Wednesday, April 16, 2008

Sains Teknolgi Menurut Islam

Ilmu dalam Islam merupakan satu entity yang tidak boleh di pisahkan.Setiap cabang ilmu adalah saling melengkapi dan berpunca serta merujuk kepada Kalimah Tauhid itu sendiri.Pengelasan ini boleh di bahagikan kepada dua bahagian.Pertama ialah ilmu yang di berikan oleh Tuhan sebagai kurnianya kepada insane.Ilmu ini mempunyai dua cabang iaitu ilmu tanzil iaitu ilmu yang diberi khusus kepada rasul-rasul untuk di sampaikan kepada umat mereka.Manakala ilmu yang kedua ialah di capai dan di peroleh oleh insane berdasarkan daya usahanya sendiri yang berpunca kepada pengalaman hidup secara jasmani dan fikiran sendiri serta pemerhatian, penyelidikan dan pengkajian.
Di antara kedua-dua cabang ilmu ini, ilmu tanzil (wahyu) diwajibkan di pelajari oleh setiap muslim.Ia merupakan asas-asas panduan hidup dan neraca dalam segala penilaian.Dalam konteks tamadun Islam, ilmu ini yang terkandung di dalam al-qur’an dan al-sunnah telah di jadikan teras pendidikan awal setiap generasi muda muslim.
Dengan takrif ilmu yang sedemikian, sains dan Islam adalah membawa pengertian yang lebih luas daripada sains moden.Sains Islam tidak terhad kepada sains mengenai dunia bahan atau jasmani sahaja malah termasuk juga sains al-qur’an dan al-hadith. (Nasr-1970) .
Lebih tepat lagi, Ibnu Khaldun telah menamakan cabang utama sains yang di pelajari dalam dunia Islam.Pertamanya sains intelek atau falsafah yang merangkumi aspek-aspek perubatan, pertanian, kimia, geometri, aritmetik, astronomi dan sebagainya. Keduanya ialah sains tranmisi yang merangkumi pelajaran mengenai al-qur’an, tafsir dan bacaannya, al-hadith, percakapannya dan perbuatan Rasullullah S.A.W dan penyampaian –peenyampaian melalui tali-talinya, sains dan falsafah undang-undang manusia atau ilmu hokum (syari’ah) , tasawuf, usuluddin dan bahasa. (Ibnu Khaldun, 1978) .









PENCAPAIAN DI DALAM BIDANG SAINS DAN AGAMA..

Di dalam sains dan agama di dalam sains dan teknologi, konsep yang ditonjolkan oleh segolongan ahli-ahli fikir diterangkan di dalam bidang bidang-bidang khusus dimana berlakunya perkembangan yang amat bererti ini.Dua cabang sains yang paling sering disebut ialah fizik dan psikologi.Lebih khusus lagi, bahagian fizik yang dimaksudkan ialah fizik kuantum, iaitu cabang fizik yang mengkajisifat dan hakikat jirim pada peringkat atom dan juzuk-juzuknya yang terdiri dari zarah-zarah yang amat halus dan beraneka rupa dan ragam.Dalam psikologi pula, bidang khusus yang kini mendapat perhatian istimewa ialah bidang yang dikenali sebagai psikologi kognitif.Bidang ini mengkaji alam fikiran dan lain-lain bentuk persepsi atau kesedaran manusia dalam hubungannya dengan alam kejadian yang wujud diluar dirinya.Asas utama bidang kajian ini ialah anatomi dan fisiologi otak.[1]
Teori kuantum merupakan salah satu batu asas kepada apa yang kini dikenali sebagai “fizik baru”.Teori tersebut diasaskan dalam tahun 20-an.Semasa ia mula diperkenalkan ia telah menggegar masyarakat saintifik lantaran idea-idea yang yang ganjil dan menakjubkan apabila dilihat dari kacamata fizik Newton.Neil Bohr, ahli fizik bangsa Danes dan salah seorang pengasas teori tersebut, pernah menegaskan:”Barang siapa yang tidak terperanjat dengan teori kuantum masih belum memahaminya.”Ekoran dari pengenalan teori itu satu perbahasan hangat telah berlaku di antara Bohr dan Albert Einstein.Dalam perbahasan itulah Einstein melafazkan kata-kata masyhurnya:”Tuhan tidak bermain dadu dalam alam semesta.”[2]
Sebelum itu beberapa implikasi falsafah teori tersebut ada dibincangkan oleh pakar-pakar berkenaan tetapi perbincangannya terbatas kepada kalangan mereka sahaja.Ada sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dihuraikan disini mengapa [3]perbincangan pada masa itu tidak merebak ke kalangan saintifik yang lebih luas.Keghairahan pada masa kini terhadap implikasi-implikasi keagamaan dan kerohanian teori kuantum ada pertaliannya dengan penularan pelbagai aliran mistik ke dalam masyarakat Barat pada tahun 60-an dan 70-an.[4]
Misalnya dalam tamadun Islam, terdapat banyak pertemuan diantara gambaran alam semesta yang dilukis olek ulamak-ulamak tasawufdan gambaran alam semesta yang dilukis oleh ulamak sains dan falsafah.Tambahan pula terdapat ramai tokoh sains Islam yang pada masa yang sama adalah juga ahli-ahli tasauf.[5].Oleh yang demikian kita tak usah dipersoalkan uasaha menghubungkait fizik kuantum.Usaha itu ada asasnya dari segi sejarah dan ilmiah.Yang boleh kita persoalkan ialah samadabenar-benar terdapat keharmonian pandangan dianatara fizik kuantum dan tradisi mistik.Pada masa yang sama, kita menyelar orang-orang perseorangan dari timur yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran-ajaran mistik yang menyeleweng di Barat.Mereka ini menyamar di Barat sebagai guru-guru mistik padahal mereka tidak mewakili langsung mana-mana [6]tradisi mistik yang sahih atau “orthodox”.Sudah banyak terdedah penyelewengan yang jelas menunjukkan bahawa mereka ini cuba mengambil kesempatan dari “spiritual vacuum” atau kekosongan jiwa manusia Barat hari ini bagi kepentingan duniawi mereka.
Oleh itu kita tidak menyarankan agar Islam dimegah-megahkan sebagai agama yang seia sekata dengan fizik kuantum.Tujuannya ialah untuk mengingatkan sesetengah kalangan Islam bahawa cerdik pandai Islam yang cenderung kepada ajaran-ajaran mistik boleh terpikat dengan agama-agama yang bersifat mistik seperti Zen Buddhism yang disebabkan kejahilan mereka tentang tradisi mistik Islam.[7]
Pertimbangan kedua menyentuh kewibawaan Islam sebagai agama kebenaran dan ilmu pengetahuan.Sebarang perbincangan yang menyinggung kewibawaan ini adalah penting bagi masyarakat Islam.Sebarang dakwaan yang mencabar dakwaan Islam dalam apa jua bidang perlu ditangkis atau dipatahkan.Tidak ada hak yang lebih tinggi dari hak kebenaran.[8]Ada beberapa cara yang berlainan yang mereka ajukan dalam mendekati kajian perilakudan hubungan-hubungan dengan fenomena mental.Misalnya Watson mewakili aliran fikrah yang menitikberatkan fisiologi sebagai kunci sebagai memahami mekanisma yang dimaksudkan.Paling penting ialah fisiologi otak.B.F.Skinner pula juga seorang ahli pisiologi yang terkenal awal-awal lagi telah menyingkirkan fisiologi dari teori psiologinya apabila beliau mentakrifkan “kelakuan” sebagai tindakan organisma ke atas alam luar.Menurut Skinner semua fenomena mental dapat difahami dan diterangkan dengan cara menganalisa kelakuan yang terzahir berdasarkan model ransangan sambutan[9].
Dalam tradisi pemikiran Islam misalnya, fisiologi khususnya dikira sebagai dari ilm al-nafs, ilmu yang mencakupi bidang kajian yang lebih luas yang dikaji oleh psikologi moden.Ahli-ahli falsafah tabii Islam menjelaskan bahawa pengalaman pancaindera dalam alam lahiriah adalah syarat perlu bagi sesetengah kegiatan mental.Mereka juga mengatakan bahawa kegiatan mental melibatkan proses-proses fisiologi tertentu didalam otak.[10]Menurut Karl Prilbarm, seorang ahli kaji otak terkemuka pada masa kini, Sherrington tidak pernah menaruh impian agar satu teori psikologi yang menyeluruh dibina diatas hasil penyelidikannya yang masih pada tahap awal.Anehnya [11]lagi, Sherrington ialah seorang yang mempercayai bahawa kesedaran mental dan mekanisma otak merujuk kepada dua hakikat yang berbeza.
Sepanjang kewujudannya, ”behaviourism” memang ada penentangan baik dari kalangan ahli-ahli falsafah mahupun dari kalangan ahli-ahli psikologi dan ahli-ahli kaji otak.Salah seorang ahli falsafah terkemuka Barat yang menentang kuat “behaviourism” ialah Arthur Olovejoy.Amat bererti ialah tentangan daripada ahli-ahli kajiotak terkemuka seperti Wilder Penfield, Sherrington dan Sir John Eccles.Semua penentang-penentang ini tidak ragu-ragu lagi untuk menghukum “behaviourism” sebagai satu teori yang “absurd” atau tidak masuk akal.Tegas Lovejoy:
“Behaviourism…..belongs to that class of theories which become absurd as soon
as they become articulate.”[12]
PENCAPAIAN DI DALAM BIDANG TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN..


Bidang teknologi dan kejuruteraan sangatlah besar dan merangkumi banyak bidang sains lain seperti matematik, kimia, fizik, astronomi, geologi dan semua bentuk kejuruteraan.Walaubagaimanapun konsep dan tujuan kegiatan sarjana-sarjana Islam adalah sama dan ini dibicarakan dengan dalil-dalil al-Qur’an.Oleh sebab sumbangan-sumbangan dalam bidang ini dibentangkan dengan terperinci didalam makalah ini hanya memberi tumpuan kepada kegiatan jurutera-jurutera Islam dalam bidang kejuruteraan awam dan kejuruteraan mekanik.
Kejayaan dan sumbangan sarjana dan jurutera diketahui dan dihebahkan melalui beberapa factor utama yang perlu diketahui.Pertama, kemungkinan terdapat sarjana-sarjana teknologi dan jurutera Islampada zaman itu lebih banyak membuat kerja dan tidak begitu bergiat dalam penulisa.Mereka berkemampuan membuat rekaan-rekaan dan membina bangunan-bangunan indah dengan baik dan menakjubkan tetapi tidak mencatatkannya dengan terperinci.Kepandaian dan pengetahuan mereka diperturunkan generasi muda tanpa catitan.Jadi hasil yang dapat kita lihat hanyalah tinggalan alat-alat di muzium-muzium sahajayang dapat menunjukkan kemahiran dan kebijaksanaan mereka.
Kedua, walaupun ada di kalangan mereka orang yang mencatatkan kegiatan dan pencapaian mereka dengan terperinci, risalah-risalah itu telah pun hilang dan musnah semasa pemerintahan penjajah.Oleh yang demikian kegiatan mencari risalah-risalah yang masih kekal diseluruh pelusuk dunia sedangkan dilakukan.Di antara-antara risalah-risalah yang telah dipeolehi termasuklah buku-buku berikut yang telah diterjemah ke dalam bahasa Inggeris:
v Books of Artifies, (Kitab peranti) yang ditulis oleh Banu Musa (iaitu tiga anak lelaki Musa ibnu Syakir) .Buku ini ditulis dalam tahun 830M yang menghuraikan lebih kurang 100 macam alat kelengkapan teknik yang dicipta oleh mereka pada zaman itu.
v The Books of Knowledge of Ingenious Mechanical Divices, (kitab pengetahuan peranti-peranti mekanik bijak) yang ditulis oleh Ibnu al-Razaz al-Jazari.Buku ini ditulis dalam tahun 1206M di Diyar Bakr, Turki dan mengandungi 50 penerangan dan lukisan tentang jam, air pancut, seruling panjang, mesin mengangkat air dan pelbagai peranti lain.
v The Sublime Methods of Spritual Machines, (kaedah-kaedah mulia mesin-mesin rohani) , yang ditulis oleh Taqiuddin.Buku ini ditulis dalam tahun1551M di Damsyik dan mengandungi penerangan-penerangan dan lukisan-lukisan jam, alat mengangkat benda-benda berat, pam dan mesin-mesin lain.





TUJUAN, FALSAFAH DAN PRINSIP DALAM BIDANG TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN..



Tujuan utama kemajuan teknologi dan kejuruteraan di kalangan sarjana dan jurutera Islam bukanlah semata-mata untuk faedah akademik atau mengeksploitasi sumber-sumber kekayaan bumi untuk kemudahan dan kesenangan manusia tetapi adalah bagi kepentingan ibadat kepada Allh S.W.T.Dari peringkat awal lagi Allah S.W.T berfirman di dalam surah al Alaq (96 : 1-5) dengan menyeru manusia supaya mencari ilmu.Firmannya yang bermaksud:[13]
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang mencipta dan Tuhanmulah yang paling pemurah.Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-Qur’an, surah al-Alaq:ayat 1-5) .
Allah juga menegaskan di dalam al-qur’an beberapa sifat orang-orang yang berilmu.Di antaranya adalah sifat-sifat yang berikut:
Ø Beriman 0 –Mendengar
Ø Bertaqwa 0-Melihat
Ø Yakin 0-Mengetahui
Ø Bersabar
Ø Berakal

AL-QURAN SEBAGAI SUMBER ILMU DI DALAM TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN..


Al-qur’an bukan sahaja menegaskan betapa pentingnya ilmu pengetahuan bahkan memberi gambaran-gambaran yang nyata dan patut dijadikan sebagai sumber ilmu.Sebagai contoh renungkanlah dan fikirkanlah apa yang terkandung di dalam ayat-ayat al-qur’an yang diterjemahkan seperti berikut:
§ “Dan kami mencipta besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia.” (Maksud al-qur’an, surah al-Hadid: 25) [14]
§ “Tuhan yang menjadikan untuk kamu bahan api dari pohon-pohon kayu yang hijau, maka tiba-tiba darinya kamu nyalakan (api) itu.” (Maksud al-qur’an, surah yasin: 80) [15]
§ “Hai jin dan manusia, jika kamu sanggup menebus (melintasi) penjuru langit dan bumi maka lintaslah, kamu tidak akan menembusi melainkan dengan [16]kekuatan.” (Maksud al-qur’an, surah al-Rahman: 33)




PENGELASAN ILMU TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM..


Sarjana-sarjana Islam dahulu menganggap kejuruteraan sebagai salah satu daripada sains matematik.Sains matematik pula dibahagikan pula kepada sains bentuk, sains nombor, sains muzik dan sains kejuruteraan.Sains kejuruteraan pula dibahagikan kepada dua belas sub-bidang iaitu bangunan, ukur, pelayaran, dan pengapungan, optik, cermin membakar, mesin perang, pusat gravity, mengangkat beban berat, imbangan dan perimbangan, jam angkutan air dan mesin rohani.Banyak bukti yang menunjukkan sarjana-sarjana Islam memberi sumbangan besar di dalam tiap-tiap sub-bidang di atas.

q KEJURUTERAAN AWAM..
Kubah dan menara masjid yang di bina menunjukkan kefahaman dan kemahiran sarjana-sarjana Islam dahulu dalam bidang sains bangunan dan seni bina.Dalam kejuruteraan awam hidrologi, orang-orang Islam juga memberi sumbangan penting.Pada zaman pemerintahan khalifah ‘Umar, beberapa terusan telah di bina.Saiyidina Umar pula telah mengarahkan pembinaan satu terusan yang panjangnya lebih kurang 10 km yang mengalirkan air dari sungai Furat.Terusan ini di beri nama Terusan Abu Musa Asy’ari, pemerintah Basrah ketika itu.Satu lagi terusan ialah Terusan Ma’akal yang di bina di bawah penyeliaan Ma’akal Ibnu Yasar.
Teknologi air bawah tanah juga telah di usahakan di Parsi.Bandar Isfahan di kelilingi oleh padang pasir.Teknologi ini telah di tulis oleh Syaikh Bahauddin al-A’mili seorang ahli sufi Safavid yang mahir dalam matematik dan keagamaan.Bagi negara yang yang di kelilingi oleh padang pasir, teknologi ini amat berguna kerana ia dapat mengelakkan pengewapan air.Bukti ini menunjukkan bahawa mereka juga telah meneliti bukan sahaja tentang pembinaannya, bahkan mengambil berat tentang perancangan dan penyelenggaraan projek tersebut.


q KEJURUTERAAN MEKANIK..
Boleh dikatakan sumbangan sarjana sains dan teknologi Islam yang banyak ialah
dalam bidang mekanik.Sumbangan Banu Musa terkandung di dalam buku Kitab Peranti (The Books of Artifices) yang telah disebut dahulu.Ibnu Sina pula walaupun beliau lebih terkenal dalam bidang perubatan dan pembedahan, namun beliau banyak memberi sumbangan yang mengkagumkan dalam bidang mekanik.Di antara saranan-saranan Ibnu Sina ialah:
· Prinsip inersia yang terkandung di dalam kata-katanya yang berbunyi “tidak ada jasad yang mula bergerak atau berhenti dengan sendiri.”
· “Masa tidak boleh di bayangkan tanpa gerakan.”
· “Daya hanya boleh di sukat dalam sebutan kesan-kesannya.”
· “Dalam sesuatu mesin mudah, apa yang di perolehi dalam bentuk kuasa adalah kehilangan dalam kelajuannya.”
Al-Khwarizmi pula tertarik kepada kerja-kerja amali tentang bagaimana dapat
Menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi) dan keapungan.Di antara pernyataan Khwarizmi yang berkaitan dengan hal ini ialah:
§ “Berat ialah daya malar inheren tatkala sesuatu jasad tertarik ke pusat bumi.”
§ “Jasad-jasad yang mempunyai gravity sama ialah jasad-jasad yang bergerak di dalam cecair dari titik tunggak melalui jarak yang sama dalam masa yang sama.”
Teknologi yang mendapatkan tenaga dari udara dan air telah mendapat perhatian orang serata dunia dan ia merupakan ‘Penggerak Perdana” yang utama sehinggalah kuasa tenaga stim diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian.

CONTOH-CONTOH REKAAN IALAH:
v Jam air gajah
v Pam air dua silinder
v Pam air enam silinder selari
v Putaran perangan JET STIM











Sains dan teknologi Islam berpunca dari al-qur'an.Ajaran-ajaran yang terkandung di dalam al-qur'an melatih pemikiran dan mendisiplinkan pencarian ilmu pengetahuan yang penting bagi kemajuan sains dan teknologi.Ia merupakan asas kepada segala telatah yang mungkin di perlukan pada kemudian hari.Ia juga merupakan asas telatah-telatah penting untuk sarjana-sarjana mengupas kajian-kajian yang di buat untuk mentauhidkan Allah.[17]
Sains dan teknologi Islam adalah berdasarkan kepada kewujudan Allah dan juga menunjukkan persatuan dan pertalian antara semua yang wujud.Tidak hairanlah kita dapati bahawa sarjana-sarjana Islam pada zaman silam bukan sahaja dapat menguasai pelajaran-pelajaran sains dan teknologi, malahan mereka mampu memikul beban dan tugas yang di fardhukan oleh Allah kepada semua makhluknya.Betapa hebatnya atau pentingnya hasil atau kejayaan yang di perolehi dari pelajaran sains bagi sarjana-sarjana Islam, baik dahulu atau sekarang tidaklah merupakan satu kejayaan yang mutlak dan di banggakan bahkan kajian-kaijian sains dalam pelbagai bidang merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada hamba-hamba Allah yang telah dikurniakan pemikiran yang subur dan kemudahan-kemudahan istimewa.[18]
Oleh sebab masih kurang risalah-risalah yang mendedahkan sumbangan-sumbangan sarjana-sarjana sains dan teknologi dan jurutera-jurutera pada zaman yang di sebut oleh Barat sebagai "Zaman Keemasan Islam", maka sukar untuk kita menilaikannya.Walaubagaimanapun dari bukyi-bukti yang di perolehi, jurutera-jurutera Islam adalah beramali dan mahir dalam ilmu kejuruteraan dan telah memberi perhatian yang banyak kepada reka bentuk seni dan juga kaedah pengilangan.Jurutera-jurutera Islam bukan sahaja mendapat idea-idea dan kemahiran dari orang-orang China, India dan Bizantium, bahkan mereka dapat dan mampu memperbaiki dan membuat penemuan-penemuan yang baru.
Kejayaan sarjana-sarjana sains teknologi dan kejuruteraan Islam mungkin tidak begitu mengkagumkan jika dengan kegiatan dan kejayaan sarjana-sarjana dan jurutera-jurutera pada zaman moden yang telah berjaya menghantar manusia ke bulan, tetapi kejayaan mereka telah dapat menampung kehendak mereka dan ini sangatlah mengkagumkan pada zaman itu.Sains dan teknologi merekalah yang menjadi asas kepada perkembangan kebendaan teknologi dan kejuruteraan moden."Allah Maha Mengetahui". [19]

No comments: