Faktor Perkembangan Islam Di Nusantara

FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA

Assalamualaikum

Nusantara merupakan satu perkataan yang di gunakan sebagai lambang atau simbol kepada gugusan Bangsa Melayu meliputi kawasan kawasan seperti Indonesia, Malaysia, Thailand dan beberapa kawasan lagi. Dalam beberapa kajian 1 yang telah di jalankan telah terbukti bahawa kebanyakan penduduk di kawasan nusantara adalah berbangsa Melayu sebenarnya, tapi mereka membawa genre kulturasi yang agak berbeza dengan bangsa kita di Malaysia. Dari aspek social, bahasa dan istiadat kebanyakannya berbeza antara satu bangsa melayu di kawasan lain dengan bangsa melayu di kawasan lainnya.
Sejarah Perkambangan Islam di nusantara. telah bermula sejak ratusan tahun yang lampau dan telah jelas dalam kebanyakan rujukan2 menyatakan untuk Malaysia(tanah Melayu) khususnya, kemasukan islam adalah bermula sejak dari zaman parameswara lagi. Seorang Sultan yang di percayai sebagai pengasas kerajaan Melayu dan juga kerajaan Islam di Melaka. 3dalam proses Serakan Islam di nusantara Pelbagai corak dan cara telah di laksanakan oleh para pendakwah Islam yang kebanyakannya di dominasi [1]dengan cara perdagangan. Dan tidak bersalahan di sini untuk saya nyatakan yang proses perkembangan islam di nusantara adalah melalui proses perniagaan secara majornya. Di ikuti dengan cara hijrah oleh para ilmuannya. Tidak ketinggalan juga dengan cara perkahwinan sesama raja kerajaan nya. Dan beberapa cara lagi yang akan saya kupas selepas ini insyaallah.
Pertama sekali kita harus lihat dahulu senario perkembangan islam di nusantara saat ini, zaman ini dan waktu ini. Apabila kita membincangkan senario perkembangan islam di nusantara untuk ketika ini, kita akan lebih condong untk memikirkan satu corak perkembangan dakwah yang lebih bervisi ke hadapan. Ini sesuai dengan genre zaman yang semakin maju dengan era globalisasi yang lebih menumpu kepada bentuk media elektronik sebagai medium utama tumpuan berita, maklumat dan informasi. Dalam zaman yang serba canggih kini, perkembangan Islam adalah di dominasi melalui cara penyampaian melalui medium media elektronik, internet, televisyen,radio dan sebagainya,
PERTEMBUNGAN BUDAYA
Pertembungan budaya juga memainkan peranan penting dalam strategi pengembangan Islam kini, kita perlu bervisi ke depan. Kerana budaya menyentuh seluruh aspek dan dimensi cara pandang, cara hidup serta cara perlaksanaanya dalam kehidupan manusia. Kita patut mencontoh metodologi Sunan Kalijaga4 dalam menyebarkan Islam di Tanah Jawa. Sunan Kalijaga melihat proses keruntuhan feodalisme Majapahit sebagai mangkin dalam proses transformasi itu, dengan menggunakan unsur-unsur budaya sebagai alat melapis niat sebenar dan cara penyampaian Islam. Salah satu yang ia gunakan adalah gaya berbual dan dengan bercerita5. Dengan penggantian ucapan ucapan yang biasa di perucapkan sebelum ini seperti selamat pagi telah di tukar keada sebutan Assalamualaikum. Sebenarnya secara halus cara ini telah memberi kesan dan menggalakkan lagi perkembangan islam di nusantara. Kerana ucapan dan cara percakapan atau bicara kita adalah medium utama yang saya kira adalah jauh lebih hebat dari ledakan era globalisasi kesannya. Secara tidak langsung, kita tahu di sini penduduk di nusantara adalah terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa,. Walaupun perkataan nusantara itu lebih sinonim kepada bangsa melayu namun kita harus jelas di sini, bumi nusantara adalah berbilang kaum penduduknya, bukanlah apabila kita sebut nusantara itu maka sudah menjadi kewajipan penduduknya adalah orang melayu. Telahan seperti itu pastinya salah. Dalam konteks bicara dan percakapan ini, kita dapat lihat, orang Cina, india, kadazan, sakai, malah seluruh bangsa ajam pasti akan tertarik apabila mendengar kita mengucapkan perkataan Assalamualaikum. Dan secara tidak langsung ucapan ini akan menaikkan semangat inkuri dalam diri mereka untuk mengetahui apakah maksud ucapan yang kita tuturkan itu,dan bila difikirkan cara ini juga merupakan langkah yang menyumbang dalam proses perkembangan Islam di nusantara ini. Islam merupakan satu agama yang tidak pernah menolak corak budaya lain selagimana budaya yang dilaksanakan itu tidak bertentangan dengan nas dan peraturan agama Islam, Dengan corak pendekatan yang seperti ini, ia telah membawa kepada penyesuaian yang amat rasional dan bersifat harmoni untuk menyerap masuk dalam sistem kehidupan manusia di bumi nusantara. Seperti mana yang telah kita lihat dalam sejarah Rasullullah baginda telah menerima metode parsi dalam peperangan Khandaq, saranan Salman Al Farisi Untuk membina parit telah di terima oleh Baginda Nabi, Begitu juga dengan sistem pajak yang dilaksanakan pada zaman rasullullah itu adalah mengikut cara parsi6. Jelas di sini Islam adalah satu agama yang menerima semua budaya selagi ia tidak bertentangan dengan syariat, Pada saat yang sama, dalam menterjemahkan konsep-konsep langitnya ke bumi, Islam mempunyai karakter dinamik, harmoni dan efektif dengan budaya lokal, selama tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam itu sendiri. Permasalahannya terletak pada tata cara dan teknik pelaksanaan. Masjid Demak adalah contoh konkrit dengan cara islam yang amat harmonis dengan budaya lokal Ranggon atau atap yang berlapis pada masa tersebut diambil dari konsep 'Meru' dari masa pra Islam(Hindu-Budha) yang terdiri dari sembilan tingkat. Sunan Kalijaga menukarnya menjadi kepada tiga tingkat sahaja, hal ini melambangkan tiga tahap keberagamaan seorang muslim; iman, Islam dan ihsan. 7 malah budaya sebenarnya bukanlah menjadi masalah yang sangat kritikal sehingga tidak boleh di beri pelepasan, sebenarnya dalam pelaksanaan budaya ini Islam amat bebas tapi harus diingat ia harus tidak lepas dari peraturan yang di syariatkan oleh Islam kerana Quran telah menyatakan dengan jelas "Yang terbaik dan termulia adalah yang paling taqwa". (QS. Al-Hujurat: 13). Kerana itu takwa adalah perkara pokok utama yang harus diambil kira. Hal ini amat berbeza dengan agama lainnya yang turut memaksa budaya asing untuk diadaptasi dalam kehidupan sehari hari penduduk nusantara seprti agama kristian, hindu, budha dan sebagainya. cara harmonis Islam ini amat disenangi oleh makhluk tuhan yang digelar manusia ini, dan sudah tentu ajaran yang mesra seperti ini diterima tanpa rasa ragu lagi. Dalam hal ini pertembungan budaya yang dibawa oleh para pendakwah islam telah meresap masuk dalam cara budaya penduduk nusantara dan ini secara halus telah mengubah haluan Budaya nusantara yang asalnya dibelenggu kesesatan kepada sinar yang lebih terang.
PERKEMBANGAN BUDAYA ILMU
Sebelum pertengahan abad ke-19 pengajian Islam berpusat di bandar masyhur seperti Baghdad, Makkah, Madinah, Bukhara dan Samarkand. Jabal Qubais adalah tempat terakhir ulama yang arif dari seluruh dunia berkumpul dan mengamalkan ilmunya.
Ulama Nusantara Melayu seperti Yusuf Makasar, Ismail Minangkabau, Daud Patani dan Hamzah Fansuri pernah belajar di benua Arab. Umat Islam Nusantara Melayu yang menunaikan fardu haji belajar ilmu Islam daripada guru yang benar-benar arif lagi warak. Antara ulama pernah belajar di Jabal Qubais ini ialah Datuk Laksamana Sungai Ujong Ahmad Mohamad Baqir, Sayyid Abdul Rahman Muhammad al Idrus dan Sheikh Daud Patani. Mereka mengikuti sunah Rasulullah, iaitu belajar melalui seorang Sheikh yang benar-benar mengamalkan ilmunya serta berakhlak dengan ilmunya8. Dari sini berlaku penghijrahan oleh para ilmuan kita, setelah tamat perguruan umumnya para pengkaji ilmu dari nusantara ini akan kembali ketempat asal, dan bagi ulama asal nusantara mereka akan kembali semula ke nusantara mengembangkan lagi syiar Islam di bumi sendiri. Pengetahuan islam mula berkembang di kalangan penduduk nusantara melalui pengkaji Ilmu ini.
Kita boleh lihat perkembangan islam itu sendiri dengan mengambil Negeri Terengganu Darul Iman sebagai medium kajian. Negeri Terengganu Darul-Iman terkenal sejak dahulu lagi sebagai sebuah negeri Islam yang sentiasa peka dalam menegak dan mengembangkan syiar Islam di Nusantara. Kemasyuran ini berkait rapat dengan peranan para ulama tempatan yang bukan saja aktif dalam mencurahkan ilmu untuk bangsa, malah juga mempunyai semangat patriotik untuk membela nusa.
Puncak perkembangan Islam di Terengganu ialah pada bahagian kedua abad 19 sejajar dengan kemunculan tokoh-tokoh agama yang disegani yang telah memainkan peranan penting dalam melahirkan kesedaran semangat keilmuan di kalangan masyarakat tempatan. Selaras dengan itu, ketokohan para ulama ini merupakan salah satu faktor penting kepesatan perkembangan sistem pengajian tradisi( sistem pondok) sehingga menonjolkan Terengganu sebagai pusat pengajian dan pengembangan Islam yang utama di rantau ini.
Dalam pada itu, jika diteliti dari segi penyebaran ilmu agama ketika itu, tidak dapat dinafikan bahawa pada peringkat awalnya lebih berpusat di surau dan masjid. Ini jelas terlihat di mana ulama-ulama terkenal yang sangat berpengaruh dalam masyarakat ketika itu mempunyai surau atau masjid yang berfungsi sebagai sekolah agama di samping tempat ibadat.
Antara ulama-ulama terkenal itu ialah Syeikh Daud Al-Fatani, Haji Wan Abdullah Amin( Tok Syeikh Duyung), Sheikh Muhammad Zainal Abidin( Tok Ku Paloh), Syeikh Abdul Malek Abdullah( Tok Pulau Manis), Abdul Rahman Limbong dan ramai lagi. Ketokohan ulama-ulama ini telah menjadikan fungsi surau/masjid universal iaitu sebagai tempat ibadat, penyebaran ilmu dan tempat mesyawarah kaum muslimin dan kesan langsung daripada itu surau/masjid tumbuh dengan pesatnya di segenap pelusuk negeri ini.
Dalam hal ini pemerintahan negeri tidak ketinggalan dalam melancarkan lagi perkembangan syair Islam di Terengganu. Ini diperkuatkan lagi dengan peribadi sultan-sultan Terengganu sendiri yang dikenali warak dan sentiasa mengambil berat mengenai hal ehwal agama Islam. Dengan kesan nyata kepada itu ialah terdirinya sebuah masjid yang menjadi lambang keislaman di tengah-tengah pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid Abidin yang juga dikenali dengan nama Masjid Besar atau Masjid Puteh telah dibina antara tahun 1793-1808 Masihi oleh Al-Marhum Sultan Zainal Abidin 119

ULAMA SEBAGAI AGEN PENYEBARAN AGAMA ISLAM

Ulama membawa maksud orang yang berilmu. Tidak terhad pada bidang agama semata mata. Tetapi juga pakar dalam bidang ilmuan yang lainnya. Jaringan ulama yang di maksudkan di sini adalah golongan ilmuan agama yang berserakan di serata bumi nusantara memperkembangkan lagi ajaran islam buat para penghuni bumi nusantara Selama ini memang tidak pernah terdapat sebarang kajian komprehensif tentang jaringan ulama di Nusantara yang sebenarnya memainkan peranan penting dalam mengembangkan sayap islam di nusantara ini. Sudah termaktub dalam sejarah menjadi adat orang lama pergi berguru di tempat yang jauh. Membuka langkah mencari pengalaman. Beginilah halnya dengan cara perkembangan islam di nusantara, kebanyakan para ilmuan berjalan dari satu kawasan ke satu kawasan dengan objektif ingin mencari ilmu tetapi pada masa yang sama turut mengajarkan ilmu yang dimilikinya untuk kebaikan bersama, contoh yang paling ulung sekali ialah Tok Kenali seorang ulama yang terkenal di bumi kelantan. Keadaan ini turut menyumbang dalam perkembangan islam di nusantara, budaya cintakan ilmu yang ada dalam diri masyarakat lama melayu, telah membantu dalam perkembangan agma suci ini ke bumi nusantara. Peranan ulama ini tidak boleh di pandang rendah kerana merekalah sebenarya perintis yang membawa islam ke bumi nusantara.
SOROTAN SEJARAH ISLAM DAN “NEGARA ISLAM” DI MALAYSIA
Sebelum Islam sampai ke Tanah Melayu, Melaka berada di bawah pengaruh Sriwijaya dan kemudian Majapahit. Menurut para ahli sejarah Malaysia, Islam sampai ke semenanjung ini sebelum abad ke-12. Ini berbeza dengan pendapat para penulis Barat yang menyatakan bahawa Islam bersinar di semenanjung sekitar abad ke-13 atau 14. Penelitian dibuat berdasarkan pada mata wang dinar emas yang ditemui di Kelantan tahun 1914 yang bertulis "Al-Julus Kelantan" dan angka Arab 577 H yang bersamaan dengan tahun 1181 M pada satu bahagian; dan pada bahagian sebelahnya bertulis "Al-Mutawakkil", iaitulah gelaran pemerintahan Kelantan pada masa itu. Malahan batu nisan tua bertulis Arab ditemukan di Kedah tahun 1963 pada makam Syeikh Abdul Kadir bin Syeikh Husin Shah Alam(w. 291 H). Kesemua ini menunjukkan bahawa abad ke 9 merupakan awal perkembangan Islam di kawasan Selat Melaka dan kawasan-kawasan yang menghadap ke Laut Cina Selatan, sebagaimana diakui Dinasti Sung(960-1279), bahawa masyarakat Islam telah tumbuh di sepanjang pantai Laut Cina Selatan.

Perkembangan Islam dan proses Islamisasi berlangsung melalui jalur perdagangan atas peranan para pedagang muslim dan mubaligh dari Arab dan Gujarat, para da’i setempat dan penguasa Islam. Sejak awal abad ke-7 Semenanjung Tanah Melayu dan Nusantara merupakan jalur perdagangan utama antara Asia Barat dan Timur Jauh serta kepulauan rempah-rempah Maluku. Semenanjung Tanah Melayu tidak dapat dipisahkan dari gugusan pulau-pulau Nusantara. Bila saudagar-saudagar Arab dan lainnya singgah di pelabuhan-pelabuhan Nusantara, mereka juga singgah di pelabuhan-pelabuhan di Semenanjung. Proses perkembangan Islam terus berjalan baik dan kemudiannya membentuk komuniti-komuniti Islam serta melahirkan pusat-pusat pemerintahan Islam. Kerajaan Islam pertama di Semenanjung Tanah Melayu ialah Kerajaan Islam Kelantan(pertengahan abad ke-12).

Buktinya dapat dilihat pada batu bersurat yang ditemui di Kuala Berang(Terengganu) yang bertarikh 702 Hijrah, di mana tulisan bahasa Melayu huruf Arab tentang hukum syara' yang wajib dipatuhi oleh rakyat di Kerajaan Islam Terengganu pada abad ke-8 H. (abad ke-14 M), antara lain menyatakan: “Wajib di atas Muslimin patuh kepada undang-undang Tuhan karena ia adalah perintah-perintah Allah yang berkuasa lagi mulia dan mengeluarkan hukum-hukum seperti ini wajib di atas sekalian raja-raja Muslimin untuk kebaikan negeri-negeri mereka. “ Negeri Kelantan di kenali sebagai “Serambi Mekah. ” Manakala Terengganu pada abad ke-14 menjadi pusat penyebaran Islam di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu dan sampai sekarang disebut "Darul Iman"(Negeri Iman).
Kerajaan Islam terkuat dan berpengaruh besar dalam menyebarkan Islam di Malaysia adalah Kerajaan Islam Melaka yang berdiri pada awal abad ke-15. Menurut Sejarah Melayu, rajanya yang pertama iaitu Parameswara Iskandar Syah, yang memeluk Islam tahun 1414 dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Sultan ini dan iparnya Pangeran Abdul Malik Syah bertanggungjawab dalam menyebarkan Islam. Penguasa pertama Pahang adalah putera sultan Melaka. Melakalah yang mengislamkan Kedah, Patani(kini menjadi wilayah di Thailand) dan Kelantan. Demikian juga Rokan, Kampar, Siak dan Inderagiri di Sumatera, semuanya menerima Islam dalam kedudukannya sebagai wilayah kekuasaan Melaka pada abad ke-15.
Hal ini menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan dan kubu keimanan Islam. Kerajaan ini juga dicatat sebagai kerajaan pertama di Malaysia yang memiliki undang-undang tertulis yang disebut Undang-Undang Melaka. Menurut Prof. Ahmad Ibrahim(Pensyarah hukum di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur), "Di negeri-negeri Melayu sebelum masuknya pengaruh kerajaan British, undang-undang asas atau undang-undang negeri ialah undang-undang Islam bersama adat Melayu. " Melaka, ibu kota Kerajaan Melaka, dikuasai Portugis(1511-1641), kemudian Belanda(1641-1795) dan sejak 1795 diperintah oleh British. Menjelang akhir abad ke-19, British juga menduduki wilayah-wilayah lain di Semenanjung. Meskipun demikian, Islam tetap berkembang. Sepanjang penjajahan British, wujud institusi pendidikan, samada yang tradisional yang dikenali sebagai "pondok" atau pun yang moden, seperti Ma'had Mahmud(Kedah), al-Ma'had al-Muhammadi(Kelantan), Madrasah al-Sultan Zainal Abidin(Terengganu), Ma'had Johor(Johor), Kulliah al-Lugah wa ad-Din(Pahang) dan Kolej Islam(Selangor).
Setelah pendudukan Jepun(1941-1942), pihak British membentuk Malayan Union(1 April 1946) yang kemudiannya bertukar kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Seterusnya pada 31 Ogos 1957 Malaya memperoleh kemerdekaan dari British dan Islam ditetapkan sebagai agama rasmi. Pada16 September 1963 lahirlah pula Persekutuan Malaysia. Singapura menjadi anggota Persekutuan, tetapi memisahkan diri dan menjadi negara berdaulat penuh pada tahun 1965.
Di awal tahun 1980-an, Islam di Malaysia mengalami satu proses kebangkitan yang dapat dilihat dengan bersemaraknya kegiatan dakwah di semua peringkat, samada di pejabat, di padang bola, kilang, surau atau masjid. Oleh kerana kadar literasi sudah mulai meningkat, di dapati semakin ramai orang Islam yang sudah boleh membaca dan memahami kandungan al-Qur’an yang boleh didapati terjemahannya dalam bahasa Melayu pada pertengahan 1970an. Malah terjemahan buku-buku mengenai Islam, gerakan Islam, dan kisah-kisah suka duka umat Islam di negara umat Islam oleh golongan intelek yang kembali dari timur tengah telah berjaya memperkayakan maklumat umat Islam untuk mendorong mereka mencetuskan satu proses tajdid yang panjang di Malaysia.
Berdasarkan kepada soroton sejarah secara ringkas ini, jelas menunjukkan bahawa “negara Islam” pernah wujud di Malaysia. Negara Islam yang dimaksudkan bukan sahaja pelaksanaan hukum hudud, tetapi merangkumi penghayatan Islam dalam urusan harian. Jika kita meneliti sorotan sejarah Islam di Malaysia, kita akan dapati bahawa perkataan “negara Islam” tidaklah menjadi sebutan yang popular pada masa lalu. Perkataan”negara Islam” dipopularkan kemudian oleh para alim ulama dan pimpinan gerakan Islam. Tetapi apa yang jelas ialah tercatat dalam sejarah di mana ada masyarakat, wilayah, negeri, dan negara yang melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran cara Islam. Ini sudah cukup untuk melabelkan masyarakat, wilayah, negeri, dan negara berkenaan sebagai “negara Islam. ”
Ibn Taimiyyah menegaskan bahawa “Memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan(kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan(kaum Muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan. ” 10 ada baiknya untuk kita singkap kembli tahun penting dan sejarahnya yang telah saya perolehi melalui internet mungkin fakta ini ada kekurangannya tapi saya kira amat baik untuk kemudahan pemahaman bermula dari zaman Nabi Muhammad lahir hingga kepulauan nusantara merdeka.
TARIKH PENTING PERISTIWA
570 : Lahirnya Nabi Muhammad s.a.w

622 : Nabi Muhammad hijrah dari Mekah ke Madina Permulaan perkiraan Tahun Islam.

632 : Wafatnya Nabi Muhammad s.a.w.

Kira-kira abad ke-13(1290) : Islam masuk ke Indonesia. Kerajaan Islam di Sumatera : Perlak dan Samudera Pasai

Kira-kira abad ke-14 : Malaka pusat perkembangan Islam.

1419 : Maulana Malik Ibrahim, wafat di Gersik. Pengembang Islam yang pertama di Jawa Timur

1511 : Bandar Malaka jatuh kedalam tangan orang Portugis

1518 : Adipati Junus mencoba merebut Malaka. Kerajaan kerajaan Islam pertama di Jawa berdiri : Demak dengan raja perama Raden Patah

1518-1521 : adipati Junus memerintah Demak

1521 : Pasai jatuh ketangan Portugis

1527 : Falatehan menaklukan Banten dan menjadi penyiar Islam di Jawa Barat.

1568 : Baten melepaskan diri dari Demak

1570 : Falatehan mangkat dan dimakamkan di Gunung Jati :

Timbulnya Mataram Islam(Mataram II)

1569 : Tanda kekuasaan kerajaan Demak dipindahkan ke Pajang. Kyai Gede Pemanahan, petinggi Mataram, daerah terkemuka dibawah pemerintahan Pajang.

1575 : Kyai Gede Pemanahan mangkat

1575-1601 : Sutawijaya \Senopati, putra Kyai Gede, raja pertama Mataram.

1582 : Pajang dikepung Mataram

1586 : Pajang dipidahkan ke Mataram

1601-1613 Mas Jolang

1613-1645 : Sultan Agung

1645-1677 Amngkurat I

1757 : Perdamaian Salatiga. berdirinya Mangkunegaran,

1788-1820 : Paku Buwana IV

1813 : Timbulnya Paku Alam, sebagian Yogyakarta. Pangeran Notokusumo sebagai Paku Alam I.

Sesudah 1813 : Raja-raja Mataram II yang terpecah empat itu silih berganti

1938 : Paku Alam VIII

1939 : Hamengku Buwana IX

1944 : Paku Buwana XII

1944 : Mangku Negara VIII

1945 Indonesia. . . MERDEKA. . . . . . . . . . . . . . . . . .

1957 Tanah Melayu MERDEKA. . . . . . .


A H Johns dalam karangannya muslim mystics and historical writing mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal kejatuhan ini:

"After the capture of the caliphate, the task of maintaining the unity of the Islamic Community passed to the sufis, a development rising from the close relationship between the sufi shaikh and his disciples, the sufi missionary spirit and the popular basic of the movement. The Sufi orders gradually became stable and disciplined foundations and some of them spread over wide areas. "(dipetik oleh A H Johns 1993, 39).

Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi telah muncul dan berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti mereka ke wilayah-wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan pengembaraan hingga ke Nusantara.
Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada penduduk Nusantara dalam semua lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan mereka telah menyebabkan berlaku perkahwinan dengan wanita tempatan, maka bertambah luaslah kegiatan pengislaman.
Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah antara yang terbesar. Selain daripada tariqat ini ada lapan lagi tariqat yang besar. Tariqat-tariqat itu ialah Qadariyyah, Rifaiyyah, Syadiliyyah, Chistiyyah, Syatariyyah, Ahmadiyyah, Tijamiyyah dan Alawiyyah(Naguib, 1963, 32). Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi organisasi yang lain. la bermula dengan 14 jenis tariqat kemudian berpecah lagi kepada 163. Jadi kalau dicampur dengan yang asal, menjadikan 177 tariqat, tetapi yang masih kekal hingga ke hari ini berjumlah 76 jenis tariqat sahaja11(Abu Hassan Sham, 1980, 75).

Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Russia Vladimir I Braginsky dalam "pendahuluan" untuk bukunya Tasawuf dan Sastera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara ini tasawuf telah diserap masuk ke dalam kehidupan umat Melayu: "Sejak akhir abad ke-14 terutama sekali abad ke-16-17 tasawuf selalu memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah, agama dan budaya di kawasan Melayu – Indonesia yang maha luas itu12.
Samudra Pasai(1280-1400) adalah tempat penulisan kitab-kitab agama dan kesusasteraan Melayu. Melaka(1400-1511) juga menampilkan hal yang serupa, ditambah lagi dengan cerita-cerita Hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan semangat orang-orang Melayu untuk menentang Portugis pada 1511.
Acheh(1511-1650 M) memaparkan para sultan yang berminat kepada agama. Pusat pengajian agama didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan Iskandar Thani, Sultan Iskandar Muda dan Sultan Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan tasawuf berkembang pesat. Lahir di sini pujangga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain. Hamzah Fansuri terkenal dengan buku-buku tasawuf aliran Wujudiah. Suasana yang serupa lahir di Johor-Riau(1650-1800). Raja-raja Riau juga berminat pada ilmu pengetahuan agama dan kesusasteraan. Bandar Penyegat menjadi pusat pengajian Islam dan banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang yang sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali Haji adalah antara keluarga diraja yang menjadi alim dalam bahasa dan agama terutamanya usuluddin dan tasawuf. Namun seperti yang disebutkan di atas, ilmu-ilmu yang ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh contohnya bangsa-bangsa Barat. Penentangan yang keras memang ada di lokasi-lokasi serangan yang terjadi, tetapi sejarah memaparkan umat ini kalah lalu tanah air yang subur ini dijajah. Sebab utama di sini ialah bangsa asing itu memiliki kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan kebolehan umat Melayu di daerah ini. Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa citra Islam yang tiba di kawasan kita pada abad ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah lemah dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di Eropah di abad pertengahan, seperti yang telah disentuh di atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke Eropah meliputi ilmu-ilmu yang mampu memajukan pemikiran dan pencetusan idea-idea saintifik seperti falsafah, matematik, fizik, perubatan, etik, psikologi, politik, astronomi, kimia, dan muzik. Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah iaitu di Pusat-pusat pengajian tinggi yang telah disebutkan di atas. Sebaliknya setelah umat Islam parah diserang dan ditawan oleh bangsa Tartar/monggol dan Baghdad jatuh ke tangan mereka pada tahun 1258 M, maka ilmu yang disebutkan itu tidak sampai ke sini. Ilmu yang tiba bukanlah dari Baghdad, Harran Iskandariyah, Antiokh iaitu kota-kata teknologi dan saintifik sebaliknya dari Makkah dan Madinah. Dua kata ini adalah kota agama yang penting dalam Islam dan ilmunya juga adalah ilmu-ilmu agama dalam gugusan usuluddin dan syariah serta kaya dengan amalan tasawuf. Jadi inilah ilmu-ilmu yang dipindahkan ke Nusantara. Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang terhad. Perkembangan rasionalisme dan saintifik yang disebutkan oleh Naguib juga adalah dirujuk dalam perkembangan-perkembangan ini dan dari sudut perubahan dari Hudisma-Buddisma kepada Islam bukan seperti yang berlaku di Eropah di abad pertengahan. Ilmu-ilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang lebih luas tidak sampai ke daerah ini. Oleh itu kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan yang berlaku hanyalah menambah parah pada situasi masyarakat yang sudah lemah!
Tarikh Islam tiba ke Melaka tidak dapat ditentukan kerana ada banyak pandangan mengenainya. Sungguhpun begitu, raja yang pertama menggunakan gelaran Islam di Melaka ialah Sultan Muzaffar Syah. Catatan pertama tentang Islam di Semenanjung Tanah Melayu ialah batu bersurat yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu. Hanya semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah iaitu pada tahun 1445, Islam menjadi agama rasmi Melaka. Pada masa itu, ulama-ulama sufi, kebanyakannya dari pasai telah diterima oleh pemerintah Melaka. Setelah Melaka menerima agama Islam dan menjadi pusat perdagangan, agama Islam tersebar di sepanjang jalan perdagangan ke istana-istana lain. Sungguhpun Melaka tidak memperkenalkan Islam secara paksa, dasar penaklukannya telah membuka jalan ke arah pemelukan agama Islam. Raja-raja di bawah naungan Melaka dapat melihat pentingnya menerima kepercayaan golongan istana Melaka. Ini dibantu dengan perkahwinan dengan puteri-puteri Sultan Melaka. Islam akhirnya menjadi satu kuasa yang mengikat negeri di bawah naungan Melaka. Pengislaman di Melaka sebenarnya dijalankan terutamanya oleh ustaz dan alim ulama. Sebilangan daripada mereka mendapat kedudukan yang tinggi dalam istana Melaka; dan juga menjadi penasihat kepada raja dalam urusan politik dan pentadbiran.

DI SINI JUGA SAYA SERTA SATU KARANGAN ORIENTALIS BARAT BERKAITAN MELAKA DAN ISLAM

Malacca and Islam

Author: Maria Christensen
Published on: December 10, 2000
Related Subject(s): Malacca(State)--History, Islam--Malaysia--Malacca--History

The busiest port in 15th century Asia traced its roots to an exiled prince and a legend of a mouse deer and went on to grow from legend to an internationally known center of trade, with hundreds of ships plying its strategic waters every year. Muslim traders and missionaries turned the small fishing village of Malacca, Malaysia into a thriving city which would later be coveted by Western powers.
At the close of the 14th century a Hindu prince named Parameswara established himself as king in Temasik, now known as Singapore, however, attacks and raids on his tiny kingdom by the Siamese forced him to look for greener pastures. Traveling northward along the western coast of Malaysia, he and his band of followers came to a river called Bertam. There they stopped to hunt and as Parameswara rested beneath the branches of a tree, he happened to witness the somewhat foolish bravery of a white mouse deer as it kicked one of his hunting dogs. Impressed with the deer's action, and taking it as a good omen, he decided that this was the perfect spot for a new city. He found the name for his city in the tree under which he had sheltered. It was a Malaka tree.
In the succeeding years the city grew and Parameswara married a princess from Indonesia. He converted to the rapidly spreading religion of Islam and took the name Iskandar Shah. He then created an efficient system of administration and court procedures which would be used by many generations of royalty. The strategic importance of Malacca, located as it was along the major seaway between China and India, soon became apparent to the Muslim traders who dominated the trade between China, India and Africa. Malacca not only attracted trade, it also became a center for Muslim missionaries as Islam spread throughout Malaysia, western Indonesia and the southern Philippines.

Muslim scholars known as ulama' spread out from Malacca into the surrounding countryside, bring teaching, knowledge and practical help to the people of Malaysia. Even when a ruler such as Parameswara converted to Islam, it took the work of the ulama' to bring the faith to the people. From the basis of their own broad educations, they gave lectures, carried on religious training and worked side by side with the villagers in their various pursuits. Their students often came from even remoter regions and when their training was complete would return to their own villages to teach, or moved on to other areas. Thus an educational network was established which brought Islam to even remote areas of Southeast Asia.

As with most of Asia however, such wealth, industry and culture did not go ignored by Western powers. In 1511 the Portugese fell sway to temptation and, under the leadership of Admiral Alsonso d' Albuquerque, conquered the city of Malacca and for the next 130 years ruled it with a firm hand until the Dutch grabbed it in 1641. Though the native rulers of Malacca were dislodged, the same could not be done to the religion of the people. Islam kept a firm hold in the hearts of the people and remains the principle religion of Malaysia to this day.


TEORI KEDATANGAN ISLAM DI MALAYSIA BERDASAR KEPADA SEJARAH MALAYSIA TINGKATAN 4 KBSM

Teori kedatangan Islam di malaysia yang pertama adalah dari India Perkara ini di sahkan oleh seorang pengkaji iaitu Snouck Hurgronje, teori ini adalah berasaskan bukti yang telah di perolehi dari hubungan perdagangan di antara Asia tenggara dengan India, bukti penemuan Batu nisan dan batu bersurat yang di jumpai sama seperti di Gujerat dan Koromandel
Teori kedatangan yang kedua pula adalah dari china dan ini di kemukakan oleh seorang tokoh yang bernama Emanuel Godinho Eridia dan ini di kuatkan oleh bukti hubungan perniagaan antara China dan nusantara telah terjalin sekian lama manakala teori yang ketiga adalah kedatangan islam itu datang terus dari benua arab, ini di kemukan oleh seorang tokoh yang bernama jhon crawford, teori ini di kuatkan dengan kemunculan bukti iaitu batu bersurat.

Penyebaran Agama Islam
Perdagangan
Pedagang mengambil kesempatan menyebar Islam melalui berkahwin dengan penduduk tempatan dan berdakwah, Ajaran Islam Merupakan agama yang mudah difahami [universal] dan senang diterima
Memiliki ciri ciri saksama,rasional dan bebas mengikut batasan Pusat Kebudayaan Kita sedia maklum bahawa Melaka berperanan sebagai pusat penyebaran Islam dan menjadi pusat Intelektual,
Pengislaman Raja dan Golongan Bangsawan
Apabila raja memeluk agama Islam,rakyat juga akan terpengaruh dan akan turut memeluk agama Islam
Terdapat banyak bukti seperti di Jawa,Sumatera,Pasai,Acheh wujudnya kerajaan Islam
Peranan Mubaligh
Mubaligh Islam meyebar Islam tanpa paksaan
Ciri ciri personaliti yang mulia mubaligh disenangi oleh rakyat
Mubaligh menyebarkan Islam melalui ceramah atau khutbah dan penulisan kitab
Antara ulama yang terkenal ialah Abdul Rauf Singkel,Hamsah Fansuri,Nurudin al-Ranriri. Dari Demak ialah Wali Songo atau Wali Sembilan

PENUTUP.
Islam telah dewasa di bumi Nusantara, tidak boleh lagi terkeluar kenyataan yang menyatakan Islam tidak boleh di guna pakai di mana mana pelusuk dunia pun. Islam jadi satu contoh pembawa kepada kebenaran, islam adalah agama agung yang seharusnya menjadi ikutan, dan islam lah agama akhir yang hanya dan pasti akan hanya di terima oleh Allah di akhirat kelak. Tiada lagi insan di dunia yang masih boleh menopang dada mengatakan diri yang terhebat, setelah kita lihat sejarah perkembangan Islam di nusantara khususnya di dunia amnya, Kelemahan Islam masa kini adalah menjadi satu duri dalam kehidupan umat islam, malah memang tidak terdapat lagi bumi yang mengamalkan islam itu aman dari ancaman, kita selaku generasi baru, penerus kepada ideologi Islam seharusnya mendokong penuh usaha memajukan islam sebagai satu pegangan dan ikutan semua, bukan hanya sekadar anutan tapi juga landasan untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang. sekian. .










[1] Islam di Nusantara (TV3) setiap hari dalam bulan puasa jam 5 petang
2 Sejarah Malaysia Tingkatan 3 (Kementerian Pelajaran Malaysia)
3 Seperti di atas
4 Salah seorang yang di dakwa sebagai wali Allah di Indonesia yang juga lebih di kenali sebagai Wali sembilan (Sejarah Melayu Tingkatan 4) Kementerian Pelajaran Malaysia
5 Islam dan Akulturasi Budaya lokal /Irfan Salim LC / Suara Islam/Januari 98 Media Indonesia
6( Dr. Nurkholis Majid, ‘slam, Doktrin dan Peradaban’ {Jakarta,Cet, Feb 1992} hal 442)
7 (Dr. Muhammad Imarah, Al-Islam wa al-'Arubah (al-Haiahal-Mashriyah al-'Ammah li al-Kitab, 1996) hal. 11-12).

8 Al-Islam edisi Jun 1984 ( Dr Muhammad Imarah) (Cetakan Al Mizan)
9 Sumber dari sejarah Kerajaan Negeri Terengganu (WWW)
10 (As-Siasah As-Syariah: 172-Kemaskini 20 Sept 2001. LDP BPPNS © 2001.
09/08/01 Abu 'Ali Hussini
11 Abu Hassan Sham ,1980,75
12 As-Siasah As-Syariah: 172-Kemaskini 20 Sept 2001. LDP BPPNS © 2001.
09/08/01 Abu 'Ali Hussini