Ciri-Ciri Tamadun Islam

DEFINISI TAMADUN


• Berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.
• Berpunca dari kata kerja “madinah” yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku.
• Juga membawa erti membuka Bandar.
• Terbit pula perkataan “madinah” yang bermaksud Bandar dan juga “madani” iaitu orang yang berkelakuan seperti orang Bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalamtingkah laku.
• Kesimpulannya, istilah tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa.Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi1

ELEMEN PEMBENTUKAN TAMADUN

• Penempatan manusia di satu atau beberapapusat Bandar yang strategic.

• Hayat penghidupan stabil yang panjang.

• Wujud organisasi dan institusi social dalam bidang ekonomi, sosialisasi dan

pendidikanyang teratur dan sisatematik.

• Adanya satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan system tulisan tersendiri yang menjadi pwerantaraan komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewaris khazanah ilmunya.
• Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dan tindak tanduk anggota masyarakatnya.2
• Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan seperti seni, sastera, falsafah dan lain-lain juga meningkatnyapenciptaan sains dan teknologi.

CIRI-CIRI TAMADUN
• Mengikut pendapat Lucien Goldmann, unsur-unsur utama yang menjadi pembeza antara sesebuah tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world view3)
• Berdasarkan konsep pandangan semesta, tamadun manusia secara tipologi dapat dibahagikan kepada empat cirri yang utama iaitu;
-tamadun materialistic
-tamadun intelektual
-tamadun mistik
-tamadun berasaskan wahyu
• Namun dalam perkembangan sesebuah tamadun, terdapat tahap-tahap peningkatannya yang boleh diukur berasaskan dua asas utama iaitu;
a) pencapaian fizikal yang boleh dilihat dari segipenubuhan sesebuah kerajaan atau empayar yang luas melalui penggabungan beberapa pusat perbandaran yang berdekatan, perluasan sempadan atau melalui penaklukan.
b) pencapaian intelektual yang boleh dilihat dari segi penemuanfikiran yang baru ataupun penemuan, penyuburan dan penafsiran kembali fikiran yang lama membuahkan system falsafah, pemikiran, sains dan teknologi.



KEMUNCULAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN
• Secara keseluruhannya, factor-faktor yang dilihat mendorong kepada kemunculan sesebuah tamadun adalah seperti berikut4;
1) Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan oleh kedudukannya yang strategikyang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah memperolehi sumber-sumber semulajadi bagi menampung kehidupanmasyarakatnya.
2) Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalandaripada ajaran-ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni.Ini secara tidak langsung telah menjadikan manusia menuju kepada kehidupan yang bertamadun.Kemunculan tamadun islam telah mempengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murni berdasarkan cara hidup islam yang sempurna.
3) Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan masyrakat yang menghayati nilai-nilai murnisudah pasti mendorong kepada sifat kecintaankepada ilmudan nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya.Pemimpinnya juga mengamalakn nilai-nilai murni dalamkehidupan seperti tiadanya rasuah, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara.
4) Kesengsaraan hidup dimana situasi kehidupan yang dibelenggu keperitan dan kesengsaraan menggalakkan masyarakatnya itu lebih berdisiplin dan kreatif dalammembangunkan kehidupan mereka.


5) Interaksi antara tamadun.Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain merupakan ransangan kepada kuehidupan bertamadun.Ini kerana sikap toleransi kepada sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai yang baik dari tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan tamadun baru.Tamadun islam umpamanya menerima sumber-sumber ilmu daripada tamadun China, India, Parsi dan sebagainya.5
• Bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami zaman kemerosotan masing-masing.Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh putaran sejarah.Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai murni tetapi selepas m, encapaikejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan.
• Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamdun merosot bukanlah disebabkan oleh hukum sejarah.Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik.
• Berdasarka kepada sejarah, sesebuah tamadun merosot disebabkan oleh factor-faktor beriku
-Wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskian dan yang kaya.
-Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusia diketepikan.
-Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin.




-Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi sains dan teknologi, struktur politik, ekonomi dan social.Ini kerana siakp tertutup ini menghalang kepada peningkatan daya kretiviti dan seterusnya menyebabkan masyrakat

tersebut hidup dalam kemunduran.Tamadun islam Uthmaniyyah misalnya, runtuh kerana sikap tertutup mereka yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan social.-
Berlakunya malapetaka atau bencaan alam yang menyebabkan kerosakan besar-besaran.Bagaimanapun, factor ini adalah di luar kemampuan manusia untuk menghalangnya daripada terjadi
• Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai cirri-ciri asasnya yang utama dan cirri-ciri tersebutlah menjadi jati diri bagi sesebuah tamadun.Ada tamadun yang dikaitkan dengan bangsa, ada tamadun yang dikaitkan dengan agama dan ada tamadun yang dikaitkan dengan budaya.Satu hal yang penting ialah dalam memperkatakan perkembangan sesebuah tamadun, kita tidak dapat lari daripada membicarakan proses interaksi antara tamadun atau peradaban.Ia merupakan satu proses yang lumrah dalam mana-mana tamadun di dunia ini sebagaimana pendapat seorang sarjana Jepun, Nyozaken Hasegawa;.

‘without contact, fusion, interitence and transmission of various different cultures, civilization would undergo no development…’6






Beberapa ciri yang bersifat untukmembantu mencapai matlamat tamadun islam ialah:
• Penggunaan tulisan adalah salah satu ciri penting tamadun islam.Ia mempercepatkan proses penyebaran kebudayaan Islam seterusnya mempergiatkan perkembangan ilmu yang memberi kesan yang mendalamterhadap perubahan dalam semua aspek kehidupan umat.
• Kemunculan kota atau Bandar bagi menampung pertambahan penduduk yang sedia ada dan yang dating untuk pelbagai aktiviti lain.
• Wujudnya ketidak seragaman jenis bangsa yang memeluk islam dan seterusnya turut sama-sama membentuk sebuah masyarakat islam yang aktif dan maju.Perbezaan peranan yang dimainkan melahirkan pembahagian kerja seterusnya wujudlah satu bentuk ekonomi Bandar.
• Wujudnya bangunan-bangunan bersejarah yang menjadi keagungan generasi berikutnya seperti istana-istana, Masjid-masjid dan monumen-monumen penting yang lain.
• Kewujudan negara Islam.Menurut sebahagian penulis-penulis antarabangsa, Islam adalah satu cirri tamadun Islam yang tidak boleh dipertikaikan kerana sebarang aktiviti orang islam hanya boleh dilakukan dengan bebas di dalam negara islam

KOTA RAYA
Sememangnya kota raya menjadi cirri utama tamadun islam.Buktinya Madianh merupakan negara dan kota raya pertama islam yang diasaskan sendiri oleh Rasulullah S.A.W.Justeru itulah juga beberapa sarjana islam menggunakan terminology al-madaniah wa al-islam (1988) tamadun dan islam dan Syeikh Muhammad Abduh dalam risalahnya ‘al-islam wa an Nasraniah wa al-Ilm wa al Madaniah’ (islam dan kristian dalam bidang sains dan tamadun)


SENI BINA
Seni bina merupakan cirri tamadun islam yang penting.Seni bina merupakan kayu ukur yang menentukan ketinggian sesuatu tamadun samada sebelum atau selepas islam.Justeru itulah juga terdapat sarjana islam yang menggunakan istilah al-bunyan yang membawa maksud bangunan yang tersergam indah dan banyak latar seni bina untuk menggambarkan tentang tamadun islam.
Taj Mahal di India misalnya menjadi saksi nyat tentang keagungan dan ketinggian pencapaian tamadun islam.Sehingga ia diiktirafkan oleh dunia sebagai salah satu benda ajaib di atas muka bumi ini pada masa kini.


PENDUDUK YANG RAMAI

Tidak syaklagi sesuatu tamadun itu tidak mungkin lahir tanpa kewujudan penduduk yang ramai.Sebab itulah Ibnu Khaldun menggunakan istilah al-hadharah untuk menggambarkan tentang pengertiantamadun yang membawa maksud kehadiran penduduk yang ramai

SAINS DAN ILMU PENGETAHUAN

Perkembnagan sains, teknologi dan ilmu pengetahuan sebagai suatu cirri utama tamadun islam sukar dinafikan.Sehingga terdapat sarjana islam yang menggunakan terminology 7ath-Thaqafah
(ilmu pengetahuan) Menggambarkan tentang kebesaran dan keunggulan tamadun islam.
Bangsa yang menguasai sains, teknologi dan ilmu pengetahuan sejak dahulu hingga kini merupakan bangsa yang menguasai dan memimpin dunia.Pada zaman keagungan tamadun islam iaitu Zaman Bani Abassiyyah, umat islammenguasai sains, teknologi dan ilmu pengetahuan.Sebab itulah mereka menjadi pemimpin dunia.Masyarakat barat di era siber, teknologi maklumat, teknologi digital dan teknologi mikro menguasai dan menjadi pemimpin dunia kerana mereka menguasai bidang sains, teknologi dan ilmu pengetahuan.


PERKEMBANGAN EKONOMI

Perkembangan ekonomi begitu penting sekali yang membantu kemajuan, pembangunan dan pencapain sesuatu tamadun.Perkembangan perindustrian, perdagangan dan pertanian menjadi nadi yang membawa kepada kemakmuran kepada sesuatu tamadun.
Justeru itulah terdapat sarjana islam yang menggunakan terminology al-‘umran (kemakmuran ekonomi) seperti Ibnu Khaldun untuk menggambarkan keunggulan tamadun islam.


KEAMANAN

Keamanan merupakan puncak daripada kehidupan yang dikuasai oleh undang-undang, peraturan, tatasusila dan kesopanan atau adab yang dikuatkuasakan oleh sebuah pemerintahan yang adil dan saksama.
Sehingga terdapat sarjana islamyang mengguanakan terminology al-adab atau peradaban untuk menggambarkan tentang kesejahteraan dan kebahagiaan dalam tamadun islam.Contohnya Muhammad Uthman el-Muhamady yang memberi judul bukunya Peradaban Dalam Islam untuk melukis tentang kemurnian tamadun islamyang penuh dengan kesopanan, ketertiban, budi abhasa dan tatasusila

KESENIAN

Kesenian yang halus dan tulin adalah juga merupakan salah satu cirri tamadun islam.Kesenian yang paling agung ialah seni khat dan 8awan larat yang menghasilkan bangunan-bangunan, kitab-kitab, alat-alat yang diperbuat daripada tembikar, barang-barang kemas, perhiasan yang diperbuat daripada gading, kaca, tenunan, wang syiling, lencana dan sebagainya.
Sesungguhnya tamdun islam itu mempunyai cirri-ciri yang tersendiri.Semua cirri itu dibezakan daripada cirri tamadun selain daripada islam kerana ia mempunyai paksi yang kukuh iaitu akidah, syarak dan akhlak.Juga sumber yang mantap dan lumayan iaitu al-quran dan as-sunnah.

PENUTUP
Secara kesimpulannya, semua ciri-ciri tamadun islam seperti mana yang disebut di atas tadi memainkan peranan yang tersendiri dalam kehidupan kita seharian umumnya umat islam di seluruh dunia.Oleh yang demikian, cirri-ciri inipatutlah dijaga agar ketulenannya tetap terpelihara dan bebas dari pengaruh anasir luar.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
Perlis
MALAYSIA

P: 04-9882701
H: 013-4006206
E: abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
W: abdazizharjin.blogspot.com