Wednesday, April 16, 2008

Perkembangan Tamadun Islam Di Eropah

DEFINISI DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Terdapat berbagai istilah tamadun yang digunakan oleh kebanyakan sarjana.Dalam bahasa Arab terdapat 4 istilah yang membicarakan konsep tamadun iaitu Umran, Hadharah, Madaniyah dan Tamadun.

Ibn Khaldun yang merupakan seorang sarjana muslim dan juga seorang ahli sosiologi yang terkenal telah menulis tentang tamadun dalam kitabnya yang terkenal iaitu”al-Muqaddimah Li Kitab al Ibar”.Beliau menggunakan istilah “Umran” bagi menerangkan sifat-sifat tamadun. Penggunaan istilah “Umran” pada abad ke 14 oleh Ibn Khaldun ini adalah sama dengan pengertian tamadun pada abad yang ke20 sepertimana yang diterjemahkan oleh Prof.Franz Rosenthal, sebagai “Civilization”.Beliau menterjemahkan “Umran” sebagai “Urbanization” dan tamadun sebagai “Civilization”

Dari segi bahasa, perkataan umran adalah kata terbitan dari kata dasar ‘amara’ yang bererti kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap, berkembang subur lagi makmur, yang sebaliknya ialah kawasan kering, tandus terbiar atau binasa.Dalam pengertian yang lain”umran”menyatakan makna tinggal menetap yang menjadi asas kepada sesebuah tamadun.Untuk menjelaskan lagi konsep tamadun, Ibn Khaldun telah meletakkan beberapa cirri bagi “umran”iaitu seperti berikut;
Pegangan agama yang kuat
Sistem kenegaraan yang tersusun rapi
Kehidupan cara Bandar
Pencapaian kaedah penulisan yang tinggi
Kepakaran dalam bidang senilukis dan senireka

Jelasnya di sini kosep Umran yang diutarakan oleh Ibn Khaldun merangkumi semua aspek kemajuan di dalam masyarakat.Ibn Khaldun juga pernah menggunakan istilah “Hadharah”seerti dengan tamadun.Dari segi bahasa “Hadharah”bermaksud suatu wilayah, daerah, kota, Bandar, kampung, atau tanah yang diusahakan berlawanan dengan badawah.

Istilah “Hadharah”turut digunakan oleh Malik Bennabi (seorang pemikir Islam dari Algeria) denagn makna berada di tahap maju.Lawannya ialah badawah yang selalu difaham sebagai hidup di tepi-tepi bukit (jauh dari kemajuan) yang bergantung kepada pertanian dan penternakan sebagai sumber utama sedangkan “Hadharah”memberi maksud kehidupan yang maju berasaskan perindustrian dan perniagaan.

Istilah “Madaniyah”pula muncul pada abad yang ke 20.Penulis-penulis seperti Muhammad Farid Wajdi dan Syeikh Muhammad Abduh telah menggunakan perkataan tersebut dengan meluas dalam tulisan-tulisan mereka.Muhammad Farid Wajdi telah menggunakan istilah “Madaniyah”dalam bukunya “al-Madaniyah wa al Islam”.Manakala Syeikh Muhammad Abduh menggunakan istilah yang sama melalui karyanya yang berjudul ‘al Islam wa al Nasraniyah Ma’aal ilm wa al madaniyah’
KESIMPULAN
Tamadun Islam ialah manifestasi kemajuan dan pembangunan yang dibina oleh masyarakat Islam berlandaskan ciri-ciri Islam.Penekanan dalam pembinaan tamadun Islam adalah merangkumi aspek spiritual, material dan intelektual.Ringkasnya Islam merupakan sebuah tamadun yang bersifat ‘Multi-dimensional’.

PRINSIP ASAS PENYELEWENGAN KEMAJUAN TAMADUN BARAT
Kemajuan moden yang menaungi system hidup masa kini dalam pelbagai cabang seperti kepercayaaan, ketatasusilaan, perekonomian, politik&kebudayan adalah didasarkan kepada 3 prinsip asas iaitu
1. Sekularisme
2. Nasionalisme
3. Demokrasi
Sekularisme
Didefinisikan sebagai pemisahan agama dari kehidupan duniawi bagi semua individu.Sekularisme berpendapat bahawa kepercayaan beragama, petunjuk samawi dan apa saja perlakuan mematuhi agama dan mentaati Allah serta memelihara perbatasan syarak adalah tidak perlu komited, melainkan dalam perkara-perkara peribadi sahaja.Sekularisme sebenarnya lahir dari implikasi social yang melanda bangsa-bangsa Barat dalam zaman pertengahan, iaitu ketika tokoh-tokoh agama (Kristian) bersikap kontra terhadap pemikiran terbuka yang aktif dalam usaha mencari sesuatu disebalik alam metafizik, dan memerangi setiap fikiran bebas dan efektif, lalu mereka mewujudkan beberapa halangan tertentu sebagai sekatan.

Nasionalisme
Kekejamnan pembesar-pembesar gereja dan maharaja-maharaja di Eropah melahirkan risiko buruk yang mengakibatkan timbul semangat nasionalisme yang berbagai-bagai hingga menggerakkan golongaan feudalisme yang terdiri dari perbesar dan elit berkuasa berusaha melepaskan diri dari cengkaman gereja dan kekuasaan maharaja Empayar Jermanik Suci.Kuasa agama dan kuasa poilitik telah mengenakan sistem kuku besi bagi suatu jangka masa panjang ke atas negara-negara Barat hingga ia menjadi begitu lumpuh dan tidak mempunyai apa-apa autoriti yang patut disegani.
Bertolak dari permulaan yang ringkas dan bersih pada zahirnya, maka pemikiran nasionalisme berkembang dari satu tahap ke satu tahap hingga ke peringkat yang paling dihormati, iaitu telah keluar dari menjadi satu cara melepaskan diri dari kekuasaan gereja dan maharaja kepada tujuan dan objektif tertentu.Bahkan menjadi sembahan menggantikan Allah sebagaimana sekularisme Barat memisahkannya dari semua perkara kehidupan sebelumnya[1]
Demokrasi atau rakyat sumber segala kuasa
Pemikiran demokrasi juga pada mulanya muncul dalam zanman feudal di Barat, iaitu sebagai usaha protes kepada penguasaan golongan feudalis, bagi menyelamatkan orang ramai dari cengkaman mereka.Demokrasi bererti seseorang individu atau keluarga atau kumpulan tidak berhak memaksakan kemahuannya ke atas rakyat ramai, dan menggunakan mereka bagi memenuhi keperluan khas dan keegoaan peribadi, maka sudah pasti kiranya demikian pengertiannya, ia adalah benar-benar tidak bercanggah dengan kebenaran, cuma demokrasi dalam bentuk yang negatif ini mengandungi gambaran positif yang lain.Iaitu memberi kesedaran kepada setiap orang rakyat sesebuah negeri, bahawa mereka adalah tuan dan pemerintahnya.Tetapi kemudian menyeleweng dari kefahamannya yang sebenar dan telah bertukar kepada pengertian membebaskan seluruh tindak laku rakyat melakukan apa saja yang diingini.
Keinginan-keinginan itu sebenarnya membayangkan pandangan majoriti, dan bukan pandangan keseluruhan rakyat.Tiada sekatan bagi menghalangi segala keiginan tersebut.Oleh itu majoriti berkuasa penuh untuk menguatkuasakan sebarang undang-undang mengikut segala apa yang dikehendaki atau membatalkan pula apa yang ia mahu.Kesimpulannya, pada pendapat mereka segala apa yang sesuai dengan nafsu golongan majoriti adalah baik, benar dan saksama, sekalipun pada hakikatnya palsu, tidak benar, dan zalim.

PENGARUH TAMADUN ISLAM TERHADAP DUNIA
Kedatangan orang Islam dari pelbagai pelusuk negara Islam seperti Iraq, Syria, dan Mesir memberi nafas baru kepada Andalus.Masing-masing membawa bersama pengalaman, ilmu dan kemahiran tertentu untuk disumbangkan kepada masyarakat tempatan.Tahap pertama adalah tahap menstabilkan negara dari segi politik, ketenteraan dan ekonomi serta menyediakan kemudahan-kemudahan sosial untuk dinikmati oleh anak-anak tempatan atau juga dikatakan sebagai tahap melengkapkannegara dengan pembangunan bersifat material dan fizikal.Tahap kedua menyaksikan, Andalus dilimpahi dengan kegiatan keilmuan.Di sana lahir sarjana-sarjana yang memberikan sumbangan dalam semua aspek kehidupan sehingga ia muncul sebagai pusat perkembangan ilmu yang ulung di benua Eropah ketika itu.Tahap ketiga memperlihatkan kesan-kesan tamadun Islam mula diterima dan meresapi sebahagian besar kehidupn masyarakat Eropah samada dari segi aqidah, moral, kemanusiaan, intelektual dan fizikal.Kesemua ini ditanam dan ditiupkan di mana saja orang Islam berada sehingga akhirnya Eropah bangun meninggalkan zaman kegelapannya.Ini diakaui oleh kebanyakan sarjana Barat bahawa pengaruh Islam amat nyata dalam kesusasateraan, intelektual, teknologi, kesenian, falsafah, politik pentadbiran, ekonomi, ketenteraan dan bahasa.

· INTELEKTUAL
Sebenarnya sumbanagan umat Islam dalam bidang intelektual adalah amat besar.Sebagaimana aspek lain, pendidikan dan perkembanagan intelektual diberi perhatian serius oleh pemerintah Islam ketika itu.Sumbanagan tersebut meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan, waalupun sumbanagan paling ketara ialah bidang sains.Hakikat ini dinyatakan oleh Briffault denan katanya;
“Science is the most momentous contribution of Arab civilization to the modern world…It was not science only which brought Europe back to life.Oother and manifold influnces from the civilization of Islam communicated its first glow to Eroupean life”
Roger Bacon pula tidak segan mengakui bahawa satu-satunya jalan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang sebenarnya pada zaman beliau ialaha daripada ilmu Arab dan Islam.Sebagai memenuhi permintaan dan keperluan masyarakat, banyak sekolah-sekolah dan universiti-universiti yang didirikan, antaranya ialah;
a) Universiti Cordova
Ia ditubuhkan oleh Khalifah Abdul Rahman (299H/912M-350H/961M) .Ia berasal dari sebuah masjid di Bandar Cordova, kemudian diubahsuai sehingga menjadi institusi pengajian tinggi bertaraf universiti.Sylvester, seorang paderi Kristianyang tidak asing lagi ketika itu telah berusaha menubuhkan dua buah sekolah tinggi di Isybiliyyah dan Pinish di Perancis di mana sebahagian dari kursus yang ditawarkan ialah bahasa Arab, ilmu perubatan Iislam, ilmu hisab Arab yang yang dikenali oleh masyarakat Eropah dengan “Arabes”Perpustakaan Cordova pula dianggap sebagai perpustakaan yang terbesar dan terlengkap di dunia.

b) Universiti Salerno
Sebuah universiti di Itali yang terkenal sebagai pusat kegiatan ilmu di Eropah. Pengaruh-pengaruh Arb Islam yang terdapat ialah melalui kaedah-kaedah perubatan Islam di mana tenaga pengajar terdiri dari sarjana-sarjana Islam dari Andalus, Ssyria dan Mesir.Universiti Salerno telah berjaya melahirkan ramai tokoh dan sarjana bukan Islam seperti Constatine African.Dia giat melakukan aktiviti penterjemahan buku-buku Arab ke dalam bahasa Latin.Constatine adalah antara oranag yang paling terkenal dalam proses pengaliran tamadun Islam ke Brat dan hubungan antara dunia Islam dengan Kristian.

c) Universiti Bologna
Ia terletak di tengah negara Itali yang dibina dalam kurun 7H/13M.Diantara tenaga pengajarnya ialah seorang ilmuan Islam bernama al Muslim bin Zuhr. Bilangan pelajar pada 71H/1310M seramai 15, 000 orang yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.
Dalm kurun ke 9 –10M, umat Islam telah berjaya menubuhkan pusat-pusat pengajian tinggi yang bertaraf universiti di hampir semua kawasan Andalus.Eropah yang ketika itu belum mengalami perubahan, telah mengambil contoh dari sistem-sistem yang dijalankan di negara Islam dengan institusi pengajian tinggi dan universiti.Mereka turut mengklasifikasikan mata pelajaran kepada beberapa bahagian, pakaian para pensyarah dan jubah yang dipakai dalam upacara penyampaian ijazah adalah pengaruh pakaian masyarakat Arab.

Dalam bidang perubatan
Kaedah yang digunaka sebelum ini lebih bersifat tahyul, sihir, dan janmpi serapah sehinggalah kedatangan Islam yang memperkenalkan cara perubatan Islam yang lebih sistematik. E.Weidmann mengesahkan hakikat dengan katanya;
“Orang-orang Arab Islam telah menyusun dengan teliti ilmu pengrtahuan Yunani sehingga ianya selaras denagn idea-idea dan prinsip-prisip yang diterbitkan dan menjadi satu sistem yang seragam”
Kesan daripada pengajian perubatan yang semakin meluas, pada kurun ke 13M, raja Itali iaitu Poul Innocent III, telah mengambil inisiatif untuk mendirikan rumah sakit di Rome dikenali sebagai “San Spirito”yang mengikut model rumah-rumah sakit di negara Islam sebagaimana yang terdapat di Mesir.Kurikulum pelajarannya juga mengikau ilmu perubatan islam.Buku-buku yang menerangkan cara penyediaan dan penggunaan drug (Pharmacopoeis) yang telah diciptakan oleh orang Isalm dahulukala masih digunakan hingga ke zaman kebelakangan ini untuk tujuan sintetik dan organoterapi (perubatan penyakit dengan menggunakan organ-organ haiwan atau bahan-bahan yang dikenalpasti daripadanya) . Beberapa jenis drug yang masih digunakan dalam perubatan kini berasal daripada perubatan Islam seperti;nux-vomica, senna, calomel, myrrh rhubarb dan sebagainya.
Karya agung Ibn Sina (980-1037) dalam bidang perubatan"al-Qanun fi al-Tibb" telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan kemudiannya ke dalam bahasa-bahasa Barat yang lain dan telah digunakan sebagai satu-satunya rujukan dalam bidang berkenaan di seluruh pusat-pusat pengajian tinggi di Barat.
Masterpiece Ibn al-Haytham (ahli perubatan Isalm yang terkenal) dengan sumbangan penyelidikannya yang besar dalam perubatan mata iaitu yang etrkenal dengan nama "Kitab al-Mansuri" dianggap bernilai dalam bidang "optics"yang mempunyai pengaruh besar dalam melatih saintis-saintis Eropah Timur.Seorang lagi ahli perubatan Islam yang ulung ialah al-Razi.Beliau telah melakukan penyelidikan tentang penyakit cacar dan campak dan telah merakamkan penemuan-penemuan dalam bukunya yang telah diterjemah ke dalam bahasa Latin.
Perkembangan bdg perubatan Islam menyaksikan pembukaan rumah sakit "Les Quinze-Vringt" di Paris yang merupai rumah sakit "Nur-al Din" di Damsyik, Syria, mengikut sukatan pelajaran melalui teori-teori Ibn Rusyd.Di Jerman pula didirikan 2 buah universiti Waenan (1520M) dan universiti Franfurt (1588M) di mana kedua-duanya menggunakan buku rujukan sarjana Islam iaitu "al Qanun fi al Tibb" dan "al Mansuri"


Dalam bidang pelayaran
Masyarakat Eropah turut meminati bidang pellayaran dan penerokaan yang asalnya dirintis oleh umat Islam.
Christopher Colombus (8404/1410M-912H/1506M) dilahirkan di Itali dan meninggal di Andalus.Beliau adalh seorang kelasi yang menemui benua Amerika pada 898H/1492M.Walaubagaimanapun penemuan beliau adalah hasil dari peta yang telah dicipta oleh orang Islam.
Al Sharif al Idris seorang ahli geografi Islam Pulau Sicily telah menjelaskan dalam tulisannya:-
"…Ada suatu ekspedisi Arab sebagai percubaan membuka benua Amerika.Ada 8 orang pemuda dari Lisbon-Portugal menyeberangi Luat Atlantik menuju ke barat selama 11 hari hingga sampai ke sebuah Pulau, kemudian meneruskan pelayarannya ke selatan selama kira-kira 13 hari dan sampai ke sebuah pulau, mereka dapati penduduknya berkulit kemerah-merahan"
Pulau-pulau yang disebutkan itu dipercayai salah sebuah dari pulau-pulau di Amerika Selatan.
Seorang lagi penulis Arab Islam, Ibn Fadh Allah al Umari menyatakan dalam bukunya Masaik al Absar :-
"…Ada satu kumpulan dari Bani Barzal telah melakukan pelayaran di Laut Atlantik, mereka dipercayai sampai di sebuah negeri yang hari ini dikenali sebagai Brazil.Nama ini besar kemungkinan diambil dari nama suku tersebut"Barzal"
Kedatangan Portugis ke Afrika dan Aia juga dikatakan banyak berpandukan penemuan dan pemetaan yang dihasilkan oleh orang Islam.Malah Vasco da Gama 874H/1469M-931H/1524M juga dikatakan banyak bergantung kepada jalan tunjuk seorang muslim bernama Ahmad bin Majid dalam pelayarannya menyeberangi Lautan Hindi.

· KEBUDAYAAN
Cara hidup masyarakat Arab Islam dalam masa yang singkat telah menjadi ikutan masyarakat Andalus yang ketika itu beragama Kristian.Ia bukan sahaja berlaku pada rakyat biasa tetapi juga para pemarintah dan pembesar negara terutama dalam tradisi berpakaian.Sebagai contoh Count Sancho, pemerintah Castila (mati 408H/1017M) telah memakai pakaian kebesaran seperti tradisi dalam istana-istana khalifah Islam.Istana mereka juga dihiasi seperti yang terdapat dalam istana pemerintah Islam.Kedudukan wanita juga mula mendapat tempat dalam masyarakat.Mereka turut diasingkan dari bercampur aduk dengan kaum lelaki terutama dalam majlis-majlis tertentu.Ini hampir sama sebagaimana yang berlaku dal;am masyarakat Islam di man kaum wanita ditempatkan berasingan dengan kaum lelaki.

No comments: