Ciri-Ciri Tamadun Islam Berbandig Tamadun Lain

SEJARAH TAMADUN ISLAM

Zaman Hellinisme(500 tahun B. C), juga terkenal dengan zaman Falsafah Yunani. Tokoh-tokoh yang mempeloporinya ialah Plato, Socrates, dan Aristotle. Mereka telah mengemukakan satu pegangan Hidup kepada masyarakat, iaitu: Bumi sebagai pusat. Manakala Mata Hari, Bulan, dan Bintang-Bintang adalah sebagai sistem. Falsafah ajaran ini sangat masyhur dan dipegang tanpa bantahan oleh masyarakat walaupun mereka telah meninggal dunia. Dalam pada itu, Allah SWT telah mengutuskan Nabi Isa a. s (Permulaan Tahun Masihi) dan Baginda dibekalkan dengan WahyuNya iaitu Kitab Injil sebagai pegangan hidup yang murni dan benar kepada rakyatnya(kaum Yahudi). Sebahagian yang lain enggan, lantaran pengaruh Falsafah Yunani telah menjadi darah daging masyarakt. Jadi masyarakat pada ketika itu berpecah kepada dua golongan kerana bertembung dua pegangan iaitu :
1. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a. s.
2. Ajaran falsafah Yunani.
Perpecahan makin bertambah runcing sebaik sahaja Nabi Isa a. s wafat/diangkat oleh Allah SWT ke langit.

Untuk meredakan suasana dan mengelakkan perpecahan yang berlarutan berlaku sesama sendiri, maka pembesar-pembesar yang menyokong falsafah Yunani pada ketika itu mengemukakan satu idea iaitu memasukkan ajaran Falsafah Yunani ke dalam Kitab Injil, di mana golongan Paderi yang berkuasa. Walaupun pengikut Nabi Isa a. s yang kecil bilangannya tidak setuju dan membantah dengan keras, tetapi akhirnya berlaku juga. Dengan itu, terjadilah satu penyelewengan yang besar berlaku ke atas masyarakat setempat iaitu ajaran yang benar telah bercampur aduk dengan ajaran yang batil. Dengan demikian, para Paderi telah mengambil kesempatan untuk berkuasa secara mutlak dengan memberi panduan kepada rakyatnya bahawa paksi pegangan hidupnya ada Tiga Dasar iaitu: Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Ruhul Qudus. Bumi, Mata Hari, Bulan, dan Bintang-Bintang adalah sebagai sistem. Hal ini berlaku sehinggan berabad-abad lamanya. Walau pun begitu, hasrat impian kepada keamaman dan kesepaduan juga tidak wujud, malah kekacauan dan kezaliman terus berlaku dimana-mana sahaja sehingga lahirlah Nabi Muhammad s.a.w(570 Masihi) dan diutuskan oleh Allah SWT sebagai Rasul bagi umat Islam keseluruhannya.
Pada zaman Rasulullah s.a.w dan Khulafa Al-Rasyidin Radhiallahu'anhum terkenal dengan zaman kecermelangan dan asas pembinaan masyarakat, di mana mereka memainkan peranan penting melakukan perubahan untuk mentamadunkan masyarakat sejagat dengan keadilan dalam semua aspek iaitu aspek keakidahan, Hukum Syarak, Mementingkan Ibadah & Ilmu Pengetahuan, dan memupuk kesepaduan dan perpaduan dalam masyarakat.
Selanjutnya pada zaman pemerintahan Abbasiyah di Baghdad dan Pemerintahan Umaiyah di Sepanyol terkenal pula dengan zaman kecermelangan ilmu pengetahuan, baik ilmu pengetahuan agama khusus(Ulumul Naqliyah) mahu pun ilmu pengetahuan umum(Ulumul 'Aqliyah). Hal ini semua adalah berpunca antara lain:
1. Islam itu sendiri.
2. Berlandaskan kepada sumber yang benar iaitu Al-Qur'an dan Al-Hadis.
3. Wujudnya kepimpinan Rasullah s.a.w dan generasi ulamak yang beramanah serta cekal hati.
4. Umat Islam menghayati sepenuhnya ajaran tersebut.
5. Sentiasa membudayakan ilmu.
6. Perpaduan, persefahaman, dan toleransi beragama.
7. Semangat jihad/ dakwah yang kental tanpa kepentingan apa-apa yang bersifat keduniaan.
Selang beberapa tahun kemudian, bibit-bibit kelemahan umat Islam kian ketara. Ianya jelas kelihatan bermula pada tahun selepas pemerintahan para sahabat Rasullah s.a.w. Perpecahan mula berlaku di sebabkan krisis fahaman politik dalaman sehingga wujudnya pelbagai aliran seperti:
i. Puak syiah.
ii. Puak khawarij.
iii. Puak Muktazilah.
iv. Puak Muktazilah.
dan juga ideologi-ideologi yang sempit, disamping berlakunya pembunuhan dan peperangan sesama sendiri. Ibnu Khaldun pernah mengutarakan dalam Muqadimmahnya bahawa sesuatu tamadun akan hancur apabila manusia tenggelam dalam kemewahan hidup, para pemimpin tidak berakhlak, mereka mengutamakan kebendaan, dan hilangnya solidariti sosial serta masing-masing individu mementingkan diri sendiri.


Hal ini telah terbukti dengan jelas, pada peringkat awal zaman pemerintahan Abbasiya, Baghdad disegani dunia, tetapi saat akhirnya ditawan oleh bangsa Tatar. Begitu juga nasib yang menimpa kerajaan Umaiyah II di Sepanyol hanya dapat bertahan selama 800 tahun sahaja(711 sehingga 1492M) yang akhirnya dimusnahkan oleh kuasa Barat yang beragama Kristian sehinggalah dewasa ini. Perkara yang sama juga berlaku ke atas kerajaan Islam Uthmaniyah di Turki jatuh ke tangan sekular yang di pelopori oleh Mustafa Kemal Atartuk pada abad 19. Akibat dari itu, satu demi satu negara Islam khusunya di Asia Barat dan dipersekitaran rantau sini dijajah oleh kuasa Barat, termasuk Malaysia. Pada ketika itu hampir semua negara Islam tidak mampu berdikari, mereka terpaksa bergantung kepada kuasa besar barat. Zaman ini terkenal dengan zaman kegelapan umat Islam, Ianya berlaku selama lebih kurang 600 tahun. Pada masa ini pula, pemerintahan sekular dan model barat secara besar-besaran mula diperkenalkan ke atas ummah di negara-negara Islam, yang membawa akibat kemusnahan terhadap tradisi, kebudayaan, dan sistem Islam secara beransur-ansur, di samping penanaman pemikiran penjajah secara halus. Implikasi dari itu, maka berlakulah krisis nilai-nilai moral keatas rakyat di mana mereka berada.
Walau bagaimana pun. Islam adalah satu-satunya agama Allah SWT di muka bumi ini. Ianya tidak akan dilenyapkan dengan begitu sahaja. Dari generasi ke generasi, maka muncullah anak-anak muda yang insaf di sana sini menganjur dan mempelopori gerakan pembaharuan dalam perjuangan menegak kemurniaan Islam kembali. Perjuangan itu terkenal dengan Gerakan Pembaharuan Islam.
Ekoran dari itu, maka lahirlah pula gerakan kebangkitan Islam di seluruh dunia, walau pun secara perlahan, tetapi menyeluruh. Umat Islam mula sedar betapa perlunya Islam dalam sistem hidup kerana model barat yang dilaksanakan penjajah selama ini gagal untuk menangani masalah umat Islam sejagat.
Pada peringkat awalnya kebangkitan bergerak di negara sebelah Asia Barat dan Asia seperti: Mesir, Sudan, Algeria, Iran, Pakistan, Malaysia, Indonesia, dan lain-lain negara kecil. Dengan adanya beberapa percubaan umat Islam dalam gerakan tersebut, maka pihak barat semakin curiga dengan aktiviti mereka, lebih-lebih lagi hal ini muncul dibeberapa buah negara di blok Barat. Atas dasar kecurigaan tersebut mereka mula berusaha menyekat kebangkitan Islam dengan apa cara sekalipun supaya tidak merebak, lebih-lebih lagi kejatuhan komunis memberi ruang yang luas untuk barat berhadapan dengan Islam. Rupanya hal ini meleset sama sekali kerana negara Islam mula muncul sebagai kuasa ekonomi, ketenteraan, politik, dan sebagainya. di samping itu ramai pula warganegara blok barat telah mengkaji tentang Islam dan terus memeluk agama Islam itu. Ini Merupakan petanda baik dan akan muncul pula giliran barat menuju kehancuran pada abad ke-21 nanti.

ISTILAH-ISTILAH TAMADUN.

Perkataan tamadun telah menjadi satu istilah lumrah yang diguna pakai oleh golongan tertentu. Namun begitu, ada para sarjana menggunakan istilah-istilah lain yang seerti dengan tamadun. Istilah-istilah tersebut akan dikemukan dalam tiga bahasa iaitu:
Menurut Bahasa Arab:
1. Istilah Umran. Perkataan umran berasal dari kata akar "amara". Ianya di kemukakan oleh Ibnu Khaldun yang memberi pengertian bahawa kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di suatu tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur, di sebalik kawasan kering atau terbiar. (Zakaria Hashim Zakaria th. 1970)

Di samping istilah diatas, Ibnu Khaldun juga telah menggunakan istilah Hadharah. Berasal dari kata "hadara", "yahduru", "hadratan" yang memberi maksud suatu wilayah yang mengandungi aspek-aspek kehidupan sosial dan nilai-nilai yang berdasarkan ajaran Islam di kalangan mereka apabila dibentuk kehidupan bernegara dengan kota pertahanannya serta kehidupan secara kolektif yang tersusun. ('Uthman El Muhammady, th. 1989)

Menurut Malek Ben Nabi dalam Abd. Latif Muda(1983) mengatakan bahawa istilah hadarah mengandungi dua pengertian iaitu:
i. Pengertian secara objektif iaitu suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke generasi dalam sesuatu masyarakat.
ii. Pengertian secara subjektif iaitu suatu peringkat perkembangan kehidupan manusia yang tinggi yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas.
Walau pun kedua-dua istilah tersebut nampak perbezaan maksud dan huraian tetapi menurut M. A. J Beg mengatakan bahawa perkataan umran dan hadarah adalah boleh dipadu bersama.

2. Istilah Madaniah. Istilah ini di ambil dari kata akar "madinah" yang bermaksud "bandar". Ianya wujud pertalian erat dengan perkataan inggeris "civilization" yang bermaksud "tamadun muncul berkembang di bandar-bandar". Istilah ini telah dikemukakan oleh seorang sarjana pada abad ke 20 yang bernama Farid Wajdi mengatakan bahawa Madaniah ialah suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan, dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrastruktur. (M. A. J. Beg).
3. Istilah Tamadun. Menurut kamus Dewan Edisi Baru(1989) mengatakan bahawa tamadun itu adalah suatu keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, sosial, budaya, politik, dan yang tinggi peradabannya.
Istilah ini juga diutarakan oleh Jurji Zaidan, di mana mengatakan bahawa tamadun itu ialah sekumpulan bibit dari masyarakat yang dicirikan oleh kehidupan kota dan senibina yang berupa tugu-tugu peringatan dan suatu sistem rekod-rekod yang nampak berdasarkan nota bertulis. (M. A. J. Beg. th. 1987:7).

Menurut Uthman El Muhammady mengatakan bahawa perkataan istilah "tamadun" ialah berasal dari kata "maddana" yang bererti membina sesuatu bandar atau sesuatu kota, atau seorang/ masyarakat yang mempunyai peradaban. Justeru itu perkataan "madinah" yang berasal dari mufrad "dana" bererti meminjam/ berhutang. Jika dari kata "din" bererti kalimat agama. Syarak bahawa tamadun itu ialah mencerminkan aspek penduduk kota yang memiliki masyarakat yang tersusun dengan peraturan-peraturan yang tertentu. Ia maju kehadapan dari segi kebendaan berbanding dengan hidup sederhana di kalangan orang Arab Badwi. Menurut Bahasa Melayu.
1. Istilah kebudayaan. Menurut Abu Bakar Hamzah(1972) mengatakan bahawa istilah tamadun itu sama dengan istilah "kebudayaan". Ianya lahir seiring sejalan dengan perkembangan hidup kehidupan masyarakat setempat dari semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan.
2. Istilah peradaban. Menurut Dr. Ismail Hamid(1983) dan Muhammad Uthman El Muhammadi(1976) mengatakan bahawa peradaban itu adalah pencapaian semua aspek pemikiran, moral, sosial, dan kebendaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat.


Menurut Bahasa Melayu.
2. Istilah kebudayaan. Menurut Abu Bakar Hamzah(1972) mengatakan bahawa istilah tamadun itu sama dengan istilah "kebudayaan". Ianya lahir seiring sejalan dengan perkembangan hidup kehidupan masyarakat setempat dari semasa ke semasa dalam bentuk pemikiran dan kebendaan.
3. Istilah peradaban. Menurut Dr. Ismail Hamid(1983) dan Muhammad Uthman El Muhammadi(1976) mengatakan bahawa peradaban itu adalah pencapaian semua aspek pemikiran, moral, sosial, dan kebendaan dalam kehidupan sesuatu masyarakat.
4. Dari pelbagai istilah tamadun yang
1. Pengajaran dalam Al Qur'an.
Kita sudah maklum bahawa Al Qur'an adalah merupakan Perlembagaan bagi seluruh ummah dan Islam sebagai ad-din yang memainkan peranan besar dalam kecemerlangan Tamadun Islam. Ianya jelas dibentuk oleh ajaran Al Qur'an itu sendiri melalui akidah, syariah dan akhlak. Semua ajaran di dalamnya sebagai panduan yang lengkap dan sempurna, tidak dapat dibantah walau pun satu ayat. Ia juga merupakan petunjuk yang konkrit sepanjang zaman serta sesuai dengan sesiapa sahaja kerana Al-Qur'an itu sebagai manual kepada makhluk manusia. Di mana pendidikan Islam amat memainkan peranan terpenting sebagai panduan untuk mencapai kecemerlangan tamadun Islam.

BERSIFAT MENYELURUH
Semua aspek dalam tamadun Islam adalah penting dalam ajaran Islam itu sendiri. Di antara satu aspek dengan aspek lain saling berhubung kait dan saling bantu membantu kerana ia merupakan satu keseluruhan untuk mempertingkatkan kecemerlangan hidup ummah di dunia dan di akhirat. Misalnya:
i. Aspek spiritual perlu kepada aspek material dan begitu juga sebaliknya. Yang mana kedua-dua aspek tersebut bertujuan sama-sama untuk melahirkan ummah yang berkeperibadian tinggi dan berwibawa.
ii. Aspek individu perlu kepada aspek masyarakat dan sebaliknya kerana tiap-tiap manusia tidak boleh menyelesaikan sesuatu perkara tanpa bantuan masyarakat lain, begitu juga ianya disebut sebuah masyarakat kerana adanya individu. Sebagai contoh: untuk mendapat sebiji beras sahaja memerlukan penglibatan masyarakat, seperti: orang yang menanam, orang yang mengisar, orang yang menjual, dan seumpamanya.
iii. Aspek dunia perlu kepada aspek akhirat dan sebaliknya. Jika manusia berjuang untuk kesenangan hidup di dunia semata-mata adalah tidak logis kerana setiap orang akan mati dan bermula hidup di akhirat pula. Sebaliknya manusia berjuang hanya untuk kesenangan hidup di akhirat semata-mata, ini juga tidak mungkin kerana sekarang kita berada di alam dunia. Oleh itu mengimbangi hidup kehidupan di dunia dan di akhirat adalah suruhan Ilahi SWT, sebagaimana firmanNya dalam surah Al Baqarah, ayat 201 sebagai berikut:

Pengertiannya:
". . Ya Tuhan kami! berilah kepada kami kebaikan di dunia dan kebahagian di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka. "
Pengajaran dalam Al Qur'an.
Kita sudah maklum bahawa Al Qur'an adalah merupakan Perlembagaan bagi seluruh ummah dan Islam sebagai ad-din yang memainkan peranan besar dalam kecemerlangan Tamadun Islam. Ianya jelas dibentuk oleh ajaran Al Qur'an itu sendiri melalui akidah, syariah dan akhlak. Semua ajaran di dalamnya sebagai panduan yang lengkap dan sempurna, tidak dapat dibantah walau pun satu ayat. Ia juga merupakan petunjuk yang konkrit sepanjang zaman serta sesuai dengan sesiapa sahaja kerana Al-Qur'an itu sebagai manual kepada makhluk manusia. Di mana pendidikan Islam amat memainkan peranan terpenting sebagai panduan untuk mencapai kecemerlangan tamadun Islam. Al-quran hendaklah sentiasa dibaca, diteliti dan dikaji kandungannya serta difahami dan dihayati, lalu diamalkan segala ajarannyadalam kehidupan. Dengan perbuatan demikian, akhirnya akan membuahkan hasil iaitu keyakinan yang mutlak hanya terhadap Allah SWT dan mengakui kebenaran Al-quran yang tidak dapat ditandingi oleh kitab-kitab suci yang lain. Hanya Al-quran sajalah merupakan sumber rujukan yang tinggal sebagai pencetus kecemerlangan tamadun Islam

BERSIFAT MENYELURUH
Semua aspek dalam tamadun Islam adalah penting dalam ajaran Islam itu sendiri. Di antara satu aspek dengan aspek lain saling berhubung kait dan saling bantu membantu kerana ia merupakan satu keseluruhan untuk mempertingkatkan kecemerlangan hidup ummah di dunia dan di akhirat. Misalnya:
ii. Aspek spiritual perlu kepada aspek material dan begitu juga sebaliknya. Yang mana kedua-dua aspek tersebut bertujuan sama-sama untuk melahirkan ummah yang berkeperibadian tinggi dan berwibawa.
iii. Aspek individu perlu kepada aspek masyarakat dan sebaliknya kerana tiap-tiap manusia tidak boleh menyelesaikan sesuatu perkara tanpa bantuan masyarakat lain, begitu juga ianya disebut sebuah masyarakat kerana adanya individu. Sebagai contoh: untuk mendapat sebiji beras sahaja memerlukan penglibatan masyarakat, seperti: orang yang menanam, orang yang mengisar, orang yang menjual, dan seumpamanya.
iv. Aspek dunia perlu kepada aspek akhirat dan sebaliknya. Jika manusia berjuang untuk kesenangan hidup di dunia semata-mata adalah tidak logis kerana setiap orang akan mati dan bermula hidup di akhirat pula. Sebaliknya manusia berjuang hanya untuk kesenangan hidup di akhirat semata-mata, ini juga tidak mungkin kerana sekarang kita berada di alam dunia. Oleh itu mengimbangi hidup kehidupan di dunia dan di akhirat adalah suruhan Ilahi SWT, sebagaimana firmanNya dalam surah Al Baqarah, ayat 201 sebagai berikut:

Pengertiannya:
". . Ya Tuhan kami! berilah kepada kami kebaikan di dunia dan kebahagian di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka. "
Mempertimbangkan Ilmu Pengetahuan dan Penggunaan Penulisan.
Islam amat menggalakkan umatnya menimba ilmu pengetahuan sebanyak mungkin sepanjang hayatnya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w sebagai berikut:

Pengertiannya:
"Dari Rasulullah s.a.w bersabda: Tuntutlah ilmu sejak dari buaian sehingga ke liang lahad. "

Tujuan menuntut ilmu pengetahuan ialah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan beriman kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya, di samping memakmurkan alam dalam semua aspek. Hal ini adalah sesuai dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Negara yang bertamadun adalah mempunyai kaitan rapat dengan perkembanagan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh: Kebangkitan kecemerlangan tamadun Islam negara Sepanyol pada abad yang ke 8 kerana pemimpin Islam pada ketika itu cinta kepada ilmu pengetahuan, walau pun keseluruhan negara Barat lain masih dalam "dark ages" atau zaman kegelapan.


4. Mempunyai senibina tersendiri.
Senibina dalam tamadun Islam mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan bandar-bandar. Menurut Prof. Dr. J. A. Toynbee mengatakan bahawa tamadun Islam adalah tamadun bandar. Ianya sebagai senibina yang terbaik dan sempurna kerana lahirnya di bandar-bandar yang dibina oleh Islam. Walau pun demikian, seni bina Islam ini tidak pula mengabaikan aspek-aspek keTuhanan. Dalam kategori ini termasuk juga kesenian halus seperti khat dan seni awan larat. Kedua-dua jenis ini digunakan untuk menghiasi kulit-kulit kitab. Bangunan-bangunan, dewan-dewan dan seumpamanya.

. Kemunculan bandar-bandar baru.
Pada peringkat permulaan Islam hanya bandar Mekah dan Madinah sahaja yang ditadbir dan dibangunkan. Berkat keredhaan Allah SWT yang dikurniaNya kepada pentadbir-pentadbir pada ketika itu, hanya selang beberapa tahun kemudian, Islam telah mengembangkan sayapnya secara meluas ke negara-negara lain, seperti: di Afrika Utara, Afrika Tengah, di Barat iaitu Sepanyol, dan Pulau Sicily. Sebahagian besar penduduk-penduduk di negara tersebut telah memeluk Islam dan saling bekerjasama dalam pembangunan tamadun Islam. Akhirnya muncullah bandar-bandar baru yang membangun di sana-sini yang amat megkagumkan dunia, tanpa mengabaikan ciri-ciri ke Islaman seperti: bangunan Masjid, Perpustakaan, Istana dan seumpamanya.


Kesepaduan Ummah.
Walau pun masyarakat alam pelbagai negara yang berada di bawah naungan Islam merupakakan masyarakat majmuk yang berlainan bangsa, bahasa dan budaya, tetapi mereka saling membantu dan bekerjasama untuk menaikkan taraf kehidupan bertamadun ke peringkat yang lebih dinamik dalam semua aspek, baik dari segi rohani mahu pun jasmani. Kesepaduan demikian, akhirnya membawa kecemerlangan tamadun Islam secara keseluruhannya. Sebagaimana pepatah melayu berkata: "Bersatu teguh-berpecah roboh".


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com