. dalam sabdanya: “Sebaik-baik kurun adalah kurunku kemudian(kurun) selepasku dan( kurun) selepas itu kemudian tersebarlah bidaah dan kata-kata tambahan”. 6

· KEROHANIAN

Para nabi khususnya Rasulullah S.A.W. telah diakui oleh Allah Maha Pencipta sebagai manusia teragung. Keagungan Rasulullah S.A.W. adalah dinilai dari segi keagungan kerohaniannya yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun daripada makhluk Allah di alam semesta ini. Pengiktirifan ini jelas terdapat dalam Al-Quran. Kehidupan kerohanian Rasulullah S.A.W. adalah menjurus secara khusus kepada mengutamakan kehidupan di akhirat daripada di dunia. 7

Allah menegaskan bahawa : “Rasulullah itu adalah contoh yang baik kepada mereka yang mengharapkan pertemuan dengan Allah dan hari akhirat serta mereka yang banyak mengingati Allah”Keagungan dan ketinggian kerohanian Rasulullah inilah yang mengagumkan para sahabat, sehingga tidak terucap oleh bibir dan tidak terlintas di hati mereka. Segala kegiatan dalam melaksanakan tugas kenabian dan kerasulan yang meliputi semua aspek kehidupan adalah terpancar daripada asas kerohanian yang tinggi. Gelaran Nabi itu sendiri menggambarkan peringkat kerohanian yang teragung tidak mungkin tercapai oleh lain. Cahaya kenabiannya sentiasa menaungi dan melindungi kehidupan para sahabat. Para sahabat telah menwarisi kehidupan kerohanian Islam seperti yang terdapat pada Rasulullah sendiri. Berkat naungan cahaya kenabian dan rahmat baginda. Para sahabat telah menjadikan sudut kerohanianmya dalam roh al-Quran(atau dalam acuan Allah) walaupun tidak sepenuhnya, kerana mereka tidak menjadi Rasul. Golongan para sahabat inilah yang kemudian menjadi saksi kepada generasi kemudian atas sistem kehidupan kerohanian Islam, sebagaimana Rasulullah S.A.W. telah menjadi saksi atas kebenaran sistem hidup kerohanian Islam kepada mereka. 8

· POLITIK

Kepimpinan politik Nabi Muhammad S.A.W. memang sudah terselah sejak baginda masih di Kota Makkah lagi iaitu apabila baginda berjaya menyelesaikan masalah permindahan Hajarul – Aswad ke tempat asalnya di Kaabah. 9

Ekoran daripada itu berlaku pula peristiwa perjanjian Aqabah di mana baginda telah menunjukkan sifat-sifat kepimpinan politik yang matang. Disamping itu baginda berjaya menerusi bimbingan wahyu, memperkenalkan sistem syura atau musyawarah. Sistem syura ini dilaksanakan di semua peringkat dalam semua bidang,khususnya dalam bidang politik dan ekonomi. Sebagai contoh pengadilan terhadap tawanan Yahudi Bani Quraizah dilakukan secara syura. lanjutan daripada inilah suatu majlis syura ditubuhkan secara rasmi pada Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab. 10
Rasulullah membawa segenap penduduk Madinah ke dalam suatu peraturan politik dan susunan pemerintahan negeri yang sempurna. Sebagai langkah yang pertama untuk ini, lebih dahulu di laksanakannya susunan persatuan dalam kalangan kaum muslim sendiri. Perhubungan kaum Muhajirin dengan kaum Anshar dipererat beliau dengan mempersaudaraan mereka itu masing-masing.
Dengan rantai persaudaraan yang telah teguh ini dapatlah Rasul mengikat setiap pengikut Islam yang terdiri dari bermacam-macam kaum dan khabilah itu di dalam satu panduan umat yang kuat, bekerja bersama-sama, sehidup semati, sesakit dan sesenang di atas asas persaudaraan agama yang melebihi kekuatan persaudaraan apa pun jua…
Guna keamanan dan ketenteraman kota itu dibuat Rasul pula perjanjian persahabatan dan perdamaian dengan kaum Yahudi yang berdiam di dalam dan disekelilingnya Kota Yatstib. Dalam perjanjian ini ditetapkan dan diakui hak kemerdekaan tiap-tiap golongan memeluk dan menjalankan agamanya Inilah salah satu perjanjian politik di mana Nabi Muhammad memperlihatkan kebijaksanaan sebagai ahli politik yang
ulung. 11
Dengan perjanjian ini dan perjanjian yang lain, wujudnya yang dibuat Nabi dengan kaum Yahudi maka Kota Madinah dan sekitarnya dapat menjadi “Almadinatul Haram” menjadi sebuah kota yang suci yang sebenar-benarnya, dimana setiap penduduk menanggungjawab dan memikul kewajiban bersama-sama menyelenggarakan keamanan dan guna berikut dan yang berikutnya… 12

· EKONOMI

Nabi Muhammad S.A.W. memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman Jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergerak aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian. Usaha-usaha mencari kekayaan dan kesenangan di dunia diharuskan, asalkan tidak melibatkan riba, faedah dan menunaikan bayaran zakat setelah sampai haul dan nisabnya. Firman Allah S.W.T. :Maksudnya : “ Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”. ( al-Baqarah : 275)

Baginda sendiri berusaha untuk membangunkan ekonomi orang Isllam. Sebagai contoh, tanah yang terbiar hendaklah diusahakan semula, tanah yang tergadai kepada kaum Yahudi mestilah ditebus semula dan dikerjakan, mempertingkatkan usaha menyekat kegiatan kaum Quraisy yang memonopoli aktiviti perdagangan antara Makkah, Madinah dan Syam. Kegiatan menyekat aktiviti perdagangan kaum Quraisy inin ada kaitannya dengan ekspedisi-ekspedisi pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. 13
Rasulullah S.A.W. telah mengemaskinikan pugutan zakat, cukai ghanimah, fai’ dan kharaj. Dengan cara ini masyarakat Islam dapat memecah jaringan kewangan golongan Yahudi yang memerangkap orang-orang miskin Ansar dan Muhajirin dengan memberi pinjaman atas kadar faedah yang tinggi. Rasulullah S.A.W. kemudiannya mengasaskan sistem penguatkuasaan untuk mengelakkan sebarang bentuk penipuan dan penyelewengan oleh umat Islam. 14

· SOSIAL

Rasulullah S.A.W. sudah terkenal pemimpin masyarakat yang dihormati sejak sebelum menjadi rasul lagi dan beliau juga terkenal sebagai seorang yang beramanah(al-Amin) di kalangan masyarakat Makkah. Akan tetapi oleh kerana ajaran Islam yang dibawanya menyebabkan kepimpinannya itu diketepikan begitu sahaja oleh masyarakat Quraisy.
Apabila berlakunya hijrah ke Madinah dan terbentuknya masyarakat Islam Islam Madinah yang di anggotai kaum Muhajirin dan Ansar, sifat-sifat kepimpinan baginda dalam masyarakat terserlah kembali, malah keadaannya lebih hebat lagi. Baginda telah berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah berlaku perpecahan begitu lama.
Di samping itu, baginda mengeratkan lagi hubungan di kalangan masyarakat Islam sendiri menerusi usaha gigihnya melalui persaudaraan antara kaum Muhajirin dengan Ansar. Menerusi penyatuan ini, sama ada sesama Islam atau antara orang Islam dengan bukan Islam menyebabkan masyarakat Madinah menjadi lebih kuat, aman dan stabil dari segi politik dan ekonominya. Bagi mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah, baginda menyeru supaya mereka bekerjasama dan bantu-membantu serta sama-sama memikul tanggungjawab mempertahankan Kota Madinah. Perkara ini dinyatakan dalam Piagam Madinah. 15
Apabila masyarakat Madinah menjadi kukuh dan stabil, maka timbullah perasaan iri hati dan curiga di kalangan kaum musyrikin Quraisy kerana pada awalnya mereka hanya menyangkakan Nabi Muhammad S.A.W. hanya sebagai nabi dan rasul yang
ditugaskan membawa risalah agama semata-mata. Penentangan kaum Quraisy ini kemudiannya menjadi lebih kuat apabila `mereka dapat tahu bahawa baginda telah menubuhkan sebuah negara Islam di Madinah. Pihak kaum Yahudi juga turut menentang, walaupun sudah menandatangi perjanjian damai dengan Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Piagam Madinah. Punca timbulnya perasaan iri hati serta kebencian kaum Yahudi terhadap baginda ialah disebabkan kerana ketersrelahan kepimpinan baginda dalam bidang politik dan ketenteraan. Firman Allah :
Maksudnya : Berpegang teguhlah kamu dengan agama Allah(bersatu padu) dan jangan
berpecah belah”. 16

· DAKWAH
Tanpa dakwah tidak mungkin Islam boleh berkembang. Setelah kedudukan Madinah stabil Rasulullah S.A.W. ber tindak mengirim para pendakwah keseluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab dan negara-negara berjiran mengajak mereka kepada Islam. Bagindalah selaku guru telah memberi latihan intensif kepada para pendakwah terutama dalam membaca ayat-ayat al-Quran agar ia dapat diterima dan disebarkan dengan baik.
Baginda telah mengambil langkah awal setibanya di Madinah dengan membina sebuah masjid untuk tujuan bersembahyang dan membincangkan masalah-masalah sesama mereka. Selain itu juga mempersaudarakan orangyang berhijrah dari Makkah ke Madinah sendiri. Orang yang berhijrah dari Makkah digelar ‘Muhajirin’ dan orang Madinah yang memberi bantuan dipanggil ‘Ansar’. 17

· KETENTERAAN
Tidak ada satu pasukan tentera tetap ketika pemerintahan Rasulullah S.A.W. Peperangan awal yang berlaku adalah bersifat mempertahankan agama dan penyebarannya, nyawa, harta benda dan maruah umat Islam bukan atas dasar kepentingan politik, ekonomi, dan social semata-mata. Jesteru itu sebarang pengambilan, pemerintahan dan gerakan ketenteraan adalah bersifat sukarela. 18

Baginda telah menujukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan. Setiap ekspedisi ketenteraan yang disertainya, bagindalah yang menjadi pemimpinnya. Asas kepimpinan baginda sama ada dalam bidang ketenteraan atau lainnya adalah berdasarkan akidah, syariah dan akhlak yang mulia19

Baginda juga boleh dianggap seorang panglima tentera dan ahli stratergi dalam bidang ketenteraan. Dengan ilmu dan pengalamannya yang luas dalam bidang ketenteraan, baginda telah berjaya merangka taktik dan stratergi ketenteraan.

Nabi sentiasa berusaha mendapatkan pendamaian serta menyinkiri dan menyinkirkan peperangan. Beliau tidak mahu menggunakan kelewang, kecuali kalau terpaksa membela kemerdekaan itu sendiri, kemerdekaan agama dan keyakinan. Inilah wujud firman Allah dalam surat Alhaj ayat 39, sebagai ayat yang pertama sekali diturunkan berhubung dengan peperangan.
“Mereka yang diperangi dalam keadaan teraniaya diizinkan untuk melawan. Allah
kuasa menolong mereka”.

Usaha yang mula-mula sekali dikerjakan Rasulullah S.A.W. di Madinah ialah mendaya-upaya supaya kemerdekaan kepercayaan dan kemerdekaan berfikir terjamin dalam erti yang sebenar-benarnya. Dan hanya guna menjamin kemerdekaan itulah sahaja peperangan diharuskan. Untuk membela kebenaran dan melindungi kemerdekaan kepercayaan, kaum muslimin diharuskan mengangkat senjata membasmi musuh-musuh sampai orang tidak terganggu lagi memeluk kepercayaannya dan sampai jangan ada lagi orang teraniaya kerana kepercayaan dan kerana fikiran agama yang dipeluknya. 20

PENUTUP
Kesimpulannya, Nabi Muhammad S.A.W merupakan seorang negarawan tulin dan berwibawa. Ketokohan baginda ini sebenarnya cuba menonjolkan agama islam bukan sahaja memberi tumpuan pada aspek akidah tetapi juga hal ehwal kehidupan duniawi. Jesteru itu tidak hairanlah dalam masa 10 tahun baginda berjaya membina pentadbiran dan pemerintahan islam yang unggul dan diwarisi oleh khalifah kemudiannya. 21
Walaupun baginda tidak menentukan sistem pemerintahan dan tidak melantik sesiapa untuk menggantikan baginda, tetapi baginda melalui kata-kata dan perbuatannya telah meletakkan asas sebuah negara islam yang adil dan saksama. Baginda telah berjaya membentuk dasar yang berasaskan kepada 4 perkara asas:
1. Menghapuskan semangat asabiyah dikalangan kabilah dan menggantikanya dengan semangat akidah.
2. Islam dijadikan landasan kepada peraturan masyarakat.
3. Kaedah bermusyawarah antara golongan pemerintah dengan rakyat.
4. Meletakkan batu asas peraturan bertulis berdasarkan keperluan dan kepentingan negara yang dikenali sebagai piagam Madinah. 22

1 Mohd Sulaiman Haji Yasin M.A. (Al-Azhar ) , Pengenalan Tamadun Islam Konsep Kerohanian , Dewan
Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur , 1987, hal.: v

2 Ibid . Hal. : 3
3 Amir A. Rahman , Pengantar Tamadun Islam , Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur ,1998, Hal. ;2
4 Ibid, Hal. :3
5Kasim Ahmad ,Teori Sosial Moden Islam , Hal.:47

6 Wan Kamariah Leman dan Mazlah Yaacob ,Sejarah dan Tamadun Islam ,Pusat Pendidikan Lanjutan Institut Teknologi Mara ,Shah Alam , Hal. :27
7 Mohd sulaiman Hj.Yasin , Op.cit ,Hal. :24


8 Ibid. ,Hal. :25
9 Mahayudin Hj. Yahya , Tamadun Islam , Fajar Bakti Sdn. Bhd , Shah Alam , Hal. :108
10 Ibid , Hal. :109
11 H. Rus’an , Lintasan Sejarah Islam di Zaman Rasulullah S.A.W., “Wicaksana” Semarang , Jakarta , Hal. :97
12 Ibid. HAL. :98
13 Mahayudin Hj. Yahaya , Op. cit. , Hal. :109
14 Wan Kamariah Leman dan Mazlah Yaacob , Op.cit. , Hal. ;30

15 Mahayudin Hj. Yahaya , Op. cit. ,Hal. :107
16 Ibid .,Hal. :108
17 Ibrahim Mustafa dan Hjh.Rosnanaini Hj.Sulaiman , Sejarah Peradaban Dunia , Penerbitan Pelangi , Selangor , 1997,Hal. :79
18 Ibd Hal:31
19 Mahyudin Haji Yahya:Op.Cit hAL:109
20 Amir A.Rarman , Op.cit. Hal. :4
21 Mahayudin Hj. Yahaya , Op.cit. Hal. :109
22 Amir A. Rahman . Op.cit. Hal. :5