Akidah dalam tamadun Islam

Aqidah Tamadun Islam

PENDAHULUAN

Bismillah al-rahmani al-rahim. Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang. Segala pujian hanya bagi Allah s.w.t. Pencipta seluruh alam, selawat dan salam atas junjungan kita nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta sahabat dan para pengikut.


Sebenarnya segala kenikmatan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia, baik dari segi kenikmatan kebendaan, kenikmatan kerohanian, dan kesucian jiwa adalah hanya layak untuk golongan yang menegakkan kebenaran dan keadilan, kerana mereka itulah yang telah mendapat kelayakan memilikinya.Ini kerana hati setiap orang dalam golongan itu telah dipenuhi dengan keimanan, kayakinan, dan sebagainya. Malah mereka ini lebih rela berjuang dijalan Allah s.w.t dalam pelbagai cara. Baik berjuang menegakan syiar islam, jihad melawan nafsu ataupun musuh-musuh islam. Mereka juga tidak jemu memberi pengorbanan untuk membela hak yang benar serta untuk mencapai kehidupan yang sempurna dan maju dari setapak ke setapak.

Sebagai contohnya Nabi Muhammad s.a.w. Kedatangan baginda kedunia ini telah mengubah hidup masyarakat jahiliah.Setelah menjadi utusan Allah beliau membangunkan masyarakat arab jahiliah selama dua puluah tiga tahun hinggamasyarakat arab berkembang terus melintasi benua seluruh dunia pada masa itu.Akan tetapi, pada masa itu Rasulullah telah mendapat tentangan yang sengit daripada masyarakat yang masih jahil. Selepas kewafatan baginda para sahabat beliau telah meneruskan perjuangan baginda. Pada pemerintahan kerajaan Bani Abasiyyah kerajaan islam telah tunduk mengalah kepada kerajaan monggol yang dikeruai oleh Hulagu (Abd Rahman). Namun itu, agama islam terus berkembang ke serata dunia seperti di Sepanyol, India hinggalah ke nusantara.Pada masa ini tentangan dan tekanan daripada bangsa yahudi dan kristian terus menerus mendapat tentangan yang sengit daripad umat islam. Firman Allah s.w.t :

Orang-orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)..
(Terjemahan al-Quran Surah al-Baqarah, 2:120)

Daripada firman Allah dalam ayat diatas dapat disimpulkan bahawa kaum yahudi dan kristian akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyeleweng dan menjatuhkan umat islam. Contohnya pada masa sekarang ini dapat dilihat bagaimana orang islam ditindas dan diserang dengan sewenang-wenangnya.

Kedegilan kaum yahudi dan kristian ini terhadap agama islam tergambar dalam hadis Rasulullah s.a.w :

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi Muhammad s.a.w bersabda :”Sekiranya sepuluh orang yahudi mengikutiku nescaya semua orang yahudi dimuka bumi ini memeluk islam
( Terjemahan Hadis Muttafaq’ Alaih)

Walaupun pelbagai tentangan dan tekanan daripada musuh islam namun semuanya dapat ditangkis oleh Nabi Muhammad dan para pejuang islam dan umat islam. Ini menunjukkan kekuatan sebenar akidah umat islam. Akidah umat islam yang tersemat


mereka menentang dan mempertahankan agama islam. Walaupun kerajaan islam telah dihancurkan oleh kerajaan Monggol, namun keimanan yang tertanam dihati umat islam tidak dapat dihilangkan atau dimusnahkan. Justeru itu kita harus berusaha memeliharanya dari sebarang unsur yang negatif yang bercanggah dengan nilai-nilai islam. Pada masa sekarang kerjaan barat yang juga pengaruh kuat agama kristian sedang hebat melancarkan serangan terhadap orang islam, maka umat islam harus mengukuhkan lagi kekuatan akidah mereka dan bersama-sama menentang musuh islam ini yang berselindung dengan topeng kebaikan.

Pada umumnya tajuk ini cuba membincangkan tentang akidah islam dan hubungan dengan tamadun islam, dengan melihat unsur akidah islam sebagai unsur kekuatan yang terdapat dalam agama islam seterusnya melalui kekuatan akidah islam yang ada pada kaum muslimin telah melahirkan Tamadun Islam dari sudut kerohanian dan kebendaan.


AKIDAH TAMADUN SLAM

Akidah islam merupakan asas ajaran islam.Aqidah sebenarnya adalah keimanan yang tersusun dari rukun iman yang enam perkara.Keimanan dan aqidah ini sebenarnya lebih merujuk kepada rukun iman yang enam perkara iaitu[1]:
Marifat kepada Allah
Marifat kepada Malaikat
Marifat kepada Kitab–Kitab Allah
Marifat kepada para Nabi dan Rasul
Marifat kepada Hari Kiamat
Marifat kepada Takdir (Qada dan Qadar)
Dari segi bahasa akidah ertinya simpulan ikatan keyakinan dihati .[2] Dari sudut istilah pula aqidah membawa maksud keyakinan yang terikat kuat dalam hati seseorang.[3]Ini kerana aqidah itu adalah.Bai’ah kepada Allah s.w.t iaitu ia yang diikat dengan ucapan dua kalimah syahadah:
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah
Disebabkan itulah aqidah adalah satu dan kekal dan aqidah adalah umum dan menyeluruh untuk semua umat manusia.[4] Daripada ini dapatlah dirumuskan bahawa antara keistimewaan aqidah ialah :
aqidah sesuai dengan fitrah manusia
aqidah lurus, jelas dan mudah difahami
aqidah sesuai tanpa mengira masa dan waktu
aqidah dapat dibuktikan dengan akal dan fikiran
aqidah adalah seimbang

Marifat Kepada Allah

Marifat kepada Allah bermaksud keimanan kepada Allah s.w.t. dengan sebaik-baiknya kerana ia adalah asas kepada kehidupan kerohanian[5]. Beriman kepada Allah ertinya membenarkan dengan keyakinan dihati tentang kewujudan Allah s.w.t. , mengaku dihati iaitu mengaku ketuhanan Allah dan mengaku kerasulan nabi Muhammad sebagai utusan Allah, dan membukti dengan perbuatan iaitu dengan melakukan suruhan Allah. Seseorang yang berim
an kepada Allah harus faham bahawa dirinya bukan sahaja hanya terikat dengan ketaatan yang mutlak kepada Allah tetapi dia wajib menjadikan seluruh jiwa raganya serta hidup matinya hanya untuk Allah.[6]Sebenarnya marifat kepada Allah juga bererti mengenali Allah s.w.t. Iaitu mengenali sifatnya dan namanya[7]. Disebabkan itulah Allah menyeru manusia supaya menggunakan akal dan fikiran untuk memikirkan siapa yang menghidupkan dan siapa yang mematikannya.Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah s.w.t iaitu:
Dan dialah yang menghidupkan dan mematikan dan dialah yang yang menentukan pertukaran malam dan siang.Maka tidakkah kamu mahu berfikir ?
( Terjemahan al-Quran Surah al-Mu’minun, 23;80 )
Suruhan Allah ini adalah wajar kerana Allah menganugerahkan akal dan fikiran supaya manusia berfikir dan dalam batas–batas islam. Pemikiran yang disuruh oleh Allah itu ialah tentang ciptaan Allah. Segala yang ada dibumi, dilangit, dalam dirinya, dalam msyarakat manusia, dan sebagainya.[8]Dalam hal ini rasulullah bersabda :
Berfikirlah kamu semua mengenai makhluk Allah dan janganklah kamu berfikir tentang zat Allah, kerana sesungguhnya kamu semua sudah pasti tidak akan mencapai keadaan hakikatnya.
Bagi umat manusia yang sentiasa menggunakan akal dan fikiran mereka untuk memikirkan tentang ciptaan Allah s.w.t, ia akan melahirkan keinsafan sekaligus mengenal Allah s.w.t dengan lebih dekat lagi. Oleh yang demikian mereka yang sentiasa mengingati Allah s.w.t.sentiasa bermohon, menyembah dan mengabdikan diri kepada Allah.[9]Mereka ini adalah dari golongan yang mendapat keredhaan Allah. Beriman dengan kepada Allah pasti tidak lepas dari mengenali Allah melalui namanya. Nama-nama Allah ini lebih dikenali sebagai asma’al’husna. Apabila manusia beriman dengan mengenali Allah melalui namanya secara automatik manusia itu akan mengetahui sifat-sifat Allah. Ini kerana nama dan sifatnya merupakan perantaraan manusia bermarifat dengan Allah.[10]Sepertimana yang difirmankan oleh Allah :
Serulah Allah atau serulah Rahman, apa saja nama tuhan yang kamu seru, dia mempunyai nama-nama yang baik.
( Terjemahan al-Quran surah A’raf , ayat 180 )
Jumlah nama-nama Allah ialah sembilan puluh sembilan. Walaubagaimanapun baginda
Rasulullah s.a.w ada menyebut tentang bilangan nama-nama Allah s.w.t dan digalakkan
supaya menghafalnya. Sabda baginda s.a.w[11].
Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang mampu menghafalnya nescaya dia akan masuk syurga.Sesungguhnya Allah itu ganjil ( esa pada zat, sifat dan perbuatannya serta tiada sekutu baginya ) dan dia menyukai pada yang ganjil.
( Hadis Muttafaq’Alaih )



Marifat Kepada Malaikat

Setiap manusia wajib beriman kepada kewujudan Malikat dan peranannya. Malaikat telah dijadikan oleh Allah daripada cahaya atau nur. Sabda nabi Muhammad s.a.w[12]
Malaikat itu diciptakan daripada cahaya, jin diciptakan daripada nyala api dan Adam diciptakan daripada apa yang tekah diterangkan kepada kamu semua.
( Hadis Riwayat Muslim )
Para malaikat Allah mempunyai tugas mereka yang tersendiri. Mereka hanya dihidpkan untuk menjalankan tugas mereka dan beribadat kepada Allah. Malaikat hidup di alam yang berbeza dengan kehidupan alam semesta.Malaikat disucikan dari kesyahwatan-kesyahwatan hayawaniah, dimana mereka terhindar sama sekali dari keinginan-keinginan hawa nafsu, dan dari perbuatan-perbuatan yang berdosa[13]. Para malaikat tidak mempunyai nafsu makan, tidur, tidak berjantina lelaki mahupun perempuan. Oleh itu para malaikat tidak mempunyai perasaan dan perangai seperti manusia. Akan tetapi malaikat terlebih dahulu dicipta oleh Allah daripada manusia. Sebenarnya manusia adalah lebih mulia daripada malaikat sebagaimana yang nyata tentang kelemahan malaikat itu ketika ditanya kepada mereka itu mengenai nama-nama benda yang tertentu, sedanagkan Adam a.s dapat memberikan jawapan dengan tepat dan benar. Maka Allah telah memuliakan manusia dengan mengurniakan ilmu pengetahuan dan ilmu yang lain yang mana ilmu tersebut tidak diberi kepada Malaikat.[14]Walaupun begitu, beriman kepada Malaikat adalah wajib dan perbuatan tersebut mempunyai hikmahnya seperti :
menambahkan keimanan kepada Allah s.w.t kerana Allah itu berkuasa mencipta berbagai-bagai jenis makhluknya-Nya.
mengingatkan kepada manusia supaya waspada daripada melakukan maksiat dan kejahatan kerana malaikat sentiasa mencatatnya.
untuk tujuan kebaikan, umat islam tidak boleh berputus asa kerana malaikat sentiasa memberi bantuan dan pertolongan
mempercayai kepada malaikat menyebabkan seseorang itu dapat mengenali antara ajakan syaitan dengan ajakan malaikat. Ajakan syaitan itu kearah kejahatan dan ajakan Malaikat itu kearah kebaikan.

Marifat Kepada Kitab-Kitab

Sesungguhnya Allah ta’ala telah menurunkan wahyu dan ajaran islam yang dicatat kedalam kitab-kitab dan sebahagianya tidak dicatat dan diturunkan kepada para rasulNya untuk disampaikan kepada manusia. Sebagaimana yang difirmankan kepada Allah s.a.w :
Rasullulah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatnyaNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya……
( Terjemahan al-Quran Surah al-Baqarah, 2:285 )
Antara Kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah ialah Taurat ( Nabi Musa a.s ), Zabur (Nabi Daud a.s ), Injil ( Nabi Isa a.s) dan Al-Quran (Nabi Muhammad s.a.w ) dan juga beberapa Suhuf kepada Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Musa a.s. Antara keempat-empat kitab tersebut al-Quran adalah kitab yang teragung dan terulung kerana al-Quran merupakan kitab yang terakhir dan didalamnya terkandung kitab-kitab lain seperti Tauarat, Zabur, injil, suhuf dan ia adalah sebuah kitab yang lengkap dan menyeluruh.Antara keistimewaan Al-Quran adalah :
v Al-Quran adalah terpelihara daripada sebarang perkara yang boleh memesongkan aqidah manusia[15].Dalam hal ini Allah telah berfirman :
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
( Terjemahan al-Quran Surah al-Hijr,5:9 )
Seandainya isi kandungan Taurat dan Injil itu tidak diselewengkan oleh penganut Nasrani dan Yahudi tentulah dapat kita saksikan hubung kait antara kitab-kitab berkenaan dengan al-Quran.Pada masa sekarang kitab Taurat dan Zabur yang sedia ada adalah kitab yang telah dipesongkan dan diselewengkan.Penyelewengan ini telah terbongkar apabila turunnya al-Quran yang menceritakan hal yang berkenaan[16].Firman Allah :
Diantara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti ) kalamullah
( isi kitab taurat ), dari tempat dan maksudnya yang sebenar….
( Terjemahan al-Quran Surah an-Nisa ; 4:46 )
v Al-Quran adalah sebuah kitab yang lengkap.Ini kerana didalam al-Quran terkandung kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya.Didalam al-Quran juga ada menceritakan tentang perkara-perkara ghaib seperti hari kiamat.Kesimpulannya al-Quran adalah sebuah kitab atau panduan manusia untuk berjaya hidup di dunia dan akhirat[17].Ia berketepatan dengan firman Allah
Tidak kami tinggalkan sesuatu pun didalam kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka untuk dihisab dan menerima balasan , masing-masing.
( Terjemahan al-Quran Surah al-An’am; 6;38)
v Al-Quran mudah dihafal. Firman Allah s.w.t :
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran daripadanya.
( Terjemahan al-Quran Surah al-Qamar, 54:17 )


v Al-Quran merupakan ubat dan rahmat. Firman Allah s.w.t :
Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan sebaliknya al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim disebabkan keingkaran mereka melainkan kerugian jua.
( Terjemahan al-Quran Surah al-Israk, 17:82 )




Marifat Kepada Rasul-Rasul

Beiman kepada Rasul secara menyuluruh itu ialah setiap manusia itu beriman kepada setiap orang yang diberi tauliah atau tugas oleh Allah dengan memegang jawatan sebagai nabi dan rasul, bagi orang yang dapat dikenal dan diketahui mengenai perlantikannya sebagai nabi dan rasul itu dan secara menyuluruh dan umum[18].Manakala makna beriman kepada rasul secara terperinci ialah beriman kepada setiap orang nabi dan rasul yang diketahui perlantikannya sebagai nabi dan rasul itu secara jelas dan satu persatu. Siapa yang mengenal nabi dan rasul itu dengan nama mereka, maka hendaklah ia beriman kepada setiap orang daripada mereka itu satu persatu juga, dan dia tidak boleh beriman kepada setengah nabi dan tidak beriman pula kepada sebahagian yang lain pula[19].

Nabi dan rasul adalah berbeza .Nabi ialah seseorang yang menerima wahyu syari’at dari Allah hanya untuk dirinya sendiri dan tidak diperintahkan untuk menyampaikannya kepada orang lain.Akan tetapi orang ramai yang belajar dengan nabi[20]. Manakala rasul pula ialah menerima wahyu unutk dirinya dan wajib menyampaikannya kepada umat manusia yang lain[21]. Ini bermakna rasul membawa atau menanggung dua tugas iaitu tugas kerasulan dan kenabian sementara itu tigas nabi adalah beramal untuk dirinya sendiri sahaja dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain[22].Akan tetapi terdapat persamaan diantara nabi dengan rasul iaitu mereka adalah lelaki yang maksum dan terpelihara daripada sifat-sifat yang dilaknati oleh Allah.

Jumlah para nabi dan rasul yang diterangkan didalam al-Quran ialah dua puluh lima orang. Lapan belas daripadanya telah dinyatakan didalan surah al-An’am :
Dia itulah hujah (bukti) kami, yang kami berikan kepada nabi Ibrahim untuk mengalahkan kaumnya, kami tinggikan pangkat-pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki.Sesungguhnya tuhanmu Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui. Dan Kami telah kurniakan kepada nabi Ibrahim (anaknya) Nabi Ishak (dari isterinya Sarah), dan (cucunya ) Ya’qub. Tiap-tiap orang (daripada mereka ) Kami telah berikan petunjuk dan Nabi Nuh juga Kami telah berikan petunjuk sebelum daripada itu dan dari keturunan Ibrahim itu (ialah nabi-nabi). Daud, Sulaiman, Ayub, Yusuf, Musa dan Harun. Dan demikianlah Kami kami memberi balasan kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amal perbuatannya. Dan (dari keturunanmya jugalah nabi-nabi), Zakaria, Yahya, Isa dan Ilyas semuanya dari orang-orang yang salih. Dan (dari keturunannya juga ialah nabi-nabi), Ismail, Alyasa’ dan Lut.Kami telah lebihkan darjat mereka daripada umat-umat (yang ada pada zamannya).
(Terjemahan al-Quran Surah al-An’am, 83-86)

Dan Allah telah menyebut baki lagi tujuh orang rasul yang lain lagi secara berasingan didalam berbagai surah al-Quran.Mereka itu ialah nabi Adam, Idris, Hud, Salih, Shu’ib, Zulkifli dan rasul junjungan kita iaitu nabi Muhammad s.a.w[23]. Diantara dua puluh lima rasul ini lima daripadanya dikenali sebagai rasul-rasul Ulul-Azmi.Antara mereka ini ialah nabi Nuh, nabi Ibrahim, nabi Musa, nabi Isa dan nabi Muhammad s.aw.Mereka ini digelar Ulul-Azmi kerana mempunyai kecekalan hati dan kesabaran kerana diuji dengan ujian yang begitu sulit dalam usaha melaksanakan perintah-perintah Allah s.a.t[24].Firman Allah s.a.t :
( Jika demikian akibat orang-orang kafir yang menentangmu wahai Muhammad) maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul Ulul-Azmi (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu dari kamu) dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentang itu). Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat azab yang dijanjukan kepada mereka, merasai seolah-olah mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari.(Penerangan yang demikian) cukuplah menjadi pelajaran (bagi orang-orang yang mahu insaf).Maka ingatlah tidak dibinasakan meliankan kaum yang fasik.
(Terjemahan al-Quran Surah al-Ahqaf, 46:35)
Para rasul ini mempunyai sifat yang tersendiri.Diantaranya ialah :

Lelaki
Fizikalnya dan akal yang sempurna
Bangsa, pekerjaan dan maruahnya terpelihara
Maksum (terpelihara dari dosa besar dan kecil)
Tidak lupa dalam urusan agama
tidak lupa menyampaikan kepada umatnya sesuatu yang diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk disampaikan kepda umatnya
Seperti yang terdapat didalam al-Quran Nabi Muhammad merupakan rasul dan juga nabi yang terakhir.Kewafatan Nabi Muhammad menandakan berakhirnya siri kerasulan nabi. Ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmanNya iaitu[25] :
Bukanlah Nabi Muhammad itu menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari lelaki kamu, tetapi dia adalah rasul Allah dan keseduhan segala nabi-nabi. Dan ingatlah Allah adalah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
( Terjemahan Al-Quran Surah Al-Ahzaab, ayat 40 )
Dan Nabi Muhammad merupakan nabi yang teragung.Ini kerana Allah s.w.t telah meninggikan darjatNya[26].Ketinggian darjat Nabi Muhammad s.a.w adalah bersesuaian dengan tugas baginda sebagai rasul untuk seluruh umat manusia hingga ke hari kiamat.Selain itu Nabi Muhammad telah diberi mukjizat yang teragung daripada rasul yang lain iaitu Al-Quran.Mukjizat sebenarnya adalah suatu hal yang luar biasa yang diberi oleh Allah untuk membuktikan kerasulan dan kebenaran mereka membawa ajaran Allah s.w.t. Kitab al-Quraanul karim mengandungi sistem perundangan yang paling agung dan baik, juga mengandungi beberapa bahagian mengenai-mengenai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan masalah ketuhanan dan juga mengandungi beberapa hakikat ilmu pengetahuan yang pasti benar dan sesuainya, iaitu seperti sistem perkahwinan dan berumahtangga, undang-undang kejadian alam, sepertimana ia juga membicarakan masalah bagaimana seluruh alam itu mula diciptakan, disamping menyentuh beberapa banyak kisah orang-orang dahulu kal yang aneh dan pelik, dan ia juga membawa perkhabaran mengenai masalah-masalah ghaib dengan secara teratur dan terperinci[27].
Rasul-rasul yang menerima mukjizat juga mendapat mukjizat yang tidak kurang hebatnya. Didalam konteks mukjizat ini manusia patut faham beberapa perkataan yang sering digunakan untuk mengambarkan atau menerangkan tentang mukjizat. Antaranya ialah :
Irhash – suatu keadaan yang luar biasa yang terjada kepada bakal rasul seperti Nabi Isa boleh bercakap semasa bayi, terpancut air dari kaki Nabi Ismail a.s, awan mengiringi Nabi Muhammad dan sebagainya[28].
Karamah – suatu kejadiaan luar biasa yang terjadi atau berlaku keatas hamba Allah yang salih atau wali-wali Allah s.w.t[29].
Sihir – suatu yang luar biasa yang berlaku keatas seorang ahli maksiat. Kejadiaan luar biasa itu adalah hasil mempelajari ilmu sihir berkenaan[30].
Sebenarnya Allah mengutuskan para rasul kepada manusia kerana ada hikmahnya.Antara hikmahnya ialah :
Membuktikan kepada kita bahawa Allah s.w.t sentiasa memberi perhatian yang penuh kepada manusia.
Allah s.w.t menghormati akal yang ada pada manusia dengan memberi pelajaran yang dibawa dari langit.
Memenuhi kehendak manusia untuk mengenal Allah s.w.t dan juga supaya mereka sentiasa berada diatas landasan agama yang benar dan yang diredhai oleh Allah.
Dengan adanya Rasullah s.a.w membawa wahyu Allah s.w.t manusia dapat mengetahui tentang keadaan yang berlaku selepas kematian iaitu tentang mahsyar, hisab, syurga, neraka, dan sebagainya.
Cara hidup para rasul dapat diikuti dan ditauladani oleh umatnya.
Membawa berita gembira kepada umat yang taat kepada perintah Allah dan ancaman kepada mereka yang menderhakai Allah s.w.t.
Mengajar manusia agar bersedia menghadapi hari pembalasan iaitu hari kiamat.




Marifat Kepada Hari Kiamat

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan hari kiamat ? Sebenarnya hari kiamat itu ialah dua perkara, iaitu[31]
· Fana dan hancurnya seluruh alam yang ada ini
· Bermula dan munculnya suatu alam yang baru yamg dikenali sebagai hari kiamat dengan tujuan untuk menghidupkan dan mengumpulkan manusia semula bagi menghitung amalan-amalan yang mereka telah lakukan didunia.
Perkataan ‘hari kiamat’ itu memberi pengertian kepada hari penghabisan bagi semua
kehidupan seperti yang ada didunia sekarang ini dan bermulanya hari pertama kehidupan untuk hari kiamat[32]. Percaya atau beriman kepada hari kiamat itu adalah wajib. Beriman kepada hari kiamat juga dianggap punca kepada segala kebaikan. Firman Allah :
Bukankah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapakan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab dan sekalian nabi........
(Terjemahan al-Quran Surah al-Baqarah, 2:177)

Dalam al-Quran Allah s.w.t telah menyebut hari kiamat itu dengan bermacam-macam nama seperti hari kebangkitan, kiamat, akhirat,pembalasan, hisab dan sebagainya.Firman Allah s.w.t :
Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada dilangit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dekendaki oleh Allah ( terkemudian matinya ) kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu kesudahan masing-masung.
(Terjemahan al-Quran Surah al-Zumar, 39:68).
Daripada firman Allah itu alam yang tersedia ada ini akan hancur dan musnah dengan keizinannya Setelah keizinannya itu diputuskan maka malaikat Israfil pun meniup sangkakalanya. Ketika itu seluruh alam ini pun mulai retak dan didalam tempoh beberapa saat sahaja jadi pecah dan hancur berkecai, kerana seluruh tenaga dan daya yang mempertautkan hubungan dianatara planet-planet alam ini akan bergoncang dengan kuatnya dan bergempa dengan dahsyatnya, bukit-bukau dan gunung ganangnya berlaga-laga sesama sendiri dan akhirnya semua ini akan menjadi abu-abu yang berterbangan[33] .Manakala langit pula turut bergoncang dengan dahsyat sekali disebabakan kuasa dan daya tarikannya telah putus.Dengan hal yang sedemikian maka binatang-binatang akan saling berlaga dan berhentakan sesama sendiri, manakala matahari pula kehilangan dayanya, sinaran cahayanya menjadi kabur dan pudar, kesemuanya akan berhentakan dan cair seperti tembaga yang dihancurkan, dengan demikian seluruh alam ini akan kembali menjadi wap dan kabus seperti keadaannya sebelum diciptakan oleh Allah s.w.t dahulu[34].

Walaupun hari kiamat diketahui bila ia akan berlaku namun Allah telah menerangkan didalam al-Quran bahawa terdapat tanda-tanda bahawa hari kiamat itu akan tiba. Tanda-tanda kiamat ini terbahagi kepada dua iaitu :
1. Alamat kecil hari kiamat
2. Alamat besar hari kiamat
Alamat Kecil
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul umat akhir zaman. Dari Anas r.a bahawa Rasullullah s.a.w bersabda :
Saya diutus oleh Allah dan jaraknya dengan hari kiamat itu sebagai dua jari ini.( Beliau s.a.w bersabda demikian ini sambil menunjukkan dua jariNya yakni jari telunjuk dan jari tengah ).
Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Tirmidzi.
Pemerintahan atau raja terdiri daripada daripada keturunan yang hina.
Berlaku peperangan antara dua golongan yang sealiran dakwah mereka.
Wujudnya nabi-nabi palsu yang mengelarkan diri mereka sebagai nabi Allah.
Pupusnya atau lenyapnya ilmu-ilmu agama dengan kematian ulama dan mubaigh
Banyak berlaku gempa bumi
Jarak yang jauh menjadi dekat
bilangan perempuan lebih daripada bilangan lelaki
zina dan riba berleluasa disana sini
Timbul fitnah dan wujudnya peperangan yang kejam
Harta melimpah ruah sehingga tiada orang yang layak menerima zakat
Bermegah-megah dengan kekayaan yang dimiliki. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w pada suatu hari semasa dikyalayak ramai telah didatangi oleh Jibril a.s lalu berkata[35] :
Ya Rasulullah, bilakah tibanya hari kiamat itu ? Beliau Rasullulah s.a.w telah berkata: Tidakkah yang ditanya itu lebih mengerti daripada yang bertanya.Tetapi aku hendak memberitahu padamu tentang alamat-alamatnya iaitu, apabila hamba sahaya wanita telah melahirkan tuannya, itulah diantara tanda-tandanya.Juga apabila orang-orang tak beralaskan kaki, serta telanjang dan pengembala kambing telah menjadi pemimpin- pemimpin manusia, maka itulah dari tand-tandanya.Demikian pula apabila para pengembala kambing sudah bermegah-megah dalam gedung-gedung yang menjulang tinggi, maka itulah dari tanda-tandanya.
( Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah )
Tidak memberi kedudukan yang sewajarnya kepada orang yang layak
Apabila orang itu mati diberi penghormatan secara pura-pura

Alamat Besar
Terbitnya matahari dari arah barat dan keluarnay suatu macam binatang. Dari Abdullah bin ‘Amr bin Ash bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda[36] :
Sesungguhnya pertama sekali tanda-tanda yang keluar (yang menunjukkan sangat dekatnya waktu tibanya hari kiamat ) ialah terbitnya matahari dari arah barat dan pula keluarnya suatu macam binatang dihadapan khalayak ramai disiang hari. Mana yang diantara kedua tanda ini keluar terlebih dahulu sebelum yang satunya, maka yang satunya itu akan menyusul dalam waktu yang dekat sekali sesudah terjadinya yang pertama itu.
( Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Dawud )
Munculnya Imam Al Mahdi. Antara huraian mengenai imam Mahdi adalah seperti berikut[37] :
Muncul diakhir zaman
Namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah
Berketurunan Ahl al-Bait iaitu keturunan Rasullullah s.a.w yakni anak cucu dari Fatimah ( puteri Rasulullah s.a.w.).
Akhlak dan budi perketinya sama dengan Rasulullah tetapi tidak menyerupai bentuk rupa muka dan lain-lain.
Dahinya lebar dan hidungnya mancung.
Beliau akan menegakkan sifat keadilan dan kejujuram dalam pemerintahan daripada sifat penganiayaan dan kezaliman
Beliau akan terus menegakkan syariat islam
Beliau akan menetap di bumi lebih daripada tujuh tahun
Datang Dajal yang mengaku sebagai tuhan dan membuat pelbagai fitnah. Ia akan berusaha untuk menyesatkan umat islam supaya meniggalkan agama islam.
Turunnya nabi Isa a.s yang menghancurkan agama Nasrani dan menegakkan agama Islam. Dan Nabi Isa jualah yang akan menghapuskan dajal yang melakukan durjana di bumi ini.
Didalam hari kiamat terdapat beberapa bahagian atau peringkat.Antaranya ialah :
kebangkitan semula atau yaum al ba’ath
manusia dikumpulkan atau arasaatul qiamah di padang masyar
manusia dihisab
manusia akan dihitung untuk membuktikan amalannya
titian al-siratt
Pertama sekali manusia akan dihidupkan semula dari alam kubur atau baqa. Selepas itu manusia akan dikumpulkan di padang mahsyar.Keadaan manusia pada ketika itu adalah tanpa seurat benang pun dan umpama hamparan putih[38]. Sabda Rasulullah s.a.w :
Diriwayatkan daripaada Sahl bin Saad r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda : Pada hari kiamat manusia dikumpulkan di tanah putih bersih seperti roti yang lembut, tidak ada apa-apa untuk seseorang itu berlindung.
( Terjemahan Hadis Muttafaq ‘alaih )
Selepas itu mereka akan dihitung mengenai amalan-amalan yang mereka telah lakukan semasa hayat mereka di dunia.Dalam peringkat ini manusia akan menerima buku atau kitab yang mengandungi amalan mereka. Semasa mendapatkan buku ini manusia dapat mengagak apa yang mereka terima sebagai pembalasan. Jika mereka mendapat buku dari tangan kanan maka baiklah balasannya dan jika mereka menerima dari kanan kiri maka buruklah balasannya. Dan akhir sekali manusia akan melalui titian al Siratt.

Destinasi titian ini ialah menuju ke arah syurga. Dibawahnya pula adalah neraka jahanam.Bagi mereka yang turut akan perintah Allah semasa hayatnya didunia maka mereka dengan mudah akan sampai ke syurga dengan selamat. Bagi mereka yang banyak melakukan kemungkaran dan kurang pula kabajikan maka sudah pasti mereka akan jatuh kedalam neraka jahanam dimana apinya yang sedang menanti santapannya. Firman Allah s.w.t :
Tidak seorang pun dari kamu meliankan pasti akan datang ketempat itu. Itulah keputusan tuhanmu yang tidak dapat dielakkan. Kemudiaan kami (Allah) menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan kami biarkan orang-orang yang menganiayai dirinya sendiri (bersalah) berlutut didalam api neraka.
( Terjemahan al-Quran Surah Maryam, 71-72)

Syurga
Syurga ialah suatu tempat abadi yang disediakan nikmat oleh Allah s.w.t untuk orang mukmin sebagai balasan atas amal soleh yang mereka lakukan di dunia. Rasulullah s.a.w mengambarkan keadaan nikmat syurga itu ialah suatu tempat yang belum pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak terlintas dihati.

Neraka
Neraka ialah tempat azab sengsara yang disediakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang berdosa kepadaNya. Orang-orang kafir dan munafik kekal selama-lamanya didalamnya sedangkan orang yang mukmin yang berdosa itu diseksa sekadar hukuman ke atas dosa mereka sebelum dimaksukan ke syurga. Antara mereka yang dimasukkan kedalam neraka ialah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah telah bersabda : Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kita iaitu menyebabkan kamu masuk neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukanNya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasulullah dengan fitnah melakukan zina.
(Terjemahan hadis Muttafaq’Alaih)
Marifat Kepada Qada dan Qadar

Qada ertinya perlaksanaan segala sesuatu itu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t pada QadarnyaNya.Firman Allah s.w.t [39]:

Dan tuhanmu telah memutuskan supaya engkau tidak menyenbah melainkan kepadaNya semata-mata.
(Terjemahan al-Quran Surah al-Isra, 17:23)


Qadar ertinya ketetapan Allah s.w.t keatas makhluk berdasarkan kehendakNya sejak azali lagi. Firman Allah s.w.t[40] :

Sesungguhnya kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan). (Terjemahan al-Quran Surah al-Qamar, 54:49)

Takdir Menurut Al-Quran

Al-Quran telah menjelaskan tentang persoalan takdir ini di beberapa tempat antaranya firman Allah s.w.t :

Tuhanmu yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak memounyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahannya, dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.
(Terjemahan al-Quran Surah al-Furqan, 25:2)

Ayat diatas menjelaskan bahawa setiap yang dijadikan oleh Allah s.w.t itu mempunyai takdir, peraturan atau hukum-hukum tertentu yang sering dikaitkan dengan sebab musabab.




Kewajipan Beriman Kepada Takdir

Dalam hadis yang sahih telah diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w bahawa beriman dengan takdir adalah salah satu daripada bahagian akidah[41]. Umar bin Al-Khatab r.a meriwayatkan bahawa pada suatu ketika Rasulullah s.a.w telah didatangi oleh seorang lelaki, lalu bertanya kepada Rasulullah: terangkanlah saya tentang hal keimanan, lalu Rasulullah s.a.w menjawab :[42]

Hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikatnya, kitab-kitabnya, rasul-rasulnya, hari kiamat dan beriman pula kepada Qadar (takdir) yang baik ataupun buruk.
(Diriwayatkan oleh muslim)
Daripada sabda Rasullah s.a.w beriman kepada takdir adalah sebahagian daripada akidah yang wajib ditanam di dalam hati setiap orang muslim. Akan tetapi, ialah bukan lah satu paksaan.[43]

Ada sesetengah golongan menyangka takdir Allah s.w.t keatas manusia itu semacam satu paksaan tanpa ada hak memilih. Sebenarnya sangkaan ini adalah tidak benar kerana Allah s.w.t telah memberi kepada manusia hak memilih samada memilih yang benar atau sebaliknya. Takdir ini merupakan pengetahuan Allah s.w.t tentang sesuatu yang aka berlaku keatas hambanya.[44]


Hikmah Beriman Kepada Takdir


Antara hikmah beriman kepada takdir adalah untuk menyedarkan kita tentang adanya peraturan-peraturan Allah s.w.t di alam ini. Bagi mencapai kebahagian didunia terpaksalah kita melaksanakan peraturan tersebut. Antaranya mengkaji tentang sesuatu kejadian dan mengambil iktibar atau faedah daripadanya.[45]

Beriman kepada takdir akan mehubungkan manusia dengan terus kepada Allah s.w.t. Dan ia pula akan mewujudkan satu semangat untuk terus berusaha mencari kurnia Allh s.w.t. Akhirnya manusia itu akan dapat mengangkat martabat dirinya dengan sifat-sifat luhur dan mulia seperti tabah, berani dan bertanggugjawab. [46]

Beriman kepada takdir juga akan memberi pengajaran kepada manusia bahawa segala yanga ada didunia ini adalah kerana Allah s.w.t Dengan itu kita hendaklah insaf supaya tidak berdukacita apabila ditimpa musibah dan tidak berbangga bila dilimpahi anugerah pertolongan Allah s.w.t.[47]








KESIMPULAN

Akidah islam merupakan suatu pegangan hidup yang bertamadun kerana ia merupakan ajaran dari Allah s.w.t. Akidah islam mudah difahami oleh semuakalangan manusia dari tingkat pemikiran serendah-rendahnya hinggalah setingi-tinginya. Oleh itu akidah islam adalah bersifat sejagat. Seterusnya perbincangan dalam akidah islam adalah merangkumi dari akar umbinya iaitu menyentuh persoalan Penciptanya hingga kepada seluruh makhluk sama ada zahir atau ghaib, menyentuh persoalan sebelum kejadian manusia, sekarang dan akan datang ( hari akhirat ). Maka akidah islam adalah bersifat syumul (menyeluruh) dan kamil (sempurna). Apabila para saintis mengkaji beberapa fakta daripada al-Quran seperti astronomi, perubatan, biologi, fizik dan sebagainya mendapati islam adalah saintifik. Kegagalan para saintis untuk mengkaji semua kandungan al-Quran menunjukkan lemahnya pemikiran manusia lantas membuktikan tamadun yang dihasilkan oleh manusia yang tidak berteraskan aqidah islam sebenarnya tidak dianggap tamadun.

Ini kerana akidah islam adalah suatu pegangan yang murni bagi umat islam. Kemurnian itu akan rosak jikalau kita tidak memeliharanya dengan bersungguh-sungguh. Pencapaian manusia dalam tamadun kerohanian dan kebendaan amat bergantung kepada akidah islam yang mereka miliki. Kemunduran umat islam dalam tamadun kerohanian dan kebendaan adalah disebabkan oleh akidah islam yang mereka miliki telah tercemar.






















RUJUKAN


1. Abd Aziz Harjin, Akidah sebagai landasan kepada tamadun islam, Perlis, Biroteks Uitm.

2. Sayid Sabiq, Aqidah Islam, Indonesia, Cv.Diponegoro Bandung.

3. Abu Bakar Jaabir Al-Jazaairi, Aqidatul Mukmin(Pegangan Hidup Mukmin Jilid 2), Penerbitan Pustaka Antara.


[1] Sayid Sabiq,Aqidah Islam,Cv.Diponegoro Bandung,Tahun 1996,Halaman 16.
Abd Aziz Harjin,Akidah Sebagai Landasan Kepada Tamadun Islam,,Biroteks Universiti Teknologi Mara,2000, Halaman 65.
[3] Ibid
[4] Sayid Sabiq,Aqidah Islam,Cv.Diponegoro Bandung,Tahun 1996, Halaman 16.



[5] Sayid Sabiq,Aqidah Islam,Cv.Diponegoro Bandung,Tahun 1996,Halaman 16.
[6] Abd Aziz Harjin,Sejarah Dan Tamadun Islam UIS 251,Halaman 14,Terbitan Pusat Pendidikan Islam UiTM Arau,2001.
[7] Ibid
[8]Sayid Sabiq,Aqidah Islam,Cv.Diponegoro Bandung,Tahun 1996, Halaman 34
[9] Abd Aziz Harjin,Sejarah Dan Tamadun Islam UIS 251,Halaman 14,Terbitan Pusat Pendidikan Islam UiTM Arau,2001,Halaman 37
[10] Sayid Sabiq,Aqidah Islam, Cv.Diponegoro Bandung,Tahun 1996, Halaman 38
Abd Aziz Harjin, Sejarah Dan Tamadun Islam UIS 251, Terbitan Pusat Pendidikan Islam UiTM Arau,2001, Halaman 38
[12] Ibid Halaman 46
[13] Sayid Sabiq,Aqidah Islam, Cv.Diponegoro Bandung,Tahun 1996, Halaman 174
[14] Sayid Sabiq,Aqidah Islam, Cv.Diponegoro Bandung, Tahun 1996 , Halaman 177-178
[15]Abd Aziz Harjin,Akidah Sebagai Landasan Kepada Tamadun Islam,,Biroteks Universiti Teknologi Mara,2000, Halaman 47
[16] Ibid, Halaman 47
[17] Ibid, Halaman 47
[18] Abu Bakar Jaabir Al-Jazaairi, Aqidatul Mukmin(Pegangan Hidup Mukmin Jilid 2), Penerbitan Pustaka Antara, 1986, Halaman 399
[19] Ibid
[20] Abd Aziz Harjin,Akidah Sebagai Landasan Kepada Tamadun Islam,,Biroteks Universiti Teknologi Mara,2000, Halaman 50
[21]Sayid Sabiq, Aqidah Islam, Cv.Diponegoro Bandung, Tahun 1996, Halaman 276
[22] Abd Aziz Harjin,Akidah Sebagai Landasan Kepada Tamadun Islam,,Biroteks Universiti Teknologi Mara,2000, Halaman 50
[23] Abu Bakar Jaabir Al-Jazaairi, Aqidatul Mukmin(Pegangan Hidup Mukmin Jilid 2), Penerbitan Pustaka Antara, 1986, Halaman 401
[24]Abd Aziz Harjin,Akidah Sebagai Landasan Kepada Tamadun Islam,,Biroteks Universiti Teknologi Mara,2000, Halaman 50
[25] Abu Bakar Jaabir Al-Jazaairi, Aqidatul Mukmin(Pegangan Hidup Mukmin Jilid 2), Penerbitan Pustaka Antara, 1986, Halaman 455
[26]Sayid Sabiq,Aqidah Islam, Cv.Diponegoro Bandung, Tahun 1996, Halaman 323
[27]Abu Bakar Jaabir Al-Jazaairi, Aqidatul Mukmin(Pegangan Hidup Mukmin Jilid 2), Penerbitan Pustaka Antara, 1986, Halaman 448
[28] Abd Aziz Harjin,Akidah Sebagai Landasan Kepada Tamadun Islam,,Biroteks Universiti Teknologi Mara,2000, Halaman 53
[29]Ibid
[30] Ibid
[31] Abu Bakar Jaabir Al-Jazaairi, Aqidatul Mukmin(Pegangan Hidup Mukmin Jilid 2), Penerbitan Pustaka Antara, 1986, Halaman 461
[32] Ibid
[33] Abu Bakar Jaabir Al-Jazaairi, Aqidatul Mukmin(Pegangan Hidup Mukmin Jilid 2), Penerbitan Pustaka Antara, 1986, Halaman 501
[34] Ibid, Halaman 501
[35]Sayid Sabiq,Aqidah Islam, Cv.Diponegoro Bandung, Tahun 1996, Halaman 405
[36] ibid, Halaman 410
[37] ibid, Halaman 414
[38] Abd Aziz Harjin,Akidah Sebagai Landasan Kepada Tamadun Islam,,Biroteks Universiti Teknologi Mara,2000, Halaman 55
[39] Abd Aziz Harjin,Akidah Sebagai Landasan Kepada Tamadun Islam,,Biroteks Universiti Teknologi Mara,2000, Halaman 39
[40] Ibid
[41] Sayid Sabiq,Aqidah Islam, Cv.Diponegoro Bandung, Tahun 1996, Hal;aman 150
[42] ibid
[43] Abd Aziz Harjin,Akidah Sebagai Landasan Kepada Tamadun Islam,,Biroteks Universiti Teknologi Mara,2000, Halaman 40
[44] ibid 3halaman 646
[45]Abd Aziz Harjin,Akidah Sebagai Landasan Kepada Tamadun Islam,,Biroteks Universiti Teknologi Mara,2000, Hhalaman 40
[46] Ibid, Halaman 41
[47] Sayid Sabiq,Aqidah Islam, Cv.Diponegoro Bandung, Tahun 1996, Halaman 152


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com