Akhlak sebagai asas Tamadun Islam

Akhlak sebagai asas tamadun Islam

Pengenalan

Tamadun islam merupakan satu peringkat perkembangan kehidupan manusia yang tinggi dan dibentuk serta dibangunkan diats asas-asasnnya yang utuh dan padu bagi menjamin kesejahteraan masyarakatnya. Asas-asas tersebut ialah Akidah,Syariah dan Akhlak.

Akhlak menurut perspektif Islam ialah meletakkan keimanan seseorang kepada Allah dalam bentuk praktis. Ini beerti setiap perlakuan dan tindakan manusia mestilah berteraskan kepada keimanan serta akidah tauhid yang mutlak. Aspek keimanan tadi mestidijelmakan dalam bentuk amalan soleh. Islam tidak mengukur kegemilangan sesuatu bangsa berdasarkan ketinggian pencapaian dalam aspek kebendaan semata-mata kerana ia merupakan matlamat kepada tamadunya. Apabila tamadun mengesampingkan soal-soal akhlak ia akan mengakibaatkan berlakunya kepincangan kepada tamadun tersebut.

Perkataan akhlak berasal dari perbendaharaan istilah Islamologi. Istilah lain yang mirip dengan akhlak ialah moral yang berasal daribahasa Latin. perbezaan antara moral dengan akhlak ialah, moral diertikan sebagai berbuat sopan atau kebajikan kerana suatu motif material, atau ajaran falsafah moral semata – mata, sekular dan duniawi. Ia juga termasuk didalamnya penilaian mata manusia yang ingin memperolehi kemasyuran dan ujian dari manusia. Berdeza dengan akhlak, ia adalah perbuatan suci yang terbit dari lubuk jiwa yang paling dalam dan ikhlas kerana allah. Dalam Ihya Ulumuddin, imam al-Ghazali berkata : “ akhlak adalah sifat yang tertanam dalam jiwa, daripadanya timbul perbuatan yang mudah, tanpa memerlukan pertimbangan fikiran “.

Akhlak islam ialah suatu sikap mental yang luhur. Ia juga adalah produk dari keyakinan keatas kekuasaan dan keesaan Allah.

Pembentukan Akhlak yang mulia.

Apabila disebut perkataan akhlak dan dikaitkan dengan Islam, maka sudah tentu panduannya bersumber Al Qur'an dan Al Hadis. Pengamal yang pertama dan utama ialah Rasulullah s.a.w dan diikuti oleh generasi Al Qur'an iaitu para sahabat, alim ulamak dan mereka yang mengikut jejak langkahnya dari peringkat awal sehingga akhir zaman. Manusia adalah hamba Allah yag diciptakan dengan sebaik-baik bentuk. Ia juga merupakan makhluk sosial, yang tidak dapat melepaskan diri daripada berinteraksi di antara satu sama lain dalam kehidupan mereka, di mana akhlak merupakan salah satu alat/ cara untuk mengatur hubungan di antara mereka. Oleh kerana akhlak mempunyai sifat yang syamil dan skopnya sangat luas, bukan hanya untuk berinteraksi dengan Allah SWT dan RasulNya semata-mata, tetapi makhluk-makhluk Allah, dan alam sekeliling.


Dalam konteks pembinaan tamadun Islam, setiap individu sangat diutamakan mengiltizamkan diri terlebih dahulu dengan budi pekerti yang luhur, kemudian merealisasikan pula kepada orang lain supaya mampun membentuk generasi akan datang sebagai asas kekuatan ummah sejagat. Budi pekerti yang luhur adalah salah satu sifat yang dimiliki Rasulullah s.a.w dan etlah menjadi amalan harian baginya kerana akhlak itu termasuk setengah dari iman, sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda sebagai berikut:

Pengertiannya:
"Sesungguhnya Allah menghiasi Islam dengan budi pekerti yang mulia dan perbuatan yang terpuji. "

Akhlak mulia merupakan tunggak kekuatan masyarakat dan negara. Oleh itu setiap individu wajib berjuang menegakkan akhlak mulia dan berusaha mencegah dan memerangi apa sahaja gejala kerusakan akhlak dalam masyarakat. Jika perkara ini di abaikan tentu seseorang itu akan rugi dan mendapat kehinaan, baik dalam masyarakat, mahu pun negara, di dunia dan akhirat. Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah Asy Syams, ayat 8-10 sebagai berikut:

Pengertiannya:

". maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu(jalan) kefasikan dan ketakwaan-sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu-dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. "

Untuk melengkapkan perjuangan seseorang individu dalam membentuk akhlak yang mulia demi keutuhan ketamadunan masyarakat sejagat, maka memerlukan beberapa pedoman, contoh teladan dan kriteria tertentu, antara lain:
I. Teladan Adab Dan Akhlak Rasulullah s.a.w.
Sejarah telah membuktikan bahawa pandangan Rasulullah s.a.w kepada semua manusia adalah sama, tidak ada perbezaan di antara satu sama lain bersesuaian dengan sifat kejadiannya. Oleh itu baginda sentiasa memulakan memberi salam dan menghulur tangan untuk berjabat tangan dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya, Rasulullah s.a.w juga sentiasa menghormati pendapat orang lain, malah sering kali meminta pendapat para sahabat tentang sesuatu masalah yang timbul. Apabila menghadiri sesuatu majlis, Baginda s.a.w sentiasa menatap wajah hadirin dengan mesra untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada mereka. Dengan demikian, majlis tersebut dapat berlangsung dengan penuh keharmonian, kesopanan dan amanah, sebagaimana Allah SWT pernah berpesan pada wahyuNya dalam surah Al Imran, ayat 159 sebagai berikut:

Pengertian:

"Maka di sebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. "

Keteladanan Rasulullah s.a.w adalah amat sesuai dengan sabdanya sendiri sebagai berikut:


Pengertiannya:

"Sesungguhnya aku(Rasulullah) diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. "

II. Hakikat Akhlak Yang Sebenar.
Kita sudah sama-sama maklum bahawa akhlak itu adalah jiwa pendidikan Islam. Mencapai ke tahap akhlak yang sempurna adalah tujuan sebenar dari pendidikan Islam. Oleh itu maksud akhlak menurut perspektif Islam ialah satu sikap Jiwa dalam diri seseorang yang boleh melahirkan sesuatu perkara dengan mudah atau secara motoris, sama ada perkara baik atau buruk, Misalnya: melakukan sesuatu kebaikan tanpa mengingat atau menyebut ganjaran yang akan diteri daripada manusia lain kecuali hanya mengharapkan balasan Allah SWT semata-mata. Segala tindak tanduknya, menggambarkan kerelaan terhadap ketentuan dan ketetapanNya belaka. Itulah sebenarnya membuahkan jiwa yang tenteram dan penuh ketaatan seorang hamba terhadap pencipta dan hubungan yang harmonis dengan sesama manusia lain dan alam sejagat. Sehubungan dengan itu, Allah SWT lebih memuliakan tingkatan jiwa kerana hubungannya lebih akrab dengan zatNya, sebagaimana firmanNya dalam surah Shaad, ayat 71-72 sebagai berikut:

Pengertiannya:

"(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat, Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. -Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan kepadanya roh(ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya. "

Berdasarkan kepada firman Allah SWT tersebut, maka jelaslah bahawa tubuh badan dihubung kaitkan dengan tanah, sedangkan jiwa/ roh dihubungkaitkan pula dengan Allah Rabbal'alamin. Berdasarkan kepada keterangan di atas, maka dapatlah diambil kesimpulan bahawa jiwa/roh itu sama dengan akhlak/ budi pekerti.

III. Akhlak Mengalami Perubahan.
Sebagaimana telah diterangkan di atas bahawa manusia diciptakan Allah SWT terdiri dalam dua bentuk iaitu, bentuk jasmaniah dan bentuk rohaniah.

Jasmaniah memang tidak boleh berubah bentuknya sehingga sampai seratus peratus, misalnya: orang yang panjang berukuran dua meter, tidak mungkin menurut akal fikiran boleh berubah kepada berukuran satu meter. Begitu juga orang yang berkulit hitam legam, boleh berubah menjadi putih melepak, dan begitulah seumpamanya. Selain dari itu, bentuk jasmani manusia mempunyai ciri-ciri tertentu sebagai manusia dan tidak akan mengalami perubahan kepada bentuk makhluk lain, seperti: berubah kepada bentuk haiwan.

Tetapi sebaliknya, akhlak yang termasuk dalam kategori rohaniah, boleh berubah atau dibentuk melalui didikan dan bimbingan yang betul daripada ibu bapa, mursyid dan syiqah, latihan yang berterusan serta melalui petunjuk yang benar, ikhlas, dan berdoa kerana Allah SWT.

Perubahan akhlak seseorang, sama ada ke arah akhlak terpuji atau sebaliknya menjadi akhlak tercela adalah berkait rapat dengan aspek didikan, pergaulan dan latihan, sebagaimana sabda Rasullah s.a.w sebagai berikut:

Pengertiannya:

Dari Ali k. w berkata: "Rasulullah s.a.w bersabda, berilah pendidikan anak-anakmu ke atas tiga macam, mengasihi Nabi, mengasihi ahli rumahnya, dan membaca Al Qur'an. Maka sesungguhnya orang-orang hafal Al Qur'an pada naungan Allah, pada hari yang tidak ada naungan, kecuali naungan Allah beserta NabiNya dan sahabat-sahabat Nabi. "

Dalam Hadis di atas, Rasulullah s.a.w telah memberi panduan kepada ibubapa cara-cara pendidikan akhlak terhadap anak-anak melalui kaedah pengajaran, didikan dan latihan untuk membentuk mereka berakhlak mulia. Sebaliknya Baginda Rasulullah s.a.w juga memberi amaran tentang bahaya pergaulan yang boleh merosakkan akhlak seseorang, Sebagaimana sabdanya seperti berikut:

Pengertiannya:
"Awas! kamu berkawan dengan kawan yang jahat, nanti anda jadi sama seperti dia. "(dlm. Tarbiyatul Aulad).


Selain daripada itu, doa yang dipohonkan dengan bersungguh-sungguh juga berperanan merubah sikap seseorang daripada berakhlak tercela kepada berakhlak mulia. Sejarah telah membuktikan bahawa berkat doa Rasulullah s.a.w, maka perwatakan Omar Al Khaththab telah berubah daripada seorang yang bengis, zalim dan menentang Allah serta RasulNya menjadi seorang yang berakhlak mulia, mentaati dan sangat mengasihi Allah dan Rasulullah s.a.w.
Kesimpulan
Dengan ini dapatlah kita simpulkan disini,akhlak merupakan antara perkara atau asas yang perlu ada untuk menjamin wujudnya tamadun Islam yang sehingga ke hari ini masih ditakuti oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhya akhlak jualah yang menentukan bangun dan runtuhnya sesuatu bangsa. Tepat apa yang dikatakan oleh penyair besar Ahmud Syauqi Bey:“Kekalnya suatu bangsa ialah selama akhlaknya kekal, jika akhlaknya sudah lenyap, musnah pulalah bangsa itu “
Menurut ajaran Islam berdasarkan tingkahlaku Rasullah, pendidikan akhlak karimah(akhlak mulia) adalah factor penting dalam membina sesuatu umat atau bangsa. Seuatu pembagunan tidaklah ditentukan semata dengan faktor kredit dan investasi material. Betapapun melimpah-ruahnya kredit dan besarnya investi, kalau manusia yang melaksanakanya tidak mempunyai akhlak, nescaya segalanya akan musnah akibat penyelewengan dan korupsi. Demikian pula dengan pembagunan tidak munkin berjalanhanya dengan kesenangan melontarkan fitnah kepada lawan-lawan politik, atau hanya mencari-cari kesalahan orang lain. Dengan itu, walarlah kita untuk menjaga akhlak dan peribadi diri kita agar tamadun Islam tidak akan runtuh dan sentiasa gah hingga ke haru akhirat, Insyaallah.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com