Tuesday, April 15, 2008

Akidah Sebagai Asas Tamadun Islam

AKIDAH SEBAGAI ASAS TAMADUN ISLAM

Akidah ialah iman atau kepercayaan kepada Allah S.W.T. yang diikat oleh ucapan dua kalimah shahadah. Ia merupakan inti dasar kapada kewujudan tamadun islam. Apabila seseorang individu itu beriman kepada Allah S.W.T. dia wajib mematuhi segala yang terkandung dalam tuntutan syahadatain yang diucapkan. Seseorang yang berakidah Islam harus faham bahawa dengan menyebut ucapan dua kalimah shahadah tadi telah menyebabkan dirinya terikat dengan tanggungjawab serta komitmen yang tinggi terhadap Allah S.W.T. Bukan sekadar ketaatan yang mutlak kepada Allah S.W.T. sahajabahkan seseorang yang mengaku berakidah Islam mesti menjadikan seluruh jiwa raganya serta hidup dan matinya untuk Allah S.W.T. semata-mata,serta menjahui sebarang bentuk unsur-unsur syirik yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain dalam pelbagai bentuk dan corak. Konsep tauhid inilah yang telah melahirkan satu motivasi yang tiada taranya terhadap umat Islam di zaman awal untuk mempertahankan Islam. Penanaman akidah yang teguh telah menyebabkan seseorang itu sanggup mampertahankan kebenaran dan menumpaskan kebatilan walaupun terpaksa mengrbankan nyawa dan harta benda demi mempertahankan akidah serta mambuktikan ketakwaan kepada AllahS.W.T.



Pengertian Akidah

Perkataan akidah dari segi bahasanya bererti satu ikatan yang mengikat kepada sesuatu yang lain. perkataan aqadah,dalam bahasa arab bererti mengikat. akidah adalah merupakan satu ikatan keyakinan yang mengikat diri seseorang,pemikiran seseorang,hati seseorang,dengan satu keyakinan dan dengan itu kehidupannya menjadi satu kehidupan yang tararah dan terpimpin. [1] Sebab itulah,rukun-rukun keyakinan,yang ditentukan oleh Islam dipanggil akidah kerana ia telah mengikat seseorang muslim itu untuk hidup berasaskankan kepada dasar-dasar yang disebut juga sebagaiiman iaitu kepercayaan. [2]Dari segi istilah,perktaan ‘iman’mengandungi pegertian yang sama dengan pengertian akidah. Iman,dari segi bahasa,mengandungi erti kesejahteraan,kejujuran[3]. Ia diambil dari perkataan ‘amanh’atau’al-aman’ yang berertiamnah’jujur dan kesejahteraan. Orang yang
beriman bererti orang yang telah bersikap jujur terhadap dirinya kerana dia telah meletakkan dirinya pada tempat yang betul dan tidak mengkianati dirinya. [4]Dia beriman kepada Allah dan akibatnya akan mendapat kesejahteraan. [5]Seseorang yang kufur kepada Allah seorang yang mengkhianati dirinya kerana ia telah meletakkan dirinya bukan pada tempatnya yang etuldan telah mengkhianati dan menzalimi dirinya. [6]
Kedudukan Akidah Dalam Islam
Agama dapat dibahagikan kepada dua bidang pokok,iaitu bidang keepercaan dan bidang hukum. Didalam agama Islam,bidang kepercayaan disebut akidah,dan bidang hukum disebut syari’ah. Akidah meliputi semua persoalan keimanan. iaitu hal-hal yang harus dipercayai dan diyakini oleh seorang muslim. Rukun iman yang terkenal itu juga termasuk bidang akidah. Akidah dan syari’ah masing-masingnya kedudukan yang tidak sama di dalam Islam. Akidah menempatiposisi dasar,posisipokok dan syari’ah posisi cabang. Dapat digambarkan,kalau agama itu suatu bangunan,maka akidah adalah sebagai batu asasnya yang tertanam di dalam tanah,sedang syari’ah ialah gedung-gedung dan semua benda-benda yang didirikan di atas asas tersebut. Dengan ini sudah tentulah akidah harus ada terlebih dahulu sebelum adanya syari’ah. Keimanan harus dipunyai lebih dahulu,sebelum adanya syari’ah. Oleh kerananya Nabi Muhammad S.A.W. di dalam melakukan dakwah islam,bidang keimanan inilah yang dajarkan terlebih dahulu. Bidang keimanan tersebutyang berpokok pangkal pada seruan tauhid,menjadi tema yang utama[7].
Akidah Sebagai Dasar Hidup Muslim
Dasar keimanan adalah asas kepada dasar hidup. Tidak bermakna umpamanya kita mempercayai matahari itu wujud dn mempengaruhi kehidupan kerana ia tidak memberi apa-apa pengaruh kepada kita. Dasar keimanan yang mempercayai adanya matahari itu tidak perlu sebab percaya atau tidak kepada adanya matahari itu tidak memberi apa-apapengaruh kepada kehidupan manusia,kehidupan ruhaniyyah dan aqliyyahnya. Sebab itu,tubuh manusia dianjurkan oleh Islam supaya ditutup,tidak dipamirkan dan tidak pula menjadi alat tuntunan seperti mana yang difahami oleh golongan kebendaan. Islam menganjurkan supaya dipelihara kesihatan tubuh sekadaruntuk melindungi serta manjamin bahawa kegiatan-kegiatan ruhaniyyah dapat dilaksanakan. Sebab itu kepercayaan kepada kebendaan tidak dapat dilaksanakan. Sebab itu kepercayaan kepada kebendaan tidak dapat membentuk keperibadian manusia kearah pencapaian ruhaniyyah. Islam meletakkan asas akidah atau arkanul-iman ini diluar dari alam tabi’i. Asas yang pertama iaitu kepercayaan kepada Allah akan dapat membentuk satu sika[ hidup yang tinggi. Seseorang menghayatinya akan merasa dirinya bebas dan merdeka dari ikatan mana-mana makhluk di alam semesta ini. Sebaliknya orang yang tidak beriman dengan Allah mempunyai satu pandangan dan nilai hidup yang akan diukur dari segi kepentingan dan hubungannya dengan duniawi[8].
Orang-orang yang terikat dengan dunia tidak akan mampunyai keberanian untuk berperang dan sangat takut kepada mati karana ia melihat hubungannya hanya dengan dunia ini sahaja. Keluasan akhirat adalah suatu perkara yang tidak lagi menimbulkan persoalan di kalangan orang-orang yang beriman kerana mereka menyakini bahawa akhirat itu adalah satu alam yang luas. Orang yang tidak beriman meletakkan dirinya di dalam perhubungan dengan dunia sementara orang yang beriman dengan Allah akan memandang kehidupannya di dalam perhubungan antara dia dan Allah yang memiliki alam semesta ini. Sebab itu dia tidak ragu-ragu untuk berjuang dan mati sekiranya dipanggil. [9]

Percaya kepada Allah
Erti beriman kepada Allah

Syaikh Thahir bin Salleh Al-Jazairi dalam bukunya ‘Al-Jawahirul Kalamiyah’menerangkan,bahawa iman kepada Allah dapat terjadi secara ijmal dan dapat pula secara tafsil. Iman kepada Allah sevara ijmal(global)ialah kita beriktikad bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. itu bersifat dengan semua sifat dengan kesempuraan,dan maha suci dari semua sifat kekurangan. Iman kepada Allah secara tafsil(terperinci) ialah kita beriktikad bahawa sesungguhnya Allah itu bersifat dengan sifat-sifat yang wajib yang jumlahnya 20. [10]


Sementara itu menurut sebahagian ulama,iman kpada Allah mencakup tiga hal,iaitu;
1:membenarkan dengan yakin akan adanya Allah
2:membenarkan dengan yakin akan keesaan Allah
3:membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci dari segala sifat kesempurnaan, dan suci pula dari menyerupai segala yang baharu.
Namun demikian, kedua-dua di atas ada kelemahannya,k erana rumusan-rumusan tersebut sama sekali belum memenuhi pengertian syarak. Oleh itu beriman kapada Allah menurut pengertian yang lebih tepat ialah mengucapkan dengan perkataan, membenarkan dengan hati, dan mengamalkannya dengan anggota badan, bahawa Allah itu ada, Maha Esa,dan bahawa Allah itu bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan Maha suci dari segala sifat kekurangan. Dengan pengertian yang lebih lengkap ini,maka beriman kepada Allah pada hakikatnya tidak cukup hanya sekadar dalam mulut dan dalam hati,tetapi juga harus dilaksanakan dengan prbuatan sehari-hari. Orang yang beriman kepada Allah,tentulah akan hidup dan mati sesuai dengan ajaran-ajaran Allah. Yang diperintahkan oleh Allah akandiamalkan, dan dilarang akan dujauhi. [11]

Percaya Kepada Malaikat
Erti Beriman Kepada Malaikat
Iman kepada malaikat,merupakan rukun iman kedua sesudah beriman kepada Allah. [12]
.

Dimaksudkan dengan beriman kepada malaikat ialah mempercayai bahawaAllah itu mempunyaia satu makhluk yang bernama malaikat, yang selalu taat kepadaNya dan mengerjakan tugas-tugasnya sebaik mungkin yang diberikan oleh Allah kepada mereka. Yang menjadi dasar dari beriman kapada adanya malaikat ini,ialah kepercayaan akan kebenaran wahyu Al-quran dan hadis-hadis nabi Muhammad S.A.W. Orang yang mengakui kebenaran Al-quran dan sabda-sabda Rasulullah, tentulah orang itu akan percaya pula bahawa malaikat itu ada,sebab adanya malaikat di terangkan oleh dua sumber agama Islam. Malaikat termasuk makhluk tuhan yang ghaib. Hal yang ghaib ialah segala yang tidak dapat ‘ditangkap’ oleh pancaindera. [13]


Percaya Kepada Rasul Allah
Pengertian Nabi Dan Rasul
Menurut bahasa Nabi berasal dari perkataan Arab’naba’yang ertinya berita. Jadi nabi bererti pembawa berita. Yang dimaksudkan ialah berita dari Tuhan yang merupakan wahyu atau agama. Kemudian dari segi istilah nabi pada umumnya diertikan dengan orang yang memberi wahyu oleh Tuhan berupa suatu agama yang tertentu. Dalam pada itu rasul menurit bahasa bererti utusan. Yang dimaksudkan ialh utusan Allah[14]



. Sedang menurut istilah,rasul adalah orang yang diberiwahyu oleh Tuhanberupa suatu syari’ah yang tertentu dan diperintahkan menyampaikan ahyu yang diterimanya itu pada umatnya. Maka terdapatlah perbezaan antara pengertian nabi dan rasul. perbezaan itu adalah,kalau nabi tidak diperintahkanmenyampaikan wahyu Tuhan yang diterima itu kepada umatnya,sedang rasul diperintahkan,dan berdosalah sekiranya perihtah itu tidak dilaksanakan. Walaupun nabi diperintahkan menyampaikan wahyu yang ada padanya,maka hal itu hanyalah terbatas pada orang-orangtertentu sahaja,seperti keluarganya dan orang lain yang terdekat. Dengan demikian dapat dikatakan,seorang rasul tentulah seorang nabi,tetapi sebaliknya seorang nabi belum tentu seorang rasul. [15]
Percaya Kepada Kitab Allah
Empat Kitab Suci

Untuk menjadi pedoman hidup manusia dan untuk mambimbing akal mereka,Tuhan menurunkan wahyu,yang disampaikan kepada manusia-manusia yang terpilih,iaitu nabi-nabi dan rasul-rasul dengan melalui perantaraan Malaikat Jibril. Selanjutnya nabi-nabi dan rasul-rasulini mengerjakan wahyu yang diterimanya, kepada umat mereka masing-masing. Wahyu Tuhan tersebutdikumpulkan menjadi suhuf. Beberapa orang nabi dan rasul mempunyai suhuf itu. Iaitu Nabi Adam,Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. [16]




Setelah itu terkumpullah beberapa kumpulan besar yang yang disebut kitab, yang bentuknyanya lebih besar daripada suhuf.
Empat buah kitab Allah:
1:Kitab Taurat, yang diturunkan kepada Nabi Musa As.
2:Kitab Zabur, yang diturunkan kepada Nabi Daud As.
3:Kitab Injil, yang diturunkan kepada Nabi Isa Al-Masih.
4:Kitab Al-Quran, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Semua wahyu Tuhan yang diturunkan kepada Nabi dan Rasulnya, baik yang terhimpun dalam kitab mahupun suhuf merupakan satu kesatuan yang seragam. Antara wahyu yang pertama dengan wahyu-wahyu kemudiannya mempunyai persambungan yang erat,sebagai satu proses yang terus-menerus dari satu masa ke masa berikutnya menuju ke arah kesempurnaan Agama Allah yang satu. Kesempurnaan agama Allahini dicapai pada masa kerasulan yang terakhir, iaitu pada masa kerasulan Muhammad S.A.W. dengan wahyunya yang terhimpun dalam Kitab Suci Al-Quran. Oleh kerana ini, orang Islam wajib percaya tidak sahaja rasul-rasul Tuhan tetapi juga kepada semua wahyu yang dibawa oleh rasul-rasul tadi. Jadi orang Islam juga wajib percaya kepada Taurat, Zabur, Injil, disamping harus percaya pula kepada Al-Quran Surah Al Baqarah, Ayat 4. [17]

Percaya Kepada Hari Kiamat
Pengertian Kepada Hari Kiamat
Percaya kepada Hari Kiamat, adalah rukun Iman yang kelima. Etidari kepercayaan ini ialah mempercayai bahawa seluruh alam dan segala isinya pada suatu saat nanti, akan mengalami kehancuran setelah ditiupnya sangkakala Malaikat Isrfil yang pertama. Termasuk juga manusia ini, manusia akan dihidupkan kembali untuk diperhitungkan amalnya ketika di dunia oleh Tuhan. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W. diterangkan bahawa amal yang pertama sekali dihitung pada Hari Kiamat itu ialah amal solat. Beliau bersabda:

“ Permulaan amal hamba yang akan diperhitungkan pada hari kiamat ialah solat. Maka jika solatnya diterima, diterimalah semua amalnya yang lain, dan jika solatnya ditolak, ditolarlah semua amalnya yang lain. ”

Perhitungan amal ini bergun auntuk menentukan nasib selanjutnya bagi manusia, baik atau buruknya. Yang baik ke syurga, dan yang buruk ke neraka. Kehidupan dibalik kematian ini, kekal abadi. Inilah hidup akhirat, hidup yang sebenar hidup. Dan peristiwa-peristiwa sejak hancurnya alamhingga berlangsungnya saat perhitungan amal yang disebut Yaumul Qiamahatau Hari Kiamat[18].


Dalam pada itu,ada dua jenis kiamat iaitu :kiamat Sughro dan Kiamat Kubro.
KiamatSughro ertinya kiamat kecil,iaitu kiamat yang terjadi pada diri seseorang ketika orang itu meninggal dunia atau orang itu ditimpa musibah yang hebat. Rasulullah S.A.W. menyatakan “Orang yang mati telah datanglah kiamatnya sendiri”



. Kiamat Kubroertinya kiamat besar iaitu kiamat yang menyeluruh, yang berupa hancir luluhnya seluruh alam. Inilah kiamat yang sebenarnya, kiamat yang harus dipercayai.
Semuanya akan hancur luluh. Gunung ganag berterbangan, langit runtuh, bumi lebur. Segala kehidupan akan tergulung. Hanya Tuhan saja yang tetap dalam keabadiannya.
“Semua yang ada di muka bumi akan binasa. Dan akan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesarandan kemuliaan”. (Ar-Rahman 26-27). [19]

Percaya kapada qada’ dan Qadar
Erti percaya Kepada Qada’ Dan Qadar
Percaya kepada takdir atau qada’ dan qadar merupakan rukun iman yang terakhir ataupun yang ke-6. Qada’ dan qadar boleh dikatakan dua perkataan yang mempunyai erti sama atau hampir sama. Oleh itu kadang kadanf dalam hadis duaperkataan itu disebut sekaligus, atau disebut qadar sahaja dengan maksuk yang sama. Dalam pengertian lain, qada’ dan qadar ini disebut juga takdir yang biasa diertikan ketentuan Tuhan. Kepercayaan kepda qada’ dan qadar secara ringkasnya menyata kan bahawa segala sesuatu yang terjadi pada diri manusia, baik dan burak suka dan duka dalam hidup ini,semuanya tidak terlepas dari takdir atau ketentuan Ilahi. Semuanya,benda atau manusia, dikuasai oleh satu hukum yang pasti dan tetap. [20]
[1]Aqidah dan Perjuangan,Tuan Guru Hj. Fadzil Noor,Dewan Pustaka Fajar,Shah Alam,1986,hal 11
[2] Ibid ,hal. 11
[3] Ibid,hal11
[4] Ibid11
[5] Ibid12
[6] Ibid12





[7]-Kuliah Aqidah Lengkap,Dr.Tatapangarsa,Pustaka Bina Ilmu,Surabaya ,1981,hal 37.
[8] Aqidah Dan Perjuangan,Tuan Guru Hj. Fadzil Noor.Dewan Pustaka Fajar,Shah Alam ,1986,hal 13-15.









[9] Aqidah Dan Perjuangan,Tuan Guru Hj.Fadzil Mohd.Noor,Dewan Pustaka Fajar,Shah Alam,ha l14-15
[10] Kuliah Aqidah Lengkap,Dr.HumaidiTtatapangarsa,Pustaka Bina Ilmu,Surabaya,hal 42





[11] Kuliah Aqidah Lengkap,Dr Humaidi Tatapangarsa,Pustaka Bina Ilmu,Surabaya,hal 42-43
[12] Ibid,hal 81
[13] Kuliah Aqidah lengkap,Dr.HumaidiTatapangarsa,pustaka Bina Ilmu Surabaya,1981,hal 81
[14] Ibid hal 128
[15] Kuliah Agama Lengkap, Dr Humaidi Tatapangarsa,Pustaka Bina Ilmu ,Surabaya,1981,hal 93
[16] Ibid,hal 93
[17] Kuliah Aqidah Lengkap,Dr. HumaidiTatapangarsa,PustakaBina Ilmu Surabaya,1981,hal 93-94
[18] Kuliah Agama Lengkap ,Dr Humaidi Tatapangarsa,Pustaka Bina Ilmu,Surabaya ,1981,hal 196
[19] Kuliah Aqidah Lengkap,Dr.Humaidi Tatapangarsa,Pustaka Bina Ilma Surabaya,1981,hal196197
[20] Kuliah agama Lengkap,Dr Tatapangarsa,Pustaka Bina Ilmu,Surabaya,1981.hal 215

No comments: